LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK |
- SEBENARNYA EXCO SELANGOR TAKUT KANTOI BILA AES TANGKAP GAMBO MEREKA..
- PAS tolak ANUAR JADI PM...APA SEBABNYA
- Afdlin di GAZA ..ABBY DI BANGSAR je...
SEBENARNYA EXCO SELANGOR TAKUT KANTOI BILA AES TANGKAP GAMBO MEREKA.. Posted: 05 Dec 2012 11:19 PM PST HEHEHE..KERAJAAN SELANGOR NAK CABUT..CABUTLAH..APA ADA HAL..SEMUA YANG ORANG LAIN LAKUKAN UNTUK KEBAIKAN ADALAH SALAH DI MATA MEREKA.KENAPA?AES..ERMMM..SEBENARNYA BAIK UNTUK MENDIDIK PARA PEMANDU AGAR MEMANDU DENGAN LEBIH BERDISPLIN DAN PATUH AKAN UNDANG-UNDANG..BUKAN NAK CARI SALAH ORANG PUNNN..APALAH CETEK SANGAT PEMIKIRAN JUAK PEMBANGKANG NI..KALAU TAKNAK KENA SAMAN..PANDULAH IKUT PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN..OWH..LUPA..KAN EXCO-EXCO SELANGOR PAKAI KERETA MEWAH..APA KELAS PANDU SLOW-SLOW KAN..KENA SAMAN PUN BUKAN MEREKA YANG BAYO..DUIT RAKYAT JUGAK. TAK PAYAHLAH SIBUK NAK MENCARI MASALAH..SELESAIKAN MA\SALAH KORANG SENDIRILAH YERR. AKU SETUJU DENGAN KATA PENGARAH JPJ,DATUK SOLAH MAT HASAN,KALAU TAK SETUJU..PERGI MAHKAMAH..JANGAN CABUT..HEHEHEHE KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Datuk Solah Mat Hassan yakin mana-mana kerajaan negeri termasuk Selangor yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan menghormati undang-undang, bukannya bertindak di luar lunas perundangan. Sehubungan itu kata beliau, sekiranya Kerajaan Negeri Selangor merasakan bahawa AES dipasang dengan tidak mematuhi peraturan Pihak Berkuasa Tempatan, pihak berkenaan boleh membawa isu berkenaan ke mahkamah. "Kita (JPJ) orang yang menguatkuasakan undang-undang... mengapa kami hendak langgar undang-undang? Kalau ada yang tidak kena, kami akan ikut. "Tetapi jangan mengatakan, hendak mengancam, hendak cabut... ini untuk kebaikan pengguna, mengapa hendak mengancam.... apa motif (mereka) sekarang," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas program Dialog TV1 malam tadi. Program sejam itu membicarakan pelaksanaan AES yang dikuatkuasakan sejak akhir September lalu. Ia sebahagian daripada siri penerangan mengenai AES yang mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini. Di peringkat awal, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi. Ia akan diperluaskan sehingga 831 lokasi dalam waktu terdekat. Katanya, JPJ sedia mengadakan perbincangan dengan mana-mana PBT jika mereka mendapati pemasangan dan pelaksanaan AES melanggar peruntukan undang-undang kerajaan tempatan. "Kalau hendak, kami akan menulis surat untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang," kata beliau yang masih yakin bahawa "AES yang sudah dipasang tidak akan dicabut." "Cabut itu satu hal berkaitan vandalisme, tapi saya fikir mereka tak akan cabut... mereka sendiri ada berkata sistem ini baik bagi keselamatan orang ramai... mengapa hendak dicabut," katanya lagi. Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan Kerajaan Negeri Selangor akan menutup dua kamera AES di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya esok. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan melakukan dua peringkat sebelum menanggalkan kamera tersebut iaitu menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan di samping menutup kamera itu agar tidak berfungsi. "Peringkat pertama tulis surat sudah lepas, peringkat kedua kita sarungkan kamera supaya tidak berfungsi, kemudian kita tulis lagi surat. "Jika dalam dua minggu, tiada sebarang respons atau permohonan dibuat oleh Kementerian Pengangkutan barulah kita membuat keputusan menanggalkan tiang tersebut supaya tidak boleh digunakan lagi," katanya. Abdul Khalid berkata, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebelum ini sudah beberapa menulis surat kepada kementerian terbabit tetapi tiada sebarang maklum balas diterima. Kelmarin, Kerajaan Negeri menyifatkan kamera AES dipasang sewenang-wenangnya dan tidak mengikut pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) seperti dijelaskan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu menegaskan bahawa pemasangan dua kamera AES di negeri tersebut didakwanya tidak dipasang di lokasi 'hot spot' kemalangan. Beliau berkata, kedua-dua kamera tersebut berada di kawasan Sepang dan kini telah diberikan notis oleh PBT, MPSepang dalam tempoh 14 hari untuk mengemukakan Kebenaran Merancang atau berdepan dengan tindakan dicabut. Berdasarkan laporan media sebelum, kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) tidak bersetuju kamera AES dipasang di negeri masing-masing. Mengulas lanjut, Solah berkata, syarikat kontraktor kamera AES telah memaklumkan MPSepang bahawa kelulusan telah diberikan kepada pihaknya oleh Lembaga Lebuh Raya (LLM) untuk menjalankan kerja-kerja pemasangan sistem tersebut. Katanya, di bawah perjanjian dengan syarikat-syarikat kontraktor, syarikat kontraktor terbabit perlu mendapatkan segala kebenaran dan kelulusan yang diperlukan. "Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, di Malaysia ada saluran... boleh bawa ke mahkamah, jangan belasah, buat ancaman," katanya lagi. |
PAS tolak ANUAR JADI PM...APA SEBABNYA Posted: 05 Dec 2012 09:51 PM PST DAH TERANG LAGI BERSULUH..ERMMMM..ITULAH UNGKAPAN YANG PALING SESUAI DIGUNAKAN BUAT MASA KINI.. MERATA TEMPAT,BANNER TELAH DIGANTUNG MENUNJUKKAN TANDA SOKONGAN TERHADAP "BAKAL"PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BAHARU..HEHEHEHE.. DOK CANANG SANA-SINUN MENGATAKAN BANG ANU ARR AKAN JADI PM..TUP TUPP LAIN PULAK JADINYA... NAMPAK BENO TAKDE KESEFAHAMAN ANTARA MEREKA INI,TIADA KESEPAKATAN..NAMA AJE PAKATAN RAKYAT..TAPI..HAMPEHHH... SUSAH JUGA KALAU TAKDE PENDIRIAN YANG TETAP..KEJAP BEGINI,KEJAP BEGITU.. Proses Membuat Keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat keputusan bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik kecil mahupun yang besar |
Afdlin di GAZA ..ABBY DI BANGSAR je... Posted: 05 Dec 2012 07:42 PM PST Tabik SPRING kat artis sorang ni..senyappppp je..tau-tau dah sampai ke Gaza...ermm,sapa lagi kalau tak abang Afdlin kita ni.. SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI AFDLIN SERTA SELURUH SUKARELAWAN YANG MENYERTAI MISI DI GAZA NI.. Temubual yang dilakukan oleh wartawan KOSMO bersama dengan Afdlin:- Kosmo!: Bilakah anda akan ke Gaza? AFDLIN: Saya akan ke Gaza pada 3 hingga 10 Disember ini. Saya ke Gaza bersama dengan badan bukan kerajaan Aqsa Sharif untuk misi bantuan kewangan dan makanan. Apakah perasaan anda jika ada sesetengah pihak yang mempertikaikan anda ke Gaza untuk mencari publisiti? Saya tidak peduli orang mahu pertikaikan keinginan saya ke Gaza. Saya ke Gaza untuk melihat sendiri dengan mata bagaimana kesusahan dan penderitaan yang dialami mereka. Saya mahu berbual dengan mereka dan kongsikan pengalaman yang saya peroleh kepada rakyat Malaysia nanti. Bilakah anda ditawarkan sebagai duta Aqsa Sharif? Saya ditawarkan oleh Aqsa Sharif untuk menjadi duta mereka bermula 26 November. Aqsa Sharif merupakan organisasi bebas (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia. Apakah tugas-tugas anda sebagai duta? Saya membantu dari segi mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin. Saya juga akan berkongsi pengalaman yang saya peroleh di Gaza nanti, termasuk bagaimana penderitaan yang dialami oleh mereka untuk rakyat Malaysia tahu agar semuanya dapat menyalurkan sedikit sumbangan. Apakah perasaan anda apabila dilantik sebagai duta untuk badan yang memperjuangkan pembebasan Palestin? Saya rasa sangat terharu. Sebelum ini, jika orang tanya apa yang saya ingin buat pada buat masa terdekat ini, saya jawab tidak tahu. Kini, saya sudah ada matlamat iaitu untuk pergi ke Gaza. Ini adalah perjalanan hidup saya untuk melihat sendiri ketidakadilan yang berlaku di sana. Bagaimanakah persediaan diri untuk ke Gaza? Saya banyak membaca tentang Palestin dan mendapatkan informasi tentang apa yang berlaku di sana. Memang ada perasaan takut, cuma apalah sangat perasaan takut saya jika mahu dibandingkan dengan hidup mereka yang setiap hari sudah berasa takut dengan kekejaman yang berlaku. Jadi saya kena beranikan diri. Bagaimanakah penerimaan keluarga bila anda ingin ke Gaza? Keluarga memang berat hati mahu lepaskan saya ke Gaza, terutama sekali anak-anak. Bagaimanapun saya yakinkan mereka dan meminta mereka mendoakan keselamatan saya dan rakyat Palestin di sana. |
You are subscribed to email updates from LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan