Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 5 Oktober 2013

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA

sumber :-

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA


PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2013

Posted: 04 Oct 2013 02:29 AM PDT

Semua ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan
Perwakilan Puteri UMNO Cawangan


Assalamualaikum w.b.t

Y. Bhg. Saudari,
NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA 2013


Terlebih dahulu saya mendoakan semoga saudari sentiasa dikurniakan rahmat dan kesejahteraan oleh Allah s.w.t

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Puteri UMNO di baca sekali dengan Fasal 6.2 Peraturan Persidangan, maka Mesyuarat Perwakilan Tahunan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh : 12hb Oktober 2013 Sabtu

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Hotel Flamingo Ampang

Oleh yang demikian, semua Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian dan Perwakilan Puteri UMNO Cawangan yang telah dipilih dalam Persidangan Tahunan Puteri UMNO Cawangan sesuai dengan Fasal 14.2.4 Peraturan Puteri UMNO adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

Saudari dikehendaki hadir bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Puteri UMNO demi meneruskan kesinambungan perjuangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa.


Ini adalah notis umum yang dipaparkan di laman blog Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, Notis melalui sms serta Notis melalui surat akan menyusul.


Sekian, terima kasih.

'Generasi Wanita Prihatin – Prihatin Berilmu'

Yang Benar,

(ZALENA JAAPAR)
Pen Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa


s.k. 1. YB Pen. Setiausaha Puteri UMNO Malaysia
2. Pen. S.U. Badan Perhubungan Puteri UMNO Wilayah
3. Ketua Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa
4. S.U. UMNO Bahagian Setiausaha

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian