Puteri Bahagian Segambut |
Posted: 27 Feb 2013 10:44 PM PST Kedua² pihak saling tuduh menuduh siapa samseng politik. Jangan cakap orang UMNO yang samseng tapi hakikat sebenarnya penyokong² PR jauh lebih samseng dan merbahaya kepada rakyat Malaysia. Malam tadi, dunia bloggers Pro BN dikejutkan dengan ugutan bunuh terhadap sahabat perjuangan media maya blogger REZQEEN HILL. Beliau diugut tembak oleh seseorang yang menggunakan nama Shah Ridzal Ibrahim dan bersama² rakan subahatnya Mohammad Saiful Bin Mansur dan Azizul Bin Mamat. Bukan sengaja membesarkan cerita tetapi hal yang berlaku hari ini amatlah berlainan dari sebelumnya. Lihat di bawah laporan Polis yang dibuat semalam. Berikut nama² yang dikesan daripada perbualan dalam Facebook milik Mohammad Saiful Bin Mansur. Mohammad Saiful Bin Mansur Tak yah cerita banyak, tengok saja apa komennya di laman Fb. Semua amarahnya kepada kerajaan dilepaskan tetapi gambar yang dikesan menunjukkan hal sebaliknya. Katanya tak mendapat apa² daripada kerajaan Saiful juga telah meletakkan link rujukan gambar siapa pemilik Fb Rezqeen Hill dengan niat tidak baik dan mengancam untuk menyebarkan sms alamat rumah Rezqeen Hill kepada rakannya yang lain atas tujuan yang tidak baik juga. Rujuk sini. Azizul Bin Mamat Budak Melayu yang bermasalah di Bandar Tun Razak, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia lah individu yang bertanggungjawab memotong dan mensabotaj bendera serta banner milik UMNO dan BN di sana. Pernah mengeluarkan kenyataan kononnya dia dilahirkan untuk menghapuskan UMNO dan masa yang sama memperjuangkan Hudud PAS. Terbaru, dia tetap masih menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun mengutuk keras kerajaan BN hari ini. Azizul juga berniat tidak baik dengan mengancam keselamatan abang Rezqeen Hill seperti dalam komennya, lihat di bawah. Untuk kedua² lelaki di atas ni terdapat 1 persamaan mereka iaitu alamat tempat tinggal dan tempat mengundi. Lihat di bawah. Shah Redzal Ibrahim Lelaki ini mengakui akan menembak Rezqeen Hill kerana bercanggah pendapat di dalam laman Facebook milik Saiful. Kerana pendapatnya disanggah, maka dia bertindak mengajukan ancaman akan mencederakan dan menembak Rezqeen Hill. Satu laporan Polis telah dibuat terhadap ketiga² lelaki di atas. Pihak Polis sedang mengawasi pergerakan mangsa, Rezqeen Hill dan akan bertindak terhadap suspek jika mangsa cuba diapa²kan. Kepada pejuang media maya dari kedua² belah pihak. Perkara begini tidak harus terjadi kerana ianya lebih kepada hormat menghormati pendapat peribadi untuk menyampaikan maklumat dan mengetengahkan rasa ketidakpuasan hati. Soal dan isu ugut mengugut sebaiknya tidak patut berlaku. Kerana dalam hal ini, tiada siapa yang untung serta rugi kerana di pengakhiranya sekali, rakyat akan tetap memilih parti mana yang terbaik untuk mereka. Sumber : Bersih3Suku |
HOT!!!! Samseng PR Ugut Blogger Rezqeenhill #1Malaysia #tolakPR Posted: 27 Feb 2013 02:10 AM PST Inilah wajah-wajah sebenar penyokong PR di Malaysia. Semakin hampir pilihanraya semakin terserlah wajah sebenar mereka. Pembaca nilaikanlah sendiri penyokong yang macam mana mereka ni. Lihatlah bahasa yang digunakan disepanjang komen-komen mereka. Inikah hasil didikan PR kepada mereka selama ini? Mencarut, maki hamun dah macam zikir pulak dah. Samseng dan mafia pun rupanya ada dikalangan penyokong PR ni. Lihatlah printscreen di bawah ni. Mereka ugut blogger Rezqeenhill. Siap sebarkan gambar dan alamat blogger tersebut. Pembaca baca dan nilaikanlah sendiri.Orang macam ni ke yang akan menjamin Malaysia ni aman di bawah pemerintahan PR? Tak suka dengan seseorang tak perlu tunggu polis. Pergi je cari orang tu kasi tembak je.....lain-lain belakang cerita. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan