Khamis, 23 Mei 2013

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Tunku Abd Aziz Tidak Gentar Dengan Ugutan Karpal #GE13 #TolakPR

Posted: 23 May 2013 07:00 PM PDT




Walaupun diancam dengan ugutan untuk diambil tindakan mahkamah, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim jelas berani dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mendedahkan semua rancangan jahat DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang yang tinggi dengan jati diri Melayu, beliau tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan untuk tidak menjual 'rohnya' kepada parti 'ultra kiasu' itu. Malah sebagai warganegara yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sudah menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan 'rahsia' DAP yang cuba merosakkan negara. Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!" tegasnya yang berani menolak ugutan 'Singa Bapok' DAP, Karpal Singh.

Tindakan Abdul Aziz sebelum ini, telah menyebabkan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut beliau untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya masih terus mendedahkan rahsia DAP. Namun ugutan Karpal itu nyata tidak menggentarkan Abdul Aziz, sebaliknya beliau bertegas akan terus mendedahkan rahsia-rahsia DAP meskipun diheret ke mahkamah.

Beliau turut berkata Malaysia adalah tanah airnya dan keluarganya telah menetap di negara ini sejak ribuan tahun. Ugutan Karpal baginya adalah sekadar angin yang berlalu, kerana perjuangannya adalah sebagai seorang anak Melayu yang tidak sesekali akan menjualnya demi keamanan negara.

Amaran-amaran DAP itu tegasnya lebih menyemarakkan semangat Melayunya untuk melakukan pendedahan mengenai perancangan DAP menghancurkan Malaysia. Karpal sebelum ini menggesa Abdul Aziz supaya  menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.

Menurut Karpal, jika Abdul Aziz benar-benar 'gentleman' beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti. Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Pada awal Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.

Tindakan Abdul Aziz nyata memberikan kesan kepada DAP dan mereka khuatir rancangan-rancangan jahat parti cauvinis itu akan terdedah kepada umum sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk menguasai Malaysia.

Dengan tindakan yang dibuat Abdul Aziz, ia membuktikan parti itu tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka kononnya untuk rakyat berbilang kaum, sebaliknya hanya mengambil kesempatan atas kebodohan sesetengah pemimpin Melayu yang menyertai parti tersebut.

Syabas Abdul Aziz! Teruskan perjuangan sebagai anak Melayu demi tanah air tercinta daripada dimusnahkan parti cauvinis penipu dan rasis.

Dasar Ekonomi Baru Paling Sesuai di Malaysia #GE13 #BetterNation

Posted: 23 May 2013 05:00 PM PDT


      
Dalam keadaan Malaysia yang 'terbahagi dua' iaitu satu kumpulan terdiri dari kaum bumiputera dan lain-lain, manakala satu kumpulan lagi adalah kaum Cina, amatlah sukar bagi kita untuk menyatakan satu-satu perkara tanpa dituduh sebagai berpihak kepada mana-mana kumpulan.

Apabila kita menerangkan rasionaliti mengenai Dasar Ekonomi Baru dan Hak Bumiputera, kaum Cina pantas menuduhnya sebagai rasis biarpun hujah-hujah yang diberikan adalah tepat.  Apabila kaum Cina berdegil ingin mempertahankan Sekolah Vernakular, kaum bumiputera pantas menentang kerana ia meningkatkan jurang perkauman.  Biarpun hujah tersebut benar dan tepat, kaum Cina tetap menganggap penentangan terhadap sekolah vernakular sebagai rasis serta enggan menerimanya.

Oleh itu, tiada siapa yang dapat memberi pandangan tanpa prejudis dan tanpa dituduh sebagai berpihak, melainkan orang luar iaitu bukan rakyat Malaysia.  

'Orang luar' di sini tidak termasuk dari kumpulan yang menjadi agen kuasa besar yang ingin menguasai dunia, tetapi mestilah 'orang luar' yang bersikap berkecuali dengan sebenar-benarnya. 

Salah seorang yang dimaksudkan ialah Dr. Amy Chua iaitu seorang Professor Undang-undang di Universiti Yale.   Beliau mengkhususkan kepada pengajian transaksi perdagangan antarabangsa, undang-undang dan pembangunan, konflik etnik serta globalisasi dan undang-undang. 

Dr. Chua yang dilahirkan di Filipina adalah seorang berbangsa Cina dari keturunan Hoklo yang menggunakan dialek Hokkien.  Beliau dibesarkan di Amerika setelah keluarganya berhijrah ke sana. 

Selain mengajar, Dr. Chua juga ada menulis beberapa buah buku, antaranya ialah World on Fire:  How Exporting Free Market Democracy Breeds Ethnic Hatred and Global Instability.   Buku tersebut mengupas mengenai konflik etnik di dalam masyarakat di mana sebahagian besar ekonomi dikuasai oleh etnik minoriti yang dominan.   Buku tersebut disenaraikan sebagai Terlaris oleh akhbar New York Times dan Buku Terbaik 2003 oleh majalah the Economist serta Bacaan Tertinggi 2003 oleh akhbar The Guardian. 

Dalam buku tersebut Dr. Chua mengkaji bagaimana globalisasi dan demokrasi sejak 1989 memberi kesan kepada hubungan antara kumpulan minoriti yang dominan dengan kumpulan majoriti.  Dalam kajian dan analisa yang panjang lebar, Dr. Chua telah menyimpulkan bawa Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan di Malaysia adalah yang terbaik dan paling sesuai untuk negara ini bagi memastikan kestabilan. 

Beliau mengambil kira latar-belakang dan sejarah atau punca masalah ketidakseimbangan ekonomi iaitu bertitik tolak dari penjajahan.  Penjajah zaman dahulu telah mengeksploitasi ekonomi penduduk asal dan di masa yang sama memberi lebih peluang kepada kaum pendatang.  Ini mengakibatkan penduduk asal ketinggalan dalam segala bidang sehingga tiada pilihan selain menjadi petani dan kuli. 

Dengan itu, beliau mengiktiraf Dasar Ekonomi Baru sebagai cara terbaik untuk mendekatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum selain membentuk perpaduan dan menghapuskan kemiskinan.  Dasar ini juga terbukti membantu Malaysia mencapai kestabilan politik serta perkembangan ekonomi yang kukuh.  Kerana itu, Dasar Ekonomi Baru telah diiktiraf dan disokong oleh Bank Dunia. 

Perlu diingatkan bahawa Dr. Chua bercakap bukan sebagai wakil kumpulan Cina, mahupun kerajaan ataupun kumpulan kaum-kaum lain di Malaysia.  Beliau bercakap sebagai seorang ahli akademik dan memberi hujah serta pandangan berdasarkan fakta. 

Beliau juga jelas tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan memihak kepada sesiapa, melainkan keuntungan dari jualan bukunya sahaja. 

Justeru, kaum Cina di negara ini yang gemar mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru mahupun hak bumiputera wajar mengambil pengajaran dari buku Dr. Chua ini.  Ketepikan sebentar kebencian dan keinginan untuk menunjuk lagak atau kuasa. 

Untuk kesekian kalinya, belajarlah berfikir dan mengambil pendekatan seperti seorang manusia yang waras dan matang.  Terimalah kenyataan bahawa Dasar Ekonomi Baru tidak pernah merugikan kaum Cina.  Ia hanya membantu kaum lain untuk turut bersaing dengan kaum Cina. 

Dengan kedudukan kaum Cina yang sudah jauh ke hadapan dalam ekonomi, kaum Cina tidak mungkin akan ketinggalan lagi.  Jadi apalah salahnya jika sama-sama untung asalkan bukan sama-sama rugi?  

Sudah sampai masanya kaum Cina belajar berfikir seperti manusia yang bertamadun iaitu hidup bukan semata-mata untuk mencari keuntungan material.   Apakah SJKC tidak mengajar semua nilai-nilai ini? 

Sewajarnya, kaum Cina di Malaysia menjadikan buku Dr. Amy Chua sebagai rujukan untuk memahami senario ekonomi di Malaysia sebelum terjerit-jerit menuntut itu dan ini.  Belajarlah bersopan dan bertoleransi seperti manusia yang berakal dan berhati perut. 

Apakah kaum Cina benar-benar sanggup memusnahkan negara semata-mata untuk mendapat keuntungan maksima di pihak mereka?

Rakyat Pilih Suruh Berkhidmat Untuk Rakyat Tapi Si @TianChua Ni Sibuk Dgn Hal Lain Sudahnya Kena Tangkap #TolakPR #ManifestoBukanJanji

Posted: 23 May 2013 05:18 AM PDT

Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut hari ini dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan penahanan.
Difahamkan kedua-duanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan raya 5 Mei.
Yang pertama adalah aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah Akta Hasutan di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini.
"Tian Chua ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu," kata pegawai khas naib presiden PKR itu, Saharuddin Adnan, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut Bernard Khoo, teman kepada Haris, aktivis itu ditahan semasa sedang makan selepas selesai memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.
"Haris ditahan lebih kurang pukul 12.30 tengah hari di Segambut selepas pulang dari mahkamah Jalan Duta. Dia di bawa ke balai polis Jinjang.
"Malik Imtiaz Sarwar, peguamnya, sedang dalam perjalanan ke balai polis," kata Khoo yang juga merupakan penulis blog apabila dihubungi.
Pagi ini Adam Adli didakwa di bawah seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Beliau walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM5,000.
 
 Sumber: KL CHRONICLE

Tiada ulasan:

Pengikut