Ahad, 3 Februari 2013

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Janji Pilihan Raya 2008 Pembangkang Kini Jadi Hempedu

Posted: 03 Feb 2013 04:30 AM PST







Rakyat diminta tidak lagi tertipu dengan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana janji yang ditabur pada pilihan raya lalu, kini ibarat hempedu akibat gagal ditunaikan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) boleh dilihat sendiri oleh rakyat dan merupakan hakikat dan fakta berbanding janji pembangkang yang tidak berpegang pada kenyataan sebenar dan hanya memesongkan fikiran rakyat.

"Sewajarnya rakyat mula sedar muslihat serta tipu daya pembangkang sepanjang empat tahun yang menyebabkan rakyat menderita seperti isu air di Selangor, isu perumahan di Pulau Pinang dan isu tanah di Kelantan.

"Penderitaan dan kesukaran penduduk terlibat, hendaklah dihentikan dengan memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk memperbetulkan keadaan ini," katanya pada majlis pelancaran 1,000 skuad bermotor sempena penutupan program Jelajah Di Ambang PRU-13 di SK Penerok, di sini semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Md. Othman Yusof; timbalannya, Datuk Nasir Safar serta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai, Mesnor Bujang. Majlis anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian Tanjung Piai itu disertai 1,300 ahli kelab Tanjung Piai Bikers yang merupakan sebahagian jentera pilihan raya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai. Ahmad Zahid berkata, UMNO dan BN kini bersedia untuk kembali menjadi juara rakyat, sekali gus menawan kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Beliau turut menyatakan, BN tidak gentar dengan keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal, malah bersedia membantu jentera UMNO dan BN negeri untuk menumbangkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor. "Kami akan ke sana bagi membantu rakyat Selangor yang kini berhadapan dengan pelbagai krisis sejak PKR mengambil alih kepimpinan negeri pada 2008 jika pilihan raya DUN diadakan lebih awal," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut