Pengikut

Nuffnang

Ahad, 27 Oktober 2013

DunSemarang

sumber :-

DunSemarang


Lembu dan BABI Saravanan atau Penyamaran..

Posted: 26 Oct 2013 08:32 PM PDT

Ini kisah terbitan Feb 2010...agar melayu tidak pernah akan lupa...kisah lembu..
Semuga menjadi renungan anak BangsaKU....Melayu dan Islam..

DIMANA sahaja, dibumi Tanah Melayu ini, orang Melayu akan setiap detik akan menerima penghinaan, thomahan dan dipandang jijik. BETUL?. Mereka hanya berpura suka, sokong, manis muka jika segala keUNTUNGAN berpihak kepada mereka. Lihat sahaja di Kaunter kerajaan,bahan cetak. media IT, Hospital, pejabat Awam, siapa yang sering membuat onar dan sering menyalahkan orang lain. Di jalan raya. di Sekolah dan dimana sahajalah jika ada ruang dan kesempatan. Akhirnya Guru Melayu pun mereka hina, malukan dalam halayak ramai, ini lah bangsa bila telah jadi majoriti lupa daratan, mabuk, Adakah orang Melayu akan berbuat bergitu bila jadi majoriti. PASTI TIDAK sebab kita hidup poenuh sopan dan menghormati orang lain.
Antaranya bacalah artikal ini.
Ketika Datuk Nasir safar memilih secara"gentleman" untuk berhenti bagi menjaga kewibawaan institusi Perdana Menteri dan Perdana Menteri sendiri, kita juga tertanya-tanya apakah tindakan Menteri Dalam Negeri terhadap sebuah akhbar Cina yang menulis anekdot bahawa Melayu itu seumpama lembu?

Utusan hari ini melaporkan:

Laporan pendidikan yang ditulis dalam bahasa Mandarin diarah turut ditulis dalam bahasa Melayu menjadi topik di dalam ruangan 'perbincangan umum rakyat' akhbar China Press pada 31 Jan 2010 (Ahad).

Melalui tajuk "Malaysia satu "bahasa Melayu"? penulis samaran Fong Ching menulis tentang peristiwa guru besar memanggil semua guru di sekolahnya mengadakan mesyuarat khas. Mesyuarat tersebut tidak dijalankan seperti biasa, semua guru menerima sepucuk surat rasmi. Guru besar membaca satu persatu ayat yang terkandung di dalamnya; "mulai dari hari ini pihak jabatan pendidikan mengarahkan semua guru yang menulis laporan atau surat berkaitan pendidikan, jika menggunakan tulisan bahasa Cina, di sebelah tajuk tugas, perlu tulis terjemahannya sekali dalam bahasa Melayu!

Semua guru terperanjat apabila arahan ini dikeluarkan kerana ia belum pernah berlaku di sekolah rendah Cina sebelum ini. Semua guru-guru termasuk penulis mempertikainya kerana merasai bahawa pihak tersebut telah melanggar hak kebebasan sekolah rendah Cina.

Ada seorang cikgu muda tampil ke hadapan berkata; "Hari ini saya mengajar perbidalan bahasa, iaitu "bermain muzik di depan lembu" dalam bahasa Mandarin. Adakah saya kena terjemahkan bulat-bulat ke dalam bahasa Melayu "bermain muzik di depan lembu"? Adakah jika pegawai-pegawai pelawat datang, mereka tahu maksud terjemahan itu?

Soalan ini mendapat sorakan dari guru- guru lain. Pada masa yang sama mereka tanya guru Melayu yang hadir mesyuarat itu bertanyakan maksud perkataan itu, adakah dia tahu apakah maksud bidalan bahasa tersebut?

Dengan tersipu-sipu guru Melayu tersebut berkata tidak tahu maksudnya. Cikgu yang ajukan soalan tersebut berkata; "awaklah yang lembu!" sekali lagi dapat sorakan ramai!Maka kita pun tertanya-tanya mengapa penghinaan tersebut yang dilakukan oleh akhbar China Press dibenarkan?

Banyak penghinaan kepada MELAYU oleh kaum lain di internet tidak pula diambil tindakan. Lihat NEGARAKUKU dan KERANAMU MALAYSIA versi nAMEwEE.
Setakat ini hanya kaum Melayu yang kena sedangkan di internet ini penuh dengan cacian dan kejian bukan Melayu terhadap Melayu.Inikah MIDDLE MALAYSIA..orang Melayu yang perlu sederhana walaupun terus di caci, di hina di persenda.
Lihat apabila Gereja dan Sekolah di lempar bom api, pesalah dengan mudah diheret ke Mahkamah dan berwajah Melayu..tapi mana pergi pelempar Bom Api Di Surau kawasan Muar...siapa dan apa jenis orangnya..tiada diumumkan. Adakah melayu ini rakyat kelas 3 di bumi Malaya ini.

BetulKAH itu suara SARAVANAN..

Posted: 26 Oct 2013 05:48 PM PDT

Soalan BODOH...
Bolehkah orang cina sembelih BABI di Sekolah.(Nak melagakan Islam dgn Cina...).
Saya nak Tanya..Bolehkah kuil Mini Himdu di dirikian se Suka hati di mana mana..
di  Rizab Jalan..Tanah milik orang lain..
Kau SARAVANAN Double Standarad..dalam islam tiada Istilah itu yang ada pada kamu''KASTA"

http://ping.busuk.org/v/287568/audio-india-pertikai-lakukan-sembelihan-korban-di-sekolah.html
Tuan klik dan dengar SENDIRI ..kata ..
Saya SOKONG GURU BESAR..tersebut.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian