Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 20 April 2013

Puteri Bahagian Segambut

sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Penyokong Husam Kena Halau Dengan Warga Putrajaya? #GE13 #TolakPR #AbetterHopeForNation

Posted: 20 Apr 2013 04:07 AM PDT




Ketika sedang berlangsung proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna P9, tiba-tiba segerombolan penyokong Husam Musa yang majoritinya datang dari luar kawasan Putrajaya cuba buat kecoh, provokasi yang keterlaluan dan cubaan untuk mencetus huru-hara.

Hasil tinjauan penulis, kebanyakkan penyokong Husam ini datangnya dari Bangi, Serdang, Kajang dan ada juga sanggup datang dari Subang.  Mereka ini yang penulis gelarkan "orang luar" sememangnya tidak faham dengan sensitiviti masyarakat setempat terutama bagi penduduk P9, Fasa 10 yang hampir dengan tempat penamaan calon.




Lebih menggelikan hati, ada dikalangan orang luar ini telah sesat, tidak jumpa jalan ke tempat penamaan calon sehinggakan penyokong-penyokong BN terpaksa menunjukkan jalan buat mereka.  Al-maklumlah orang luar yang baru datang kononnya "hendak menawan" Putrajaya.  

Berbalik kepada cerita kebiadaban penyokong Husam ini, mereka telah berkumpul di kawasan Apartment yang penulis nyatakan tadi sehingga menyebabkan wakil penduduk situ menelefon pihak polis untuk mengawal keadaan dan "line kuning" terpaksa dipasang.

Apa cerita sampai masuk kawasan apartment penduduk ni?  Sesat atau cari pasal? Inilah masalahnya apabila "orang luar" masuk ke kawasan kita dan tidak tahu menghormati penduduk setempat.  Sebelum ini, Husam juga pernah dihalau keluar oleh AJK surau ketika cuba menggunakan masjid (di P11 dan P9) untuk ceramah politik sedangkan Tengku Nan (ahli Parlimen Putrajaya) tidak pernah memperalatkan masjid tempat beribadah sebagai pentas berpolitik.

Apapun yang cuba dilakukan oleh Husam dan penyokong, nampaknya respon negatif telah ditunjukkan oleh penduduk Putrajaya. Ternyata "orang luar" seperti Husam sepatutnya menghormati penduduk Putrajaya.

Kita tunggu dan lihat, apa lagi kekacauan yang akan mereka lakukan..wallahualam...


PEMUDA PUTRAJAYA


SP: Lain kali ikutlah perumpaan orang lama-lama "Masuk Kambing Mengembek, Masuk Kandang Lembu Mengembok" jangan main redah je. Ingat semua orang suka ke dengan makhluk perangai macam ni.....

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian