HAMIM Ledang |
- Program Karnival ASTRO Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Ledang 2013
- BUAT PILIHAN BIJAK - MB
- 22 KELUARGA MISKIN TERIMA BANTUAN PPKB
- Program Futsal Santai Bersama Belia
- Perasmian Majlis Pelancaran 1Malaysia Komunii Perwani & "1 Million Women Purple Walk 2013"
Program Karnival ASTRO Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Ledang 2013 Posted: 01 Apr 2013 11:53 PM PDT |
Posted: 30 Mar 2013 07:05 PM PDT ABDUL Ghani Othman (tengah) menerima hadiah gitar selepas pelancaran Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Ledang 2013 di Pulau Penarik, Sungai Mati, Muar, kelmarin. - MINGGUAN/ZULHISHAM ISAHAK LEDANG 30 Mac - Generasi muda bakal mewarisi negeri ini dalam keadaan yang suram, gelap dan tidak menentu masa depannya jika mandat kali ini diberi kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, ketidakcekapan pembangkang dalam urus tadbir akan membuatkan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negara terjejas dan secara langsung memberi kesan buruk terhadap peluang dan pasaran kerja. "Kita tidak boleh harap pembangkang untuk membawa pembangunan dan kemajuan. "Kalau biarkan negara ini ditadbir pembangkang, maka ekonomi terbantut, tidak ada pertumbuhan ekonomi dan tidak ada pelaburan," katanya ketika berucap dalam Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Ledang 2013 di Pulau Penarik, Sungai Mati dekat sini malam tadi. Bukan itu sahaja katanya, langkah tersebut juga akan menyebabkan peluang kerja begitu terhad untuk anak-anak muda. "Mereka yang keluar sekolah, universiti dan maktab tidak akan mempunyai pekerjaan," katanya. Yang turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Ir. Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, M. Asojan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri dan ADUN Tangkak, Goh Tee Tee. Pada majlis tersebut, Abdul Ghani yang juga ADUN Serom menerima hasil kutipan derma Tabung Wira Lahad Datu daripada ahli-ahli Muar Scram Club berjumlah RM1,782. Abdul Ghani berkata, jika diberi peluang kepada pembangkang menjadi kerajaan bermakna menempa kemusnahan kepada negara dan perkara ini harus dielakkan dengan membuat pilihan yang bijak serta menjamin masa depan dalam pilihan raya umum akan datang. Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mencipta kemajuan sebagai kesinambungan sejak merdeka 56 tahun lalu dan nasib orang muda cukup terbela serta berperanan dalam pembangunan negara. © Utusan Melayu (M) Bhd 31 mac 2013 |
22 KELUARGA MISKIN TERIMA BANTUAN PPKB Posted: 30 Mar 2013 06:46 PM PDT Ir. Hamim Samuri (baris belakang, dua dari kanan) bersama penerima bantuan sewa rumah di Taman Megaria dekat Tangkak, Ledang, kelmarin LEDANG 27 Mac - Sebanyak 22 keluarga miskin yang berdaftar di bawah Majlis Daerah Tangkak (MDT) akan menerima bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dalam tahun ini. Ahli Parlimennya, Ir. Hamim Samuri berkata, mereka yang menerima bantuan sewa rumah itu membabitkan 13 keluarga Melayu, lapan (India) dan satu (Cina) yang masing-masing berpendapatan bawah RM2,300 sebulan. "PPKB merupakan bantuan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Diharap dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka serta terkeluar daripada garis kemiskinan. "Program ini adalah di bawah pengurusan Jabatan Pembangunan Masyarakat MDT. Ini bertujuan membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar dalam meningkatkan kualiti hidup, di samping mengurangkan beban tanggungan keluarga," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Gerak Mesra dan Anti Denggi Zon Tangkak C3 Taman Megaria 1, 2 dan 3 serta Penyerahan Bantuan Sewa Rumah PPKB Peringkat MDT 2013 di balairaya taman itu di sini kelmarin. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak, Goh Tee Tee dan Pegawai Daerah Ledang merangkap Yang Dipertua MDT, Ab. Han Ramin. Mengenai program anti denggi, Hamim berkata, pihak pengurusan MDT bersama Pejabat Kesihatan Daerah Ledang dan beberapa jabatan lain turun padang ke kawasan perumahan itu bagi mengadakan kempen kebersihan dan pengindahan landskap. © Utusan Melayu (M) Bhd 28 Mac 2013 |
Program Futsal Santai Bersama Belia Posted: 28 Mar 2013 11:35 PM PDT |
Perasmian Majlis Pelancaran 1Malaysia Komunii Perwani & "1 Million Women Purple Walk 2013" Posted: 20 Mar 2013 12:51 AM PDT |
You are subscribed to email updates from HAMIM Ledang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan