Isnin, 10 Disember 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Misi Road To Gaza : Doakan Keselamatan Sukarelawan Di sana @umbkl

Posted: 10 Dec 2012 11:00 PM PST

 
Seluruh Keluarga besar UMNO Bahagian Segambut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Tuan Hj Kamarudin Hj Hassan @ Dino yang menjadi sukarelawan bersama Kelab Putera 1Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan Road To Gaza. Hj Kamarudin, SUK Badan Perhubungan UMNO WP yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Segambut telah berlepas ke Gaza pada 7 Disember 2012 bersama-sama rombongan Kelab Puteri 1Malaysia yang turut disertai oleh Datuk Azeez Rahim.


 
Doktor pakar kanak-kanak, doktor pakar sakit puan dan doktor perubatan turut dibawa bersama-sama rombongan Road To Gaza bagi membantu mangsa-mangsa akibat serangan tentera Israel di Gaza.




Pesanan SP kepada puak-puak PR terutamanya Abby Abadi jangan memperlekehkan usaha murni yang orang lain lakukan. Sekiranya anda tidak mampu untuk bersama-sama tidak salah andainya menyokong kerana apa yang dilakukan adalah perkara yang baik dan bukannya perkara yang dilarang agama. Tak payah sibuk nak jatuhkan hukum samada apa yang mereka lakukan itu diterima Allah atau tidak hanya kerana sukarelawan yang pergi ini adalah ahli UMNO kerana ahli Pas sekalipun tidak ada jaminan akan terus masuk syurga.
 







SP: SP doakan semoga kesemua sukarelawan Malaysia di Gaza sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Pok Nik Ajis Dah Nyanyuk #TolakPR @umbkl

Posted: 10 Dec 2012 08:43 PM PST




Sekali lagi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini.

Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.

Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.

Nik Aziz mungkin lupa, namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari ketamakan kuasa. Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini.

Kewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada perpecahan orang Melayu Islam.

Sedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri yang dikaitkan dengan UMNO.

Walhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang, yang mana di negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Hatta lesen kedai arak, rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu.

Atau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS, maka kerana itulah PAS masih setia bersama PR?

Sudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik, manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam.

Dengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan ummah antara penyebab utamanya ialah PAS.

Sekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh pemimpin PAS.

Sembahyang dua imam dalam satu kariah, mendoakan kehancuran sesama Islam serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama UMNO, segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan penyokongnya.

Namun disebalik semua itu, PAS tidak kekok untuk menerima dasar sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR, malah tidak canggung untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme.

Islam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik.

PAS Arah Doa K.O UMNO/BN Sampai Ke Mekah #TolakPR @umbkl

Posted: 10 Dec 2012 04:30 AM PST


Doa K.O. BN! K.O. UMNO! Puak Pas rupanya bukan setakat di Malaysia sahaja tapi diarahkan doa tu dibaca di hadapan Kaabah. Inilah dia ajaran Islam cara PAS.

Kerja tak bermoral ini dilakukan oleh sebuah Agensi Pelancongan yang bertanggungjawab menguruskan rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan umrah ke Mekah dan Madinah. Pihak Agensi Pelancongan ini meminta para jemaah untuk mendoakan keburukan UMNO dan BN dan mendoakan UMNO dan BN tumbang dalam pilihanraya yang akan datang.

Pendapat SP pihak kerajaan haruslah lebih teliti dan memantau aktiviti setiap agensi pelancongan yang menawarkan pakej Haji dan Umrah. Keadaan ini bagi memastikan hasrat dan niat setiap jemaah tersebut tidak tidak terpesong dari niat sebenar mereka. Niat jemaah, mahu mendapat keberkatan bukannya mahu menambah kebencian Allah SWT terhadap hambaNya yang mendoakan keburukan pada orang lain.


Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud;

"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." ( al-Hasyr : 10).




Lihatlah siapa yang sebenarnya sesat dan siapa yang sebenarnya dah terpesong jauh dari ajaran islam. UMNO atau Pas? Alangkah baiknya jika jemaah tersebut diminta mendoakan kesejahteraan para sukarelawan Malaysia yang berada di Gaza agar mudah kerja-kerja mereka membantu penduduk di Gaza ataupun jemaah-jemaah ini diminta mendoakan umat islam di Malaysia supaya bersatu demi kekuatan Islam dan juga ummah. 



 
SP: Makin besar kopiah atas kepala puak Pas ni makin bebal dorang ni sebenarnya.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Azwan meroyan lagi

Posted: 10 Dec 2012 04:22 AM PST

ALAA..AKU PUN TAK HERANLAH DENGAN SI AWW NI.DAH TAKDE JOB,POPULAR APA NTAH LAGI..MULALAH MERAPU MACAM SI ABBY ALL BODY TU..
TAPI SEBAGAI SORANG RAKYAT MALAYSIA..AKU PANTANG BETUL KALAU ORANG KUTUK NEGARA SENDIRI..LEBIH MALANG SEAGAMA.ALOW SI AWW..BUANG AJE GAMBAR PROFIL KAU YANG BERLATAR BELAKANGKAN KOTA SUCI MEKAH TU OII..KALAU MULUT MACAM @×*_÷=¥..

SEBENARNYA ABBY ABADI TERINGIN NAK KE GAZA IKUT AFDLIN..TAPI TAKUT KENA BOM..

Posted: 09 Dec 2012 11:26 PM PST


 

ALAMAK!KENAPA BEBAL SANGAT OSTAZAH ABBY NI!ORANG PERGI KE GAZA DIKATA PERGI BERSIAR-SIAR..NAMPAK SANGAT KEBEBALANNYA..UDAH-UDAHLAH TU OIII..DARIPADA KO BERKATA-KATA TENTANG PERKARA YANG SIA-SIA,ADALAH LEBIH BAIK KO TUTUP MULUT DAN BANYAKKAN ZIKIR KEPADA ALLAH.DAPAT JUGAK PAHALA SEBELUM KO DITIMPA BALA.
KENAPA KO SAJA TAK PERGI KE SANA?SEBAB KO KAN TAKUT MATI!ALA..KALAU KO MATI PUN TEMPAT KO DAH ADA DAH..KAT SYURGA PAS!
AKU RASA,PAS PUN PENING KEPALA BACA STATEMENT KO NI ABBY!MENYESAL AMIK KO JADI AHLI SEUMUR IDUP..INGAT BAWA KEBAIKAN..NAMUN..MEREKA SILAP DAN SILAP..RUPANYA BAWA BALA KEPADA PARTI MEREKA..
OWH..OSTAZAH!INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA YE...
KLIK : ABBY NAK KE GAZA..TAPI TAKUT

Kemaluan MP Kuala Langat..terserlah

Posted: 09 Dec 2012 04:12 PM PST

Kemaluan yang tidak dapat disembunyikan lagi..didada akhbar hari ini MP Kuala Langat,Abdullah Sani Abdul Hamid,berkata program ini akan diteruskan walaupun tidak dapat sambutan serta beliau kata telah menerima 600 permohonan menjadi sukarelawan..hahahaa..lagi kencing kaaa..kehadiran pun tak sampai 600 dah buat statement begitu..owh..aku lupa..yang jadi sukarelawan tu pun anak beranak dia gak yang sertainya.
Kesimpulannya senang aje..rakyat dah terang-terang tolak PKR..so faham-faham je lah

Pengikut