Pengikut

Nuffnang

Selasa, 30 Oktober 2012

Puteri Bahagian Segambut

0 ulasan
sumber :-

Puteri Bahagian Segambut


BR1M Vol 2: Perlu Pendaftaran Semula @umbkl

Posted: 30 Oct 2012 08:55 PM PDT






KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini Selasa berkata mereka yang terlibat serta pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0 apabila pendaftaran dibuka 1 Nov nanti.

Bagaimanapun, penerima BR1M sedia ada yang lain tidak perlu mendaftar semula.

Menurut kenyataan itu, borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang www.hasil.gov.my.

Kenyataan itu turut menerangkan kriteria penerima BR1M yang layak memohon bantuan RM500 iaitu ketua isi rumah (lelaki atau perempuan) berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah.

Ia merangkumi individu yang telah berkahwin, termasuk yang tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah serta individu bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah di dalam rumah yang sama.

Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas (lahir 1953 atau sebelumnya) dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah juga layak memohon.

Bantuan tunai RM250 pula layak dipohon individu bujang termasuk balu, janda atau duda berumur 21 tahun ke atas (lahir 1992 atau sebelumnya), tidak mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah.

Pengumuman pusingan kedua BR1M dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada 28 Sept lepas.

-- BERNAMA

Ahli Parlimen Kota Belud

0 ulasan
sumber :-

Ahli Parlimen Kota Belud


Kenapa saya undi menyokong AES di Parlimen?

Posted: 30 Oct 2012 10:48 PM PDT


Negara kita adalah salah satu negara yang mempunyai rekod kemalangan jalanraya yang paling buruk dalam dunia. 20 orang mati setiap hari atau 7,000 nyawa melayang setiap tahun. Ramai dari mereka yang mati tersebut adalah anak-anak muda berumur dibawah 25 tahun yang mati menunggang motorsikal. Kematian mereka adalah kerugian besar kepada masa depan negara kita.

Kajian oleh pakar menunjukkan kos sosial kemalangan di Malaysia ialah RM9 bilion seperti kos perubatan dan kehilangan pendapatan. Ini tidak termasuk penderitaan dan trauma keluarga yang kehilangan suami, isteri, bapa, emak dan anak. Apatah lagi kalau yang mati itu adalah punca menyara keluarga. Jika tidak ada kematian pun, kecacatan teruk juga akan membebankan keluarga tersebut.

AES mula dibincangkan oleh kabinet sejak 2006 lagi. Ianya bukan keputusan tergesa-gesa. Melihat trend kemalangan jalanraya Malaysia yang semakin meningkat dan langkah-langkah pencegahan oleh pihak berkuasa tidkak efektif, maka kerajaan perlu mengambil langkah baru. 90 negara di dunia sistem AES dan sistem ini terbukti efektif. 

Sebenarnya, sejak 20 tahun yang lalu, kita sudah pun terdedah kepada sistem pengambilan gambar pesalah jalanraya oleh pihak berkuasa. Ingat saman ekor oleh polis trafik? AES bukannya perkara baru. Malah, AES ebih baik dari ops saman ekor kerana menguna teknologi yang tercanggih untuk merakamkan gambar yang lebih jelas supaya pengguna jalanraya yang disaman tidak teraniaya.

Apabila saya membaca facebook dan twitter, saya dapati ramai yang kurang faham walaupun kerajaan telah menjelaskannya berkali-kali. Berikut adalah soalan lazim dalam facebook dan twitter. Untuk jawpan kepada soalan lazim yang lebih akademik dan ilmiah,  sila layari laman JPJ ini (http://www.jpj.gov.my/aes-system

"Kenapa kerajaan tak buat sendiri?" 

Kerajaan boleh buat sendiri tetapi kos kapital AES ialah RM717 juta dengan kos operasi sebanyak RM300-RM400 juta setahun. Kenapa kerajaan perlu berbelanja sebanyak itu jika kerajaan boleh mendapatnya secara percuma? LEbih baik duit yang kerajaan jimatkan itu boleh digunakan untuk buat sekolah dan hospital.

Begitu juga isu penyelanggaraan yang menjadi kerisauan kerajaan. Kalau kerajaan yang buat bermakna saban tahun, kerajaan terpaksa memperuntukan jumlah yang besar untuk menyelenggara sistem kamera dan komunikasi ini. Ingat sistem ITIS yang dikritik oleh Ketua Audit Negara? Kerajaan dikritik oleh Ketua Audit Negara kerana sistem ITIS tidak diselanggara dengan baik. Hakikatnya kerajaan sukar untuk menyelenggara sistem seperti AES ini kerana kekangan bajet, tanaga manusia dan kepakaran. Itu belum lagi isu vandalisma yang memeningkan kepala kerajaan dan pertambahan pekerja awam yang diperlukan untuk mengurus dan memantau sistem AES ini jika pihak kerajaan yang menguruskannya. 

Semua ini kos kepada rakyat. Kenapa rakyat yang majoritinya tidak melanggar undang-undang jalanraya terpaksa dihukum membayar sistem yang mendisiplinkan mereka yang melanggar undang-undang? Biarlah pihak swasta yang mencari dana dan menanggung risikonya.


"Kenapa zon had laju 40km dan turun bukit pun kena ada AES? Tak adil! " 


Ada juga pihak yang mengkritik lokasi AES, seperti zon had laju 40km atau zon turun bukit, walaupun mereka tahu ianya ditentukan oleh Miros, Polis dan JPJ berdasarkan kajian dan statistik kemalangan di tempat-tempat "blackspot" itu. Jangan ingat had kelajuan 40km tidak boleh membunuh. Had laju dikuat kuasa di tempat tersebut berdasarkan kebarangkalian kemalangan jika memandu laju. Ada juga yang tanya kenapa letak AES di lokasi menuruni bukit kerana sudah tentu kereta akan bergerak laju menuruni bukit? Bukan kah itu menganiaya pemandu? Jawapannya senang. Bila kita memandu menuruni bukit, kita juga harus patuh kepada had kelajuan yang ditetapkan supaya kereta kita tidak tergelincir atau melanggar kereta lain. Tolong tekan brek dan jangan salahkan "graviti" untuk memandu laju!

"Ini semua untuk kroni BN!"

Alasan kononnya konsesi ini diberi kepada kroni juga adalah alasan tak munsabah. 9 syarikat membida, 7 tampil membuat persembahan (presentation) dan 2 yang dipilih berdasarkan syarat-syarat yang ketat. Pada saya pulangan kepada pelaburan (IRR) yang diminta oleh syarikat-syarikat ini adalah adil iaitu pada kadar 17%. Risiko kepada syarikat juga besar. Jika semua pemandu kereta di Malaysia dengan tiba-tiba patuh kepada undang-undang jalan raya, syarikat-syarikat ini akan menanggung kerugian jutaan ringgit. Kalau kita marah sangat dengan syarikat-syarikat ini kerana kononnya menghisap darah rakyat, jom kita  bangkrapkan mereka. Jom kita patuh pada undang-undang!

"Habis, jika semua patuh undang-undang, macam mana syarikat itu nak hidup? Ini mesti ada muslihat nak menipu ni?"

Sebenarnya mereka juga sudah buat kajian. Akan ada pemandu yang dikatakan "habitual offenders" atau "hard-core offenders" berjumlah 9%. Mereka ini tak akan berubah sikap walaupun Ketua Polis Negara senditri datang kerumah mereka memberi nasihat kepada merekan untuk patuh undang-undang jalanraya. Peratusan ini juga ujud di negara-negara lain yang mengamalkan AES ini. Mereka inilah yang akan memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat tersebut. Yang lain tak perlu risau melainkan anda adalah tergolong dalam 9% itu.

"Padan muka BN.. negeri PR tak nak bagi kelulusan untuk AES di negeri mereka. Syabas PR!"

PR selalu tuduh BN guna "brute force of the majority". Contoh PR tak nak bagi kelulusan itu juga contoh "tyranny of the minority". Apapun, ebuhraya atau jalan persekutuan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan walaupun lokasinya di negeri-negeri yang dikuasai PR. Untuk jalan negeri, "see you in court" untuk selesaikan samada PR mempunyai kuasa untuk menahan AES atau tidak. Sementara itu, jika ada kematian jalanraya di negeri Pakatan yang boleh dielakkan oleh AES, saya harap keluarga simati bolehlah bertanya kepada Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim kenapa mereka berdegil dan menolak sistem yang boleh menyelamatkan nyawa orang kesayangan mereka.

Terlanjur bercerita mengenai Pakatan, saya nak tanya bagaimana mereka dapat kurangkan kadar kemalangan jalanraya yang dijangka akan meningkat berikutan dasar "Turunkan harga kereta" mereka? Bukankah dasar itu akan menambah ratusan ribu lagi kereta di jalanraya? 

Sekarang ini pun, menururt statisik JPJ, jumlah kenderaan yang didaftarkan di Malaysia bertambah lebih sejuta setiap tahun kerana rakyat Malaysia semakin bertambah makmur. Malah kajian (http://www.nationmaster.com/graph/tra_mot_veh-transportation-motor-vehicles), menunjukkan Malaysia menduduki tangga ketiga dalam dunia dalam kategori pemilikan kereta setiap 100 ribu penduduk. Hakikatnya, kita tidak akan dapat menyediakan jalanraya yang cukup untuk semua kereta-kereta ini. Suka tidak suka, akan sampai masanya pemandu mesti berdisiplin atau perlu didisiplinkan jika kita tidak mahu kematian bertambah di jalanraya kita yang semakin sesak ini. Dan masa itu adalah sekarang!

Saya sokong AES kerana tanggungjawab, bukan untuk jadi populis

Kita telah melalui banyak fasa untuk mencegah kemalangan jalanraya. Bertahun-tahun kita telah mendidik, mengujudkan gerakan advokasi dan mencegah. Semuanya gagal untuk mengurangkan peratusan statistik kemalangan jalanraya. Sudah tiba masanya kita guna sistem AES ini.

Dengan menyokong dan mengundi AES di Parlimen, saya berpihak kepada rakyat. Saya tidak mahu 7 ribu keluarga yang dijangka menangis dan meraung setiap tahun, terpaksa melalui trauma psikologi kehilangan ahli keluarga mereka yang terbunuh akibat kecuaian pemandu jalanraya. Dan saya tidak mahu Malaysia bakal memegang rekod kematian akibat kemalangan terburuk di dunia jika kita tidak berbuat sesuatu. 



Salam.

ARD

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

0 ulasan
sumber :-

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Confirm! ROADSHOW ANUAR BATAL

Posted: 30 Oct 2012 02:32 AM PDT

Alhamdulillah.. Allah swt telah menurunkan hujan lebat pada petang yang indah ini. Alhamdulillah ALLAH sayangkan UMNO.. tak mahu Anuar and the geng menabur fitnah lagi dan lagi. Saban kali Anuar nak buat program je.. pastinya hujan lebat akan turun membasahi muka bumi ini. Adakah Anuar masih tak sedar lagi? Taubatlah..  sementara pintu taubat masih terbuka kepada kau. 




Team PUcTD

Anuar Ibrahim BATAL program di Kuala Langat malam ni

Posted: 30 Oct 2012 01:26 AM PDT

Ni baru betul lawan bang nuar malam ni.. pastu malam ni bang nuar tak berani turun woo.. alasan diberi.. penipuan akan terus digunakan untuk menyelamatkan diri.. tak perlu bas...tak perlu khemah hebat.. namun yang pasti lawan Nuar malam ni hebat! 




Team PUcTD

Stor MDKL dibakar atau terbakar? Asal Nuar datang aje mesti ada musibah.. kenapa ye? UDAHLAH.. RAKYAT KUALA LANGAT TAKNAK DAH..

Posted: 29 Oct 2012 10:03 PM PDT

KEADAAN STOR MILIK MDKL
LIVE:TRELER MEMBAWA PA SYSTEM DAH SAMPAI..
Malam ni pasti akan tercatat dalam sejarah daerah Kuala Langat pabila buat kedua kalinya bang Nuar turun sekali lagi untuk mengencingkan rakyat. Aku pasti pelbagai tomahan serta cacian juga janji-janji palsu akan ditabur malam ini.. setelah usaha beliau GAGAL 2 minggu lalu, kali ini bang Nuar turun
bersama geng-gengnya yang lain.. demi niat yang satu iaitu Menuju Ke Putrajaya.. dan aku mendapat tahu bahawa pada malam ini bang Nuar akan turun menaiki bas khas.. hehehe.. bukan naik jet.. pada masa ini.. persiapan sedang giat dijalankan.. dengo kabo kosnya berjumlah RM70 ribu wooo.. perghhh.. tinggikan nilainya.. dan secara kebetulan stor menyimpan barang milik Majlis Daerah Kuala Langat terbakar pada awal pagi ini.Huhuhu..Untuk pengetahuan,pada malam ini,segala peralatan seperti khemah serta perhiasannya adalah milik Majlis Daerah Kuala Langat..Haaa..kan dah nampak secara terang dan nyata bahawa mereka telah menyalah gunakan kuasa demi POLITIK.perghhh..Dasyatkan mereka ni..Semua BOLEH..Setahu akulah kan..kalau UMNO nak guna atau menyewa HARRRRAAMMM mereka nak benarkan...walhal majlis yang UMNO nak adakan tu takde kena-mengenapun dengan politik.. Adakah ini taktik untuk meraih simpati para pengundi di Kuala Langat dengan mengatakan UMNO punya kerja! Tapi aku pasti dan yakin bahawa malam ini juga abang Nuar pastinya akan kecewa kerana rakyat kuala langat sekali lagi menolak kepimpinan PKR yang diterajui oleh abang nuar dan pemimpin no 1 kuala langat brother harrrram jaddah Dulah Sani yang pada malam ini akan bawa isteri barunya untuk tatapan umum dan abang nuar.. hehehe. Berbalik kepada cerita stor terbakar tu tadi.. sepanjang aku dan rakan-rakan berada di kawasan kejadian tak nampak pun batang idung MP Kuala Langat turun padang.. hehehee.. hampir pukul 2 pagi maaa.. sejuk pulak tu.. paham-paham sudahlah.. DAN AKU YAKIN..BAHAWA KEBAKARAN NI BERLAKU KERANA KETIDAKBERKATAN PROGRAM MALAM INI..KENAPA AKU KATA TAK BERKAT..SEBAB..IANYA ADA UNSUR MENYALAHGUNA KUASA SERTA HARTA BENDA..TAK GITU




Team PUcTD

Sayap Parti

Bahagian