Pengikut

Nuffnang

Ahad, 11 Ogos 2013

Razlan's

sumber :-

Razlan's


Kami nak dengar Hukuman!

Posted: 11 Aug 2013 10:00 PM PDT

Dalam 5 tahun kebelakangan ini, banyak kes penghinaan Islam telah berlaku.

Apa gunanya kemajuan penyampaian maklumat sekiranya kesucian islam di jadikan bahan guarauan.

Akta SKMM yang membenarkan apa sahaja bentuk maklumat disebarkan tanpa sekatan telah membawa kepada kelonggaran undang2 di Malaysia.

Peguam Negara pula tidak mahir dalam memberi nasihat kepada pihak2 yang terlibat. Sering kali beliau kalah dalam hujah beliau sendiri. Kalah dalam menyekat pemikiran liberal dalam Negara!

Orang Islam di Malaysia mempunyai budaya ketimuran, yang sering menjaga hati dan peradaban.

Oleh itu, tindakan membabi buta seperti membakar dan membunuh serta keluar di jalanan bagi mempertahankan agama islam tidak akan terjadi.

Hakikat inilah yang sering menyebabkan Islam di Malaysia sering kali di Persendakan.

Beringatlah pihak Berkuasa. Orang Islam di Malaysia bukan penakut untuk ambil tindakan sendiri, bukan kecut untuk laksanakan undang2 rakyat, cuma kehidupan kami memang di buai dengan adap kesopanan ketimuran.

Oleh itu, kuasa yang diturunkan kepada kamu Seharusnya digunakan bagi melindungi rakyat Malaysia dan Islam daripada pemikiran Liberal, pemikiran free thinker dan pelbagai lagi.

Kerajaan Seharusnya bertindak secara aggresif menahan budaya yang menghina agama ini secara tegas dan mengikut acuan Malaysia.

Perhubungan antara agama harus dijaga dengan teliti agar ianya tidak menjadi parasit yang memakan keharmonian dalam masyarakat kita.

Rakyat semakin hilang kepercayaan kepada Sistem Perundangan di Malaysia kerana sering kali kita mendapat Jawapan yang Negatif kepada Pelaku yang menghina Agama Islam. Malah mereka ini sering di lindungi oleh Pihak berkuasa.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bhgn Seputeh

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian