Puteri Bahagian Segambut |
Pengundi Batu tolak Tian Chua #Vote4BN #BN4WP Posted: 09 Apr 2013 10:56 PM PDT SP rasa Tian chua dah boleh tarik diri daripada bertanding di Batu sekiranya beliau masih dicalonkan pada PRU13 nanti. Kenapa SP tulis macam tue? Cuba lihat gambar di bawah. Gambar di atas adalah gambar sewaktu ceramah Tian Chua di Parlimen Batu. Ceramah tersebut turut mengundang Bob Lokman sebagai penceramah jemputan. Apa yang menariknya ceramah tersebut diadakan serentak dengan Program Himpunan 1Malaysia dan Pelancaran Manifesto Barisan Nasional di Bukit Jalil. Dengan kehadiran yang suam-suam kuku membuktikan yang masyarakat di Batu telah mulai muak dengan ceramah yang hanya menghentam kerajaan dan memfitnah kerajaan sahaja sedangkan beliau sendiri tak buat apa-apa pun di kawasan Batu. Jika pembaca masih ingat Tian Chua juga pernah melanggar seorang askar dari Kem Tentera Mersing pada 13 Mac 2010 sehingga menyebabkan kematian anggota tentera tersebut di Hospital Kota Tinggi 2 jam selepas kemalangan tersebut. Belum pun reda isu tersebut beliau sekali lagi muncul dengan kenyataan kontroversi berkaitan insiden di Lahad Datu di mana beliau mengatakan kematian anggota pasukan keselamatan kita hanyalah satu lagi sandiwara ciptaan UMNO dan BN. Adakah ini contoh pemimpin yang baik apabila disaat keluarga anggota keselamatan terbabit dilanda musibah beliau bole mengatakan semua itu hanyalah sandiwara. Pemimpin jenis apa Tian Chua ni? SP berharap agar pengundi-pengundi di Batu tolak Tian Chua dan kembalilah memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk memikul mandat yang akan datang demi survival anak-anak kita di masa hadapan. #Vote4BN #BN4WP |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan