Khamis, 29 November 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


#PAU2012 Membantu Menjana Ekonomi Peniaga #UMB @umbkl @NajibRazak

Posted: 29 Nov 2012 12:00 AM PST



Perhimpunan Agung UMNO 2012 seperti juga PAU tahun-tahun sebelumnya turut menyumbang kepada ekonomi peniaga-peniaga terutamanya peniaga-peniaga kecil melalui gerai-gerai jualan yang disediakan. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual antaranya makanan, pakain, tudung, ubat-ubatan, kain ela dan lain-lain lagi.

UMNO tak pernah meminggirkan kebajikan rakyat sampaikan waktu Perhimpunan Agung UMNO pun tetap ada peluang untuk rakyat mencari rezeki. 



PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


Presiden UMNO Ikrar Pertahan Kesejahteraan Rakyat

Posted: 29 Nov 2012 09:17 AM PST









Petikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini:

* "Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah, hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi, lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani, kerana merekalah sebetulnya para pengundi."

* "Kenyataannya lagi, lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan UMNO. Oleh sebab itu, penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan didasarkan kepada pengalaman masa lalu apatah lagi apa yang telah dilakukan semalam sebaliknya ia berasaskan merit hari ini beserta wawasan masa depan."

* "Dalam konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin mengkhidmati rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, Pasti tidak akan hilang bisanya."

* "Hal disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia merupakan faktor tonggak yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam bidang ketenteraan, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan di medan perang."

* "Dalam sebuah pertubuhan siasah pula, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya. Inti patinya, disiplin berorganisasi bermaksud meletakkan kepentingan organisasi secara di atas..., di atas kepentingan individu."

* "Pada sisi lain, pendapat dan teori politik konvensional yang mengatakan bahawa perubahan dan pembaharuan akan hanya berjaya jika kita menukar kerajaan tidak boleh diterima pakai di Malaysia."

* "Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat."

* "Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji. Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri."

* "Inilah...inilah tahap kualiti dan hal ketidakmampuan perancangan ekonomi parti lawan. Namun, ia tidak langsung mengejutkan kita, kerana, semasa krisis kewangan Asia melanda Malaysia pada tahun 1997-1998, terbukti, Menteri Kewangan, saya ulang, Menteri Kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi Ketua Pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap."

* "Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam UMNO, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Umum Pembangkang, segala pendirian dan fe"elnya berubah pulak."

* "Dalam Buku Jingga juga pembangkang menjanjikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi realitinya kerajaan Barisan Nasionallah yang berani mengambil langkah, tidak setakat memansuhkan ISA tetapi juga Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan tiga pengisytiharan darurat serta membiarkan ordinan-ordinan yang digubal, lupus."

* "Dek kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa UMNO parti nasionalis yang sekular amatlah tersasar. Baru-baru ini, sampai kepada tahap, sanggup mendoakan kecelakaan kepada UMNO. Sedangkan kita, adalah saudara seakidah."

* "Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain."

* "Jadinya, kita ingin berpesan, cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat.
Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru, yang tidak perlulah saya sebut namanya kerana seluruh Malaysia Pasti kenal siapa dia. UMNO dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud."

* "Pilihan kepada tuan-tuan dan puan-puan kini antara Barisan Nasional sebagai sebuah parti dengan rancangan holistik tentang halatuju masa depan negara atau parti pembangkang yang kelam kelibut serta bercelaru dibelenggu matlamat pakatan mereka, sama ada mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, sebuah negara teokratik atau sebuah negara berkebajikan."

* "Berbalik kepada DAP, kalau kita kaji lagi, sifir dan tafsiran demokrasi ala Parti itu amat mudah. Jika bersetuju dengan kepimpinan, semuanya ok. Akan tetapi, seandainya seseorang ahli mempunyai pandangan berbeza, misalnya Tunku Aziz, mantan Naib Pengerusi mereka, yang tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0 dan tempoh jawatannya sebagai Senator tidak disambung untuk penggal kedua."

* "Perbezaan yang terbesar antara kita dan pembangkang ialah bagi kita, janji dibuat untuk ditepati. Bukan seperti pembangkang yang sering berkata palsu apabila memancing undi, tetapi sesudah menjadi kerajaan semuanya kosong belaka."

* "Pilihan raya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama atau didewasakan dengan kebencian yang membara."

* "Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri."

* "Justeru, saya selaku Presiden UMNO , bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam."



LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Najib lagi dipersalahkan bila Harimau Malaya menang

Posted: 28 Nov 2012 05:52 PM PST

Hahaha..first sekali aku nak ucapkan Tahniah kat team Harimau Malaya yang dah menewaskan Laos malam tadi..percaturan menjadi..
Aku kali ni nak petik story kat komen fb dari budak pencacai FUCKatan ni je..korang tengoklah status dia tu..Astagfirullah..ada ke doa macam tu..oiii budak..kalau ko tak suka duduk kat Malaysia..berambuslah oii..sekolah rendah dan menengah pun ko sekolah kerajaan..baru setahun jagung dah pandai buat statement membabi buta...aku nak tanyalah kat ko..Najib tu agamanya apa?Islamkan..ko tu apa agama apa?Islam jugak kan..Presiden FAM tu pun Islam jugak macam ko..so..apa hukumnya mendoakan orang Islam yang lain?terutama bila memusibahkan seagama kita sendiri!Player Malaysia pun kebanyakannya beragama Islam jugak..betapa ceteknya pemikiran ko ni ye...patutlah SPM ko kantoiii..

Pengikut