Ahad, 7 April 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


#ManifestoBN #AkujanjiBN Kisah Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M #GE13 #VoteBN

Posted: 07 Apr 2013 09:01 PM PDT




Pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengenai kesediaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari RM500 kepada RM1,200 untuk keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sesungguhnya paling menarik perhatian ramai.

Ia satu berita gembira di luar jangkaan yang amat dialu-alukan, selain itu orang muda yang belum berumah tangga juga mendapat manfaatnya apabila insentif BR1M untuk golongan bujang turut dinaikkan dari RM250 kepada RM600, membuktikan betapa prihatinnya Kerajaan BN.

Di lihat dari respons hadirin yang berada di dalam dan luar Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 semasa pelancaran Manifesto BN bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" itu, ternyata rakyat agak teruja dengan pengumuman tersebut.

Suasana sebegini jika dilihat oleh pemimpin PR tentu sekali mengundang gundah dalam hati, sementelah lagi sejak BR1M diperkenalkan pada 2011 diikuti dengan BR1M 2.0 pada 2012, sudah acap kali PR cuba mempersendakan insentif tersebut.

Pemimpin PR pernah menganggap penerima bantuan BR1M ibarat anak ayam dan lembu yang diumpankan dengan makanan, malah lebih teruk dari itu rakyat yang mendapat manfaat BR1M disamakan seperti penagih candu. Demikian hinanya martabat rakyat di mata pemimpin PR.

Mungkin dari aspek politik, PR merasakan penghinaan sebegini perlu untuk mengurangkan rasa terima kasih rakyat kepada BN, tapi hakikatnya kritikan yang tidak bertamadun sedemikian hanya mengundang amarah khalayak kepada PR.



Insentif BR1M bernilai RM1,200 dan RM600 ini mungkin dilihat kecil amaunnya oleh sesetengah pihak khususnya dari kalangan pemimpin dan penyokong PR, namun bagi rakyat yang menerimanya ia adalah satu pemberian penuh bermakna yang amat bermanfaat untuk mereka.

Sebab itu ramai hadirin yang mengikuti majlis pelancaran Manifesto BN itu secara spontan menadah tangan tanda kesyukuran malah ramai juga yang melonjak kegembiraan melaungkan ucapan terima kasih kepada PM sambil menyatakan sokongan padu kepada BN.

Senario ini tidak wujud semasa pelancaran manifesto PR pada 25 Februari 2013 yang lalu di SACC Shah Alam yang serba suram dan hambar, kerana janji yang ditaburi lebih banyak menimbulkan keraguan dan kesangsian ramai.

Berbeza sekali suasananya semasa pelancaran Manifesto BN yang mendapat sambutan hangat dan dihadiri puluhan ribu ahli, penyokong BN serta rakyat jelata yang setia hingga akhir majlis. Ini pun sudah cukup untuk menggambarkan tahap keyakinan umum yang tinggi kepada BN berbanding PR.

Rakyat tahu kenaikan insentif BR1M seperti dinukilkan dalam Manifesto BN itu merupakan satu akujanji yang ikhlas, realistik dan sudah pasti akan ditunaikan kerana terbukti sedari dulu lagi Kerajaan BN sememangnya menepati janji.



SP: BR1M bukan wang rasuah ye........

Edisi Kantoi Bah 1: All Opposition Supporters Are Not Paid To Attend Political Demonstration #GE13 #Vote4BN #BN4WP

Posted: 07 Apr 2013 07:44 AM PDT

I was given an opportunity to view a very good video on Youtube which exposed the hypocrisies of Pakatan Rakyat for the past five years they were in power. I will try to elaborate more on this five major hypocrisies for the rakyat to better evaluate do they really want to vote an incompetent, unreliable and disjointed opposition party into power in the coming general election. 
Before i start, let's understand what is the meaning of hypocrisy or in malay its simply hipokrasi atau pun hipokrit. Taken from Wikipedia, Hypocrisy means:
Hypocrisy is the state of pretending to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that one does not actually have. Hypocrisy involves the deception of others and is thus a kind of lie.
In simple term its a kind of lie. A lie to the rakyat and can we tolerate this? Let me go into the first major hypocrisy of Pakatan Rakyat :

1. All Opposition Supporters Are Not Paid To Attend Political Demonstration
This is actually a lie. Quoting from the mouth of PAS's spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, he has clearly stated that all PAS supporters who attended the Bersih rally was paid by the him. This in itself shows the hypocrisy of opposition supporters who time and again claimed that pro government supporters are paid to attend party functions.

Checkmate Number 1!





Part II tomorrow..................

17 Points Menarik #ManifestoBN #AkuJanji #GE13 #PRU13 #BN4WP

Posted: 07 Apr 2013 05:52 AM PDT


Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam.  Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.  

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia. 

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai.  Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.  

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan.  Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu. 

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan.   Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan.   Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.  



Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong.  Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan 'Janji Ditepati' sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu.   Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji. 

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan.  Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato' Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.  

Antara janji-janji BN ialah:

1.      Menangani Kos Sara Hidup

2.      Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3.      Menyediakan Rumah Mampu Milik

4.      Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5.      Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6.      Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7.      Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8.      Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9.      Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.  Memperkasa Penyertaan Wanita

11.  Memenuhi Aspirasi Belia

12.  Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.  Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14.  Memerangi Gejala Rasuah

15.  Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.  Gerakan Kesederhanaan Global

17.  Memulihara Sumber Semula Jadi
 
Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M.  Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan. 

Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.

Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri. 

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali ini. 

Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara, keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada sesuatu yang pasti.  Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana Menteri.  

Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan pasti.  Kita pasti dengan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai sebuah Akujanji. 


Tiada ulasan:

Pengikut