Ahad, 28 Oktober 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Adik Kecil Ini Memerlukan Bantuan Untuk Tampung Kos Perubatan

Posted: 28 Oct 2012 11:00 PM PDT

 
Tenang Muhammad Nursyamir Iqbal Bin Mohd Najib 
walaupun mengidap Jantung Berlubang.

 
Melihat pada wajah kanak-kanak ini seolah-olah tiada penderitaan yang dialaminya. Pada hakikatnya kanak-kanak ini mengalami komplikasi Jantung Berlubang dan Injap Jantung tersumbat yang boleh menganggu sistem pernafasan.

Sedih hati ini apabila mendengar keluh resah anak ketiga rakan Ritz yang sedang mengidap penyakit jantung berlubang dan kini memerlukan bantuan segera bagi menampung kos pembedahan. Kelewatan menjalani pembedahan akan menyebabkan pernafasannya terganggu.

"Mana saya hendak mencari wang RM40,000 untuk menampung pembedahan Muhammad Nursyamir Iqbal, sedangkan pendapatan kami seisi keluarga yang bekerja sebagai Operator kilang tidak begitu besar."Demikian luahan seorang ibu, (Suzaidah Binti Silaiman  36),  mengenangkan nasib yang menimpa anaknya.  
Kini keluarga ini merayu simpati orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menampung kos pembedahan anaknya itu yang berusia setahun. Semoga dengan bantuan dari masyarakat yang perihatin dapat meringankan beban kewangan keluarga ini.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :-

Maybank
Suzaidah Binti Sulaiman
112026735224

Atau untuk mendapat pengesahan anda boleh menghubungi Suzaidah Binti Sulaiman (ibu) ditalian 0133394531

P/S : Harap anda semua dapat share info ini ke FB masing2, bagi membantu keluarga ini, bantuan anda amatlah dihargai . Terima Kasih Ritz ucapkan.









Sedikit Penerangan mengenai Penyakit Jantung Berlubang

Masalah ini terjadi sekiranya dinding yang memisahkan atrium kiri dan atrium kanan tidak bercantum ketika lahir. Akhirlnya, akan wujud satu lubang di mana darah boleh mengalir daripada bahagian kiri jantung yang lebih tinggi tekanannya ke bahagian kanan jantung. Lubang yang lebih besar akan menyebabkan lebih banyak pengaliran darah dari bahagian kiri ke kanan. Akibatnya bahagian kanan jantung akan menjadi bengkak dan tekanan di dalam salur darah pulmonari atau paru-paru akan menjadi tinggi.


Simptom ini akan berlaku lebih awal jika saiz lubang ASD itu lebih besar. Jika saiznya kecil (kurang dari satu sentimeter (sm padu), masalah ini biasanya dikesan secara kebetulan ketika pemeriksaan kesihatan kerana seseorang itu tidak akan merasa gejala seperti sukar bernafas dan lain-lain yang disebut di atas.

MOHON DIKONGSI & DISEBARKAN

Korban Perdana UMNO Bahagian Segambut #BN4WP @umbkl

Posted: 28 Oct 2012 09:07 PM PDT





UMNO Bahagian Segambut telah mengadakan program Korban Perdana UMNO Bahagian Segambut pada 28hb Oktober 2012/ Program telah diadakan bertempat di Surau As Salam, Taman Sejahtera Segambut. Sebanyak 6 ekor lembu telah disumbangkan oleh UMNO Bahagian untuk dikorbankan dan diagih2kan kepada penduduk sekitar.



Majlis korban ini turut dihadiri oleh YBhg Datuk Kamarudin Hj Ambok, Ketua UMNO Bahagian Segambut dan barisan Ahli Jawatankuasa 4 Peringkat Bahagian dan Cawangan. Tahun ini agak berlainan sedikit kerana tahun-tahun sebelumnya lembu-lembu diagihkan ke cawangan-cawangan untuk dibuat korban.Semoga ibadah korban yang dilakukan mendapat berkat dan keredhaanNYA.
 







PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MALAYSIA : NEGARA ISLAM ATAU SEKULAR?

Posted: 27 Oct 2012 11:03 PM PDT

Adakah Malaysia Negara ISLAM?

Adakah Malaysia negara ISLAM?  Banyak perdebatan di kalangan masyarakat umum tentangnya.  Sebahagian kita mengatakan "Malaysia bukan negara ISLAM".  Sebahagian pula mengatakan, "Ya, Malaysia negara ISLAM". 

Dalam kepelbagaian pendapat itu, pasti majoriti dari kalangan kita ummat ISLAM di Malaysia ingin melihat bahawa sistem Islami dapat dilaksanakan keseluruhannya di Malaysia.  Merangkumi sosial, politik, ekonomi, kewangan, perundangan dan lain-lain.

Apa yang kita lihat di Malaysia, suasananya masih belum mencapai apa yang digambarkan sebagai negara ISLAM.  Usahkan suasana Islami, malah masyarakat sering dalam ketakutan disebabkan oleh pelbagai kes-kes jenayah yang semakin menjadi-jadi mutaakhir ini.  Fenomena ini sangat merisaukan kita.
Alangkah bagusnya jika hukum-hukum yang disyariatkan ALLAH subhanahu wata'ala di dalam al-Quran dapat dilaksanakan di negara kita.  Pastinya, kes-kes jenayah dapat dikurangkan jika tidak dapat disifarkan.  Pastinya, bakal penjenayah berasa gerun dengan hukuman-hukuman yang tersedia.  Dan pastinya juga nyawa, agama, akal, harta dan keturunan ummat manusia akan terbela.  Dan itulah tujuan hukum syariah.

Bagi merungkai samada Malaysia adalah negara ISLAM atau tidak, barangkali analogi berikut boleh diambil untuk memudahkan kita berfikir, insyaALLAH:

MUSLIM - Seseorang yang beragama ISLAM telah dilihat tidak solat, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat, malah melakukan beberapa perkara dosa.

Apakah yang patut kita buat sebagai seorang muslim?  Saya rasa majoriti bersetuju bahawa kita mesti menasihati beliau, memberitahu akan hukum-hakam ISLAM yang wajib ke atasnya dan seumpamanya.  Malah pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas beliau.  Setuju?

BUKAN MUSLIM – Seseorang yang bukan beragama ISLAM telah dilihat tidak solat, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat dan melakukan beberapa perkara yang dihukumkan dosa mengikut agama ISLAM.

Wajarkah kita tegur dia kenapa tidak solat?  Kenapa tidak berpuasa?  Kenapa tidak menunaikan zakat?  Bolehkah kita memaksa ke atas beliau untuk mengamalkan ajaran ISLAM sedangkan beliau bukan seorang muslim?

Melihatkan tamsilan di atas, wajar untuk kita sama-sama mengakui bahawa Malaysia adalah negara ISLAM.  Supaya kita ummat ISLAM berhak menasihati, menegur, mendesak dan mengkritik untuk dibawa Malaysia ke landasan yang asal, iaitu ISLAM.

Malaysia mungkin kita boleh lihat sebagai seorang yang sudah muslim, tetapi belum mengamalkan sepenuhnya ajaran ISLAM.  Sebagai seorang muslim, dia mesti menerima hukum ISLAM.  Dan kita wajar, malah mempunyai hak ke atasnya dalam membentuknya supaya kembali kepada ISLAM.  Tatkala seseorang memeluk ISLAM, dia mesti menyerah diri sepenuhnya kepada ISLAM.

Tetapi, jika Malaysia tidak dianggap sebagai negara ISLAM, kita tidak dapat memaksa untuk ISLAM dijadikan sebagai sistem negara.  Kerana, dia bukan ISLAM.  Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (ISLAM) bagi yang bukan ISLAM.

Perjalanan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem ISLAM sepenuhnya adalah proses yang panjang.  Sejak ia merdeka sampai ke hari ini, telah banyak perkembangan positif dari sudut perlaksanaan unsur-unsur Islam telah dimasukkan.  Ini semua adalah perjuangan ummat ISLAM dari pelbagai pihak terutama sumbangan dari ahli cendekiawan dan ulama, serta desakan dari NGO dan harakah Islamiyyah.  Mereka merasakan bahawa negara ini negara ISLAM dan wajar Malaysia ini diberi bentuk yang sepatutnya sebagai negara ISLAM yang lengkap.  Malah, perlembagaan negara turut mengesahkan bahawa Malaysia adalah negara ISLAM.

Seperti negara yang melalui proses itu, kita juga dalam proses menjadikan diri kita sebagai seorang muslim yang benar-benar telah menyerahkan diri kepada ALLAH.  Banyak yang perlu kita perbaiki dan pertingkatkan supaya kita yang sudah muslim ini dapat melaksanakan 100% apa yang digariskan ALLAH melalui al-Quran dan as-Sunnah.

wAllahu Ta'ala A'lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR

MALAYSIA NEGARA ISLAM.

Posted: 27 Oct 2012 10:59 PM PDT



Perlembagaan: Malaysia bukan sekular



PERSOALAN adakah Malaysia sebuah negara sekular sering dibahaskan. 

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, dalam jawapan bertulis di Parlimen menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Malaysia adalah negara sekular.


Mungkin kerana peruntukan dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu" membawa kepada kefahaman sedemikian rupa.

Apakah dengan peruntukan sedemikian menafikan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam dan meletakkannya sebagai sekular? Menurut (Prof.) Dr. Abdul Aziz Bari, apabila mentafsirkan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan, ia tidak boleh ditafsirkan secara sempit dan berasingan daripada peruntukan lain dalam Perlembagaan itu sendiri.

Hujah yang menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara sekular adalah kurang tepat. Ini kerana, terdapat banyak peruntukan lain dalam Perlembagaan itu yang memberi keistimewaan kepada agama Islam. Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 12(2) yang membenarkan kerajaan membelanjakan duit negara bagi pembangunan agama Islam, menunjukkan bahawa Malaysia bukan negara sekular. Lagipun perkataan sekular tidak wujud dalam Perlembagaan itu sendiri.

Dari sudut sejarah, Tanah Melayu dianggap oleh ahli-ahli sejarah sebagai sebuah negara Islam melihat kepada undang-undang yang dilaksanakan semasa itu. Sebelum kedatangan penjajah Belanda dan British, undang-undang yang terpakai adalah meliputi undang-undang Islam dan adat.

Hukum Kanun Melaka sebagai undang-undang pokok mempengaruhi undang-undang di negeri lain, yang banyak mengandungi peraturan dan hukuman yang berlandaskan agama Islam dan adat Melayu. Kedatangan Belanda di Melaka dan seterusnya menjajahi seluruh Tanah Melayu tidak sedikit pun memberi kesan kepada aspek undang-undang yang terpakai semasa itu. Hanya dengan kedatangan British, undang-undang Islam sedikit demi sedikit diketepikan dan diganti dengan undang-undang Inggeris. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, tiada satu perisytiharan dibuat mengatakan Malaysia adalah negara Islam. Perisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam hanyalah dibuat 44 tahun kemudian oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.

Perlembagaan Persekutuan yang kita miliki sekarang digubal oleh satu Suruhanjaya yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dari United Kingdom dengan ahli-ahli lain terdiri dari Sir Iver Jeannings dari United Kingdom, Justice Abdul Hamid dari Pakistan, Sir William McKell dari Australia dan B Malik dari India.

Pada asalnya, peruntukan Islam sebagai agama negara tidak terdapat dalam draf awal Perlembagaan. Hanya Justice Abdul Hamid dari Pakistan membangkitkan persoalan itu dalam lampiran laporan Suruhanjaya itu. Selepas itu, Parti Perikatan mencadangkan supaya satu peruntukan mengenai agama Islam sebagai agama Persekutuan dimasukkan dalam Perlembagaan tanpa sedikit pun menyisihkan hak bukan Islam dalam menganut, mengamal dan menyebar agama mereka.

Memang benar Suruhanjaya ini ada menyatakan bahawa peruntukan ini tidak sama sekali mengetepikan status Malaysia sebagai sebuah negara sekular tetapi ia sama sekali tidak wujud dalam draf akhir Perlembagaan itu sendiri. Pihak Raja-raja pada awalnya agak keberatan menerima peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, bimbang baki kuasa yang ada dalam tangan mereka iaitu agama Islam dan adat Melayu akan diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Akhirnya, setelah Perikatan meyakinkan kedudukan sebenar, Raja-raja Melayu bersetuju menerima kemasukan peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Kertas Putih dikeluarkan bagi maksud itu. Maka, Perkara 3(1) menyatakan "Ugama Islam adalah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan". Peruntukan seperti ini diberi penekanan sekali lagi dalam Perkara 11(1) yang berbunyi "tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya".

Dengan adanya dua peruntukan penting ini, Perlembagaan memberi jaminan hak kebebasan beragama kepada kepada semua penganut agama. Tetapi, kebebasan beragama tidaklah bersifat mutlak. Sebagai contohnya, dalam fasal (4) Perkara 11 memberi kuasa kepada Parlimen dan Badan-badan Perundangan Negeri menggubal undang-undang pengawalan agama bukan Islam kepada orang Islam. Di samping itu, Perkara 11 (5) meletakkan syarat bahawa kebebasan itu tidak menyalahi ketenteraman awam, kesihatan awam dan akhlak.

Walaupun Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman ada menjelaskan dalam satu sesi Parlimen bahawa negara ini bukanlah sebuah negara Islam dan peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan hanyalah untuk tujuan rasmi negara, itu hanyalah pandangan peribadi beliau. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan itu sendiri tidak sama sekali menyebut negara ini sebagai negara sekular.

Mungkin ada sesetengah peguam dan pengamal undang-undang yang mengatakan bahawa kes Che Omar Che Soh lawan Pendakwa Raya [1988] 2 MLJ 55 mengiakan bahawa Malaysia bukan negara Islam dan ini mengesahkan bahawa negara ini adalah negara sekular. Ini kerana Hakim Tuan Salleh Abbas (ketika itu) berpendapat bahawa agama Islam bukanlah hanya peribadatan khusus tetapi meliputi satu cara hidup yang merangkumi pelbagai aktiviti kehidupan sama ada dalam bentuk individu mahupun kemasyarakatan seperti undang-undang, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral dan kehakiman, namun peruntukan Perkara 3(1) hanyalah bersifat peribadatan dan upacara rasmi sahaja.

Tetapi menurut Prof. Dr.Aziz Bari, keputusan kes ini sebenarnya tidak mencerminkan kedudukan sebenar Islam seperti mana yang dibuat dalam Laporan Suruhanjaya Reid dan Kertas Putih. Keputusan Che Omar tidak boleh sama sekali mempertikaikan perihal kesahihan undang-undang. Ia hanyalah mengehadkan amalan agama Islam seperti mana yang termaktub. Keputusan kes ini tidak sama sekali merendahkan kedudukan agama Islam itu sendiri.
Ini kerana perayu mempertikaikan sama ada undang-undang yang wujud dalam negara ini, dalam hal ini hukuman gantung mandatori bagi kesalahan mengedar dadah adalah bercanggah dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, justeru undang-undang Islam tidak menghukum orang yang mengedar dadah dengan hukuman mati.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121026/re_02/Perlembagaan:-Malaysia-bukan-sekular#ixzz2AZPYCVWn
© Utusan Melayu (M) Bhd .




Memahami Malaysia sebagai sebuah negara Islam

September 17, 18 2002
Dewan Jubli, Shah Alam
Organized by Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Institut Perkembangan Minda (INMIND)

The two-day seminar was intended to:
  1. know Malaysia as an Islamic State/Country (negara Islam);
  2. discuss the establishment and development of Islam in Malaysia;
  3. identify and explain emerging issues in the discussion on Islamic State/Country; and
  4. clarify the position of the non-Muslim community in an Islamic State/Country, notably in the Malaysian context.

In his keynote address, Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad said that the question of "Negara Islam" did not surface until the establishment of European concept of nation-state after the fall of the Caliphate system in the Muslim world. Constitution or governing system was then not a condition for these countries to be accepted as "negara Islam." The recognition that Malaysia is a "negara Islam" by the world at large - whether Islamic or non-Islamic - as well as by the majority of the Muslim community in Malaysia is sufficient for Malaysians to accept Malaysia as "negara Islam." No other reason is necessary.

In Malaysia, Muslim life is complete, free from all pressure, injustice or inadequacies. Everything is related to the Islamic way of life even though there are other religious groups. The evidence is clear in the government administration: Muslims and Islamic teachings are protected by the governing authority, Islamic laws and Syariah punishments are implemented with due consideration given to multi-religious groups in the nation.

In regards to the question of Islamic law as a qualifying factor to be an Islamic State, Dr Mahathir claimed Islam is not merely focusing on punishment. Islamic criminal law could only be fully implemented when the 100% of the population are Muslims. Nevertheless, Islam in Malaysia is fundamental and accurate. If "negara Islam" must implement its own interpretation of Islamic law and punishment, there will be no Islamic State/Country because not one country can fully and accurately implement the law.

In responding to a question posed by a DAP representative, PM said that the understanding of Islamic State and Secular State in the social contract of Cobolt & Reid Commission was accommodating the then social context in order to establish the existing constitution. He depicted England as an example, which is recognized as Christian state simply because Anglican is the official religion. Non-Muslims holding a ministerial position should not affect Malaysia as an Islamic state, just as the deputy Prime Minister of Iraq, Tariq Mikhail Aziz who is a Christian. Therefore, with or without his pronouncement, Malaysia is still an Islamic state/country.
Highlights:
  1. Malaysia is an Islamic State because it meets the criteria & characteristics of an Islamic State and its administration is in accordance with basic Islamic principles (Quranic concept of 'trust'/amana & 'vicegerency of man'/khilafa; individuals enjoy considerable moral autonomy, and a civilian state elected by the people). The common ground between Islamic State and western democratic state justifies that fact that an Islamic State is a qualified democracy.1

  2. Malaysia is not a secular state because the constitution does not contain the word "secular," neither does it separate the state from religious obligations nor leave religion to the hand of religious institution. Therefore, Malaysia is an Islamic State:
    1. The declaration made by the Prime Minister, the highest-ranking authority in Malaysia, is decisive.2
    2. The ulama & fuquha said so in the early 90s (the only thing that stopped Malaysia from becoming an Islamic State was the lack of declaration).
    3. The constitution of Malaysia is Islamic because
      i. it reflects pluralism
      ii. it has shari'a provisions3
      iii. 9th schedule list recognizes Islamic law
      iv. ruler of the state is a Muslim
      v. it does not conflict Islamic teaching
    4. Parliamentary system is closer to Mushawarah (consultative) system approved by Islam. Shura is practised in the conference of Rulers, in the Cabinet and in the Parliament.
    5. All the religious needs of Muslims are provided by the Government, while at the same time, non-Muslims are free to practise their respective religions which are permitted by Islam.
    6. Shari'a institutions have been introduced into the public domain, e.g. Islamic Banking Scheme, etc.
      g. Reasonably fair electoral system.
      h. 86% of Malaysian respondents felt that Malaysia is a moderate Islamic state (ASLI, Nov. 2001)

  3. The Prime Minister's declaration was actually a response to public call, an underlying societal demand for stronger Islamic commitments from the governing elite in Malaysia. It was also a response to the opposition parties who considered Malaysia as a secular state, as well as to the world who constantly misinterpreted Islam fundamentalism as bad.

  4. Consciously or unconsciously, Malaysia is built upon the contemporary concept of Islamic civilization after 600 years of embracing Islam. Islam as a religion, civilization and foundation for policy-making has achieved its success and effect in Malaysia. Therefore, Malaysia as an Islamic State is not a new argument. It is neither a question as the world, the non-Muslim superpowers and even the enemies of Islam regard Malaysia as "negara Islam".4 In the provisions of the Federal Constitution of Malaysia:
    a. Islam is the only religion mentioned
    b. Islam is the only official religion of the Federal
    c. Only Muslims have their own religious court which is the Syariah court
    d. There is provision for the head of religion for Islam only.
    e. There is provision for Islamic laws to be imposed on Muslims.

  5. Even since independence, Islam has not ceased to influence the national system and politics of Malaysia. In the present atmosphere of Islamic resurgence, Malaysia belongs to the fourth polar of national system in the Muslim world, which consists of countries that have provisions for Islam in their constitution and use development proximity as foundation of Islamic sovereignty.5
The seminar also touched on:
  1. The achievement and challenges of education in Islam. The emergence of dualism in the present education system was a result of misperception of the meaning of "secular" and knowledge of Islam. In order to challenge such dualism, Islamization effort through non-Islamic subject must be done wisely with moderation without offending others and causing misunderstanding. Western secular theories such as evolution, anthropology and astronomy are to be taught not as absolute factors but as popular theories which adhere to consequences, while the foundation of Islam and views of other religions should be revealed accordingly as comparison.6

  2. Islam and Economic development: Islamic-based economic concept advocates equality, just distribution, and consensus in policy-making and involvement. Islamic State aims to establish a just, peaceful and prosperous society where the life of its people fulfills the will of God(Allah).7

  3. The Islamic dimension of Malaysia's foreign policy: Islam has been an important component of Malaysia's foreign policy since independence. The focus on Islam in external relations has been consistent and continuous. Against the backdrop of the Sept 11 tragedy and its adverse effects on Islamic nations and Muslims elsewhere Malaysia's efforts to project the more moderate, democratic and progressive side of Islam internationally can be expected to be more pronounced in the future.8

  1. Prof Dr Mohammad Hashim Kamali
  2. Prof. Dr. Abdul Rashid Moten
  3. Though the administration of Islamic law and Shariah Court in this country needs widespread reformation and harmony, the direction taken today in the effort of upgrading the shariah court and Islamic law is both clear and in the right track.
  4. YA Dato' Abdul Hamid bin Hj. Mohamad
  5. Dato' Dr. Abdul Monir bin Yaacob
  6. Prof. Dr Wan Mohd. Nor Wan Daud
  7. Tn Hj Nik Mustapha Hj Nik Hassan
  8. Dato'Dr Mohd Yusof Ahmad

BILA GAGAL DIFAHAMI, DITUDUH PULA!

Posted: 27 Oct 2012 10:46 PM PDT


Istilah sekularisme, asabiah gagal difahami

Orang yang mentafsirkan erti sekular tanpa merujuk kepada kamus dan juga sejarah yang berkait dengannya dan menyebarkan fahaman asabiah tanpa merujuk kepada asbab periwayatan hadis oleh Baginda Nabi SAW, merupakan parasit yang merosakkan umat Islam.

Sekular tidak boleh disamakan apa yang terjadi di Barat dengan senario politik dalam negara. Sekular itu menolak penglibatan atau peranan agama dalam tadbir urus negara sehingga akhirnya para ahli agama di Barat hanya berperanan dalam gereja.

Rakyat yang inginkan sentuhan agama hanya boleh diperolehi dengan mengunjungi gereja. Ini berbeza dengan suasana politik negara kita yang tidak menolak pengaruh dan kepentingan agama Islam, bahkan terlalu banyak aspek agama diterapkan dalam pentadbiran, dasar dan juga perundangan.

Melabelkan Malaysia sebagai negara sekular adalah satu tohmahan yang dangkal kerana cetek kefahaman mengenai konsep sekularisme itu. Lebih dangkal lagi jika menghasut rakyat untuk bangun menentang pemerintah atas alasan sekularisme vs Islamisme.

Begitu juga dengan istilah asabiah yang menjadi duri dalam kalangan umat Islam sehingga melabelkan sesuatu puak sebagai asabiah yang terkeluar daripada ajaran Nabi SAW.

Yang dikatakan asabiah ketika Baginda meriwayatkan hadis tersebut adalah merujuk kepada tindakan membela atau mempertahankan kaum kamu, puak kamu yang melakukan dosa atau kesalahan, sehingga mengetepikan keadilan. Oleh kerana dia orang kamu, pengikut kamu, kaum kamu, maka kamu membela dan mempertahankannya, walaupun dia salah, itulah asabiah namanya.

Bukanlah membela kaum kerana kebaikan itu dianggap asabiah. Bukanlah memperkatakan tentang Melayu itu asabiah dan bukan juga mempertahankan hak bangsa itu dianggap asabiah.

Fahaman asabiah bukan berlaku pada sesuatu tema kaum seperti parti Melayu, bangsa Cina atau India tetapi ia adalah tindakan yang menafikan keadilan untuk semua manusia.

Orang Islam yang taksub dengan pemimpin mereka seolah-olah pemimpin mereka maksum iaitu terhindar daripada salah silap, apa yang diperkatakan semua betul tanpa dihujahi dengan ilmu pun tetap percaya itulah asabiah.
Pemimpin itu jahat, berbuat dosa, tapi kerana dia adalah pemimpin kamu dan kamu pertahankan dia kerana dia pemimpin kamu, itulah Asabiah.

Wahai orang Melayu, janganlah melabelkan perjuangan untuk Melayu itu asabiah. Mempertahankan bangsa itu bukanlah asabiah selagi mana tidak menyimpang daripada keadilan dan menafikan hak orang lain.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121026/re_06/Istilah-sekularisme,-asabiah-gagal-difahami#ixzz2AZNXbeYC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PEMBANGKANG KATA NEGARA INI SEKULAR.

Posted: 27 Oct 2012 10:41 PM PDT


Malaysia bukan negara sekular

MUNGKIN kerana tiada peruntukan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa negara ini adalah negara Islam mengundang perdebatan sekarang, malah ia telah lama dibangkitkan sejak dari zaman Almarhum Tunku lagi. Mungkin kerana ketiadaan peruntukan khusus ini jugalah yang menyebabkan DAP dan Pas mempertikaikan perisytiharan yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 2001. Tetapi tidak juga tepat bagi mereka yang mengatakan bahawa Malaysia sebuah negara sekular dengan peruntukan lain yang memberi kedudukan istimewa kepada agama Islam.

Kedudukan Islam yang begitu tinggi juga telah disebut dalam kes Meor Atiqulrahman dll lwn Fatimah Sihi dll [2000] 5 MLJ 375. Hakim Datuk Mohd. Noor Abdullah dalam memutuskan kes pemakaian serban oleh tiga murid sekolah mengatakan bahawa menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, agama Islam merupakan ad-deen, satu cara hidup dan bukan hanya khusus untuk upacara-upacara rasmi sahaja. Katanya lagi, "agama Islam adalah agama utama, mengatasi agama-agama lain di Malaysia. Status agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama-agama lain".

Dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dll [2004] 2 MLJ 119 YA Hakim Datuk Faiza Tamby Chik memutuskan bahawa Perkara 3 (1) Perlembagaan itu sendiri menempatkan kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama utama dan dominan mengatasi agama-agama lain. Maka, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan memelihara, menjaga dan mempromosikan Islam. Memandangkan kedudukan khas yang diberikan kepada agama Islam, dan kaitan antara Islam dan Melayu, Hakim menolak permohonan Lina Joy untuk menukar nama Islam kepada nama bukan Islam, untuk memelihara agama Islam.

Memandangkan bahawa kedudukan Islam yang diperuntukkan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan membawa maksud yang besar, maka pandangan yang mengatakan bahawa negara ini merupakan negara sekular pada pandangan penulis tidak tepat. Masakan negara sekular memberi keistimewaan yang begitu besar kepada agama Islam. Ini termasuk penggunaan wang negara. Perkara 12(1) memberi keizinan kepada kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi pembangunan dan apa-apa saja kaitan dengan agama Islam.

Profesor Emaritus Dr. Shad Saleem Faruqi (UiTM) berpendapat dalam sesebuah negara sekular, peruntukan agama rasmi bagi negara lazimnya tidak dimasukkan dalam perlembagaan negara itu dan tiada peruntukan dan bantuan diberi bagi aktiviti-aktiviti agama. Tetapi perkataan 'agama' diulang tidak kurang daripada 20 kali dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi, bagaimana boleh dikatakan Malaysia sebuah negara sekular? Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim juga tidak dapat menerima pandangan yang mengatakan bahawa negara ini adalah negara sekular.

Menurut Almarhum Tunku Abdul Rahman, perkataan 'agama' dalam Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan seharusnya tidak disempitkan hanya untuk upacara-upacara rasmi keagamaan sahaja tetapi seharusnya meliputi undang-undang utama negara. Walaupun begitu, pandangan Prof. Shad Saleem Faruqi yang menyatakan bahawa kedudukan Malaysia yang agak unik. Beliau menganggap Malaysia sebuah negara hibrid (hybrid).

Dengan mengkelaskan status sedemikian, Malaysia tidak boleh sama sekali dianggap sebagai negara sekular. Masakan dalam negara sekular boleh memberi bantuan pembinaan masjid-masjid, kuil-kuil dan gereja. Ini yang membezakan Malaysia dari negara-negara lain. Walaupun agama Islam merupakan agama Persekutuan dan dianggap dominan justeru kerana orang Melayu itu adalah orang Islam (mengambil definisi orang Melayu dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan), ia tidak sama sekali menafi hak orang bukan Islam.

Hujah lain ialah lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong setiap kali ditabalkan antara lain adalah untuk "memeliharakan setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri". Ini mencerminkan bahawa agama Islam diberi tempat yang tinggi.

Pandangan yang mengatakan bahawa negara ini adalah negara sekular kurang tepat. Ini kerana, Perlembagaan Malaysia itu sendiri tidak menyebut negara ini adalah negara sekular. Walaupun secara zahir, tidak terdapat peruntukan dalam Perlembagaan itu yang mengatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam, tetapi ciri-ciri dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan itu sendiri mengiktiraf bahawa negara ini mengagungkan agama Islam.

Mana mungkin sebuah negara sekular memberi keistimewaan yang luar biasa kepada agama Islam. Ini terbukti dengan adanya peruntukan-peruntukan dalam Perkara 3(1) yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan Perkara 12(2) yang memberi keizinan kerajaan membelanjakan duit negara untuk tujuan pembangunan agama Islam.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121027/re_03/Malaysia-bukan-negara-sekular#ixzz2AZLtF56L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pengikut