Ahad, 8 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


ANWAR MINTA SOKONGAN MEDIA BARAT UNTUK JADI PM

Posted: 08 Jul 2012 10:59 PM PDT

Dalam temuramah dengan akhbar Financial Times, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 mungkin menjadi peluang terakhirnya baginya merampas Putrajaya dan seterusnya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Anwar berkata faktor usianya yang kini 65 tahun menjadi faktor utama beliau berkata demikian.

Bagi yang mengenali Anwar sebagai individu yang mempunyai pelbagai watak, kenyataan beliau kepada akhbar

berpengaruh di Washington itu hanyalah bersifat politik.

Tujuannya adalah untuk meraih simpati politik dan diharap-harap rakyat akan memberi sokongan serta undi kepada pada PRU-13 nanti.

Watak Anwar berubah-ubah mengikut selera dan kumpulan sasarannya.

Kalau berdepan dengan Financial Times yang berpusat di Amerika Syarikat, ia akan cuba menyampaikan mesej agar kawan-kawannya di koridor kuasa White House memahami keadaan getir yang dihadapi dan membantu merealisasi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Apabila bertemu dengan media Barat atau berceramah di hadapan pelajar asing di London, Anwar akan berselindung di sebalik satu lagi topeng yang menyokong pluralisme agama, liberalisme malah tidak teragak-agak memberi galakan kepada perjuangan golongan homoseksual (LBGT).

Ketika berusaha untuk mendapatkan simpati penyokong-penyokongnya di kalangan tokoh berpengaruh Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah, Anwar akan bertukar menjadi individu paling simpatik kepada masa depan Israel.

Beliau dengan mudah menyatakan kepada akhbar Wall Street Journal bahawa keselamatan kewujudan negara Zionis-Israel adalah menjadi keutamaannya.

Apabila berada di kalangan masyarakat Melayu Felda atau di kampung dan desa, Anwar memakai baju patriotik pula dengan menampilkan bahawa dialah pemimpin paling bersih, tidak makan rasuah serta telah dizalimi dengan pelbagai konspirasi.

Malah Anwar tidak segan-segan bersumpah dengan nama ALLAH bahawa beliau tidak ambil duit rasuah satu sen pun, atau satu saham waimah satu inci tanah pun ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu.

Kini apabila isu dakwaan menyimpan RM3 bilion dalam 20 akaun besar, Anwar terus membisu dan tidak cuba menafi sekeras-kerasnya sebagaimana ia melawan dakwaan liwat terhadapnya.

Ketika bertemu dengan rakyat di Sabah dan Sarawak, Anwar akan menukar nadanya pula dengan mengatakan kedua-dua negeri tersebut telah dizalimi oleh kerajaan Barisan Nasional seolah-seolah tidak ada langsung pembangunan yang dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia pada 1963.

Anwar mengapi-apikan perasaan masyarakat Iban, Kadazan dan suku kaum yang lain supaya membenci kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan dan fitnah.

Untuk mendapat sokongan golongan pelajar institusi tinggi pula, beliau membuat janji palsu dan tidak masuk akal untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.

Membuat janji manis adalah kepakaran Anwar dan pakatan pembangkang PAS dan DAP yang dipimpinnya tetapi melaksanakan janji-janji tersebuit bukan dalam agenda mereka.

Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar gagal menampakkan sebarang impak untuk membangun ekonomi dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi negeri Selangor.

Di atas kegagalannya itu, Anwar kini sedar beliau terpaksa merayu undi daripada rakyat dengan nada belas kasihan kerana jika terlepas peluang menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum nanti, maka tamatlah riwayat politiknya.

Anwar juga sedar Pakatan Rakyat semakin lemah walaupun suara mereka nampak lantang menghentam kerajaan siang dan malam.

Politik PKR semakin bergolak dengan kemelut perebutan kuasa antara Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dengan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Terbaru timbul pula dakwaan kerajaan negeri menyalahguna dana RM300 Selangorku untuk tujuan politik dan isu hutang Talam Corporation juga amat memeningkan kepala Khalid kerana dikatakan beliau menggunakan RM1 bilion dana awam untuk membeli bebanan hutang syarikat itu.

Kedah yang dikuasai oleh PAS juga sedang dilanda ombak kerana Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak sebulu dengan beberapa anggota exconya.

Di Pulau Pinang, satu skandal seks antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan bekas staf di pejabatnya sedang menggelegak dan bakal melimpah keluar bila-bila masa sahaja.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Bomoh siam tilik pemimpin UMNO Selangor yang ghaib semalam,bakal ditemui di Teras Jernang hari ini

Posted: 07 Jul 2012 09:24 PM PDT

Allahuakhar..segala puji-pujian buatMu Ya rob..Mudah-mudahan dikau makbulkan hajat kami semua yang berkumpul di bawah langit Mu yang terbuka luas,dengan suasana yang nyaman,dengan kehadiran beribu-ribu umat Islam yang hasir tanpa mengira fahaman politik kereka berhimpun,bermunajat serta mempunyai satu impian dan hasrat yang satu iaitu memohon kepada Yang Maha Esa agar negara Malaysia yang kita cintai ini aman,agar agama Islam terpelihara serta seluruh umat Islam bersatu-padu..Allahuakbar...Maha suci engkau..makbulkanlah hajat kami semua...
Namun,program anjuran Masjid Negeri Selangor dan MUBARAK ini kurang mendapat sambutan daripada pemimpin-pemimpin daripada UMNO baik peringkat cawangan,bahagian mahupun negeri..kenapa ye..aku pun hairan..hairan yang teramat sangat..kemana ghaibnya mereka ini..nak kata tak tahu..agak mustahil..kerana pelbagai kaedah promosi telah diadakan..yang aku hairan lagi kenapa dan mengapa Menteri Indonesia pun sanggup hadir sebab mereka mendapat tahu adanya program Istighasah Al-Kubra yang julung kali diadakan di Malaysia,walhal pada ketika itu Menteri berkenaan hadir kerana pada ketika ini kita sedang mengamjurkan pertandingan Musabaqah dan Persidangan Ulama.Apa yang menariknya,Menteri Agama Indonesia tu siap baca ayat suci Al-Quran dan bila habis aje majlis,siap dendangkan Qasedah lagi tu...Pemimpin UMNO ermmm siap berdengkur di rumah..Aku ni walaupun orang kuat UMNO dan blog ini blog UMNO tapi aku rasa aku rasa tak salah nak tegur para pemimpin aku yang masih lagi terlena dibuai angan-angan kosong menjadi calon....kalau rasa korang nama korang tercalon untuk PRU nanti...hentikanlah impian korang tu...talam dua muka,siap ada yang tanya,Pm datang tak..alowww...PM datang atau tak toksah kiralah,yang penting kerana Allah swt..jika Allah kata korang layak,layaklah..tak paham beno aku ni..Tahniah dan Syabas Dato Rahman Palil...steady Dato...pemimpin camni aku saluteeeee....
Ermm..aku pun tak tahulah..masih lagi tak sedar dan berasa yang yakin teramat sangat.atau ada udang sebalik batu..kalau kita lihat dari sudut lain pula,perlawanan akhir piala EURO yang lalu..dimana PM kita sendiri turut menyaksikan,perghhh..3 jam sebelum PM hadir,dah sanggup terpacak kat situ,check im dilaman fb atau twitter..bukan main lagi ye...tapi kalau kat majlis ini.ada korang buat..ermm..wahai pemimpin sekelian,hentikanlah sandiwara kalian,ingat rakyat pandang korang ye..kalau nak peristiwa 2008 berulang lagi,buatlah perangai sebegini..
Hari ji PM turun di Bangi!!haaaaa..korang sendiri tengok ye...sapa yang akannturun dulu,dan berapa bas dikeluarkan.tepuk dada tanya iman..awas pemimpin semua,rakyat ada mata,telinga,minda dan tangan...



Sent from my Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok

Pengikut