Pergerakan Pemuda UMNO Penjom, Bahagian Lipis, Pahang. |
Calon KP Lipis : Farid Mohd Nor-Permata Yang Bersinar ! Posted: 11 Oct 2013 01:28 AM PDT Proses untuk memilih pemimpin pergerakan Pemuda UMNO di peringkat Bahagian hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi. Namun, dalam kesempatan ringkas ini, saya ingin berkongsi pengalaman peribadi bersama Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis-Saudara Mohd Farid bin Mohd Nor. Apabila Farid membuat keputusan untuk menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis dalam Pemilihan kali ini, saya anggap itu satu keputusan yang berani dan tepat. Pandangan saya, ini satu platform untuk beliau mengasah bakat kepimpinan dan mencurah pengalaman dia untuk memimpin. Mengenali beliau sejak di kampus lagi, beliau antara pemimpin kanan pelajar yang membawa kumpulan mahasiswa yang menyokong kerajaan bertanding dalam pilihanraya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Kuliah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar ini memang diminati oleh rakan-rakan di kampus menjadikan beliau terpilih mewakili suara pelajar Kuliah /Fakulti Senibina dalam Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Diberi tanggungjawab besar sebagai Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa dan Integrasi Pelajar Prihatin isu-isu antarabangsa bersama Majlis Belia Malaysia (MBM). Farid bersama Sdra. Norizan Sharif (Setiausaha Agung MBM) ketika itu. Tidak segan silu memohon derma daripada orang ramai di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) untuk mangsa keganasan perang antarabangsa. Minat yang tinggi terhadap ilmu pengetahuan dan dasar-dasar kerajaan menjadikan chemistry persahabatan saya dengan beliau semakin tinggi. Saya sering berkongsi pendapat tentang buku-buku yang beliau minat dan mengulas artikel-artikel ilmiah terutama yang diterbitkan dalam akhbar terutama Utusan Malaysia yang menarik minatnya. Siri Wacana Ilmu di Akademi Pemuda UMNO menjadi rutin Farid setiap minggu. Program bersama Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin-Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu dan Dato' Dr Zambri Kadir selaku Moderator (sekarang Menteri Besar Perak) Minat kepada perjuangan parti, menjadikan beliau sering berulang-alik ke Akademi Pemuda UMNO yang ketika itu di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur bagi menghadiri pelbagai aktiviti parti seperti seminar, bengkel dan sesi sembang bersama tokoh. Kekaguman kepada tokoh-tokoh parti juga menjadikan beliau cukup menghargai nilai-nilai luarbiasa yang menjadi panduan kepada corak kepimpinannya. Saya masih ingat keghairahan beliau menghadiri Pameran Fotografi Tun Mahathir Mohamad di Balai Seni Lukis Negara (sekarang Balai Seni Visual Negara). Beliau dengan penuh teliti menceritakan sejarah setiap foto yang dipamerkan dan mengaitkan dengan nilai kepimpinan Tun Mahathir. Saya rasa dia seorang yang begitu menghargai nilai dan ketertiban dalam proses kepimpinan. Pameran foto Seribu Wajah di Balai Seni Lukis Negara. Minat yang sangat teliti. Kecintaan yang tinggi kepada tokoh pemimpin parti. Pameran Foto Seribu Wajah Dr. Mahathir di Balai Seni Lukis Negara, Oktober 2010. Sebagai manusia, tentulah kita berbeza citarasa. Ini termasuklah dalam minat peribadi terhadap pemimpin dalam parti. Walaupun, saya kadangkala berbeza pendapat....beliau meraikan pandangan dan memberi ruang kepada saya untuk memberi pendapat dan idea. Ini menunjukkan sifat sebenar keterbukaan beliau dalam bersahabat dan memimpin. Semangat patriotik beliau pada tempat kelahirannya memanglah dikenali rakan-rakan di kampus dan rakan-rakan sekerja. Dari soal makanan hinggalah soal komunikasi dengan kawan-kawan. Sahabat saya dari Kedah diajar menggunakan perkataan 'aok' (ganti nama awak) dalam perbualan seharian.....akhirnya rakan-rakan dalam lingkungan (circle) beliau banyak menggunakan loghat Lipis berbanding bahasa ibunda mereka sendiri. Ini belum bercerita lagi tentang pelbagai impian beliau untuk menjadikan Lipis dan generasi pelapis muda mencipta zaman kegemilangan di Daerah yang pernah menjadi Ibu Negeri Pahang satu ketika dulu. Buat rakan-rakan Perwakilan di Bahagian Lipis, mohlah kita meluangkan masa berfikir seketika bagi mempertimbangkan ruang kepada Saudara Farid Mohd Nor untuk memberi khidmat sebagai Ketua dalam gerakan Pemuda UMNO di Bahagian Lipis. InsyaAllah dengan izin Allah dan berkatnya, mudah-mudahan Saudara Farid dan barisan kepimpinannya akan berbakti kepada warga bangsa Melayu melalui parti UMNO-parti harapan dan denyut nadi rakyat. Memberi pandangan dan idea dalam pertemuan khas bersama YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang, Kuantan sekitar tahun 2010 Pilih pemimpin biar yang bijak Tindak-tanduknya jarang terlajak Pilih pemimpin biar yang bijak Fikirannya jitu tidak merojak Pilih pemimpin biar yang bijak Tidak menindas tidak memijak Pilih pemimpin biar yang bijak Cakapnya tetap jarang menganjak Pilih pemimpin biar yang bijak Banyak gunanya bagaikan tajak Pilih pemimpin biar yang bijak Bahasanya mulus bagaikan sajak Pilih pemimpin biar yang bijak Mengumpul harta tidak membajak Pilih pemimpin biar yang bijak Bahasa dijaga budaya dijejak Pilih pemimpin biar yang bijak Budaya bangsa tidak dipajak Pilih pemimpin biar yang bijak Tersalah pilih kepala ditinjak (Penulis kini merupakan Setiausaha Agung, Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), sebuah badan induk utama Belia di Pahang. Merupakan bekas Presiden Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang (MAMPAN) dan aktivis mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak bersama-sama Saudara. Farid. Pernah bertugas sebagai Setiausaha Sulit kepada Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Beliau sekarang bertugas sebagai Pengurus Komunikasi Korporat, Mentiga Corporation Berhad-sebuah anak syarikat milik Kerajaan Negeri Pahang) |
You are subscribed to email updates from Pergerakan Pemuda UMNO Penjom, Bahagian Lipis, Pahang. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan