Rabu, 10 Oktober 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


KUMPULAN PERTAMA 40 STAF RAPID KUANTAN MULAKAN KARIER BARU @umbkl

Posted: 10 Oct 2012 11:11 PM PDT

Anak Kuantan, Shamsul Abdul Samad, yang bersama-sama 39 lain menjadi staf pertama RapidKuantan, berazam untuk menggunakan peluang yang dimilikinya sekarang untuk menabur bakti kepada para penduduk bandar berkenaan dan negeri Pahang seluruhnya di samping menyara keluarga.

"Sebagai anak Kuantan, saya faham sangat dengan masalah orang di sini yang menghadapi kesusahan dalam soal pengangkutan awam. Kedatangan RapidKuantan ke Kuantan sememangnya sesuatu yang telah lama dinantikan oleh kami," kata bekas agen tiket bas ekspress di Terminal Makmur ketika ditemui hari ini.

Katanya: "Apabila mendapat tahu bahawa perkhidmatan bas RapidKuantan akan diperkenalkan di Kuantan ini, saya terus membuat keputusan untuk memohon. Alhamdulillah, permohonan untuk bekerja saya diterima," kata Shamsul, 42, yang melaporkan diri di pejabat sementara RapidKuantan di Stadium Darul Makmur semalam.

"Sememangnya, keadaan sekarang adalah jauh lebih baik daripada zaman saya sekolah dulu. Tetapi, ianya masih tidak mencukupi kerana perkhidmatan bas di Kuantan ini bergantung kepada perkhidmatan bas yang beroperasi di luar bandar Kuantan.

"Kerana itu, jadual perjalanan bas terlalu sukar dijangka. Saya harap RapidKuantan akan dapat menyediakan kekerapan bas yang lebih konsisten," kata Shamsul, yang membesar dan bersekolah di kawasan perkampungan di Batu Lima, Kuantan.

Sehingga bas-bas baru RapidKuantan tiba pada 15 November depan, para pemandu ini akan diberi latihan dalam kelas termasuk mengikuti kursus untuk mendapat lesen memandu kenderaan awam atau PSV. RapidKuantan akan memulakan operasi pada 1 Disember depan dengan fasa pertamanya meliputi tiga laluan.

Laluan-laluan berkenaan ialah laluan antara Gambang dan Terminal Makmur, yang juga stesen bas utama untuk bandar Kuantan; Laluan antara Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak; dan laluan daripada Kompleks Mahkamah ke POLISAS di Semambu.

Menurut Pengarah Divisyen Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Encik Zohari Sulaiman, misi RapidKuantan adalah untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan bas awam yang efisien dengan menggunakan pengalaman dan pendekatan membangunkan perkhidmatan bas untuk RapidKL dan RapidPenang.

Untuk ketiga-tiga laluan di Kuantan, Zohari berkata bahawa komitmen syarikat adalah untuk menyediakan perkhidmatan dengan kekerapan pada kadar 15 minit untuk waktu puncak.

Katanya, selain pemandu bas, RapidKuantan akan turut mengambil para pekerja untuk mengisi pelbagai kekosongan lain dalam operasi unit, yang sekarang ini diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan RapidKL.

"Kecenderungan kami adalah untuk mengisi semua jawatan dengan orang-orang Kuantan. Ini adalah kerana kami juga mahu menjadikan perkhidmatan RapidKuantan ini sebagai institusi meningkatkan taraf kehidupan para penduduk Kuantan dan negeri Pahang seluruhnya.

"Selain daripada terus menyediakan pekerjaan, perkhidmatan bas RapidKuantan akan memastikan mobiliti di bandar. Ini akan meningkatkan produktiviti dan seterusnya merancakkan ekonomi negeri Pahang," tambah Zohari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana Azhar Ghazali di 019-3837865


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Mat Sabu terpaksa main sabun di Kuala Langat.. turut serta MP kuala langat

Posted: 10 Oct 2012 07:09 AM PDT


Perghhhh.. ni liputan secara langsung dari Padang Awam, Pekan Telok Panglima Garang, Kuala Langat.. dimana tempat berlangsungnya Ceramah Umum juak pembangkang yang dihadiri oleh Mat SabuN. Manakavasagam, Lim Yiang Ha dan Cik Siti Aishah Shaik Ismail.. 
Keadaan kat sini MEMANG DI LUAR JANGKAAN para penyokong UMNO dan BN..bukan kerana kehadiran penyokong PAS,PKR mahupun DAP yang datang beramai-ramai..akan tetapi seperti kebiasaannya lebih kerusi daripada orang yang hadir.Sebelum ceramah bermula, hujan turun dengan begitu lebatnya hingga menenggelamkan kerusi-kerusi yang terdapat di sini, keadaan hujan lebat tersebut seolah-olah memberi tanda bahawa apa yang akan disampaikan oleh Mat SabuN and the geng adalah fitnah semata-mata.. apa lagi yang hendak dikata.. hingga kini.. Mat SabuN termenung memikirkannya.. dan hingga kini ceramahnya masih tak dapat dimulakan lagi.. Syabas warga Kuala Langat.. daripada korang g dengar benda merapu time-time hujan ni, baik korang duk umah dengan keluarga.. bukan apa.. kang korang duduk sana.. petir sambar korang.. Nauzubillah.
Aku rasalah kan.. depa kata kegagalan ceramah pada malam ini mesti mereka salahkan UMNO dan kata sabotaj.. alahai.. 
Terang lagi bersuluh, alam ciptaan Allah swt ini pun tak restui dengan apa yang depa lakukan.. bohong, tipu, tipu, bohong..tu ajelah kerjanya.. camne nak barokah.
Aku cuma tertarik sikitlah tang hujan ni, kalau PM Najib yang buat program.. hujan lebat camne pun orang still ramai.. alhamdulillah..agak-agaknya apa petandanya tuu yerr..
Owh yee.. yang masih lago kat Padang Awam tu.. TAK RETI-RETI NAK BALIK RUMAH KE? BAWAK-BAWAKLAH BERTAUBAT.. KANG DEMAM SAPA SUSAH.. G GAK HOSPITAL KERAJAAN BAYO RM1.. NAK UBAT.











Team PUcTD

Pengikut