Selasa, 12 Februari 2013

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PELANCARAN BILIK GERAKAN PPU DUN MUADZAM SHAH..

Posted: 11 Feb 2013 11:41 PM PST

Semboyan yang telah mula dibunyikan pastinya akan mendapat sambutan.Setelah keputusan dibuat maka PPU Rompin telah membuka gelanggang dengan melancar jentera serta bilik gerakan di peringkat DUN bermula dengan DUN Muadzam Shah.Acara bermula dengan taklimat ringkas struktur organisasi diperingkat DUN serta jumlah pengundi muda yang menjadi tangungjawab pemuda untuk dibawa keluar semasa PRU13 nanti.Kehadiran yang amat membanggakan kerana selain daripada ahli pemuda,kelompok NGO yang menyokong perjuangan turut hadir bersama ke program ini.Antaranya adalah seperti kelab motorsikal,4 wheel,kereta,Belia dll.YB KP dalam ucapannya menggariskanbeberapa ingatan dan pesanan intuk diambil tindakan segera jentera yang terpilih serta ahli PPU khasnya bagi memastikan kelancaran dan memnetupasti kemenangan berpihak kepada calon BN nanti.Sedia Gempur........

OPS TEMPUR PEMUDA PAHANG BERSAMA YB KP..

Posted: 11 Feb 2013 11:17 PM PST

Siri Jelajah YB KJ selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah sampai ke destinasinya iaitu Pahang,negeri tercinta.Pertemuan dengan jentera-jentera di peringkan bahagian ini adalah bagi memastikan kesiapsiagaan jentera pemuda di peringkat bahagian bagi menghadapi PRU13 nanti.Beliau juga telah memberikan semangat kepada semua jentera agar terus berusaha gigih mendekati pengundi terutamanya pengundi muda.Ingatan beliau agar seluruh jentera berkerja secara jujur dan amanah selain mengelak dari perlakuan sabotaj parti.Harapan beliau juga agar semua pemimpin diperingkat bahagian ini akan turun padang dan menggunakan segala kaedah dan cara yang tersusun bagi memastikan kemenangan besar berpihak kepada calon BN dalam PRU13 nanti.Dengan semangat membara yang ditiup oleh YBKP ini diharapkan dapat diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja yang telah disusun rapi.Ayuh,segera laksanakan apa yang telah diamanahkan kepada Pemuda.Sedia Gempur...

Pengikut