Khamis, 1 November 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Tong Sampah Pun @Khalid_Ibrahim tak mampu sediakan. Baik tak payah jadi MP #BN4WP #MPPemalas @umbkl

Posted: 01 Nov 2012 08:35 PM PDT


Masalah kebersihan di Perumahan Kos Rendah Taman Desa, Desa Petaling, di sini dijangka dapat diselesaikan selepas Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) hari ini menyumbang sebanyak 50 buah tong sampah kepada penduduk perumahan itu.

Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, sumbangan itu merupakan inisiatif pihaknya selepas mendapat maklumat dan aduan berhubung ketiadaan tong sampah di perumahan itu.

Menurutnya, kawasan yang dikategorikan dalam bandar ini seolah-olah terpinggir dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah menjenguk kawasan ini biarpun sudah empat tahun memegangnya.



"Kawasan ini memiliki 21 blok dengan penghuninya dianggarkan kira-kira 5,000 orang, tetapi tahap kebersihannya kurang memuaskan tambahan pula keadaan bangunan yang sudah usang dan uzur," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan tong sampah bersaiz 1,100 liter yang akan ditempatkan di setiap blok perumahan itu. Yang turut hadir, Pengurus Operasi Alam Flora Sdn. Bhd., Mohd. Idris Mohamed Yusof dan Ketua Pasukan Perkhidmatan Parti Gerakan Bandar Tun Razak, Simon Sim.

Tambah Rizalman, penduduk juga diminta bekerjasama dengan pihaknya dan Alam Flora untuk memastikan kebersihan di kawasan itu sentiasa dijaga selepas tong sampah diberikan.

"Bagi memastikan kawasan ini indah dan selesa, penduduk perlu bersama-sama menjaga kebersihan kawasan ini," katanya.

Menyentuh mengenai bangunan usang, Rizalman berkata, pihaknya bercadang untuk membawa perkara itu ke peringkat atasan bagi memohon Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M).

"Bangunan ini sudah berusia 22 tahun, namun ia seakan-akan dibiarkan dan tersisih jadi atas dasar itu kita akan mencari jalan untuk membantu dan meningkatkan kebersihan perumahan ini," katanya.

Sementara itu, Mohd. Idris berkata, pihaknya akan memastikan kerja-kerja mengutip sampah dikawasan itu mengikut jadual yang ditetapkan.

"Kita mengutip sampah di kawasan ini enam kali seminggu dan berharap penduduk dapat memberi kerjasama bagi melancarkan kerja-kerja pengutipan.

"Ini termasuklah tidak membuat halangan dengan kenderaan mereka seperti yang berlaku di kawasan-kawasan perumahan bertingkat lain," katanya.



SP: Masalah tong sampah je pun. itupun Si Khalid Berahim ni tak mampu nak selesaikan. apa punya MP lah kau ni Tan Sri. pegang jawatan tapi


LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


TRELER BAWA PERALATAN CERAMAH ANUAR TENGGELAM.. BUKTI PKR PEROSAK KEMUDAHAN AWAM DAN SALAH GUNA KUASA.

Posted: 31 Oct 2012 11:32 PM PDT

Satu lagi bukti kemusnahan alam sekitar telah ditunjukkan oleh puak FUCKatan rakyat, lebih-lebih lagi selepas kehadiran Nuar and the geng ke Banting Baru tempoh hari.
Manakan tidak.. hari ini habis rosak padang awam kat kawasan mereka buat ceramah "sarkas"tempoh hari.. pabila lori treler yang membawa peralatan telah terbenam.. mau tak mau kena panggil kren.. lagilah bertambah jahanam..
Pada masa ni DIMANA PIHAK PENGANJUR? TAK NAMPAK BATANG HIDUNG PUN.. DAH HABIS PROGRAM.. TERUS HILANG. Hinggakan masa treler ni ditarik..pun tak nampak..Dolah Sani.. ermmmm.. ujan-ujan ni apa lagi "memerut"lah dia kat umah.
Ok.. padang bila dah rosak sudah pastinyalah anak-anak tak dapat gunakan lagi.. kemana mereka nak bermain? Takkan kat depan umah bang Dulah kot.. bila tak dapat main.. mereka akan lepak.. bila dah lepak.. aku yakin.. daripada budak tu tak tau merokok dan jadi perokok.. semuanya salah sapa? Tu baru kes rokok.. belum ditambah lagi dengan kes lain.
Yang puak FUCKatan ni punnnn satu bebalnya.. dah tau musim hujan.. bawa lagi treler dan bas masuk tengah padang buat apa? Kat Kuala Langat dah takde stadium atau dewan ke? Ni semuanya nak menunjuk.Tunjuk pandai takpelah jugak!







Team PUcTD

Pengikut