Pengikut

Nuffnang

Rabu, 3 April 2013

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

sumber :-

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PEMBUBARAN PARLIMEN DAN PILIHANRAYA UMUM KE 13

Posted: 03 Apr 2013 04:18 AM PDT

Perdana Menteri Malaysia,  YAB Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri, kecuali Sarawak dan Negeri Sembilan, supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.
 
Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat PM Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.  Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.
Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.  Menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
 
Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.
 
 
 

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
 
Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.
 
Lapan elemen itu termasuk
  1. penggunaan dakwat kekal,
  2. pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera,
  3. membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan
  4. menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan,ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu 6 bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi
1. Permatang Pauh,
2. Kuala Terengganu,
3. Bukit Gantang,
4. Hulu Selangor,
5. Sibu dan
6. Batu Sapi

Manakala pilihan raya kecil DUN ialah di
1. Bukit Selambau,
2. Batang Ai,
3. Manek Urai,
4. Permatang Pasir,
5. Penanti,
6. Bagan Pinang,
7. Galas,
8. Batu Sapi,
9. Tenang,
10. Merlimau dan
11. Kerdau.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian