Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 15 Disember 2012

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Kebebasan Beragama Mazhab Nurul #TolakPR #1Malaysia #TolakFitnah @umbkl

Posted: 15 Dec 2012 05:00 PM PST



Tindakan terdesak YB Nurul Izzah mahu menyaman Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa buah blog bolehlah dilihat sebagai satu langkah terakhir seorang yang tiada jalan keluar lagi.

Ketelanjuran beliau mengutarakan kenyataan sensitif di hadapan pengundi-pengundi yang majoritinya bukan beragama Islam dapat kita lihat sebagai satu lagi bukti betapa manisnya mulut ahli-ahli politik Pakatan dengan janji-janji dan retorik mereka.

Utusan Malaysia hanya memetik kata-kata Nurul Izzah yang turut dilaporkan dalam portal pro-pembangkang Malaysiakini hanya menjadi mangsa politik kebencian yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Walaupun jelas Utusan Malaysia tidak bersalah kerana ia hanya melaporkan apa yang ditulis di dalam Malaysiakini, Nurul Izzah terus mengkaburi fikiran rakyat bahawa kononnya Utusan Malaysia telah menfitnah dan menganiaya diri beliau.

Apabila dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) untuk menjelaskan kenyataan beliau, Nurul Izzah dengan bongkak berkata "Ya saya harap Jais panggil Utusan Malaysia sekali sebab dia keluarkan kenyataan fitnah akidah tersebut." (Seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today).

Keras sekali perkataan fitnah, namun perkataan inilah yang sering mewarnai politik Pakatan Rakyat sejak sedekad yang lalu. Taktik menyalahkan orang lain ini telah terlalu kerap digunapakai sehingga sudah menjadi satu klise yang basi. Fitnah dan Saman sepatutnya menjadi slogan Pakatan Rakyat, bukannya Demi Rakyat.

Apa yang pasti, memang jelas beliau telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi: 

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bukan setakat laporan dan liputan dari pelbagai blog, bukti video juga telah tersebar luas di internet. Kita boleh lihat dan dengar betapa kenyataan kontroversi beliau itu telah disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin yang memenuhi forum "Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lepas, seolah-olah mereka mahu orang Melayu Islam di negara ini diberikan kebebasan memilih agama mereka sendiri.



Persoalan yang bermain dalam fikiran ramai orang adalah kenapa Nurul Izzah hanya menyalahkan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, sedangkan portal Malaysiakini adalah media pertama yang melaporkan perkara tersebut? Jelas Nurul Izzah mengamalkan amalan selective prosecution.

Liputan tentang kenyataan Nurul Izzah itu juga telah disiarkan dalam portal berita Free Malaysia Today dan laman web 1Christians. Bukankah sepatutnya beliau juga menyaman Malaysiakini, Free Malaysia Today dan iChristians juga? Sikap jumud sebegini jelas menjadi modus operandi dalam kalangan mereka dalam Pakatan Rakyat.
Peguam dari Majlis Peguam yang bertanyakan soalan itu kepada beliau juga telah mengeluarkan kenyataan dan mengakui bahawa memang benar Nurul Izzah telah mengeluarkan kata-kata itu.


Malahan peguam tersebut merasa kecewa kerana Nurul Izzah seolah-olah tidak mengakui apa yang beliau sendiri kata selepas berita ini menjadi sensasi dan Nurul Izzah menerima kecaman hebat dari setiap sudut termasuk dalam kalangan penyokong PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sikap hipokrit dan menuding jari yang sering dibawa oleh ahli-ahli politik Pakatan ini harus segera dibendung. Mereka bermain persepsi dan sedar bahawa orang ramai amat mudah terpengaruh.

Mereka hanya perlu menafikan apa yang telah mereka buat atau kata, dan kemudiannya menyalahkan orang lain. Walaupun ada bukti-bukti video atau rakaman, mereka tetap akan menegakkan benang yang basah.

Paling menyedihkan sekali, masih ramai lagi orang yang mempercayai kata-kata mereka dan bermati-matian mempertahankan idola-idola mereka ini.

Sudah tiba masanya kita sedar terhadap permainan politik merbahaya yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Memang jelas perbezaan objektif yang dibawa oleh tiga buah parti dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat membawa negara ini ke arah kemakmuran.

Apa yang mereka bawa hanyalah retorik, masalah-masalah moral masing-masing serta perbalahan dalaman antara mereka sendiri. PAS yang selama ini tegas menegakkan syiar Islam sudah boleh kita lihat sebagai sebuah parti yang semakin liberal dan tunduk kepada desakan-desakan DAP dan PKR demi sebuah penyatuan yang salah.

Siapa lagi yang harus menegakkan Islam kalau bukan orang Islam sendiri? Fahaman pluralisme yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kini jelas telah merebak ke anak beliau. Adalah kita patut berdiam diri sahaja dan duduk memerhatikan bagaimana nilai-nilai Islam semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita?









PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

0 ulasan
sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


GOOD DAY

Posted: 15 Dec 2012 12:56 PM PST

Dear Friend.

How are you today?. Well it is a pleasure to contact you on this regard and i prayed that this will turned out to be ever lasting relationship for both of us.How ever it's just my urgent need for a Foreign partner that made me to contact you for this Transaction.

I am a banker by profession from Burkina-faso in west Africa and currently holding the post of Director Auditing and Accounting Unit of the Bank.I have the opportunity of transferring the left over fund (10.5 Million Us Dollars)Ten Million Five Hundred Thousand United States of American Dollars of one of my Bank clients who died along with his supposed next of kin in an air crash.

Hence I am inviting you for a business deal where the money can be shared between both of Us in the ratio of 60% / 40% .

If you are really interested in my proposal further details of the Transfer will be forwarded unto you as soon as I receive your return mail.

Have a nice day.

Mr Noble Abbott

www.pemuda-enggang.org

0 ulasan
sumber :-

www.pemuda-enggang.org


Tiada Ruang Utk Org Melayu Dalam DAP

Posted: 15 Dec 2012 07:17 AM PST

tak percaya..   baca yer..   GEORGE TOWN, 15 Dis — Tiga pemimpin utama dalam DAP memperoleh undi paling tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) selepas keputusan diumumkan malam ini, namun tiada seorang pun calon dari kaum Melayu yang … Continue reading

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

0 ulasan
sumber :-

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PANAS! STRATEGI D.A.P MANSUHKAN KUASA ORANG MELAYU

Posted: 14 Dec 2012 07:10 PM PST

TOP LEADERSHIP???MALAY???

"Mind Control" adalah salah satu  teknik yang digunakan oleh yahudi untuk menguasai  dan mengubah persepsi  dengan tujuan tertentu. Teknik ini sedang dimainkan oleh  DAP untuk menimbulkan keraguan dan  percanggahan  minda terhadap isu status negara ini kepada pengundi pengundi yang kurang ilmu politik dan juga  kepada dua buah parti Politik iaitu PAS dan PKR.
Teknik ini sebagaimana biasa akan dimainkan berulang kali agar inya tercerap didalam Minda pro dan kontra untuk mengwujudkan suasana  ketegangan pendapat di kalangan penyokong yang  kita sedia maklum amat cetek tentang ilmu politik.
Begitu liciknya  percaturan politik yang dimainkan oleh  Lim Kit Siang didalam isu isu yang cukup sensitif yang mana melibatkan orang orang Melayu khasnya,
MASIHKAH ORANG MELAYU TERLEKA?TERLUPA?ATAU BUAT-BUAT TERLEKA DAN TERLUPA!LIHAT PERCATURAN MEREKA NI..BILA BELUM DAPAT KUASA,YE MEMANG BAIK LAYANAN MEREKA TERHADAP KITA!BILA TELAH DAPAT..APA AKAN JADI KEPADA ANAK BANGSA KITA DI MASA HADAPAN?
NAMA SAHAJA PARTI BERBILANG KAUM..NAMUN KALAU DILIHAT,CUMA ADA 1 ORANG MELAYU SAHAJA..ITUPUN BAGI MERAIH UNDI..YANG DICAWANGAN MELAYU?
KORANG DAH BOLEH BERFIKIR DENGAN MATANG.KORANG RELA KE LIHAT BANGSA MELAYU KITA DIPERKOTAK-KATIKKAN?

Pimpinan

Sayap Parti

Bahagian