Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 18 Mei 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Sembilan Exco Perak angkat sumpah jawatan!

Posted: 18 May 2013 11:15 AM PDT


RAJA Dr. Nazrin Shah bersama Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan bergambar bersama Dr. Zambry Abdul Kadir barisan Exco Kerajaan Negeri selepas Majlis Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak di Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR 18 Mei - Seramai sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak hari ini mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini pada pukul 10 pagi.

Portfolio bagi kesemua Exco terbabit dijangka diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu sidang akhbar sebentar lagi.

Enam daripada mereka merupakan muka baharu termasukseorang bekas Exco tahun 2004 iaitu Datuk Rusnah Kassim.

















Warna-warni Politik
Torashah

Zambry umum barisan Exco Kerajaan Negeri Perak!

Posted: 18 May 2013 11:00 AM PDT


IPOH 18 Mei - Berikut adalah senarai penuh Exco Kerajaan Negeri Perak yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu sidang akhbar sebentar tadi.

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam

Datuk Saarani Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid- Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

Datuk Zainol Fadzi Paharuddin - Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air

Datuk Rusnah Kassim - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional

Datuk Shamsudin Abu Hassan - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil

Mohd. Nizar Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan Koperasi

Nolee Ashilin Mohammed Radzi - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan

Dr. Muhammad Amin Zakaria - Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Datuk Shahrul Zaman Yahya - Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Komunikasi dan Multimedia

Tahniah dari warga UMNO Kampung Serdang, Sitiawan, Perak.

Warna-warni Politik
Torashah

Rafidah diminta letak jawatan Pengerusi AirAsia X?

Posted: 18 May 2013 09:28 AM PDT


Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz diminta meletak jawatan sekiranya gagal mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani yang mengeluarkan kenyataan mencemuh pendirian akhbar Utusan Malaysia mempertahan hak orang Melayu.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, penjelasan Rafidah berhubung kontroversi yang dicetuskan Azran itu dianggap tidak memuaskan dan seperti ingin mengelak isu sebenar.

Menurut beliau, penjelasan dan tindakan Rafidah dalam isu tersebut sama seperti yang dilakukan beliau ketika berdepan isu permit import kereta (AP) 10 tahun lalu.

"Rafidah tidak boleh mengamalkan dwi standard iaitu satu untuk beliau sendiri dan satu untuk orang lain.

"Apabila kena batang hidung sendiri, beliau begitu senang menyatakan kenyataan Azran bersifat peribadi dan tidak kena pada tempat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Aminah mengulas reaksi Rafidah semalam terhadap kenyataan Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya bagi menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.

Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu.

Menurut Aminah, kepentingan orang Melayu dan pengkhianatan terhadap bangsa sendiri tidak boleh dianggap sebagai perkara bersifat peribadi.

Beliau juga meminta Rafidah menjelaskan secara terbuka tindakan yang akan diambil terhadap Azran berikutan kenyataannya yang membabitkan maruah orang Melayu.

"Jika Rafidah tidak mampu bertindak kita nasihatkan beliau pencen sahaja dan duduk senyap-senyap di rumah.

"Jangan terus memalukan golongan wanita dengan hipokrasi," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, Rafidah seharusnya menyatakan pendirian tegas ekoran kenyataan Azran yang tidak sensitif terhadap orang Melayu.

Beliau memberitahu, kegagalan Rafidah mengambil tindakan tegas akan memberi gambaran seolah-olah Azran tidak menghormati Pengerusi AirAsia X itu.

"Seharusnya Rafidah mengeluarkan kenyataan memohon maaf bagi pihak Azran untuk menutup isu ini daripada menjadi kemarahan rakyat," ujarnya.

Warna-warni Politik
Torashah

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian