Pengikut

Nuffnang

Rabu, 3 April 2013

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Mahasiswa bersama Barisan Nasional @NajibRazak @razaliibrahim #GE13 #VoteBN #Najib4PM

Posted: 03 Apr 2013 03:08 AM PDT



KUALA LUMPUR, 3 April – Menyedari semakin ramai yang berpandangan serong terhadap golongan mahasiswa yang dilihat sejak kebelakangan ini begitu cenderung melakukan perkara yang menjatuhkan imej mahasiswa, maka sekumpulan mahasiswa yang mewakili suara mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara mewujudkan SISWA4U.

Pengerusi SISWA4U, Mohd Hafiz Ariffin berkata, penggerak entiti ini adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus.

"Matlamat SISWA4U adalah untuk mengerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk terlibat di dalam proses demokrasi, politik baru dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 secara sihat, rasional, matang, berilmu, berintegriti dan bermaruah sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai salah satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa hadapan.

"Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas. SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah," ujarnya dalam sidang media khas bagi menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Tambah Hafiz, sesuai dengan keterbukaan kerajaan yang telah meminda perkara 15(2) AUKU, aktivis SISWA4U dengan ini menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dalam PRU-13 secara sihat malah turut bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu kempen pilihan raya.

Ujarnya lagi, SISWA4U bukan menyatakan sokongan secara membuta tuli dan tiada asas tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap setiap transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri maka telah terbukti hanya Barisan Nasional yang paling layak diberi mandat untuk terus menjadi pucuk pimpinan negara.

"Kami akan terus bergerak untuk membantu kerajaan mendekati anak muda. Sebagaimanan Perdana Menteri bersungguh mendekati anak muda dan menjiwai denyut nadi anak muda melalui pelbagai pendekatan termasuk melalui media sosial, begitu juga kami SISWA4U.

"Kami mewakili suara anak muda yang cintakan negara dan mahu negara ini terus aman, maju dan makmur, maka kami barisan SISWA4U dengan ini berikrar akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri untuk terus membantu beliau menyakinkan rakyat Malaysia khususnya anak muda agar BN terus diberi mandat menerajui negara ini," ujarnya lagi. – MediaUMNO

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SALAM

Posted: 03 Apr 2013 05:15 AM PDT

Salam,
 
Saya, NABILA BT ABDULLAH   saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya  menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja  dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini . Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut ( KALCIUM NAPHTALIN LUBRICATE ). Para KALCIUM NAPHTALIN LUBRICATE  adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological
pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.
Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.
Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,000.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD  dan  syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.
 saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama  berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya   mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga  dan cara bayaran  maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.
Wassalam,
NABILA

www.pemuda-enggang.org

0 ulasan
sumber :-

www.pemuda-enggang.org


Kronologi Pencapaian Najib Sepanjang Empat Tahun Pentadbirannya

Posted: 03 Apr 2013 02:08 AM PDT

Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009: 1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA * 5 April 2009 – … Continue reading

Transformasi politik umno vs DAP

Posted: 02 Apr 2013 10:23 PM PDT

Parlimen Dibubar Hari Ini

Posted: 02 Apr 2013 08:51 PM PDT

Parlimen Malaysia penggal ke-12 dibubar secara rasmi pada Rabu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan. Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen. Beliau sebelum itu mempengerusikan … Continue reading

Bubar atau tidak…tapi inilah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN

Posted: 02 Apr 2013 07:58 PM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

0 ulasan
sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PEMBUBARAN PARLIMEN DAN PILIHANRAYA UMUM KE 13

Posted: 03 Apr 2013 04:18 AM PDT

Perdana Menteri Malaysia,  YAB Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.
 
Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat PM Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.  Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.
Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.  Menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
 
Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.
 
 
 

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
 
Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.
 
Lapan elemen itu termasuk
  1. penggunaan dakwat kekal,
  2. pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera,
  3. membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan
  4. menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan,ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu 6 bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi
1. Permatang Pauh,
2. Kuala Terengganu,
3. Bukit Gantang,
4. Hulu Selangor,
5. Sibu dan
6. Batu Sapi

Manakala pilihan raya kecil DUN ialah di
1. Bukit Selambau,
2. Batang Ai,
3. Manek Urai,
4. Permatang Pasir,
5. Penanti,
6. Bagan Pinang,
7. Galas,
8. Batu Sapi,
9. Tenang,
10. Merlimau dan
11. Kerdau.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

0 ulasan
sumber :-

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


100 PENCAPAIAN DS @NajibRazak YANG TIDAK AKAN DISIARKAN DALAM MEDIA PEMBANGKANG! #PRU13

Posted: 02 Apr 2013 10:13 PM PDT

Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:




1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

* 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.


* 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

* 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 - Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 - Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 - Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.


* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

* 7 Ogos 2012 - Memperkenal kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 Sept 2012 - Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 Nov 2012 - Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Feb 2013 - Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

* 19 Mac 2013 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

* 16 Mac 2013 - Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.


2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

* 5 Okt 2011 - Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

* 24 Nov 2011 - Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

* 19 April 2012 - Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

* 28 Sept 2012 - Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

* 28 Sept 2012 - Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

* 15 Dis 2012 - Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


* 7 Mac 2013 - Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.

* 11 Mac 2013 - Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

* 25 Mac 2013 - Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

* 30 Mac 2013 - Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.


3. PENTADBIRAN


* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya -- menteri dan timbalan Menteri - dalam mencapai matlamat pentadbirannya "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

* 18 Julai 2009 - Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

* 27 Julai 2009 - Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah - mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

* 27 Jan 2010 - Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

* 8 Feb 2010 - Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

* 4 April 2011 - Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam 'Strategi Lautan Biru Kebangsaan' dalam pengurusan tugas mereka, iaitu 'mengurang', 'menghapus', 'mewujud' dan 'menambah peluang'.

* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

* 26 Ogos 2012 - Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

* 19 Mac 2013 - Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)


* 25 Mac 2013 - Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).


4. EKONOMI DAN KEWANGAN

* 10 Mac 2009 - Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

* 22 Apr 2009 - Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

* 27 Apr 2009 - Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

* 15 Mei 2009 - Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

* 24 Jun 2009 - Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

* 30 Jun 2009 - Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

* 1 Julai 2009 - Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.


* 23 Okt 2009 - Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama' dengan peruntukan RM191.5 bilion.

* 23 Dis 2009 - Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

* 30 Mac 2010 - Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.

* 10 Jun 2010 - Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 25 Okt 2010 - Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

* 11 Jan 2011 - Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.


5. LUAR NEGARA

* 10 April 2009 - Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

* 30 Sept 2009 - Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

* 26 Okt 2009 - Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

* 12 April 2010 - Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.

* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya "memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism".



* 12 Julai 2011 - Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

* 18 Mei 2011 - Menghadiri "Invest Malaysia New York 2011" di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

* 15 Okt 2012 - Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.


6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

* 24 Julai 2009 - menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

* 15 Sept 2009 - mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

* 28 Okt 2009 - Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

* 29 Okt 2009 - Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

* 17 Dis 2009 - Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

* 26 Jan 2010 - melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

* 24 Mac 2010 - Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

* 10 November 2010 - Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

* 8 Sept 2011 - Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

* 7 Julai 2011 - Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK

* 26 Mac 2009 - Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

* 24 April 2009 - Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

* 15 Ogos 2011 - Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

* 29 Nov 2012 - Melancarkan buku bertajuk 'Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat', yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

* 20 Feb 2013 - Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.



8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB

* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan. BACA SINI

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing. BACA SINI

* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

* 25 Jan 2010 - 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

* 7 Okt 2011 - Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti. - Bernama

Breaking News: DS NAJIB BUBAR PARLIMEN HARI INI.

Posted: 02 Apr 2013 07:43 PM PDT


Parlimen bubar genap 4 tahun Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yg ke 6??

Khabar angin yg bertiup kencang ba. wa PM akan membubarkan Parlimen Malaysia bagi memberi laluan untuk Pilihanraya Umum yg ke13 semakin hampir menjadi kenyataan apabila difahamkan bahawa DYMM SPB YDA, Tuanku Halim pada jam 9.05am tadi telah menandatangani perisytiharan pembubaran Parlimen setelah menerima mengadap DS Najib Razak di Istana Negara sebentar tadi.
Ini diperkuatkan lagi apabila twitter Pejabat Perdana Menteri memaklumkan satu PC akan diadakan pada jam 11:30am nanti.
Sama-sama kita tunggu pengumuman dari YAB PM sebentar lagi nanti sama ada Parlimen akan dibubarkan hari ini atau terbubar sendiri pada 30hb April nanti..
Apa-apa pun tahniah kepada kepimpinan Dato Seri Najib selama 4 tahun yg berjaya memacu Malaysia menjadi lebih maju, progresif & makmur dgn pelbagai insiatif sesuai dengan cogankata 1 Malaysia & "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan walau dalam keadaan iklim politik yang tidak menentu.
Tahniah..
Dikesempatan ini,kami dari team PUcTD ingin mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci kepada Dato Seri dan rombongan.Semoga Dato Seri diberi perlindyngan dn doakan kemenangan BESAR BN.

Breaking News: BUKTI RAKYAT DUN MORIB MENOLAK BARISAN NASIONAL

Posted: 02 Apr 2013 08:57 AM PDT


Tersyum Hasnul,,,lihat YB Yunus,macam DISISIHKAN aje..
Aku yakin dan percaya,malam ni para pemimpin PKR di Daerah Kuala Langat sudah pasti TAK lena tidur.Manakan tak,program ceramah isu semasa yang bertajuk "PRU 13 BUBAR PARLIMEN"yang telah diadakan di Padang Awam Taman Damai,Simpang Morib TIDAK mendapat sambutan.Seperti kebiasaannya,kerusi lebih banyak daripada jemputan dan setelah aku kira,adalah dalam 50-60 orang sahaja yang "sudi"menghadirkan diri.yang lain..sendiri mahu ingatlah.
Ribuan penyokong Hasnul

Abdullah Sani,Hasnul Baharuddin,Yunus Hairi.Idris Ahmad dan Ariff Sabri antara yang aku nampak di atas pentas.Masing-masing cuba menyembunyikan "kemaluan"masing-masing pabila lihat sambutan yang amat "suam"itu.Jangan LANCAP ye Tuan-tuan..kangg tak sempat pulak nak PRU...
Makcik ni steady..BOLEH lelap masa Hasnul berucap

Hasnul Baharuddin,cukup hebat malam ni beliau berhujah..Sibuk sangat berkata bila PM Najib nak bubarkan Parlimen..hingga beliau mengatakan bahawa PM Najib TAKUT untuk bubar berikutan sokongan mantap rakyat terhadap PKR.Siap bagi contoh di Selangor lagi tu.Alamak!Biar betul apa yang Hasnul katakan ini.Jawapannya ringkas sahaja Hasnul,PM saja taknak umum,sebab kalau umum minggu lalu atau bulan lalu,nanti TAKUT korang tak puas pula nak jadi pemerintah.Nanti bubar awal korang confirm bungkus.Sepatutnya kau tanya MB kau dulu,yang janji nak bubar selepas Chap Goh Meh tempoh hari,tup-tup...haaa JAWABlah...
Tuan-tuan jangan balik dulu ye..kesiankanlah kat saya,tabung MILO tak penuh lagi

Disamping itu juga,Hasnul juga merungut mengenai KEBEBASAN  MEDIA.Semua dikawal oleh BN.Adeh,sepatutnya dia kena tengok dan kaji dulu sebelum mengeluarkan kenyataan sebegini,peluang untuk keudara ke stesen-stesen TV telah diberi,tapi......TAK MAHU pula.Cuba klik pautan ini tv3-dan-utusan-di-black-list korang lihat lah sendiri,sapa yang SEKAT sapa.

Pada malam ini,Hasnul  ada juga menyentuh pasal SYABAS dimana Dato Razali merupakan orang yang bertanggungjawab dalam isu air di Selangor ini.Tapi Hasnul MUNGKIN terlupa bahawa siapa pemegang 30 % saham Syabas...tak lain dan tak bukan KERAJAAN NEGERI SELANGOR di bawah pimpinan Khalid Gha ghap..yang ni tak sentuh pula.Alahai Hasnul,rakyat semakin BIJAKlah..klik sini pula 30% SAHAM SYABAS.
Manifesto BUKAN janji.

Bab ekonomi pula,Hasnul berkata,KERAjaan PR tidak memilih bulu untuk beri bantuan kepada rakyat.Betul ke Hasnul?Kalau tak pilih bulu,ko pilih apa?Sebagai contoh,di satu kawasan di dalam Daerah Kuala Langat,KERAjaan PR hanya memilih orang-orang tertentu sahaja terutama dalam program JOM SHOPPING..yang TERPILIH adalah dikalangan penyokong PKR manakala yang BN diketepikan,BERBEZA dengan kerajaan BN,dimana BANTUAN DIAGIHKAN SAMA RATA TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK.Beza BANTUAN RAKYAT BN dan PR
Hasnul,aku ulang balik SAMA RATA,kalau tak takkan bekas isteri Abdullah Sani pun dapat BR1M 2.0.
Apa aku nak kencing lagi ni...

Abdullah Sani pula sewaktu menyampaikan ucapan beliau,menyalahkan pihak kerajaan BN kerana TIDAK menyediakan peralatan yang canggih kepada anggota keselamatan semasa berlangsungnya Ops Daulat,Pergh!aku rasa,yang Dullah Sani ni TAK baca akhbar dan tak tengok tv kot.Lupa pulak,dia mana baca dan tengok tv.Kan dorang kata KONSPIRASI!Baiklah,aku nak jelaskan kat sini,bila kerajaan BN nak beli peralatan canggih seperti Helikopter  EC725 untuk TUDM buat tugas Combat Search & Rescue,bagi gantikan NURI,sapa yang bantah?sapa?Sudah pasti,PUAK PEMBANGKANG!.Alahai..bila dah jadi PANDAI PULA BERKATA YANG KITA TAKDE PERALATAN CANGGIH.
Yang canggihnya Dullah Sani,halau bini...
Cukup-cukuplah wahai para pemimpin PR.Makin korang berhujah,makin menampakkan kebebalan korang aje.Tapi yang PASTI,PRU 13 ni,riwayat pemerintahan PR akan ditamatkan!Ayuh seluruh RAKYAT MALAYSIA,TOLAK PR!


UMNO Cawangan Bukit Ampang

0 ulasan
sumber :-

UMNO Cawangan Bukit Ampang


UCAPAN YAB PERDANA MENTERI BUBAR DEWAN RAKYAT HARI INI.

Posted: 03 Apr 2013 12:31 AM PDT

"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Msia bahawa pada pagi ini telah mengadap Yang d-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu 3 April 2013. 

Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk mengadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara. Rakyat Malaysia yang dikasihi. Hari ini empat tahun lalu, pada tanggal 3 April 2009, saya telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah serta tanggungjawab sebagai PM negara Malaysia yang tercinta. 

Dalam tempoh tersebut saya bersama-sama TPM, anggota jemaah menteri dan anggota pentadbiran yang lain telah pun dengan segala ikhtiar dan upaya, mencetuskan dan melaksanakan pembaharuan serta perubahan berpaksikan kepada falsafah 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan serta dipandu oleh Dasar Transformasi Nasional. Dalam tempoh 4 tahun yang lepas, rakyat Malaysia telah dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana program, perancangan serta dasar transformasi nasional yang melibatkan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial telah dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memakmurkan negara. 

Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan ini ialah yang meletakkan kepentingan tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, menepati janji, kami sebuah kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan melaksanakannya, bukan sikap kami menanam tebu di bibir. Semuanya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan track rekod kami sepanjang 4 tahun yang lalu. Rakyat Malaysia yang dikasihi, pembubaran ini akan membuka laluan kepada bermulanya proses pilihan raya umum bagi kali yang ke-13 untuk negara semenjak tahun 1959. Iaitu apabila kita mula mengadakan pilihan raya umum yang pertama selepas merdeka. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sebagai asas pemerintahan. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat. 

Sejarah telah menunjukkan bahawa kebunggaran demokrasi telah berjaya menyediakan asas-asas yang subur untuk kestabilan dan keamanan nasional yang telah dinikmati warga negara ini selama lebih 5 dekad. Amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya kerana walaupun bersifat sengit dan amat berdaya saing namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya. Saya ingin menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional. Semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam pilihan raya umum kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan. 

Insaflah dan ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan dan akhirnya keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik-taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita. Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di malaysia sejak merdeka lagi, proses pilihan raya yang diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus. Kerajaan yang telah dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat Negeri ialah kerajaan yang mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dengan amalan demokrasi. Amalan demokrasi sebagai teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yang pernah dicipta manusia. 

Hakikatnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika ditangani dan diuruskan secara baik sejarah telah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat, yang akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara. Marilah kita sama-sama sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yang akan dibaut oleh rakyat. Marilah kita bersama-sama berdoa agar pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar aman, lancar dan selamat. Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya inign beri jaminan bahawa kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sehingga selesai proses pilihan raya. 

Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia serta parti politik yang terlibat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib. Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi. Inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik. Inilah komitmen kita dalam menghormati suara dan mendahulukan kepentingan rakyat. Kepada semua rakyat Malaysia terutama yang tinggal di pantai timur Sabah janganlah bimbang dan takut. Laksana dan tunaikanlah tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan sebagai warganegara Malaysia. Pihak keselamatan negara akan menjalankan tugas mereka untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 

Setiap undi tuan-tuan dan puan-puan adalah penting. Jangan bazirkan ia. Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia. Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan. Ini kerana undi saudara saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua. Dalam pilihan raya ini tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja bertanggungjawab memilih wakil saudara dan saudari bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga memilih kerajaan yang akan mendokong aspirasi tuan-tuan dan puan-puan. Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya berdiri di sini dengan penuh rasa tawaduk dan terhormat kerana diberi kepercayaan untuk memimpin tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dan akan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya. 

Di sini saya selaku ketua kerajaan Barisan (BN) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia kepada kami kerajaan Barisan nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara semenjak lima tahun yang lepas. Mulai hari ini saya dan rakan-rakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun dan bertemu dengan rakyat seluruh pelosok negara bagi meyakinkan rakyat Malaysia kenapa kami Barisana Nasional (BN) perlu diberi peluang kembali untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang kukuh. Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi insya Allah untuk melipat gandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua. 

Ayuh, teruskan perjalanan kebangsaan untuk mencapai wawasan nasional ke arah Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi. Ingatlah pencapaiannya bukan secara automatik. Ia memerlukan kita melipatgandakan usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yang wujud. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berpimpin untuk menjadikan impian ini sebuah realiti. Malaysia yang maju, makmur dan selamat penuh dengan peluang serta sarat harapan bagi semua. 

Demi Malaysia usaha bakti kita curahkan, kepada Tuhan kita berserah.-UTUSAN  

NAJIB UMUM BUBAR DEWAN RAKYAT 

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat ke-12 bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan. Pengumuman khas itu dilakukan di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya dan disiarkan secara langsung di semua saluran televisyen dan radio utama pada pukul 11.30 pagi ini. Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada hari genap empat tahun beliau memegang jawatan perdana menteri. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota kabinet yang lain turut hadir dengan berpakaian sut gelap dan bertali leher merah semasa pengumuman itu. Pengumuman itu amat dinanti-nantikan rakyat Malaysia di seluruh negara terutama apabila makluman awal dibuat bahawa perdana menteri akan membuat pengumuman khas melalui televisyen dan radio pagi ini. Najib berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah memberi perkenan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini. 

Terdahulu, Najib menghadap Seri Paduka di Istana Negara. Kenderaan rasmi perdana menteri kelihatan memasuki perkarangan Istana pada 8.10 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian. Sejurus selepas itu, beliau mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Putrajaya. Dalam pengumumannya selama 13 minit itu, perdana menteri merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara sejak lima tahun yang lepas. 

"Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan rakyat, kami telah dan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya," katanya. Najib berkata dalam tempoh empat tahun lepas, sepanjang kepimpinan beliau sebagai perdana menteri, rakyat Malaysia dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana fasa perancangan Prakarsa Transformasi Nasional membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan kemakmuran negara. Prakarsa Transformasi Nasional itu melibatkan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Sosial. Najib berkata kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang bertanggungjawab dan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia di atas segala-galanya. 

 "Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, kami menepati janji, kami merupakan kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan memeliharanya. "Bukan sikap kami menanam tebu di bibir. Sesungguhnya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan jejak rekod kami sepanjang empat tahun yang lalu," katanya. Perdana menteri berkata, beliau dan rakan-rakan kepimpinan BN akan mula turun dan bertemu rakyat d seluruh pelusuk negara bagi meyakinkan warga Malaysia mengapa BN perlu diberi peluang untuk kembali membentuk kerajaan dengan majoriti kukuh. 

 "Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi, Insyaallah untuk melipatgandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua," katanya. Dalam pada itu, Najib mengingatkan rakyat Malaysia supaya menunaikan hak mereka sebagai pengundi dan tidak membazirkan peluang yang diberikan untuk memilih kerajaan yang akan mendukung aspirasi rakyat. 

 "Setiap undi anda adalah penting, jangan bazirkan ia, janganlah dipertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia. "Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan, ini kerana undi saudara dan saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri, tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua," katanya. Perdana menteri menasihatkan ketua-ketua kerajaan negeri untuk menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac. Katanya ini bagi membolehkan pilihan raya umum diselaraskan secara serentak di seluruh negara. Hanya Sarawak terkecuali bagi pilihan raya negeri diadakan kerana telah mengadakannya pada 16 April 2011. -- BERNAMA

Sayap Parti

Bahagian