Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 23 Mac 2013

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

sumber :-

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


PKR, Pas Perak bertelagah berhubung kerusi DUN Changkat Jering?

Posted: 22 Mar 2013 06:20 PM PDT



Pergolakan dalam pakatan pembangkang Perak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 terus memuncak selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah tindakan Pas yang didakwa 'melanggar syarat' ketika mengumumkan calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering.

Pengerusi PKR negeri, Muhamad Nur Manuty menegaskan, tindakan Pas mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi itu belum muktamad kerana Pas perlu menyerahkan kerusi lain sebagai ganti.

"Memang kita tidak bersetuju kerana Pas belum memberikan kerusi lain sebagai ganti. Dahulu, memang ada dengar Pas mahu beri kerusi DUN Belanja kepada PKR, tetapi sehingga kini tidak dengar apa-apa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussian dalam ceramah di Air Kuning, di sini malam tadi mengumumkan Mohammad Nizar akan bertanding di Changkat Jering, sekali gus mengesahkan spekulasi pemimpin tersebut tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang.

Walau bagaimanapun, ceramah itu tidak dihadiri mana-mana pemimpin PKR.

Abu Bakar ketika membuat pengumuman itu mendakwa, keputusan tersebut dibuat Badan Perhubungan Pas Perak dalam mesyuarat kelmarin dan dipersetujui Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Pengumuman mengejut itu dipercayai sebagai maklum balas terhadap tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama Muhammad Nur sebagai calon kerusi Parlimen Bagan Serai dalam ceramah pada 15 Mac lalu walaupun tidak dipersetujui pucuk pimpinan Pas bahagian itu.

Muhamad Nur berkata, berdasarkan persetujuan sebelum ini, kerusi DUN Changkat Jering hanya akan diberikan kepada Pas jika Mohammad Nizar bertanding di kawasan itu dan parti tersebut perlu menyerahkan kerusi 'boleh menang' lain kepada PKR.

"Kita akan berpegang kepada persefahaman awal dan rasmi bahawa kerusi DUN Changkat Jering boleh diberikan kepada Pas dengan syarat Mohammad Nizar sendiri bertanding di situ dan berkonsepkan pertukaran kerusi," katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Mohammad Nizar bertanding di DUN Pasir Panjang dalam kawasan Parlimen Lumut dan menang dengan majoriti 4,474 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Vasan.

Walau bagaimanapun, terdapat desas-desus menyatakan Pas akan meletakkan Mohammad Nizar bertanding di kerusi lain bagi 'menyelamatkan' pemimpin itu yang dijangka berdepan laluan sukar jika terus bertanding di Pasir Panjang.

Perkara itu memandangkan MIC menyerahkan semula kerusi majoriti orang Melayu tersebut kepada UMNO.

Warna-warni politik
Torashah

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian