Pengikut

Nuffnang

Isnin, 26 November 2012

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


Dong Zong: Anti Kerajaan atau Anti Melayu? @umbkl

Posted: 26 Nov 2012 04:00 AM PST





Perhimpunan 1125 yang diadakan oleh Dong Zong untuk membantah Pelan Pendidikan Kebangsaan disertai lebih kurang 7,000 peserta.  Akhbar-akhbar Cina melaporkan jumlah seramai 10,000.  

Apapun jumlah sebenar, yang pastinya Dong Zong akhir-akhir ini semakin giat menuntut berbagai keistimewaan yang kononnya bertujuan untuk mempertahan dan meningkatkan pendidikan Cina bagi kaum Cina.  . 

Walaupun terbukti yang kerajaan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, namun Dong Zong masih tidak berpuas hati apabila pelan pendidikan baru menekankan usaha menyemai semangat jatidiri negara melalui Bahasa Kebangsaan. 

Bagi Dong Zong penambahan masa bagi subjek Bahasa Malaysia mengancam Bahasa Mandarin.  Nampaknya, Dong Zong ingin memastikan anak-anak kaum Cina kekal tidak fasih berbahasa kebangsaan dan kekal terasing dari pergaulan dalam masyarakat majmuk di negara ini.  Malah, dari tuntutan-tuntutan sebelum ini, jelas terlihat bahawa Dong Zong bertekad untuk memisahkan kaum Cina dari aspirasi nasional dengan memperjuangkan peperiksaan yang tidak bersandarkan syarat-syarat yang digariskan oleh kementerian pendidikan. 

Jelas, bahawa Dong Zong enggan tertakluk di bawah kawalan kerajaan.  

Namun, sungguh biadab dan tidak bermaruah sekali Dong Zong apabila di masa yang sama menuntut layanan sama seperti Sekolah Kebangsaan.  Apa jenis manusia yang sedia kaya, tetapi masih lagi asyik meminta-minta? 

Seperti biasa, parti-parti pembangkang juga mencelah mencari 'laba' dari perhimpunan ini, seperti PKR, DAP dan termasuklah PAS.  Namun, kehadiran Pengerusi Cawangan MCA Kota Kecil, Tai Foo Him menjelaskan lagi agenda perkauman dalam perhimpunan ini. 

Menurut Dong Zong, pertubuhan itu bukan anti kerajaan.  Ini mungkin separuh benar. 

Dong Zong bukan anti kerajaan, tetapi anti jatidiri dan aspirasi Malaysia yang berteraskan identiti Melayu.   Dong Zong tidak mahu anak-anak mereka menyerap 'roh' Malaysia sepertimana tokoh yang disegani semua bangsa iaitu Tan Sri Lee Lam Thye yang dianggap telah 'diMelayukan'. 

Bagi kaum Cina, 'diMelayukan' adalah satu penghinaan kerana bermakna telah tunduk kepada Melayu.   Sikap kiasu yang angkuh dan bongkak tidak membenarkan mereka berada di bawah dari sesiapa.  Memandangkan Melayu yang  mereka pandang rendah dan hina itu adalah tunjang kerajaan negara ini, maka Dong Zong yang tidak dapat menerima hakikat ini menjadi amat anti dengan Melayu. 

Justeru, Dong Zong ingin menunjukkan kepada Melayu, iatu kerajaan bahawa mereka lebih berkuasa dan merekalah tuan dalam negara ini.  Dong Zong tidak berminat kepada semangat perpaduan, kerjasama, saling hormat-menghormati dan toleransi antara sesama kita kerana bagi mereka, kaum Cina jauh lebih mulia dari semua. 

Dengan itu, Pilihanraya yang menjelang tiba ini digunakan sepenuhnya oleh Dong Zong untuk menunjuk kuasa dan menguji ketahanan kerajaan. 

Namun, kita percaya, jika semua yang dituntut mereka juga ditunaikan kerajaan, Dong Zong tetap tidak akan berpuas hati, selagi tonggak pemerintahan berada di tangan Melayu. 

Selamat Datang Perwakilan Puteri ke #PAU2012 @Rosnah_ARS @umbkl

Posted: 26 Nov 2012 01:12 AM PST




PAU yang akan bermula esok dilihat sebagai satu perhimpunan yang begitu penting menjelang PRU13 dan ini adalah platform bagi membincangkan halatuju Agama, Bangsa dan Tanahair.

Sebagai perwakilan dari Sayap Puteri, SP amat mengharapkan pembahas-pembahas puteri kali ini akan lebih bijak membahaskan usul-usul pendidikan, ekonomi, agama dan sosial dengan mengambilkira suara dari akar umbi.Pembahas juga diharap akan lebih bijak mengupas point-point penting terhadap sesuatu usul yang dibahaskan.


Perwakilan-perwakilan Puteri kali ini juga diharap lebih matang dengan tidak membiarkan terlalu banyak kerusi yang kosong apabila perbahasan sedang berlangsung dan lebih gemar berada di gerai-gerai jualan. Tunjukkan kematangan kita sebagai seorang perwakilan yang dipilih bagi mewakili suara akar umbi.

Selamat datang ke Kuala Lumpur dan Selamat Bersidang diucapkan kepada semua Perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2012.




BERSATU-BERSETIA-BERKHIDMAT


PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN

0 ulasan
sumber :-

PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN RIMBA TERJUN


SELAMAT BERSIDANG PAU 2012

Posted: 26 Nov 2012 09:15 AM PST



ATURCARA PROGRAM SEPANJANG PERSIDANGAAN :

TAKLIMAT PRESIDEN 
Majlis Taklimat Presiden
Pakaian : Baju Kemeja Merah 
(Ulang Tahun UMNO ke-66) 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

PENDAFTARAN PERWAKILAN PERGERAKAN 
WANITA / PEMUDA / PUTERI 
Pendaftaran Perwakilan 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 9.00 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC 

PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN 
WANITA / PEMUDA / PUTERI 
Pakaian : Lelaki : Baju Melayu Perempuan : Baju Kurung 
Perasmian Serentak Pergerakan Wanita / Pemuda / Puteri 
Tarikh : 27 November 2012 (Selasa) 
Masa : 8.00 malam – 11.00 malam 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4,PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN WANITA 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA 
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC 

PERSIDANGAN PERGERAKAN PUTERI
Tarikh : 28 November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC 

PENDAFTARAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
( PERWAKILAN BAHAGIAN )
Tarikh : 28 hb November 2012 (Rabu) 
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 
Tempat : Bilik Melati, Aras 2, PWTC 

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 8.00 pagi – 10.30 pagi 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

Anjung Merdeka 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi 
Tempat : Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC 

SOLAT JUMAAT
Tarikh : 30 November 2012 (Jumaat) 
Masa : 12.00 tengah hari – 2.00 petang 
Tempat : Dewan Tun Razak 4 (TR4), PWTC 

JAMUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 
Tarikh : 29 November 2012 (Khamis) 
Masa : 7.30 malam – 10.30 malam 
Tempat : Dewan Tun Razak 1 (TR 1), PWTC 

GERAI JUALAN 
Tarikh : 27 November – 01 Disember 2012 (Selasa – Sabtu) 
Masa : 8.00 pagi – 10.00 malam 
Tempat : Ruang Legar Aras 2 dan 3 PWTC

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

0 ulasan
sumber :-

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Najib punca team Harimau Malaya tewas

Posted: 25 Nov 2012 08:57 PM PST

Ternyata seluruh rakyat Malaysia tak dapat menerima kekakahan 0-3 kepada pasukan Singapura malam tadi.Lebih memalukan pabila kalah ditempat sendiri.kalau kalah melawan aku rasa orang tak marah sangat..akan tetapi..tak melawan langsung..adehhh..
Tapi itu semuanya game atas padang dan harus diterima walaupun pahit.bola tu kan bulat..
Ermm..yang aku bertambah marah ni..pabila puak FUCKatan ini tak habis-habis menjaja kekalahan malam tadi dengan mengaitkan dengan PM dan mengagungkan doa adik Nik Ajis tu..bodoh tu agak-agaklah..simpan sikit woiii.takkanlah kerana Najib turun padang pasukan negara boleh kalah..alahai..Korang ni nak tuduh pun agak-agaklah..Najib tu prihatin dan sanggup turun padang menjenguk serta beri kata semangat kat para pemainlah oiii..dah para pemain yang taknak tunjukkan prestasi yang terbaik..nak buat camne..Abis tu..kalau anak korang gagal dalam periksa..nak salahkan Najib gak ke?walhal anak ko tu rajin monteng..hahaaa
Tulah..nampak sangat korang ni bebal..dah takde isu..main pulak isu ni.

Sayap Parti

Bahagian