Ahad, 7 April 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


#ManifestoBN #AkujanjiBN Kisah Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M #GE13 #VoteBN

Posted: 07 Apr 2013 09:01 PM PDT




Pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai kesediaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari RM500 kepada RM1,200 untuk keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sesungguhnya paling menarik perhatian ramai.

Ia satu berita gembira di luar jangkaan yang amat dialu-alukan, selain itu orang muda yang belum berumah tangga juga mendapat manfaatnya apabila insentif BR1M untuk golongan bujang turut dinaikkan dari RM250 kepada RM600, membuktikan betapa prihatinnya Kerajaan BN.

Di lihat dari respons hadirin yang berada di dalam dan luar Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 semasa pelancaran Manifesto BN bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" itu, ternyata rakyat agak teruja dengan pengumuman tersebut.

Suasana sebegini jika dilihat oleh pemimpin PR tentu sekali mengundang gundah dalam hati, sementelah lagi sejak BR1M diperkenalkan pada 2011 diikuti dengan BR1M 2.0 pada 2012, sudah acap kali PR cuba mempersendakan insentif tersebut.

Pemimpin PR pernah menganggap penerima bantuan BR1M ibarat anak ayam dan lembu yang diumpankan dengan makanan, malah lebih teruk dari itu rakyat yang mendapat manfaat BR1M disamakan seperti penagih candu. Demikian hinanya martabat rakyat di mata pemimpin PR.

Mungkin dari aspek politik, PR merasakan penghinaan sebegini perlu untuk mengurangkan rasa terima kasih rakyat kepada BN, tapi hakikatnya kritikan yang tidak bertamadun sedemikian hanya mengundang amarah khalayak kepada PR.



Insentif BR1M bernilai RM1,200 dan RM600 ini mungkin dilihat kecil amaunnya oleh sesetengah pihak khususnya dari kalangan pemimpin dan penyokong PR, namun bagi rakyat yang menerimanya ia adalah satu pemberian penuh bermakna yang amat bermanfaat untuk mereka.

Sebab itu ramai hadirin yang mengikuti majlis pelancaran Manifesto BN itu secara spontan menadah tangan tanda kesyukuran malah ramai juga yang melonjak kegembiraan melaungkan ucapan terima kasih kepada PM sambil menyatakan sokongan padu kepada BN.

Senario ini tidak wujud semasa pelancaran manifesto PR pada 25 Februari 2013 yang lalu di SACC Shah Alam yang serba suram dan hambar, kerana janji yang ditaburi lebih banyak menimbulkan keraguan dan kesangsian ramai.

Berbeza sekali suasananya semasa pelancaran Manifesto BN yang mendapat sambutan hangat dan dihadiri puluhan ribu ahli, penyokong BN serta rakyat jelata yang setia hingga akhir majlis. Ini pun sudah cukup untuk menggambarkan tahap keyakinan umum yang tinggi kepada BN berbanding PR.

Rakyat tahu kenaikan insentif BR1M seperti dinukilkan dalam Manifesto BN itu merupakan satu akujanji yang ikhlas, realistik dan sudah pasti akan ditunaikan kerana terbukti sedari dulu lagi Kerajaan BN sememangnya menepati janji.



SP: BR1M bukan wang rasuah ye........

Edisi Kantoi Bah 1: All Opposition Supporters Are Not Paid To Attend Political Demonstration #GE13 #Vote4BN #BN4WP

Posted: 07 Apr 2013 07:44 AM PDT

I was given an opportunity to view a very good video on Youtube which exposed the hypocrisies of Pakatan Rakyat for the past five years they were in power. I will try to elaborate more on this five major hypocrisies for the rakyat to better evaluate do they really want to vote an incompetent, unreliable and disjointed opposition party into power in the coming general election. 
Before i start, let's understand what is the meaning of hypocrisy or in malay its simply hipokrasi atau pun hipokrit. Taken from Wikipedia, Hypocrisy means:
Hypocrisy is the state of pretending to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that one does not actually have. Hypocrisy involves the deception of others and is thus a kind of lie.
In simple term its a kind of lie. A lie to the rakyat and can we tolerate this? Let me go into the first major hypocrisy of Pakatan Rakyat :

1. All Opposition Supporters Are Not Paid To Attend Political Demonstration
This is actually a lie. Quoting from the mouth of PAS's spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, he has clearly stated that all PAS supporters who attended the Bersih rally was paid by the him. This in itself shows the hypocrisy of opposition supporters who time and again claimed that pro government supporters are paid to attend party functions.

Checkmate Number 1!





Part II tomorrow..................

17 Points Menarik #ManifestoBN #AkuJanji #GE13 #PRU13 #BN4WP

Posted: 07 Apr 2013 05:52 AM PDT


Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam.  Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.  

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia. 

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai.  Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.  

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan.  Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu. 

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan.   Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan.   Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.  



Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong.  Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan 'Janji Ditepati' sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu.   Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji. 

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan.  Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato' Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.  

Antara janji-janji BN ialah:

1.      Menangani Kos Sara Hidup

2.      Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3.      Menyediakan Rumah Mampu Milik

4.      Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5.      Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6.      Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7.      Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8.      Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9.      Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.  Memperkasa Penyertaan Wanita

11.  Memenuhi Aspirasi Belia

12.  Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.  Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14.  Memerangi Gejala Rasuah

15.  Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.  Gerakan Kesederhanaan Global

17.  Memulihara Sumber Semula Jadi
 
Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M.  Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan. 

Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.

Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri. 

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali ini. 

Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara, keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada sesuatu yang pasti.  Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana Menteri.  

Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan pasti.  Kita pasti dengan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai sebuah Akujanji. 


YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH RAKYAT

Posted: 06 Apr 2013 09:04 PM PDT


Assalamualaikum

Parlimen telah pun dibubarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 3 April lalu.

Apa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat telah pun menjadi kenyataan dan apa yang dinantikan sekarang adalah hari penamaan calon dan hari pengundian.

Sempena pembubaran Parlimen itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh pengundi, penduduk dan agensi-agensi kerajaan serta swasta yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen kepada saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Nerus lima tahun yang lalu.

Sesunguhnya saya gembira kerana dapat bekerjasama bersama anda semua dalam melaksanakan amanah penting untuk rakyat dan kemajuan di Parlimen Kuala Nerus.

Saya berdoa, segala kejayaan itu akan berterusan dan selagi kita memilih Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang memerintah, rakyat akan sentiasa mendapat faedahnya.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


[SENSASI] PENDUDUK SIJANGKANG TOLAK DR.YUNUS DAN ABDULLAH SANI.

Posted: 07 Apr 2013 04:11 AM PDT


Penuh hingga ke luar khemah
Dr.Yunus PASti tak senang duduk dibuatnya pabila mendapati hampir 1500 orang membanjiri padang awam di pekan Telok Panglima Garang pada petang ini.Luar biasa sambutan yang diberikan.Bukti menunjukkan bahawa mereka semua MENOLAK pimpinan PAS di Dun Sijangkang juga MENOLAK pimpinan PR di Parlimen Kuala Langat.
Pemimpin yang senantiasa turun padang.

Pengerusi PEMUDA BN Kuala Langat

DAP KUALA LANGAT SOKONG BARISAN NASIONAL?

Posted: 07 Apr 2013 01:38 AM PDT


Jika dah terdesak..sanggup lakukan apa sahaja demi menghalalkan yang haram.Aku kata demikian kerana puak-puak sebelah sana sedang bermain taktik kotor dengan menggantung beberapa banner seperti foto di atas dibeberapa kawasan sekitar Pekan Banting.Motifnya senang sahaja..sekiranya Barisan Nasional menang..puak-puak ini akan membuat bantahan..senang kata..mereka kini sedang mencari kesalahan BN walhal kesalahan itu mereka yang ciptakan..
Kalau diikutkan..kebodohan mereka ini memang terserlah sangat.Cuba lihat..UNDILAH PERDANA MENTERI.hahaha..selepas pembubaran tempoh hari,mana lagi ada Perdana Menteri!
Aku sekali lagi ingatkan..JANGAN CUBA BERMAIN DENGAN API !KELAK TERBAKAR DIRI SENDIRI DAN JANGAN CABAR BARISAN NASIONAL.SUKA DI INGATKAN BAHAWA PIHAK BARISAN NASIONAL SEMEMANGNYA BELUM MENGELUAR,
Mengedar,Menggantung apa-apa jua banner atau bunting seperti yang tertera di atas.


[GEMPAR] Bilik Gerakan PDM Jenjarom Disabotaj

Posted: 06 Apr 2013 10:21 PM PDT





Nampaknya tanda-tanda pihak sebelah sana semakin 'panas' sudah mula kelihatan... Semalam (6/4/2013) di Bilik Gerakan PDM Jenjarom berlaku kejadian di mana papan tanda Bilik Gerakan tersebut telah disabotaj dan dipecahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab...

Justeru satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sg. Jarom pada hari ini...




PUcTD percaya, sebanyak mana mainan kasar yang dilakukan dan sebanyak mana provokasi dilakukan.. penggerak jentera BN di Kuala Langat ini tidak melatah... bahkan semakin bersemangat untuk bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional di Kuala Langat...

Kepada semua jentera BN! Ayuh, kuatkan tekad dan semangat! Sesungguhnya usaha anda adalah demi kesejahteraan anak cucu kita di masa hadapan.

p/s : AWAS! JANGAN BERMAIN API DENGAN KAMI!

Episod 2: Calon BN Parlimen Kuala Langat dan DUN Morib sekali lagi diingatkan JANGAN bertanding PRU13 kerana laporan ini.Anda PASTI MENYESAL

Posted: 06 Apr 2013 09:02 AM PDT


Opp..salah gambo..ni gambo rakyat di Bukit Jalil tadi..alhamdulillah,,rakyat semakin BIJAK
PANTAI MORIB pada ketika ini sedang berlangsungnya satu konsert amal.PULUHAN aje..bukan PULUHAN ribu yang hadir.Antara "bintang"yang menyerlah pada malam ini,tak lain dan tak bukan Abdullah Sani bersama isteri "terbaik"nya,juga Hasnul Baharudin.
Kesian aku tengok kat para pengunjung kat MORIB pada malam ni,elok-elok sedang bersantai bersama keluarga,datang pulak BADUT sarkas buat free show..Terkinja-kinja di atas pentas.Menabur fitnah..menabur janji yang tak pernah ditepati malah DICAPATI.
Tengok muka SAM ketot..kemut je...

Apa yang paling sweet sangat semasa ucapan Abdullah Sani,dengan yakin dan tenangnya beliau berkata"Saya calon Ahli Parlimen Kuala Langat:..perghhhh! Berdesinggg telinga aku dibuatnya.Confirm LINGKUP KUALA LANGAT!Dalam pada masa yang sama,isu Lahad Datu dikatakan satu sandiwara serta menjadikan rakyat sebagai mangsa keadaan.Alamak!Dollah Sani ni betul ke tak?Meroyan tak tentu pasal  ni.Kalau kerajaan nak jadikan rakyat sebagai mangsa,tak perlulah kerajaan beriya-iya menghantar pasukan keselamatan ke sana serta memindahkan rakyat ke kawasan yang selamat.Kalau cakap sahaja,memang senang wahai YB.Cuba YB pergi ke sana 2 hari..ada bran?Kawasan sendiri TAK terjaga,nak jaga kawasan orang pula.Kalau YB benar-benar kata rakyat jadi mangsa,sepatutnya YB ambil cermin dan lihat serta renungkan sepanjang 5 tahun YB di Kuala Langat..

berapa banyak fitnah yang YB tabur,berapa banyak janji yang YB tabur?Berapa banyak rumah urut yang YB dah luluskan?YB,satu jari tunjuk kat orang,yang 4 jari tu tunjuk kat diri sendiri,so FAHAM-FAHAMlah YB.PRU 13 anda PASTI LINGKUP!

Seperkara lagi ,dalam ucapan YB beliau dengan SOMBONGnya mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional menghabiskan duit dan TIDAK ada pembangunan yang dilakukan.WOW! Menarik betul hujah YB.Apa yang kerajaan Barisan Nasional tidak lakukan?Sekolah? Cukup.Tempat ibadah? Cukup.Sepertim yang aku katakan di atas,cuba YB tanya PEMBANGUNAN APA YANG YB BAWA KAT KAWASAN PARLIMEN KUALA LANGAT?Jawapan senang,Rumah urut,PUB,Hotel bajet,dan paling ketara perubahan yang YB bawa ke Kuala Langat ialah BINI BARU.

Aku nak sentuh pula dengan bakal calon Dun Morib,(jangan perasan bro)..
Beliau menasihatkan rakyat agar memilih kerajaan yang lebih baik dan adil.Ye,yang ni aku setuju sangat,sebab saranan Hasnul ni,agar kita semua pilih kerajaan BARISAN NASIONAL.Sebab dah terbukti setelah sekian lamanya kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang baik dan rakyat pada kali ini BIJAK untuk menguburkan PAS,DAP,dan PR.Mengenai pembubaran Parlimen,aku pun hairan,nak kata tak sekolah,sekolah takdelah tinggi sangat si Hasnol ni,cuma dia bijak sikitlah daripada YB Dolah,suka hati DS Najiblah bila beliau nak bubarkan Parlimen.Yang sakit hati sangat ni kenapa?Permainkan perasaan rakyat atau ko ni tak sabo nak jadi calon?hehehe..Yang kerajaan NEGERI SELANGOR kata selepas Chap Goh Meh nak bubar tapi TAK bubar tu apa cer?DS Najib takde mention bila tarikh nak bubar..

yang Khalid Al-Ghagabi tu yang beriya-iya..Bro,BEBAL tu jangan keluarkan banyak sangatlah ye.Kebebasan beersuara atau kebebasan media,BILA KERAJAAN BERI PELUANG UNTUK MUNCUL DIKACA TV korang ni mengada-ngadalah pulak.Sampai ada satu majlis tu wartawan Utusan dan TV3 tidak dibenarkan buat laporan.KEBEBASAN apa yang ko nak ni Hasnol?Sapa yang tak bebas sebenarnya ni?

Sebenarnya,banyak lagi aku nak ulas tentang Hasnol ni,tapi,semuanya cerita lama yang diulang-ulangkan,seperti bantuan BN hanya kepada orang tertentu,BR1M..dan banyak lagilah.Tapi rakyat dah bijak..boleh tay mana intan mana TAIK! Janji BN ditepati!Cuba Hasnol lihat foto di bawah ni,nama penerima BR1M 2.0,kalau tak kenal tanya Dolah Sani..BUKTI bantuan diberi TANPA fikir sapa...

FAEZAH ARIFFIN..nama baru ni..ucapan,tomahan serta cacian anda terhadap KERAJAAN BARISAN NASIONAL adalah tidak mengikut fakta,akan tetapi AUTA.Manakan tidak isu PTPTN,air,semua isu lapoklah Faezah....go back and study..


apa pun....

UMNO Cawangan Bukit Ampang

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Akujanji Barisan Nasional 2013

Posted: 06 Apr 2013 09:48 AM PDT


MANIFESTO PENUH BARISAN NASIONAL 2013

Manifesto Barisan Nasional PRU 13 PDF

Pengikut