Puteri Bahagian Segambut |
- Misi Road To Gaza : Doakan Keselamatan Sukarelawan Di sana @umbkl
- Pok Nik Ajis Dah Nyanyuk #TolakPR @umbkl
- PAS Arah Doa K.O UMNO/BN Sampai Ke Mekah #TolakPR @umbkl
Misi Road To Gaza : Doakan Keselamatan Sukarelawan Di sana @umbkl Posted: 10 Dec 2012 11:00 PM PST Seluruh Keluarga besar UMNO Bahagian Segambut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Tuan Hj Kamarudin Hj Hassan @ Dino yang menjadi sukarelawan bersama Kelab Putera 1Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan Road To Gaza. Hj Kamarudin, SUK Badan Perhubungan UMNO WP yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Segambut telah berlepas ke Gaza pada 7 Disember 2012 bersama-sama rombongan Kelab Puteri 1Malaysia yang turut disertai oleh Datuk Azeez Rahim. Doktor pakar kanak-kanak, doktor pakar sakit puan dan doktor perubatan turut dibawa bersama-sama rombongan Road To Gaza bagi membantu mangsa-mangsa akibat serangan tentera Israel di Gaza. Pesanan SP kepada puak-puak PR terutamanya Abby Abadi jangan memperlekehkan usaha murni yang orang lain lakukan. Sekiranya anda tidak mampu untuk bersama-sama tidak salah andainya menyokong kerana apa yang dilakukan adalah perkara yang baik dan bukannya perkara yang dilarang agama. Tak payah sibuk nak jatuhkan hukum samada apa yang mereka lakukan itu diterima Allah atau tidak hanya kerana sukarelawan yang pergi ini adalah ahli UMNO kerana ahli Pas sekalipun tidak ada jaminan akan terus masuk syurga. SP: SP doakan semoga kesemua sukarelawan Malaysia di Gaza sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. |
Pok Nik Ajis Dah Nyanyuk #TolakPR @umbkl Posted: 10 Dec 2012 08:43 PM PST Sekali lagi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini. Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan. Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS. Nik Aziz mungkin lupa, namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari ketamakan kuasa. Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini. Kewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada perpecahan orang Melayu Islam. Sedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri yang dikaitkan dengan UMNO. Walhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang, yang mana di negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Hatta lesen kedai arak, rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu. Atau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS, maka kerana itulah PAS masih setia bersama PR? Sudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik, manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam. Dengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan ummah antara penyebab utamanya ialah PAS. Sekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh pemimpin PAS. Sembahyang dua imam dalam satu kariah, mendoakan kehancuran sesama Islam serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama UMNO, segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan penyokongnya. Namun disebalik semua itu, PAS tidak kekok untuk menerima dasar sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR, malah tidak canggung untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme. Islam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik. |
PAS Arah Doa K.O UMNO/BN Sampai Ke Mekah #TolakPR @umbkl Posted: 10 Dec 2012 04:30 AM PST Doa K.O. BN! K.O. UMNO! Puak Pas rupanya bukan setakat di Malaysia sahaja tapi diarahkan doa tu dibaca di hadapan Kaabah. Inilah dia ajaran Islam cara PAS. Kerja tak bermoral ini dilakukan oleh sebuah Agensi Pelancongan yang bertanggungjawab menguruskan rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan umrah ke Mekah dan Madinah. Pihak Agensi Pelancongan ini meminta para jemaah untuk mendoakan keburukan UMNO dan BN dan mendoakan UMNO dan BN tumbang dalam pilihanraya yang akan datang. Pendapat SP pihak kerajaan haruslah lebih teliti dan memantau aktiviti setiap agensi pelancongan yang menawarkan pakej Haji dan Umrah. Keadaan ini bagi memastikan hasrat dan niat setiap jemaah tersebut tidak tidak terpesong dari niat sebenar mereka. Niat jemaah, mahu mendapat keberkatan bukannya mahu menambah kebencian Allah SWT terhadap hambaNya yang mendoakan keburukan pada orang lain. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud; "Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." ( al-Hasyr : 10). Lihatlah siapa yang sebenarnya sesat dan siapa yang sebenarnya dah terpesong jauh dari ajaran islam. UMNO atau Pas? Alangkah baiknya jika jemaah tersebut diminta mendoakan kesejahteraan para sukarelawan Malaysia yang berada di Gaza agar mudah kerja-kerja mereka membantu penduduk di Gaza ataupun jemaah-jemaah ini diminta mendoakan umat islam di Malaysia supaya bersatu demi kekuatan Islam dan juga ummah. SP: Makin besar kopiah atas kepala puak Pas ni makin bebal dorang ni sebenarnya. |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan