LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK |
PANAS!MANA PERGINYA BAJET TU...UNTUK RAKYAT atau SENDIRI Posted: 03 Jan 2013 07:18 PM PST PANAS!!!!! KALI INI AKU TAKNAK CERITA PASAL PUAK FUCKatan.. AKU NAK CERITA PASAL RM dan PERUNTUKAN. AL-KISAHNYA...AKU DIFAHAMKAN BAHAWA BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SELANGOR TELAH MEMPERUNTUKKAN SEJUMLAH AMAUN KAT KETUA-KETUA BAHAGIAN UNTUK ADAKAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU!PERGHH..BESAR GAK BAJET TU...TAPI YANG MENGHAIRANKAN AKU SEKARANG NI..TAKDE PULAK AKU NAMPAK ADA PROGRAM..HEHEHEHE...MANA PERGINYA DUIT TUUU???? BELI PERABUT KE BANG...ALAHAI,BELUM TENTU JADI CALON KO DAH BUAT HAL..CAMNE RAKYAT TAK MARAHKAN UMNO/BN..KERANA NILA SETITIK,ROSAK SUSU SEBELANGA! TAK CUKUP KE PENDAPATAN YANG KO DAPAT TIAP BULAN?AKU NAK INGATKAN KO YER..WALAUPUN AKU ORANG UMNO/BN AKU SEBAGAI AHLI PARTI YANG SAYANGKAN AGAMA,BANGSA dan NEGARA AKU BERHAK TEGUR MANA YANG TAK BETUL..YANG SALAH TETAP SALAH! BERIYA-IYA PEMIMPIN ATASAN DAN BAWAHAN PERJUANGKAN SLOGAN BN MAMPU BERUBAH TAPI YANG KAT TENGAH TAK BERUBAH!!PLEAS TAKE NOTE YE PARA PEMIMPIN YANG KAT PERINGKAT PERTENGAHAN TU.. ATAU SEKADAR KITA MIMPI UNTUK DAPATKAN BALIK SELANGOR. "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (Surah An-nisa' : 58) NASIHAT AKULAH KANNN....PEMIMPIN TERSEBUT TOKSAH DIANGKAT JADI CALON NANTI..BUAT ROSAK PARTI JE...DAN KALAU PEMIMPIN DAH SEDO DIRI,TAUBATLAH SEGERA... |
MB SELANGOR ADA FORMULA TANGANI KRISIS AIR YANG BERLAKU SEKARANG Posted: 03 Jan 2013 05:58 PM PST GEMPAR!BILA BEKALAN AIR DIBEBERAPA KAWASAN DILEMBAH KLANG TERPUTUS SEJAK BEBERAPA HARI LALU SERTA "MUNGKIN" AKAN BERLANJUTAN MINGGU HADAPAN.. PERGHH!SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?KERAJAAN NEGERI SELANGOR ATAUPUN PIHAK SYABAS? KORANG BACA NI DULU... Saya percaya bahawa kini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid "Gagap" Ibrahim mampu menarik nafas lega apabila "keldai"nya yang terbaru, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengeluarkan kenyataan yang menyebelahi dirinya. LUAS berkata baru-baru ini bahawa sumber air larian iaitu sumber dari takungan air hujan di dalam parit, longkang, lombong dan seumpamanya di Selangor cukup untuk menampung kegunaan rakyat Selangor sehingga tahun 2030. Mungkin dengan kenyataan bodoh itu Khalid fikir dia boleh menipu minda rakyatnya dan menafikan dakwaan yang mengatakan Selangor kini sedang semakin teruk dilanda masalah bekalan air di segenap pelosok negeri Selangor. Terkini, kawasan Gombak dan Kuala Lumpur pula yang menjadi mangsa permainan Khalid dan LUAS di mana ia akan menyebabkan seramai hampir 90,000 orang pengguna di kawasan terbabit akan menghadapi masalah gangguan bekalan air bersih. Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau sekali lagi diaktifkan di ibunegara dan Gombak setelah kod yang sama diaktifkan di beberapa kawasan di sekitar Cheras dan Pandan baru-baru ini. Di Cheras dan Subang Jaya sebelum ini mengalami gangguan bekalan air disebabkan oleh kekurangan sumber air mentah meskipun hujan lebat turun setiap hari. Tak semua sumber air sedia ada di Selangor boleh diproses. Contohnya, air lombong tak boleh diproses sehingga memenuhi kriteria air bersih yang digunapakai sekarang dan jika mahu digunakan juga ia memerlukan kos yang sangat tinggi dan tidak kos efektif untuk jangka masa panjang. Manakala di Gombak dan Kuala Lumpur pula disebabkan oleh rumah pam yang gagal berfungsi akibat terlebih operasi akibat permintaan yang semakin tinggi setiap hari. Iyalah, robot kalau di suruh kerja lebih kapasiti pun akan rosak juga. "Laptop" kalau digunakan tanpa henti pun akan "hanged" juga, kan? Sebanyak 28 kawasan di Kuala Lumpur yang terjejas ialah di Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Jalan U-Thant, Jalan Ampang Hilir dan Bandar Permaisuri. Manakala di negeri Selangor sendiri terdapat 54 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air antaranya di Jalan Ampang, Bandar Baru Ampang, AU1 hingga AU5 Keramat dan Wangsa Melawati. Turut terlibat Kampung Kemensah, Pinggiran Ukay, Ukay Heights, Desa Setapak, Kampung Ampang Campuran dan Sri Rampai. Dari pemerhatian saya, kawasan-kawasan seperti Cheras, Subang Jaya, Gombak dan Kuala Lumpur itu melibatkan kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kawasan industri yang sangat aktif. Kawasan-kawasan itu juga di anggap sebagai kawasan yang maju, moden, sofistikated, elit dan didiami oleh pelbagai golongan seperti golongan profesional, ternama, berpengaruh, sederhana dan berpendapatan rendah. Malah saya percaya, beberapa pemimpin politik Pakatan Haram dan ADUN-ADUN mereka juga ada yang tinggal di kawasan terbabit. Persoalannya, apa yang Khalid buat untuk mengatasi masalah tersebut? Sudah "berbuih" mulut berkata dan sudah "lenguh jari" rakyat menulis di Twitter, Facebook dan sebagainya mengadu berkenaan gangguan air yang mereka hadapi. Tapi Khalid masih "buat bodoh sengal", sebok dengan "penstrutkturan air" dan "air cukup sampai 2030". Dia ada sebut cadangan seperti teknologi membran, memproses air hujan, air bawah tanah, lombong dan "storm water", tapi satu haram apa pun dia tak buat! Cakap saja lebih! Sebenarnya, Khalid boleh selesaikan masalah ini pada tahun 2008 dulu dengan membenarkan loji Langat 2 dibina mengikut jadual yang disarankan oleh pakar-pakar industri air. Tapi mungkin kerana takut kena marah dengan Anwar dan Azmin, dia menolak pembinaan Langat 2 meskipun dia sedar loji berkenaan adalah demi kepentingan rakyat Selangor. Persoalannya,takkanlah nak tunggu rakyat bawa kain baju dan seluar dalam mereka ke depan pintu pagar rumah Khalid "Gagap" untuk dibasuh, barulah MB itu nak terhegeh-hegeh nak buat loji Langat 2? Kesimpulannya, sumber air mentah yang holistik sedang diusahakan Kerajaan Pusat, loji-loji yang sedia ada pula terpaksa beroperasi lebih kapasiti sampai rosak teruk. Sampai bila masalah ini akan berlaku? Sampai Khalid turun "takhta" Menteri Besar? sumber :http://www.mykmu.net/?p=2599 |
You are subscribed to email updates from LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan