Manifesto BN REalistik Bukan Ilusi #ManifestoBN #PRU13 #BNBagus @NajibRazak Posted: 06 Apr 2013 08:27 AM PDT Antara kandungan menarik akujanji yang Barisan Nasional tawarkan kepada rakyat seandainya BN masih lagi diberi mandat menerajui tampuk kepimpinan Malaysia - BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
- 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
- Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
- Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
- Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
- Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah 'perkongsian kemakmuran' bersama rakyat.
- BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
- Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
- Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
- Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
- 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
- Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
- Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
- Membina Lebuh raya Pan Borneo.
- Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
- Sekolah satu sesi diperluaskan.
- Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
- Transformasi sekolah vokasional.
- 4,000 anggota Polis setiap tahun.
- Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat
Sila lawati laman web MANIFESTOPRU13 untuk mendapatkan manifesto penuh Barisan Nasional. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan