Pengikut

Nuffnang

Isnin, 9 Disember 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Kecewa Nizar Tidak Dipilih Pesuruhjaya PAS Perak?

Posted: 09 Dec 2013 02:05 AM PST


Pelantikan Yang Dipertua Pas Kawasan Lenggong, Razman Zakaria sebagai Pesuruhjaya Pas Perak baharu menggantikan Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain dilihat tidak digemari beberapa pihak di dalam Pas Negeri.

Berdasarkan entri beberapa blog pro-Pas Perak, mereka kecewa dengan pelantikan Razman kerana menjangkakan Pengerusi PR Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Perak.

Ada dalam kalangan blog berkenaan mendakwa, terdapat usaha tertentu melobi Razman sebagai Pesuruhjaya Pas Perak berbanding Mohammad Nizar yang dirasakan lebih layak.

Berdasarkan Blog Alhusseyn, Mohammad Nizar Jamaluddin lebih layak selepas bancian dibuat secara dalam talian mendapati 215 responden mahukan Adun Changkat Jering itu dipilih bagi memegang jawatan tersebut.

Blog Cenagau turut mempersoalkan pelantikan Razman.

"Sebagai orang Perak, bab tak sambung Ustaz Bakar (Abu Bakar Hussain) sebagai PJ (pesuruhjaya) walaupun dia menang di Dun Titi Serong tempat aku, aku sangat-sangat setuju. Pasai apa jangan tanya, kalau tanya pun aku malas nak jawab.

Razman Zakaria (kiri) menggantikan Ustaz Abu Bakar Hussein (kanan) sebagai Pesuruhjaya PAS Perak

"Yang aku musykil sikit pasai apa Hj Razman (Razman Zakaria) yang dilantik jadi PJ, hebat sangat ka Hj Razman ni.

"Yang buat aku musykil tu pasai apa Hj Nizar (Mohammad Nizar Jamaluddin) yang hampir semua orang Perak kenai yang pernah jadi MB dan Timbalan Pesuruhjaya 1, Bendahari dan Setiausaha PAS Perak, tak dilantik sebagai PJ, teruk sangat ka Hj Nizar tu?," jelas blog berkenaan dalam entri yang disiarkan, 2 Disember lalu.

Sementara itu, Razman ketika dihubungi menafikan berlakunya lobi melobi bagi jawatan Pesuruhjaya Pas seperti didakwa.

Katanya, pelantikan Pesuruhjaya Pas negeri merupakan proses biasa dan keputusan tidak dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berseorangan kerana turut melibatkan ahli jawatankuasa Pas Pusat lain.

"Saya tahu ada pihak yang tidak dapat menerima pelantikan saya. Ada yang kata Mohammad Nizar patut jadi pesuruhjaya negeri.

"Bagaimanapun ia tidak akan mengganggu tugas saya sebagai pesuruhjaya Pas negeri," katanya!

Warna-warni Politik
Torashah

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian