Puteri Bahagian Segambut |
Anak @Anwaribrahim sibuk ajak Raja Nong Chik berdebat #tolakPR #tolakfitnah Posted: 25 Feb 2013 04:00 AM PST Baru-baru ni Nurul Izzah hantar surat cabar Dato Raja Nong Chik berdebat. Walaupun dah banyak kali Dato Raja Nong Chik dah banyak kali cakap dia lebih suka membantu rakyat dari buang masa berdebat dengan Nurul Izzah, tapi Nurul Izzah tak reti-reti bahasa jugak. Dia masih lagi kemaruk nak berdebat dengan Raja Nong Chik. Terkini, Nurul Izzah dah siap pasang banner di seluruh Lembah Pantai war-warkan kononnya debat dia dengan Dato Raja Nong Chik akan diadakan pada 24 Februari ni. Hek eleh, gila bayang ke kau Nurul? Orang dah kata tak nak, kau pulak yang beria-ia sampai setkan tarikh sendiri. Kau ni macam perempuan kena reject lah Nurul. Orang lelaki dah kata tak hingin, kau pulak yang gila bayang sampaikan setkan tarikh perkahwinan sendiri. Lepas tu kau pasang banner merata-rata ajak orang datang kenduri, siap hantar kad jemputan kahwin lagi! Bak kata pepatah, macam perigi cari timba. Lagi satu pepatah yang sesuai, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong! Yang kau beria-ia sangat nak berdebat ni mengapa Nurul? Setiausaha Politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil berkata, "Walaupun cabaran ini telah ditolak sebelum ini, cabaran itu dikemukakan semula berikutan dakwaan Raja Nong Chik bahawa Nurul Izzah tidak menunaikan tanggungjawabnya di Lembah Pantai." "Nurul Izzah kononnya tidak membawa apa-apa kebaikan dan pembangunan kepada Lembah Pantai. Dakwaan ini sangat serius kerana YB Nurul Izzah sebenarnya telah banyak berjasa kepada Lembah Pantai." Bila perkara ni diajukan media kepada Dato Raja Nong Chik untuk ulasan, mudah sahaja jawapan Dato Raja Nong Chik. "Kalau betul dia banyak berjasa untuk Lembah Pantai, senaraikan jasa-jasa yang pernah dia buat. Kita bandingkan dengan khidmat saya kepada penduduk Lembah Pantai. Tak perlu nak debat-debat. Biar penduduk Lembah Pantai sendiri bandingkan sumbangan saya dan Nurul Izzah dan buat pilihan sendiri di peti undi." Betul juga cakap Dato Raja Nong Chik tu. Kalau setakat nak banding jasa, tak payah debat, senaraikan je semua jasa-jasa kau. Print risalah dan sebarkan kat semua orang. Lepas tu penduduk boleh bandingkan sendiri jasa kau dengan jasa Dato Raja Nong Chik. Pasal apa kau tak nak buat macam tu Nurul? Haaaa, jawapannya mudah je, sebab dia memang tak pernah buat jasa di Lembah Pantai. Apa yang dia tahu buat ialah lempar fitnah, curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik dan cuba halang usaha baik yang di bawa oleh Dato Raja Nong Chik. Tak percaya? Boleh baca sendiri macam mana Nurul Izzah cuba halang pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi dan juga macam mana Nurul cuba curi kredit dari usaha Dato Raja Nong Chik di Pantai Permai. Ni baru sikit je aku senaraikan. Aku pun hairan juga bila Nurul Izzah merengek kononnya tak dapat liputan media untuk menjawab dakwaan Dato Raja Nong Chik. Habis tu media pro-pembangkang kan banyak yang suka buat liputan pasal kau, tiap-tiap hari ada berita pasal Nurul Izzah dalam Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Free Malaysia Today dan macam-macam lagi! Tu belum ambil kira media parti pembangkang macam Harakah, Suara Keadilan, Selangor Times dan Roketkini. Blogger Pakatan pun ramai. Dalam akhbar Sinar Harian pun kau ada ruangan tetap. Tak cukup liputan lagi ke? Jadi bila kau merengek kononnya tak dapat liputan media, nampak sangat kau ni kaki temberang. Nasihat aku kat kau Nurul, dari buang masa merengek nak berdebat, baik kau gunakan masa yang ada untuk berkhidmat kepada rakyat. Contohilah Dato Raja Nong Chik. Sampai PRU nanti rakyat sendiri akan nilai kau ni memang berjasa atau cuma pandai cakap tapi tak tahu buat kerja! |
Pok Nik kena sound dengan Pengerusi UMBWP Posted: 25 Feb 2013 02:38 AM PST Keceluparan mulut Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menggelar penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan ternyata sekali tidak sopan dan tidak berilmu. Bagi seorang pemimpin Islam yang dihormati dari sekelompok pihak yang menganggap dirinya umpama ulama Islam adalah tidak boleh diterima. Kecetekan akal seorang pemimpin yang hanya menggunakan Islam sebagai landasan politiknya amatlah dikesali kerana kecendurangan dirinya menggelarkan rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai binatang. Menurut Pengerusi Unit Media Baru Wilayah Persekutuan (UMBWP) Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii, beliau amat kesal dengan tindakan Nik Aziz yang dilihat seakan cemburu terhadap penerima BR1M dan beliau menegaskan seharusnya Nik Aziz mengucapkan terima kasih bagi pihak rakyat kerana negara sudi berkongsi hasil kekayaan (pendapatan) negara bersama rakyat. Tindakan menyamakan penerima BR1M dengan binatang adalah satu bentuk tindakan protes daripada Menteri Besar Kelantan yang cemburu tidak dijemput sebagai penyampai bantuan tersebut kepada rakyat Kelantan. Untuk info, penyerahan BR1M hanya disampaikan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) atau ADUN BN atau Pengerusi Penyelaras BN di sesuatu tempat saja. Razlan yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seputeh juga turut mengaitkan keikhlasan kerajaan negeri dan kerajaan sedia ada hari ini. Dalam manifesto Pakatan (tipu) Rakyat sebelum memenangi Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas, mereka telah berjanji pelbagai perkara termasuklah memberikan bantuan sebanyak RM600 kepada ibu tunggal di Selangor. Namun setelah hampir 5 tahun menerajui Selangor, kerajaan Pakatan gagal mengotakan janji tersebut. Berlainan pula dengan kerajaan sedia ada hari ini yang tidak menjanjikan BR1M dalam manifesto PRU yang lepas tetapi telah menyediakan dan memperuntukan jumlah tertentu untuk meringankan beban rakyat. Menurut beliau lagi, pemberian pelbagai bantuan hari ini bukti kerajaan BN ikhlas berkongsi bersama dan membangun bersama rakyat selain dari pembangunan dan sosio ekonomi negara masih tetap diteruskan secara pesat. Satu nasihat yang turut disampaikan beliau kepada sebilangan rakyat yang gagal meyakini kerajaan BN hari ini adalah pastikan kerajaan Pakatan tunaikan janji² mereka terlebih dahulu sebelum membezakan janji² kerajaan BN. SP: 84% rakyat Kelantan berpendapatan bawah RM3,000.00 dan negeri Kelantan juga antara penerima BR1M yang tertinggi tahun 2012. Mungkin Pok Nik bengang sebab Kerajaan dah bantu rakyat negeri Kelantan maka undi untuk Pas pun mungkin akan banyak hilang. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan