Selasa, 23 April 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


PRU -13 : Pemimpin DAP Perak dikecam?

Posted: 23 Apr 2013 09:56 AM PDT


SEBAHAGIAN ahli DAP Sungai Siput mengadakan bantahan di hadapan Ibu Pejabat DAP Perak, Ipoh, semalam.

Selepas Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, kepimpinan DAP Perak turut menerima kecaman daripada ahli dan penyokongnya sendiri yang mendakwa senarai calon yang diumumkan semalam tidak adil dan bersifat perkauman.

Kira-kira 100 penyokong parti itu membuat bantahan di dua lokasi termasuk di hadapan Pejabat DAP Perak sambil mendesak pucuk pimpinan mengekalkan beberapa penyandang kerusi termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong, Leong Mee Meng.

Sebahagian daripada penyokong parti itu turut membidas kepimpinan DAP Perak yang diterajui Datuk Ngeh Koo Ham kerana hanya memberikan lima kerusi kepada kaum India berbanding enam pada pilihan raya umum 2008.

Ketua Pemuda DAP Kuala Kangsar, Choo Ooi Beng, 32, menyifatkan tindakan DAP menggugurkan Mee Meng daripada bertanding di Jalong sebagai membelakangkan pengundi di kawasan terbabit.

"Kami sudah lama kenal dengan Mee Meng, beliau sentiasa berkhidmat untuk masyarakat tetapi kenapa tiba-tiba ditukarkan dengan calon baru yang kami langsung tidak kenal," katanya ketika ditemui pemberita di luar pejabat DAP di sini hari ini.

Menurut Ooi Beng, mereka akan menyatakan sokongan terhadap Mee Meng dan akan berikhtiar sehingga saat terakhir sebelum hari penamaan calon esok.

Koo Ham ketika mengumumkan senarai calon DAP Perak semalam menyenaraikan muka baharu, Loh Sze Yee bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong bagi menggantikan Mee Meng.

Pada pilihan raya umum 2008, Mee Meng mengalahkan Cheah Chee Kuan daripada BN dengan majoriti 5,495 undi.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Cawangan Sungai Siput, Seok Loy, 40, turut melahirkan rasa terkejut apabila calon payung terjun yang tidak dikenali penduduk tempatan bertanding di DUN Jalong.

"Kami tidak pernah jumpa calon baru ini, kami hanya mengetahui pencalonan beliau pada pengumuman malam tadi.

"Sudah pasti kami rasa sangat terkejut apabila nama lain yang diumumkan dan bukannya Mee Meng," katanya.

Tan Ju Kong, 75, yang sudah 40 tahun menjadi ahli DAP pula melahirkan rasa sedih dan kesal apabila Mee Meng yang mesra rakyat dan bekerja keras membantu masyarakat tempatan tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Ini adalah angkara dua beradik Koo Ham dan Nga Kor Ming, saya tidak akan mengundi DAP kali ini.

"Sekiranya Mee Meng tidak dicalonkan, saya akan keluar daripada DAP dan tidak perlu lagi saya mengundi parti yang mengkhianati rakyat," katanya.

Seorang lagi ahli DAP, G. Visvanathan Rao, 46, dari Ipoh Barat pula menyifatkan tindakan DAP mengurangkan kerusi kepada kaum India menunjukkan parti itu bersifat berat sebelah dan mementingkan diri sendiri.

"Sebelum ini Pengerusi DAP, Karpal Singh kata seorang calon hanya boleh bertanding di satu kerusi sahaja.

"Tetapi kenapa sekarang Koo Ham dan Kor Ming boleh bertanding di dua kerusi," soalnya.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Pengikut