Selasa, 9 April 2013

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PANAS! GARA-GARA ISTERI BARU,ABDULLAH SANI DITOLAK OLEH PIMPINAN DAP DAN PKR KUALA LANGAT?PAS PULA MENIKUS...

Posted: 08 Apr 2013 06:31 PM PDT


Malam tadi di Pejabat PKR Cabang Kuala Langat telah berlangsungnya satu demonstrasi aman terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat,Abdullah Sani sebagai calon PKR pada PRU 13 akan datang ini.Demonstrasi ini telah dianjurkan oleh ahli-ahli PKR Cabang Kuala Langat yang turut dihadiri oleh David Chong Kian Young (Ketua PKR Cabang Kuala Langat),Karrunakaran a/l Annavy (Bekas Ketua Penerangan PKR Cabang Kuala Langat)

Hj.Shamsududin  Othman (Bekas AJK PKR Cabang Kuala Langat),Low Chai Eng (Pengerusi DAP Kuala Langat) serta hampir 90 orang yang terdiri daripada penyokong parti.

Demo ini diadakan bagi membantah tindakan kepimpinan pusat yang MASIH meletakkan nama Abdullah Sani sebagai calon Ahli Parlimen P112 Kuala Langat.Makin sensasi dan panas kerusi Parlimen Kuala Langat ye.Nampak sangat DAP tak berapa "ngam"dengan PKR,satu bumbung tapi TIADA persefahaman.
Kenapa mereka tidak mahu Abdullah Sani dicalonkan semula?Jawapan ada di sini,
  1. ABDULLAH SANI DIDAKWA BERSIKAP DI LUAR BATASAN NORMA SEBAGAI SEORANG MANUSIA JUGA PEMIMPIN PABILA MENGHALAU BEKAS ISTERINYA SETELAH BERKAHWIN BARU.
  2. ABDULLAH SANI,SEPANJANG TEMPOH PERKHIDMATANNYA SEBAGAI AHLI PARLIMEN,GAGAL MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK,ni bukan team PUcTD YANG CAKAP,TAPI MEREKA YANG CAKAP.
   Kedua-dua alasan ini adalah sebahagian sahaja,namun sudah cukup untuk menamatkan kerjaya Abdullah Sani selaku Ahli Parlimen Kuala Langat.Kalau dilihat,memang benar pun apa yang diperkatakan oleh mereka,memang ada asasnya.

Kalau tak,masakan tidak kesemua peserta demo ini sanggup menerima tindakan termasuk dipecat keahlian mereka sekiranya perlembagaan parti menetapkan sedemikian.
Kesemua yang terlibat juga telah bersepakat untuk TIDAK AKAN MEMBANTU KEMPEN PRU DAN KESEMUA BILIK GERAKAN TIDAK AKAN DIBUKA SETERUSNYA MEREKA SEMUA AKAN MENYOKONG CALON BARISAN NASIONAL ..

Tiada ulasan:

Pengikut