Sabtu, 6 April 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Manifesto BN REalistik Bukan Ilusi #ManifestoBN #PRU13 #BNBagus @NajibRazak

Posted: 06 Apr 2013 08:27 AM PDT

Antara kandungan menarik akujanji yang Barisan Nasional tawarkan kepada rakyat seandainya BN masih lagi diberi mandat menerajui tampuk kepimpinan Malaysia



  • BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
  • 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
  • Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
  • Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
  • Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
  • Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah 'perkongsian kemakmuran' bersama rakyat.
  • BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
  • Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
  • Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
  • Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
  • 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
  • Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
  • Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
  • Membina Lebuh raya Pan Borneo.
  • Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
  • Sekolah satu sesi diperluaskan.
  • Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
  • Transformasi sekolah vokasional.
  • 4,000 anggota Polis setiap tahun.
  • Penggunaan SafeCam.
  • Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat


 Sila lawati laman web MANIFESTOPRU13 untuk mendapatkan manifesto penuh Barisan Nasional.






Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


PRU-13: Ceramah tempat gelap, penyokong Pas jatuh parit?

Posted: 05 Apr 2013 09:05 PM PDT

Orang ramai membantu seorang lelaki penyokong Pas yang terjatuh ke dalam parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap dan tanah licin akibat hujan, sewaktu Mohamad Sabu berucap pada ceramah Pas di Bandar Baru Uda, Johor Bahru malam tadi.

Gara-gara sikap parti-parti pembangkang yang gemar mengadakan ceramah di tempat sempit dan gelap, akibatnya para penyokong mereka menanggung azab.

Dalam satu majlis ceramah Pas di di Bandar Baru Uda di sini malam tadi, seorang pengunjung yang juga penyokong parti itu terjatuh parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap.

Orang ramai terpaksa membantu lelaki berusia 50-an itu yang dipercayai tergelecek ke dalam parit berkenaan kerana keadaan tanah yang licin dan berlumpur selepas hujan pada petang semalam.

Kejadian tersebut berlaku ketika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap di atas pentas. Turut berceramah sebelumnya ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub.

Ekoran kejadian itu, pengacara majlis, Onn Jaafar, yang juga Ahli Badan Perhubungan Pas Johor terpaksa membuat pengumuman agar pengunjung yang hadir hati-hati melangkah bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kecederaan.

Warna-warni politik
Torashah

www.pemuda-enggang.org

www.pemuda-enggang.org


Manifesto BN 2013

Posted: 06 Apr 2013 09:49 AM PDT

Antara intipati akujanji Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia sekiranya diberi mandat pada PRU13 nanti. Tekadkan pilihan anda… Undilah Barisan Nasional!

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


MANIFESTO MEMANG JANJI KERAJAAN BARISAN NASIONAL!

Posted: 06 Apr 2013 08:00 AM PDT

 

17 AKU JANJI MANIFESTO BARISAN NASIONAL.

MENANGANI KOS SARA HIDUP

• Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan
• Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150
• Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
• Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia
• Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar
• Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk
• Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja
• Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet
• Memperkenalkan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas
• Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta

MENINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR

• Menstrukturkan semula Kerajaan termasuk mewujudkan Kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar
• Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan
• Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar
• Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam
• Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja
• Menyediakan kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar
• Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi
• Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan
• Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK

• Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
• Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran
• Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan Kerajaan
• Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah
• Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam
• Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka
• Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa
• Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian Kerajaan-Estet
• Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

PELUANG MENDAPAT PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI

• Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat
• Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak
• Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi
• Memperkenalkan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu
• Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik

KE ARAH KECEKAPAN TERHEBAT PENGANGKUTAN AWAM

• Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya
• Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter
• Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar
• Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat
• Meningkatkan jumlah permit teksi individu
• Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERTARAF DUNIA DAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR

• Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
• Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah
• Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat
• Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping
• Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat
• Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana
• Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk
• Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan
• Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara
• Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak
• Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara

MEMBINA EKONOMI MAPAN, DINAMIK DAN INOVATIF

• Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi
• Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020
• Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kekayaan
• Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal
• Mempertingkatkan agenda Bumiputera (termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak) menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi
• Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan
• Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat
• Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang
• Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME
• Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan syarikat Malaysia
• Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera
• Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%
• Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India
• Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil

MEMBINA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGARA

• Membawa Malaysia ke tahap "kategori tiga teratas" dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan
• Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah
• Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak
• Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik
• Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh
• Mengembangkan persekolahan satu sesi
• Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih
• Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil
• Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi
• Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar
• Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas
• Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian
• Berikrar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya
• Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20%
• Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah
• Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi
• Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam
• Memperkenalkan skim pemilikan laptop di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet

MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

• Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun
• Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan
• Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan
• Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
• Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar
• Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis
• Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin
• Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam
• Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan tempat letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah
• Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam
• Pengambilan tambahan 50,000 Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat

MEMPERKASA PENYERTAAN WANITA

• Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional
• Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina
• Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari
• Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal
• Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama
• Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja

MEMENUHI ASPIRASI BELIA

Menyediakan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial
• Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka
• Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti
• Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U
• Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar
• Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat
• Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan

MERANCANG JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL

• Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
• Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum
• Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain
• Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah peribumi
• Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri
• Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti
• Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil

MEMPROMOSIKAN AGAMA ISLAM, KEBEBASAN DAN KEHARMONIAN AGAMA

• Mendukung Islam sebagai agama Persekutuaan dan mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah
• Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni
• Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri
• Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan
• Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah
• Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri
• Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat
• Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat
• Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat
• Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji
• Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan
• Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok

MEMERANGI GEJALA RASUAH

• Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan Kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam
• Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan
• Menaik taraf kedudukan ketua dan pegawai kanan Pesuruhjaya SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi
• Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah
• Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera
• Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah
• Melaksanakan aku janji integriti untuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri

MEMPERKUKUHKAN PERKHIDMATAN AWAM, MENAMBAH BAIK URUS TADBIR

• Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan
• Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenaikan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara
• Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap
• Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama
• "Merakyatkan Perkhidmatan Awam" bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang
• Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-Pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat
• Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan
• Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan
• Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina
• Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki

GERAKAN KESEDERHANAAN GLOBAL

• Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin
• Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015
• Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan
• Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun
• Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita
• Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah
• Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja

MEMULIHARA SUMBER SEMULA JADI

• Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas
• Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama
• Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan
• Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar
• Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan
• Menguatkuasakan undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama
• Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sisa pepejal

Breaking News: 2 calon DAP bertanding kerusi Dun Teluk Datuk...pertembungan antaraPhilip Tan dan LIM SOON HONG..kedua-duanya bakal "bungkus"

Posted: 06 Apr 2013 07:49 AM PDT


Memang sudah terang lagi bersuluh.Kalau dalam parti sendiri pun mempunyai konflik yang ketara,apatah lagi kalau diberi untuk memerintah negara,sudah pasti HANCUR jadinya.
Namun,inilah wajah sebenar parti DAPig.Masing-masing mahu menunjukkan kuasa hingga lupa akan kebajikan rakyat.Di Dun Teluk Datuk sudah berlaku "perang"antara calon-calon yang bakal bertanding.Sekitar jam 5:30 petang tadi,bertempat di hadapan Dewan Orang Ramai,Jenjarom  telah berlangsungnya satu perhimpunan secara aman  bagi MEMBANTAH Philip Tan dilantik semula terajui Dun Teluk Datuk pada PRU 13 ini,seramai lebih 30 orang  berbangsa India dan seorang berbangsa Cina kelihatan membawa sepanduk menyatakan bahawa mereka MENOLAK Philip Tan untuk menjadi calon Dun Telok Datuk dengan alasan Philip Tan telah banyak kali mengetepikan masyarakat India.

Ternyata Philip Tan pada malam yang sejuk ini rasa akan bahang penolakkan rakyat terhadap beliau.
Namun sebaliknya di Pejabat DAPig Cawangan Teluk Bunut,satu sidang media telah diadakan dimana di situ.LIM SOON HONG dikhabarkan akan bertanding di Dun Teluk Datuk bagi menggantikan Philip Tan.
Apek ni pun tak mau Philip Tan

Sidang media di Teluk Bunut..musuh-musuh Philip Tan ni.Pak Aji tu ngantuk ke??
Pergh!lagilah bengang Philip Tan,Ada gunting dalam lipatan rupanya.Baguslah tu.Yang di Jenjarom buat demo,yang di Teluk Bunut buat sidang media.Macam ada sesuatu yang tak kena..
Mungkin saya TIDAK pilih anda..begitu juga penduduk Telok Datok

Apa-apa pun AKU TETAP UNIDI BARISAN NASIONAL!

PKR - Selangor Punya Cerita Aka Khalid

Posted: 05 Apr 2013 09:37 PM PDT

LAYAN LAGU NI SEBELUM PRU-13 http://www.youtube.com/watch?v=l8S2CmYWaIM

PKR sudah goyang dengan bill board DS Najib

Posted: 05 Apr 2013 10:52 AM PDT


Perghh...nak kata kurang ajar memang kurang ajar.Malam ni di Kuala Langat,Majlis Daerah Kuala Langat sedang merobohkan bill board yang tertera gambar DS Najib.Hebat!
Kenapa perlu robohkan?Atas dasar apa?Atas arahan siapa?Kalau arahan pihak yang menggelarkan dirinya selaku Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor?Alamak..ni salah guna kuasa dah ni..kerajaan dah bubar..so secara automatiknya jawatan dah takde.apa cer...




Pengikut