Pengikut

Nuffnang

Jumaat, 12 April 2013

Puteri Bahagian Segambut

sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Protes Bendera Hitam: Pas Kedah Semakin Tenat? #GE13 #TolakPR #SaveKedah

Posted: 11 Apr 2013 11:00 PM PDT





Drama pepecahan Pas di Kedah bersambung lagi, kali ini semakin parah. Peperangan diantara puak penyokong Phahrolrazi dan Azizan Razak semakin terbuka dengan jentera dan sokongan dari pihak masing-masing.


Penulis diberitahu dibeberapa tempat kawasan kuat Pas. Bilik Gerakan Peti Undi Pas telah ditutup kerana usaha memboikot Menteri Besar Kedah dan mereka meminta campur tangan Pas pusat.

Selain daripada 11 DUN yang membantah Azizan sebagai pesuruhjaya Pas Pas Kedah. Beberapa peti undi luar dari kawasan tersebut juga turut menutup bilik gerakan mereka seperti di Langkawi, Kuala Kedah, Baling dan beberapa tempat lain.

Menutup bilik gerakan peti undi adalah satu tindakan tragis dan kritikal bagi sesuatu tempat. Jika tiada bilik gerakan dipeti undi terbabit, kemungkinan besar jentera bagi kawasan tersebut akan lumpuh.

Semua ini berlaku disebabkan percakaran dalam diam diantara Phahrolrazi exco derhaka dengan Menteri Besar Kedah paling malang dalam sejarah si Azizan Razak. Masalah dalaman yang tidak mampu diselesaikan oleh Pas pusat, sebenarnya hanya disorokan bawah permaidani (seolah-olah begitu).

Masalah dalaman yang begitu teruk jika tidak diselesaikan lama kelamaan ianya akan meletup juga. Bangkai gajah mana boleh ditutup, tetap akan berbau akhirnya.

Mungkin Pas pusat menganggap semua ini boleh diselesaikan selepas PRU, namun kegilaan Phahrol dan orangnya untuk berkuasa menyebabkan Pas Kedah kini huru-hara. Masakan tidak Phahrol berani memberi kenyataan bahawa dia telah bersedia menjadi Menteri Besar Kedah yang baru.

Tanda pepecahan dalaman Pas Kedah makin nazak apabila muncul dua warna bendera Pas. Satu hijau, satu lagi hitam. Bendera Pas warna hitam sebenarnya dikatakan mewakili warna pemberontak (geng Phahrol).

Malah baru-baru ini, dimana ada bendera Pas warna hitam, disitu juga naik kain rentang menolak Azizan sebagai Menteri Besar. Penulis diberitahu, yang memasang kain rentang tolak Azizan tu juga adalah ahli Pas yang memberontak.

Jika pembaca tidak percaya, boleh pergi kekawasan Sungai Limau dan sekitar parlimen Jerai dikawasan tersebut banyak kain rentang dan bendera Pas hitam dinaikan. Malah puak pemberontak Pas akan memasang lebih banyak dikawasan lain.

Malah dikawasan Baling juga terdapat beberapa tempat bendera Pas hitam dinaikan. Apakah ini petanda awal Pas Kedah akan hancur sebelum DUN Kedah dibubarkan? Mustahil Pas Pusat dapat menyelesaikan masalah ini tanpa Azizan undur dari jadi MB.

Apakah Azizan akan mengalah dengan serangan psikologi puak pemberontak Pas? Atau Pas pusat mempunyai idea lain yang lebih bernas untuk menyelesaikan masalah Pas Kedah. Sama-sama kita lihat, apa yang akan terjadi selepas ini.

ikuti cerita selanjutnya di SINI

P117 Segambut Bakal Ditawan BN #GE13 #BN4WP @Segambut13

Posted: 11 Apr 2013 09:38 PM PDT



Kerusi Parlimen Segambut dijangka antara kerusi panas yang menjadi rebutan di Kuala Lumpur memandangkan ia adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Kerusi ini akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) selepas calonnya dari DAP, Lim Lip Eng menang buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Kemenangan Lip Eng yang juga pertama kali bertanding mencuba nasib di kawasan parlimen itu sungguh mengejutkan dan mungkin dibantu oleh faktor 'tsunami politik' melanda ketika itu. Beliau menang dengan majoriti besar undi sebanyak 7,732 di kawasan majoriti pengundinya Cina di mana lawannya ketika itu adalah Ma Woei Chyi daripada BN. Pada PRU13 akan datang, Lip Eng dijangka diletakkan sekali lagi sebagai calon untuk mempertahankan kerusinya itu.

Lawan yang menantinya berkemungkinan adalah Pengerusi Penyelaras BN Segambut, Jayanthi Devi Balaguru daripada Gerakan.Jayanthi bukan calang-calang calon kerana beliau juga menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung Gerakan serta Ketua Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan. Atas faktor itu juga kemungkinan beliau dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Pengerusi BN. Walaupun pada asalnya Jayanthi adalah dari Cheras tetapi pasti ada kekuatan yang menyebabkan beliau kemungkinan dipilih sebagai calon BN di Segambut.

Tambah menarik lagi, Jayanthi dan Lip Eng merupakan peguam maka saingan antara kedua-duanya pasti sengit memandangkan mempunyai pengetahuan luas berkaitan undang-undang lebih-lebih lagi ketika mahu membantu masyarakat.

Masyarakat di Parlimen Segambut pula rata-rata terdiri daripada golongan profesional yang intelektual dan bijak menilai parti yang mana lebih banyak mengambil tahu masalah di parlimen tersebut dan bersedia menyelesaikan masalah penduduk.

Lim Lip Eng sepanjang penggal perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat di Parlimen Segambut dilihat tidak membawa apa-apa perubahan di Segambut malahan kelibat beliau hanya nampak aktif turun padang bertemu masyarakat kebelakangan ini sahaja. Beliau lebih banyak dilihat terlibat dengan isu-isu nasional seperti LYNAS dan Himpunan Hijau sedangkan Barisan Nasional di bawah Jayanthi dilihat telah menyusun gerak kerja membantu masyarakat sejak empat tahun lalu bagi memastikan BN kembali menawan Segambut.

Tidak mustahil bagi Jayanthi yang dikenali sebagai "The Black Kuan Yin" untuk mengembalikan Parlimen Segambut ke tangan Barisan Nasional memandangkan sebelum ini parlimen tersebut adalah antara kubu kuat BN dan kemenangan Lim Lip Eng pada tahun 2008 adalah lebih kepada faktor bantuan "tsunami politik Malaysia" sahaja.

Walaupun, Jayanthi berbangsa India diletakkan di kawasan majoriti penduduk Cina tetapi ia tidak dilihat sebagai halangan atau kelebihan buat parti lawan. Malah beliau dilantik sebagai penasihat kepada enam tokong di parlimen tersebut menunjukkan kewibawaannya membantu masyarakat berbilang kaum dan agama. 

Apa pun, siapa sahaja yang diletakkan oleh BN untuk merebut kerusi tersebut daripada DAP pastinya akan memberikan tentangan sengit kerana DAP pula pastinya mahu meneruskan penguasaan mereka di kawasan parlimen itu  dan tidak mahu membenarkan BN kembali merebut kerusi itu.

Adakah penjawat awam akan terima Pakatan Rakyat setelah diherdik tanpa henti #ManifestoBN #APromiseOfHope #Betteration #Ge13

Posted: 11 Apr 2013 12:30 AM PDT





Penjawat awam dikenali sebagai pelaksana dasar dan cerminan kepada penradbiran sesebuah kerajaan, malah melalui khidmat mereka negara akan berjaya memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan efisyen dan berkesan. Justeru kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak menyedari perkara itu lantas memberikan pelbagai imbuhan dan insentif sebagai satu kaedah untuk mengiktiraf kumpulan penjawat awam di negara ini yang berjumlah sekitar 1.4 juta.

Tindakan pembangkang yang sebelum ini mahu mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya diberi kuasa mentadbir Putrajaya nyata menimbulkan bantahan banyak pihak. Amat menyedikan melihat aksi penyokong Pakatan Rakyat ketika himpunan Bersih memukul dan menghina pasukan keselamatan sebagai anjing kerajaan, sedangkan golongan itu adalah kumpulan pertama yang akan dicari mereka sekiranya berlaku kesusahan.

Pemimpin-pemimpin mereka juga pernah mengeluarkan kenyataan menghina penjawat awam sebagai "pemalas" "lembab" dan banyak lagi. Nurul Izzah pernah mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah dan memanggil mereka sebagai 'Polis Hutan'.

Katanya, Polis Hutan tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada, maka penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama sekali. Selain 'Polis Hutan', Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah.

Menurut Nurul Izzah, tugas SB ialah mencari 'budak hilang'.Justeru, katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai Pegawai Penyiasat. Sedangkan, sebenarnya beberapa pasukan PDRM yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas, Pasukan Operasi Khas dan Pasukan Gerakan Am. Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.

Pecahan Kumpulan Penjawat Awam Yang Terbesar di Sektor Awam meliputi beberapa sektor; Sektor pendidikan (400,000); Sektor pertahanan (300,000); Sektor keselamatan (100,000 Polis+ Bomba + Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) + Jabatan Pertahanan Awam Malaysia 3 (JPA3), dan Sektor kesihatan (50,000 Doktor + Jururawat)

Dengan jumlah sedemikian ia menjadikan ratio purata nisbah penjawat awam adalah antara yang tertinggi berbanding negara ASEAN yang lain, iaitu sekitar 4.68 peratus. Dengan jumlah penjawat awam yang besar, barulah kerajaan dapat melaksanakan setiap polisi dan dasar yang diperkenalkan secara menyeluruh dan berkesan.

Malah, janji PR untuk mengecilkan saiz penjawat awam juga menimbulkan persoalan, adakah disebabkan jumlah majoriti penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera maka mereka mahu mngecilkan saiz mereka? ataupun disebabkan mereka sedar bahawa majoriti penjawat awam hari ini menyokong kerajaan BN?

Sementara diherdik dan dimaki, kerajaan BN terus membela nasib penjawat awam dalam manifesto mereka dengan menambah insentif dan imbuhan kepada mereka. DAP kata penjawat awam lembab, Nurul Izzah pula mahu kurangkan anggota polis.

Latheefa Koya meroyan maki penjawat awam. Adakah ini cara Pakatan Rakyat ambil hati kakitangan awam? Kena pijak, maki, cerca, tuduh macam-macam. Penjawat awam tu manusia, bukannya haiwan!

Sudah jelas Manifesto BN lebih beri banyak faedah kepada penjawat awam daripada manifesto Pakatan. Penjawat awam lebih yakini BN kerana Pakatan Rakyat tidak tepati janji. Pakatan Rakyat lebih gemar mengherdik penjawat awam daripada menjaga hati dan kebajikan mereka.

Sekiranya berjaya memerintah Putrajaya, dan PR akan mengecilkan saiz penjawat awam, kita boleh membayangkan berapa ramai daripada mereka yang akan dipecat dan berapa ramai pula anak-anak muda terpaksa mengganggur akibat dipecat. Sebelum kita terpaksa melukut di tepi gantang, diharapkan penjawat awam berupaya untuk berfikir secara menyeluruh apa yang dilakukan kerajaan BN, dan apa yang akan dilakukan PR sekiranya memerintah.

 Baca lagi di SINI

Bukti Rakyat Yakini #ManifestoBN #Ge13 #Vote4BN

Posted: 10 Apr 2013 11:28 PM PDT



Selepas beberapa pakar ekonomi daripada pelbagai bidang meyakini manifesto Barisan Nasional (BN), ia turut diperakui munasabah dan akan berjaya dilaksanakan oleh Persatuan Remisier Bumiputra Malaysia (PRIBUMI). Persatuan yang ditubuhkan sejak 1995 dan mempunyai keahlian daripada remisier dan golongan pengedar Melayu dan Bumiputera itu yakin manifesto yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat serta membangunkan ekonomi Malaysia.

Persatuan ini juga sebelum ini turut menyokong penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) kerana melihat ianya merupakan peluang keemasan Felda untuk meningkatkan pendapatan mereka sekaligus memberikan peluang kepada peneroka untuk menjana pendapatan. Selain mereka yang arif perihal ekonomi seperti PRIBUMI menyokong manifesto akijanji BN itu, penganalisis ekonomi juga menganggap ianya lebih realistik berbanding manifesto Pakatan Rakyat yang menjanjikan penurunan semua perkara, tanpa mengambil kira secara menyeluruh penjanaan pendapatan kerajaan.

Prof Amir Hussin Baharuddin, profesor ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum ini turut berkata penambahan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sehingga RM1,200 dalam manifesto Barisan Nasional (BN) juga tidak akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Malah,  berkata selain membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah, pemberian BR1M akan memberi impak positif kepada ekonomi negara.

Menurutnya pembangunan ekonomi negara akan terus berkembang pesat menerusi perbelanjaan yang dilakukan golongan tersebut dalam pasaran, sekali gus menyumbang semula ke dalam aliran tunai negara. Beliau menjelaskan bahawa penerima BR1M akan membelanjakan untuk membeli keperluan isi rumah dan proses itu mewujudkan permintaan dalam pasaran, sekaligus  permintaan yang tinggi dalam pasaran akan menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baharu.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk N. Marimuthu juga berkata pemberian BR1M akan meningkatkan kuasa membeli golongan kurang berkemampuan serta dapat membantu golongan peniaga memperoleh keuntungan yang baik. Presiden Gabungan Komputer Nasional Malaysia Prof Dr Ahmad Zaki Abu Bakar juga menyambut baik aku janji BN untuk menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jelasnya yang merupakan pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah satu keperluan dan pendekatan itu akan menjadikan akses kepada internet lebih meluas dalam kalangan rakyat termasuk di luar bandar. Ternayata pakar ekonomi juga menyokong manifesto BN yang menyeluruh dan menyentuh aspek kehidupan dan keperluan rakyat Malaysia.

Dibandingkan dengan manifesto pembangkang, agak sukar dijangka apa akan berlaku dalam tempoh lima tahun pertama pemerintahan mereka sekiranya janji-janji itu dilaksanakan, sedangkan lonjakan terhadap hutang kerajaan semakin meningkat. Situasi itu akan diburukkan lagi dengan kadar pengangguran yang tinggi ekoran majikan tidak lagi mampu menggaji pekerja tambahan.

Ternyata, kesan jangka panjang manifesto BN dan PR umpama langit dengan bumi.

Tidak menghairankan mereka boleh menjanjikan bulan dan bintang, kerana Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata PR tidak mempunyai pakar politik yang benar-benar bijak, dan disebabkan itu manifesto mereka bodoh.


0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian