Khamis, 6 Disember 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Isu Masjid Ar Rahman (UM) Cubaan @n_Izzah Untuk Alih Isu Murtad #TolakPR @umbkl

Posted: 06 Dec 2012 11:00 PM PST



Kecoh seketika kem penyokong PKR apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik.

Melihat gaya propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya. Fitnah sebegini semacam dah jadi darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya.

Untuk sensasikan lagi cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan demikian dapatlah diburukkan imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Walhal kisah sebenarnya, Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.

Notis penutupan sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian dan kerosakan paip air yang berlaku di masjid tersebut.

Disamping itu dalam tempoh penutupan sementara ini, tumpuan turut diberikan untuk menyelsaikan masalah limpahan air di sekitar kawasan masjid tatkala hujan lebat. Semua langkah ini jelas bermaksud untuk menjamin keselesaan para jemaah di masa akan datang.

Arahan rasmi dari JAWI itu telahpun dikeluarkan pada 20 November 2012 dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2012 sehinggalah jangkaan semua proses baik pulih ini akan selesai sekitar akhir Jun 2013.

Sementara menantikan semua kerja-kerja baik pulih diselesaikan, pihak JAWI menyarankan semua ahli kariah dan jemaah menunaikan solat di masjid-masjid berhampiran.

Misalnya di Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Pendek kata, tiada masalah sebenarnya, sebaliknya anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu sahaja menimbulkan polemik untuk kepentingan politik songsang parti anak beranak yang diwakilinya.

Lebih-lebih lagi selama ini imej Nurul Izzah hanya dekat dengan gereja sahaja, termasuklah yang terbaru menyertai forum dalam Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Selangor yang baru-baru ini kecoh dengan perakuan Naib Presiden PKR itu yang mahu kebebasan agama turut merangkumi orang Melayu Islam.

Mahu tak mahu, untuk naikkan semula saham politiknya dikalangan orang Melayu Islam maka terpaksalah mempolemikkan isu masjid pula, hatta walau terpaksa melakukan fitnah sekalipun demi kepentingan politik peribadi.

Akhirnya jadilah ibarat tolong 'meruntuhkan' masjid apabila sengaja mencetuskan kesangsian dikalangan orang ramai dengan memesongkan fakta konon Masjid Ar-Rahman akan ditutup selamanya oleh Kerajaan Pusat.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Nurul jangan campur isu keselamatan!

Posted: 06 Dec 2012 10:02 AM PST



Ahli politik terutama kalangan pembangkang diingat supaya berhenti bercakap tentang pasukan keselamatan dan aset pertahanan negara demi populariti apatah lagi tanpa mengetahui fakta sebenar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan mempertikaikan kemampuan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan merupakan amalan yang tidak wajar kerana isu tersebut langsung tidak boleh dipolemikkan.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu hanya berlaku dalam kalangan ahli politik negara ini tetapi tidak berlaku di luar negara yang ahli politiknya amat menghormati institusi keselamatan negara masing-masing.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan dan pertahanan dan saya tak nampak ahli politik di negara luar yang mempertikai kemampuan, kesiapsiagaan anggota polis dan tentera.

"Di negara kita sahaja berlaku perkara ini. Jadi semak fakta dulu sebelum berbicara isu keselamatan kerana akhirnya tindakan itu menempelak diri sendiri dan diketawakan oleh para pegawai yang mengetahui fakta berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO diminta mengulas tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyangkal kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kononnya bilangan anggota polis di negara ini sudah mencukupi.

Selain mengemukakan fakta salah kononnya statistik bagi setiap anggota polis dan penduduk adalah 1:270, Nurul Izzah turut berjanji untuk membekukan pengambilan anggota polis jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum nanti.

Pada 2010, Ahmad Zahid pernah menempelak Nurul Izzah kerana anak Ketua Pembangkang itu dalam satu temu bual dengan akhbar Indonesia mendakwa kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam, selain merupakan aset terpakai dan usang.

Ahmad Zahid menambah, Nurul Izzah sepatutnya menghormati dan menyerahkan soal keselamatan serta pertahanan kepada golongan profesional yang berkecimpung dalam bidang itu.

"Sektor keselamatan dan pertahanan janganlah disentuh. Biar profesional polis dan tentera menjalankan tugas mereka. Walaupun tidak menghormati mereka, hargailah dan berikan sepenuh kepercayaan kepada polis dan tentera untuk menjaga hal mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, kata beliau, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengenal pasti lima pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) yang kini diperhalusi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan untuk menggantikan MiG-29N dalam inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Keputusan muktamad akan dibuat dan ia bergantung pada situasi yang sesuai untuk diumum," katanya.

Warna-warni politik
Torashah

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


SEBENARNYA EXCO SELANGOR TAKUT KANTOI BILA AES TANGKAP GAMBO MEREKA..

Posted: 05 Dec 2012 11:19 PM PST



 
HEHEHE..KERAJAAN SELANGOR NAK CABUT..CABUTLAH..APA ADA HAL..SEMUA YANG ORANG LAIN LAKUKAN UNTUK KEBAIKAN ADALAH SALAH DI MATA MEREKA.KENAPA?AES..ERMMM..SEBENARNYA BAIK UNTUK MENDIDIK PARA PEMANDU AGAR MEMANDU DENGAN LEBIH BERDISPLIN DAN PATUH AKAN UNDANG-UNDANG..BUKAN NAK CARI SALAH ORANG PUNNN..APALAH CETEK SANGAT PEMIKIRAN JUAK PEMBANGKANG NI..KALAU TAKNAK KENA SAMAN..PANDULAH IKUT PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN..OWH..LUPA..KAN EXCO-EXCO SELANGOR PAKAI KERETA MEWAH..APA KELAS PANDU SLOW-SLOW KAN..KENA SAMAN PUN BUKAN MEREKA YANG BAYO..DUIT RAKYAT JUGAK.
TAK PAYAHLAH SIBUK NAK MENCARI MASALAH..SELESAIKAN MA\SALAH KORANG SENDIRILAH YERR.
AKU  SETUJU DENGAN KATA PENGARAH JPJ,DATUK SOLAH MAT HASAN,KALAU TAK SETUJU..PERGI MAHKAMAH..JANGAN CABUT..HEHEHEHE
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Datuk Solah Mat Hassan yakin mana-mana kerajaan negeri termasuk Selangor yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan menghormati undang-undang, bukannya bertindak di luar lunas perundangan.
Sehubungan itu kata beliau, sekiranya Kerajaan Negeri Selangor merasakan bahawa AES dipasang dengan tidak mematuhi peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, pihak berkenaan boleh membawa isu berkenaan ke mahkamah.
"Kita (JPJ) orang yang menguatkuasakan undang-undang... mengapa kami hendak langgar undang-undang? Kalau ada yang tidak kena, kami akan ikut.
"Tetapi jangan mengatakan, hendak mengancam, hendak cabut... ini untuk kebaikan pengguna, mengapa hendak mengancam.... apa motif (mereka) sekarang," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas program Dialog TV1 malam tadi.
Program sejam itu membicarakan pelaksanaan AES yang dikuatkuasakan sejak akhir September lalu. Ia sebahagian daripada siri penerangan mengenai AES yang mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.

Di peringkat awal, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi. Ia akan diperluaskan sehingga 831 lokasi dalam waktu terdekat.
Katanya, JPJ sedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana PBT jika mereka mendapati pemasangan dan pelaksanaan AES melanggar peruntukan undang-undang kerajaan tempatan.
"Kalau hendak, kami akan menulis surat untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang," kata beliau yang masih yakin bahawa "AES yang sudah dipasang tidak akan dicabut."
"Cabut itu satu hal berkaitan vandalisme, tapi saya fikir mereka tak akan cabut... mereka sendiri ada berkata sistem ini baik bagi keselamatan orang ramai... mengapa hendak dicabut," katanya lagi.
Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan Kerajaan Negeri Selangor akan menutup dua kamera AES di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan  berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya esok.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan melakukan dua peringkat sebelum menanggalkan kamera tersebut iaitu menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan di samping menutup kamera itu agar tidak berfungsi.
"Peringkat pertama tulis surat sudah lepas, peringkat kedua kita sarungkan kamera supaya tidak berfungsi, kemudian kita tulis lagi surat.
"Jika dalam dua minggu, tiada sebarang respons atau permohonan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan barulah kita membuat keputusan menanggalkan tiang tersebut supaya tidak boleh digunakan lagi," katanya.
Abdul Khalid berkata, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebelum ini sudah beberapa menulis surat kepada kementerian terbabit tetapi  tiada sebarang maklum balas diterima.
Kelmarin, Kerajaan Negeri menyifatkan kamera AES dipasang sewenang-wenangnya dan tidak mengikut pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) seperti dijelaskan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu menegaskan bahawa pemasangan dua kamera AES di negeri tersebut didakwanya tidak dipasang di lokasi 'hot spot' kemalangan.
Beliau berkata, kedua-dua kamera tersebut berada di kawasan Sepang dan kini telah diberikan notis oleh PBT, MPSepang dalam tempoh 14 hari untuk mengemukakan Kebenaran Merancang atau berdepan dengan tindakan dicabut.

Berdasarkan laporan media sebelum, kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju kamera AES dipasang di negeri masing-masing.
Mengulas lanjut, Solah berkata, syarikat kontraktor kamera AES telah memaklumkan MPSepang bahawa kelulusan telah diberikan kepada pihaknya oleh Lembaga Lebuh Raya (LLM) untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem tersebut.
Katanya, di bawah perjanjian dengan syarikat-syarikat kontraktor, syarikat kontraktor terbabit perlu mendapatkan segala kebenaran dan kelulusan yang diperlukan.
"Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, di Malaysia ada saluran... boleh bawa ke mahkamah, jangan belasah, buat ancaman," katanya lagi.
 

PAS tolak ANUAR JADI PM...APA SEBABNYA

Posted: 05 Dec 2012 09:51 PM PST


DAH TERANG LAGI BERSULUH..ERMMMM..ITULAH UNGKAPAN YANG PALING SESUAI DIGUNAKAN BUAT MASA KINI..
MERATA TEMPAT,BANNER TELAH DIGANTUNG MENUNJUKKAN TANDA SOKONGAN TERHADAP "BAKAL"PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BAHARU..HEHEHEHE..
DOK CANANG SANA-SINUN MENGATAKAN BANG ANU ARR AKAN JADI PM..TUP TUPP LAIN PULAK JADINYA...
NAMPAK BENO TAKDE KESEFAHAMAN ANTARA MEREKA INI,TIADA KESEPAKATAN..NAMA AJE PAKATAN RAKYAT..TAPI..HAMPEHHH...
SUSAH JUGA KALAU TAKDE PENDIRIAN YANG TETAP..KEJAP BEGINI,KEJAP BEGITU..

Proses Membuat Keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat keputusan bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar

Afdlin di GAZA ..ABBY DI BANGSAR je...

Posted: 05 Dec 2012 07:42 PM PST


Tabik SPRING kat artis sorang ni..senyappppp je..tau-tau dah sampai ke Gaza...ermm,sapa lagi kalau tak abang Afdlin kita ni..
SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI AFDLIN SERTA SELURUH SUKARELAWAN YANG MENYERTAI MISI DI GAZA NI..

Temubual yang dilakukan oleh wartawan KOSMO bersama dengan Afdlin:-


Kosmo!: Bilakah anda akan ke Gaza?
AFDLIN: Saya akan ke Gaza pada 3 hingga 10 Disember ini. Saya ke Gaza bersama dengan badan bukan kerajaan Aqsa Sharif untuk misi bantuan kewangan dan makanan.
Apakah perasaan anda jika ada sesetengah pihak yang mempertikaikan anda ke Gaza untuk mencari publisiti?
Saya tidak peduli orang mahu pertikaikan keinginan saya ke Gaza. Saya ke Gaza untuk melihat sendiri dengan mata bagaimana kesusahan dan penderitaan yang dialami mereka. Saya mahu berbual dengan mereka dan kongsikan pengalaman yang saya peroleh kepada rakyat Malaysia nanti.
Bilakah anda ditawarkan sebagai duta Aqsa Sharif?
Saya ditawarkan oleh Aqsa Sharif untuk menjadi duta mereka bermula 26 November. Aqsa Sharif merupakan organisasi bebas (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia.
Apakah tugas-tugas anda sebagai duta?
Saya membantu dari segi mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin. Saya juga akan berkongsi pengalaman yang saya peroleh di Gaza nanti, termasuk bagaimana penderitaan yang dialami oleh mereka untuk rakyat Malaysia tahu agar semuanya dapat menyalurkan sedikit sumbangan.
Apakah perasaan anda apabila dilantik sebagai duta untuk badan yang memperjuangkan pembebasan Palestin?
Saya rasa sangat terharu. Sebelum ini, jika orang tanya apa yang saya ingin buat pada buat masa terdekat ini, saya jawab tidak tahu. Kini, saya sudah ada matlamat iaitu untuk pergi ke Gaza. Ini adalah perjalanan hidup saya untuk melihat sendiri ketidakadilan yang berlaku di sana.
Bagaimanakah persediaan diri untuk ke Gaza?
Saya banyak membaca tentang Palestin dan mendapatkan informasi tentang apa yang berlaku di sana. Memang ada perasaan takut, cuma apalah sangat perasaan takut saya jika mahu dibandingkan dengan hidup mereka yang setiap hari sudah berasa takut dengan kekejaman yang berlaku. Jadi saya kena beranikan diri.
Bagaimanakah penerimaan keluarga bila anda ingin ke Gaza?
Keluarga memang berat hati mahu lepaskan saya ke Gaza, terutama sekali anak-anak. Bagaimanapun saya yakinkan mereka dan meminta mereka mendoakan keselamatan saya dan rakyat Palestin di sana.

Pengikut