Khamis, 22 Ogos 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Asal Hebat Je Semuanya dari Israel Ke? #puiiiiiiiiiiiiiiii

Posted: 22 Aug 2013 04:47 AM PDT


Slogan 'Endless Possibilities' yang bakal dilancarkan pada 17 September menjadi topik hangat di kalangan beberapa blog dan pelayar internet kerana ia dikatakan menyamai slogan Kementerian Pelancongan Israel iaitu 'One Place, Endless Possibilities'.  

Memandangkan Malaysia telah pun menggunakan slogan Satu Malaysia, maka penambahan 'Endless Possibilities' menjadikan persamaannya begitu ketara.

Justeru, pantas, Malaysia dituduh sebagai meniru Israel, sekali gus, motif kerajaan diragui.

Hakikatnya, Malaysia telah pun memperkenalkan slogan 'Endless Possibilities' jauh lebih awal dari Israel iaitu ketika menghadiri World Economic Forum di Davos pada 13 Disember 2012.  Untuk itu, satu video bertajuk 'Malaysia-Endless Possibilities' dibuat yang memaparkan Dato' Seri Najib sendiri mempromosi Malaysia. 

Video tersebut telah pun dimuatnaik ke Youtube pada tarikh 5 Februari 2013. 




Kementerian Pelancongan Israel pula hanya menggunakan slogan 'One Place, Endless Possibilities' di dalam laman web promosi mereka pada sekitar Mei 2013.   Slogan tersebut tidak pernah dilancarkan secara rasmi, tetapi hanya menjadi 'tagline' pelancongan bagi negara Israel yang tidak diiktiraf.

Jelaslah bahawa Malaysia tidak meniru Israel tetapi mungkin Israel yang meniru Malaysia, sama ada secara sengaja dan mungkin juga secara tidak sedar.

Persoalannya, kenapa ramai yang terus menuduh Malaysia yang meniru Israel dan tidak sebaliknya?    Apakah ia kerana 'persepsi' atau sememangnya rakyat Malaysia tidak pernah punya keyakinan diri?

Mungkin sudah tiba masanya rakyat Malaysia menukar cara kita berfikir dan tidak terlalu memandang rendah kepada diri sendiri.  Yang lemah dan buruk tidak semestinya dari kita, dan yang bijak dan cantik itu tidak semestinya bukan dicipta oleh orang kita.

Tiada ulasan:

Pengikut