Selasa, 26 Februari 2013

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


RAMALAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE 13?

Posted: 25 Feb 2013 11:11 PM PST

Berdasarkan sumber maklumat daripada beberapa kajian pemerhati politik di Malaysia dan pemerhatian secara tidak langsung.  Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras melihatkan iklim politik di Malaysia sejak akhir-akhir ini mengunjurkan jangkaan seperti berikut :- 
 
Pakatan Rakyat akan terus kekal di Pulau Pinang.

Kerajaan PAS akan terus memerintah di Negeri Kelantan
 
Manakala di Negeri Terengganu , Johor , Melaka , Sarawak dan Pahang, Barisan Nasional dijangka tidak mempunyai masalah besar untuk memerintah dikelima - lima buah Negeri tersebut.
Pencapaian status quo parti politik sepertimana Pilihanraya Umum 2008 itu, sebahagian besarnya dijangka akan kekal status quonya dengan sedikit perubahan di sana-sini.
 
 
Apapun pengundi-pengundi Cina dilihat menunjukkan satu perubahan yang ketara sejak Pilihanraya Umum ke 13 termasuklah di Negeri Johor di mana ada beberapa "kerusi panas" yang sedang hangat di bincang di peringkat tertinggi pemimpin politik tanahair baik di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. 
 
6 kerusi parlimen di Negeri Johor sangat menarik untuk diperhatikan dan dikategorikan sebagai kawasan HITAMhasil kajian terkini di Negeri Johor adalah di Kulai, Kluang, Bakri, Gelang Patah, Segamat, Pulai.

Manakala 8 kerusi Parlimen , masing - masing di Negeri Sabah dan Sarawak juga bakal menarik perhatian untuk di nilaikan oleh pengundi - pengundi.

Manakala di Negeri Selangor dan Kedah, Pergerakan Puteri UMNO BahagianCheras merasakan masih lagi kekal status quonya. Namun begitu di Negeri Kedah akan menyaksikan Pakatan Rakyat akan kehilangan beberapa lagi kerusi Parlimen  kepada Barisan Nasional. Ini kerana dasar kepimpinan di Kedah tidak selari dengan masyarakat di Kedah kerana populasi di antara kaum yang agak 'homogeneous' berlainan dengan di Negeri Kelantan.
 

Negeri Perak adalah antara "Negeri Panas" yang dijangkakan bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Ada Pemerhati Politik mengatakan Barisan Nasional akan mentadbir terus Negeri Perak berdasarkan maklumat yang menyatakan UMNO akan bertanding di 36 kawasan ADUN.
 
Dewan parlimen akan mencapai tempoh matang dan terbubar secara otomotis menjelang 28 April 2013.  Mengikut peruntukan perundangan dan perlembagaan negara, pilihanraya hendaklah dijalankan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tidak kira pembubaran itu adalah awal mahu pun mengikut tempoh matangnya.
Jika Negeri Selangor membubarkan dewan undangannya terlebih dahulu, tiada peruntukan undang-undang yang MEWAJIBKAN pilihanraya dijalankan berasingan. Tempoh matang bagi Dewan Undangan Negeri Selangor adalah 22 April 2013. 

Lain-lain negeri turut akan terbubar secara otomatis mengikut tempoh masa seperti berikut :-  Johor (21 Mac) , Negeri Sembilan (26 Mac), Pahang (7 April), Perak (24 April) , Melaka (26 April) , Perlis dan Kelantan (28 April) , Sabah (29 April) , Penang dan Kedah (2 Mei) dan Terengganu (5 Mei) 
 
Walau apa pun, keputusan Pilihanraya Umum ke 13 nanti adalah terletak di tangan anda semua sebagai pengundi yang sah di hari mengundi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Apa pandangan balas anda sebagai pengundi pula?
 
Bagaimana anda melihat iklim politik di kawasan Parlimen anda sekarang?

Jentera Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Tiada ulasan:

Pengikut