LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK |
- MAHASISWA DITAHAN DI DEPAN KEDIAMAN RASMI PERDANA MENTERI
- RAFIZI RAMLI dan MANIFESTO: PENURUNAN HARGA KERETA
- bakal PM ke 7 umum manifesto baru???
MAHASISWA DITAHAN DI DEPAN KEDIAMAN RASMI PERDANA MENTERI Posted: 01 Apr 2013 01:23 AM PDT
1 April 2013(sumber SINAR HARIAN ) PUTRAJAYA - Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini semalam selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam. Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintenden Mak Pak Chuai berkata, mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan. Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon. "Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat," katanya sambil menambah kumpulan pelajar itu bersurai pada kira-kira 7.30 malam selepas diarah polis. Beliau berkata, kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di depan kediaman rasmi Perdana Menteri. Kesal dengan kejadian itu, Mak berkata ia tidak seharusnya berlaku terutama pada cuti hujung minggu kerana semua memorandum boleh dihantar terus ke Pejabat Perdana Menteri pada hari bekerja. - Bernama kenapalah Mahasiswa-mahasiswa ni ye..Ingat makin belajar tinggi makin BIJAK,akan tetapi makin KURANG BIJAK DAN TAK BERADAB! Kepada para Mahasiswa yang sibuk sangat memperjuangkan kebebasan bersuara dan yang sewaktu dengannya..ada satu video ni yang WAJIB korang tonton..klik pautan GUNA HAK BERFIKIR SEBELUM GUNA HAK BERSUARA | ||
RAFIZI RAMLI dan MANIFESTO: PENURUNAN HARGA KERETA Posted: 31 Mar 2013 10:59 PM PDT Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa antara janji janji manis puak pakatan rakyat dalam manifesto #ManifestoBukanJanji mereka ialah dengan menurunkan harga kenderaan SEKIRANYA mereka menang dalam PRU-13 akan datang. Namun,bagi Rafizi Ramli (hero Pakatan Rakyat alaf baru) TIDAK segan silu untuk berusaha merealisasikan hasrat dan impian beliau itu demi menarik sokongan rakyat terutama golongan muda untuk mengundi PKR.Walhal seperti yang diketahui umum,ianya amat mustahil untuk dilakukan. Beliau yang juga merupakan Pengarah Strategi PKR ,telah menyamakan harga kenderaan di Malaysia ini dengan negara Venezuela.Mungkin si Rafizi ni tak tahu kot,Venezula mempunyai rizab minyak yang paling tinggi didunia,pasal tu lah harga kenderaan mereka berbeza dengan harga kendeeraan di Malaysia.Seperkara lagi yang harus diingatkan bahawa KADAR INFLASI negara kita ini adalah sebanyak 1.5% sahaja berbanding negara-negara lain dimana mereka menawarkan harga minyak rendah dan murah.Takkan tu pun si Rafizi ni takleh berfikir dan mengkaji,bila suruh berdebat jawapanmya asyik NO..silap-silap dia ikut kata big boss dia "You ulang..I saman You".... | ||
bakal PM ke 7 umum manifesto baru??? Posted: 31 Mar 2013 09:44 AM PDT |
You are subscribed to email updates from LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan