Sabtu, 4 Mei 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


#PRU-13: DAP upah Red Bean Army 'bunuh orang'?

Posted: 04 May 2013 01:14 PM PDT

SHEN Yee Aun ketika diwawancara portal berita Mynewshub - Gambar The Mole

Tentera siber DAP, Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja menyerang Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.

Perkara itu didedahkan oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun dalam satu wawancaranya dengan portal berita Mynewshub yang dimuat naik ke laman YouTube.

Shen memberitahu, pasukan berkenaan yang berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk mengenai DAP.

"Objektif mereka mudah. Pertama ialah memastikan isu yang dicipta oleh mereka tersebar luas secara dalam talian dan memberi kesan psikologikal kepada individu tertentu sehingga bersara daripada politik.

"Ketiganya, mereka mahu melemahkan semangat orang tertentu dan menafikan segala kebenaran yang didedahkan mereka," katanya seperti dipetik dalam portal berita The Mole di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shen juga tidak menolak kemungkinan bahawa tentera siber berkenaan memberi komen dalam portal-portal berita yang lain.

Beliau juga bertegas bahawa dakwaan pasukan Red Bean Army berkenaan ditaja oleh DAP adalah berasas.


"Tony Pua di dalam wawancara dengan Malaysiakini juga telah mengaku bahawa mereka mempunyai pasukan serangan siber sendiri.

"Selain itu, Jeffrey Ooi dalam satu temubual dengan The Star Switch Up TV telah memberitahu bahawa 'mereka membayar pasukan serangan siber untuk membunuh orang'," jelasnya.

Menurut Shen, 'membunuh orang' tersebut dalam konteks menyerang habis-habisan individu yang mengkritik DAP dan menyokong BN termasuk selebriti seperti Datuk Michelle Yeoh dan lain-lain.

Beliau seterusnya mendakwa, ancaman kumpulan tentera siber itu telah menyebabkan dua artis Taiwan menarik diri daripada membuat persembahan kerana takut mereka akan menjadi bahan cacian dan produk mereka diboikot.

"Taktik kumpulan ini sangat ekstrem dan tidak baik untuk negara," tambah Shen.

Warna-warni Politik
Torashah

Tiada ulasan:

Pengikut