Rabu, 4 Julai 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


Panas!! Datuk @ZulkifliNoordin Dakwa @AnwarIbrahim Tak Layak Jadi Ketua Pembangkang Cc: @umbkl @mediaumno

Posted: 04 Jul 2012 05:00 PM PDT


Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin menyifatkan alasan penghakiman penuh Mahkamah Tinggi dalam kes liwat membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak layak menjadi Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen.

Beliau yang dihubungi KLPOS memberitahu Anwar hanya dibebaskan dari disabitkan tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dari segi undang-undang namun dari segi moral telah hilang kelayakan dan integriti bergelar Ketua Pembangkang dan ahli Parlimen.

"Dia (Anwar) sepatutnya letak jawatan kerana jelas dari penghakiman bahawa liwat berlaku."

Cuma Anwar bernasib baik dengan sistem keadilan jenayah Malaysia yang meletakkan beban bukti terlalu tinggi kepada pihak pendakwaan iaitu melampaui keraguan munasabah," katanya.

Zulkifli dalam nada sinis memberitahu Ketua Pembangkang itu patut berterima kasih kepada sistem kehakiman yang diamalkan di negara ini yang membebaskan beliau atas dasar "kekhilafan teknikal".

Beliau turut berkata penghakiman ini sama seperti penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar dalam kes liwat Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dengan alasan "kami percaya kejadian liwat berlaku tetapi tidak selamat untuk disabitkan kesalahan dari segi teknikaliti".

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru ini turut mendesak agar Peguam Negara membuat petisyen rayuan dengan segera sebelum berakhirnya tempoh sepuluh hari yang diperuntukkan.

(zulkifli Nordin adalah salah seorang peguambela anwar ibrahim dalam salah satu kes dakwaan liwat sebelum ini. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas PKR dan menjadi pemimpin atasan PKR sehingga memenangi kerusi parlimen. Kini zulkifli menyertai sebahagian besar pemimpin pengasas PKR yang meninggalkan parti itu setelah menyedari pembohongan anwar).


Sumber: WADAT

Rempit United = Manchester United?? Ni lagu PaduWIN dari MU @umbkl @RempitUnited #RempitUnited

Posted: 04 Jul 2012 07:04 AM PDT


Nahhhh event ni lagi paduwin. Daripada korang gi Merempit baik korang gi Lepak Santai dengan Rempit United.

Keadilan Daily dan Harakah Daily TROLL 1st Lady Malaysia!!! Cc. : @umbkl @mediaumno

Posted: 04 Jul 2012 03:37 AM PDT


Heboh di Facebook hari ni kisah Datin Seri Paduka Rosmah Mansor yang kononnya diiktiraf sebagai PM Malaysia oleh RTM dan TV3 dalam siaran Selamat Pagi Malaysia pagi tadi dan Wanita Hari Ini tengahari tadi.

Yang lagi best tue cerita tersebut turut tersiar di dalam laman web HARAKAHDAILY dan juga KEADILAN DAILY hari ini.

Kisah sebenarnya "EKSPRESI REMAJA BERSAMA PERDANA MENTERI" adalah nama salah satu program yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia DATUK SERI NAJIB RAZAK pada 7hb Julai 2012 ini. Program tersebut adalah program PM bersama-sama dengan Pandu Puteri dan Pengakap di seluruh Malaysia. Sila klik di SINI untuk info selanjutnya berkenaan program ini.

Boleh baca jugak di SINI penjelasan bekenaan isu Rosmah PM Malaysia ini.



SP: Hahahaha.....memang dasar orang2 PR ni penyebar fitnah. Memang dah terbukti. Dah tak boleh disangkal lagi. Kita tengok jelah apa jawapan CYBEROK2 PR tentang isu ini. Konon nak TROLL UMNO last2 sape yang kena TROLL?

Misteri Hilangnya Blog @Rezqeenhill Ada Cubaan Sabotaj? @umbkl

Posted: 04 Jul 2012 02:39 AM PDT

Musnahnya Empayar Blog RezqeenHill dalam sekelip mata sahaja gara-gara serangan virus melalui email.

SP amat bersimpati dengan nasib beliau kerana sampai saat artikel ini disiarkan beliau masih buntu mencari jalan penyelesaian untuk blog beliau.

Agaknya ada pihak yang cuba nak sabotaj blog RH kot sebab boleh dikatakan blog tue memang kerap menyiarkan artikel-artikel panas lebih2 lagi tentang YB2 malas oppositions.

Takpelah RH anggaplah semua ini dugaan kepada seorang Pejuang Tegar. SP doa mudah2an ada jalan penyelesaian untuk blog RH.

Walau apa pun, perjuangan tetap diteruskan.

#BN4WP #WP4BN
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

I-TR1M vs Tuisyen Rakyat

Posted: 03 Jul 2012 09:53 PM PDT

PELANCARAN I-TR1M (Interakrif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia) yang dilakukan oleh Perdana Menteri di Seri Perdana pada 28 Jun yang lepas, dijangka memanfaatkan lebih 10,000 orang calon SPM, PMR dan UPSR dari kalangan keluarga berpendapatan rendah di negeri tersebut.

Ia adalah program mulia, tidak berunsurkan politik yang dilaksanakan kerajaan persekutuan bagi membantu pelajar yang berasal dari golongan susah di Selangor.

Tapi semulia-mulia program ini pun, ia tidak terlepas dari menjadi isu politik oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, yang juga melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk calon SPM di negeri tersebut sejak tahun 2009.

Inilah yang disebut Exco Pendidikan Selangor, YB Dr. Halimah Ali yang menyifatkan 1-TR1M sebagai meniru program PTRS.

Halimah dipetik sebagai berkata "Dia suka ikut-ikut, tapi kami okay bila kita jadi contoh dan jadi model ikutan. Dia nak pakai tak apalah. Kita seronok, sebab selain manfaat daripada Tuisyen Rakyat(program kerajaan negeri) rakyat Selangor juga akan dapat manfaat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).Kami gembira,"

Penulis tidak menafikan I-TR1M dan PTRS ada persamaan kerana kedua-duanya tentang Tuisyen juga. Begitu juga bila Anwar menjanjikan untuk menurunkan harga minyak sebaik menawan kerajaan Persekutuan, itupun ditiru dari idea BN yang dimulakan Tun Dr. Mahathir semasa mula menjadi Perdana Menteri pada 1981.

Tapi yang itu dia tidak mahu sebut ditiru dari kerajaan BN, yang ada sedikit persamaan ini pulak yang heboh nak dikatakan sebagai program yang dia cipta dan kita meniru dia.

Malah kalau nak disebutkan disini juga, apa pun janji bulan bintang dibuat Pakatan Rakyat untuk mengumpan pengundi sekarang ini, adalah ditambah baik dari skim sama yang telah diberikan kerajaan BN. Contohnya, kita bagi subsidi, dia bagi percuma, kita bagi subsidi sekian banyak, dia bagi subsidi lebih banyak lagi, tapi itu juga bendanya.

Balik pada I-TR1M.

Walaupun sama dari segi nama dan matlamat perlaksanaan, tapi program I-TR1M adalah jauh lebih komprehensif dan lengkap dibandingkan dengan PTRS. PTRS hanya menawarkan Tuisyen percuma untuk pelajar SPM sahaja. Disamping itu program ini terhad kepada 100 orang pelajar bagi setiap kawasan DUN, dan hanya terbuka untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan memiliki tahap pencapaian akademik sederhana.

Yang pelajarannya merosot dan pandai, tidak layak untuk mengikuti kelas tersebut. Pendek kata tidak menyeluruh.

Maka itulah tidak hairan kenapa sejak 2009 tidak sampai 10,000 orang pelajar yang telah menyertai program ini. Angka-angka ini penulis kutip dari laman web rasmi kerajaan Selangor (Selangorkini) tanpa sebarang analisa lanjut untuk memastikan kebenaran angka-angka tersebut. Percayalah, kalau analisa yang benar-benar telus dibuat, harus jumlahnya jauh lebih kurang dari itu.

Sedangkan I-TR1M seperti yang disebutkan di atas, terbuka untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki 3 peperiksaan utama, selain perlu datang dari keluarga berpendapatan rendah. Ia juga tidak terhad kepada pelajar yang berada di tahap sederhana sahaja seperti yang digariskan dibawah PTRS.

Selain itu, proses saringan dan pembelajaran dibuat di sekolah dimana maklumat yang lebih tepat mengenai kelayakan pelajar dapat diberikan. Tenaga pengajar juga disahkan layak oleh Kementerian Pelajaran sendiri untuk mengajar semua matapelajaran yang telah diperuntukkan di bawah program ini.

Semua ini meletakkan I-TR1M berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Yang pasti, ia adalah 300% lebih baik dari PTRS yang hanya menawarkan kelas tambahan untuk pelajar SPM sahaja. Disamping itu, guru-guru yang terlibat di dalam I-TR1M adalah guru-guru yang berkelayakan dibanding dengan PTRS yang tidak dapat dipastikan sejauh mana kebolehannya untuk mengajar.

Bagaimanapun penulis tetap menyokong apa juga program yang baik untuk rakyat, PTRS tidak terkecuali. Cuma, jangan dipolitikkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan dan kesejahteraan rakyat. Kalau benar-benar baik itu tidak mengapalah, ini setelah dibandingkan pun masih banyak kekurangan jika nak dibandingan dengan program yang dilaksanakan kerajaan pusat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Who is Azan Ismail? Cc.: @umbkl @mediaumno

Posted: 02 Jul 2012 09:00 PM PDT


Writer was quite shocked when reading a newspaper article yesterday regarding PKR's Indera Mahkota MP, Azan Ismail who claimed that he was offered millions of Ringgit by BN to jump off from his party. He said, the reward was offered by an individual who he met in a hotel in January 27, 2010.

Writer was not shocked and believe in the story. Instead, I was trying to remember who Azan Ismail is. We rarely hear his name and what is the significance of this person in Malaysian politics? If the article is true, Azan did mention that a few other opposition MPs also received the same offer, they are MPs who have quality. I repeat, with quality.

Thus, I was wondering on the fact that I do not know any opposition leaders do have such quality and is it true that opposition leaders so have quality. I then went on a little more research on this Azan person.

Few of the news related to Azan which is the most popular include on April 29, 2008 where he became rude for not shaking hands with the Prime Minister and Deputy Prime Minister in an official program. Thus, I would sense that Azan is a person who was never taught how to have manners.

In other news which I found on a website called SuaraKuantan on May 20, 2010, rakyat Kuantan mentioned that they were bored with Azan.

The report said,"To Azan Ismail, us voters for Indera Mahkota Parliament have no idea how to put this, if you cannot help us, it would be better if you resign as an MP. To all Malaysians, Azan Ismail has never done anything as an MP..."

It seems that people were really mad at him where they even included curse words which I cannot put in this article.

Another news where everyone should know is the fact that he was rejected by his own party. On June 18, Sinar Harian reported that Pahang's PKR Chairman, Datuk Fauzi Abdul Rahman made a public statement saying that he had put Lee Chean Chung as a candidate to compete at the area of Azan, Indera Mahkota Parliament for GE13. His excuse was,"I do not judge a person from his performance, but I choose candidates through their leadership which include their personality and moral."

Isn't this a clear signal that PKR itself rejected Azan and took him as a person who do not have anyy moral and good personality?

Then how can he has all the quality that he was offered tons of money to jump away from PKR? Why would BN want to buy a rude MP such as Azan?

Actually, Azan realized that he is yesterday's news for PKR, that is why he is trying his best to gain the attention from PKR by pulling some strings.

I would like to remind him that he does not need to use BN to help himself getting out of trouble because BN do not want anyone without any quality.

Even those without any quality in BN have been kicked out such as Kadir Sheikh Fadzir.


Beruangbiru

Kewujudan SUARAM Juga Berasaskan Penipuan? @Cc. @umbkl @mediaumno

Posted: 02 Jul 2012 05:00 PM PDT


Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu. Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis.

Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar. Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan.

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan. Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM, beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka.

Lebih menarik lagi ialah 'syarikat SUARAM' ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010. Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya.

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan? Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam 'misi' memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia? Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran.

Dengan pendedahan ini, terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM.

Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA. Berdasarkan pendedahan rekod kewangan 'syarikat' mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka.

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini. Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula:

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan? Jika ya, apakah yang mereka perniagakan? Apakah ia sebuah NGO? Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan?

Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang 'dibicarakan' bukan? Jadi, biarlah 'perbicaraan' berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya.

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA?

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya 'sedang dibicarakan'? Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum 'keputusan perbicaraan' diumumkan?

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SUARAM : SUARA PEMBANGKANG?

Posted: 03 Jul 2012 08:33 PM PDT


Suaram syarikat swasta, bukan NGO


 DIPETIK DARI BLOG SUARAM:-

About Us

How did SUARAM Begin?

1987 saw one of the most widespread crackdowns on social and political activists in living memory – Operasi Lalang. 106 opposition leaders, social activists, religious teachers and educationists were detained without trial under the draconian Internal Security Act (ISA). Many were detained for up to 2 years.When the last of the detainees were released in 1989, the Detainees' Family Support Group, ISA detainees and other activists formed 'Suara Rakyat Malaysia' or SUARAM to campaign for the abolition of the ISA. What started as a single-issue campaign evolved into an activist movement for human rights and democracy in the following years. Presently, SUARAM works towards the realisation of fundamental liberties, democracy and justice in Malaysia.

What does SUARAM mean by Human Rights?

SUARAM is guided by the principles laid down in the Universal Declaration of Human Rights 1948 and believes in the universality, interdependence and indivisibility of all rights: civil, political, economic, social and cultural. This means, for example, that the right to genuine development is just as important as it is dependent on the right to freedom of expression. The Malaysian government reaffirmed this stand in various international fora including the 1993 Unite Nations World Conference on Human Rights in Vienna.
SUARAM specializes in civil and political rights such as freedom of expression, peaceful assembly and association; right to fair trial; freedom from torture, extra-judicial killings and cruel punishment; public accountability and genuine democracy-building. Together with other partner NGOs who work on economic, social and cultural rights in Malaysia, we are able to collectively and comprehensively address all human rights.
SUARAM believes in international solidarity and actively supports democracy and human rights movement in the Asian region, in particularly South East Asia.

Is SUARAM partisan?

SUARAM is an independent, non-profit and non-governmental organisation. We will always be on the side of victims of human rights violations, the poor and the oppressed, without fear or favour. Our mandate is enshrined in the Malaysian Human Rights Charter and the Universal Declaration of Human Rights. Thus SUARAM's main objective is the protection and realisation of human rights in Malaysia regardless of the government-of-the-day.

How is SUARAM funded?

SUARAM is funded by donations and grants from public and private sources. However, the most important source comes from private donations, local fund-raising events, sales of books and campaign merchandise. Funds are accepted strictly on the basis of non-interference of donors.

How does SUARAM operate?

SUARAM is guided by principles laid out in the Malaysia Human Rights Charters, a charter of basic human rights endorsed by over 50 NGOs and the United Nations Universal Declaration of Human Rights 1948.
An elected Secretariat oversees policy decisions and planning of the organization. SUARAM's work is supplemented by a team of coordinators, project officers and volunteers. The annual general consultation plans and reviews SUARAM programmes and activities.
In addition, SUARAM has two regional offices in Northern and Southern Peninsula Malaysia, headed by coordinators and local volunteers.


YANG SEBENARNYA :-


AZWANDDIN Hamzah (kiri) dan Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian menunjukkan dokumen awam SSM mengenai sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang dipercayai Suaram pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/KAMIL MASLIH




KUALA LUMPUR 1 Julai - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) perlu menjelaskan kedudukan sebenar pertubuhan itu kerana semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ia merupakan syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010.
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, menerusi semakan dokumen awam SSM, Suaram adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurutnya, JMM difahamkan pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004  -   Sumber utusan malaysia.

Suaram didakwa diwujud untuk kelirukan rakyat

Ramlan Abu Bakar membuat pendedahan tentang agenda Suaram ketika mengunjungi pejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.





KUALA LUMPUR 2 Julai - Kewujudan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat semata-mata mahu mengelirukan rakyat berikutan peranannya yang cenderung sebagai alat dalam penyebaran fitnah ke atas kepimpinan negara.
Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, agenda tersembunyi 'pertubuhan' itu terbukti apabila mereka tergamak mempengaruhi ahli pakatan pembangkang yang lain untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis.
"Ini merupakan pertama kali saya tampil mendedahkan permainan dan agenda tersembunyi Suaram.
"Selama 12 tahun berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya ibarat tali barut Suaram.
"Suaram tidak akan bertindak atas nama syarikat mereka, sebaliknya gunakan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas gesaan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah supaya Suaram menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati ia adalah syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 dalam tempoh 2009 dan 2010.
Ramlan mendakwa, Suaram telah mempengaruhinya untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
"Laporan polis bertarikh 21 Oktober 2008 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dibuat atas nama Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM).
"Antara terlibat membuat laporan pada masa itu ialah Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin; Aiman Athirah Al-Junid, Wan Mohd. Anies Wan Adham, Amin Iskandar dan saya.
"Seingat saya individu yang membuat laporan tidak dibekalkan dengan salinan laporan polis. Begitulah hebatnya rancangan Suaram untuk menjatuhkan kerajaan iaitu menerusi undang-undang dan penganjuran demonstrasi jalanan," dakwanya.
Menurut Ramlan, menerusi maklumat yang diperolehinya, sumber pendapatan terbesar syarikat itu adalah hasil pembiayaan salah seorang pemimpin pakatan pembangkang.
"Saya cabar pemimpin berkenaan buat pengesahan dan beri penjelasan sumbangan sebenar pendapatan syarikat," katanya. -  Sumber utusan malaysia


RAFIZI ISU PTPTN : BUKU TERTEMU RUAS

Posted: 03 Jul 2012 08:16 PM PDT


The Thing About PTPTN is…



Masih teringat lagi betapa beria daku masa nak dapat pinjaman PTPTN. Bersungguh print semua dokumen yang diperlukan, pergi pesuruhjaya sumpah untuk sahkan semua dokumen, semangat call kawan berpuluh kali nak make sure semua dah set dan ready, dan beratur sepanjang-panjang line hanya tunggu untuk dipanggil. Tiba-tiba terlupa nak beli setem hasil LOL.

Beberapa minggu kemudian, bila permohonan diterima, BESAR RAHMAT.
Maybe I should educate some of you how PTPTN really works. Especially the ones yang baru nak melangkah ke alam pengajian tinggi. Macam ini cerita PTPTN sebenarnya.

Pada suatu ketika dulu, tak ramai yang dapat melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Sebab tuh kalau kita baca novel Melayu, mesti sikit-sikit ada "impiannya melanjutkan pelajaran ke menara gading" "cita-cita sedari kecil untuk menjejaki menara gading" suka betul novelis dengan perkataan menara gading kenzzz. Macam sangat jauh impian itu, dan memang pun jauh kerana tak semua ibu bapa mampu biaya pengajian anak dan waktu itu kerajaan hanya mampu sediakan biasiswa untuk budak pandai.

Tapi sekarang, wah hampir semua orang yang kau kenal berada di menara gading atau telah grad bukan? It's no longer a distant dream / the impossible. Because PTPTN made it happen.

PTPTN=Enabler.

Walaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi. Langkah yang mereka ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow 'pendidikan anak bangsa'. Kelas kau!

Siapa nak, silalah silaaa. Oh tapi siapa taknak, tak paksa punggg.

Susulan itu, dah pinjam kenalah bayar ye dok? Masa mohon beria beli setem hasil, beratur bagai, siap sign kontrak janji sepenuh hati nak bayar. Kan kos interest dah subsidikan maka peminjam bayarlah kos yang dipinjam and kadar upah 1% sahaja.

Apa? Taknak bayar?! Boleh, boleh. Malaysia boleh! Silalah belajar pandai-pandai, siapkan semua assignment, buat presentation gempak sebab kalau Ijazah Sarjana Muda dapat Kepujian Kelas Pertama kau memang dah tak payah bayar langsung. Pinjaman PTPTN anda terus lupus! Pilihan di tangan anda. Reti ke idok?

Sebab ramai yang tak reti dan mengamuk-ngamuk bila kena bayar balik L Tapi dalam pada mengamuk, ramai juga yang bayar balik (sejumlah 55%, sehingga Disember 2011) sebab diorang ini ada tanggungjawab dalam diri, diorang sedar ramai lagi orang mengharapkan pinjaman PTPTN, diorang faham konsep lembu pegang pada tali manusia pegang pada janji, mereka tak suka berhutang (sedangkan berapa posen je pun kita pinjam kita dah tak senang duduk nak ganti balik)… oh dan mereka taknak kena tahan kat airport. Eh? LOL.

Kepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi? 
Do you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you've been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu.  Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?

Jangan ingat gaji lecturer, gaji tukang sapu, gaji technician yang keluar masuk betulkan projector tuh semua tak payah bayar ya. Semua ini dalam kitaran wang, jangan pentingkan diri sendiri bila berhujah.

"Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!"Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

Akhir kata, siapa berjaya dapat pinjaman PTPTN, jangan boros k! Portion untuk bayar yuran pengajian awak tu sangat kecil daripada apa yang awak bakal dapat. Ini semua based on additional calculation sara hidup seorang pelajar maka, saralah hidup anda baik-baik. ITU DUIT PINJAM! DUIT PINJAM! TAKNAK BAYAR BALIK SILA BELAJAR RAJIN-RAJIN!

INI BUKTINYA : SILA BACA.....

Posted: 03 Jul 2012 08:11 PM PDT


Nik Aziz : Apa bukti saya kafirkan orang UMNO ? dan INI BUKTINYA

Ceh! Dalam kenyataan ini pun sudah ada bukti yang Nik Aziz kafirkan UMNO. Tahukah Nik Aziz bahawa golongan yang menolak Islam adalah golongan KAFIR. 

"Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO tolak Islam, nak dia perkenal Islam pada MCA dan DAP macam mana."
Dan sekarang kita mahu bertanya, apa yang YAB Menteri Besar Kelantan ini maksudkan yang UMNO menolak Islam ?

Spesis manusia mudah lupa. Dia sendiri bertanya dan selepas itu sendiri kasi jawapan.

P/S - Terima kasih Utusan Malaysia yang bersikap adil memberi peluang kepada YAB Menteri Besar membalas kenyataan Tun Mahathir. Yang melaungkan kebebasan bersuara seperti Harakah atau Suara Keadilan atau Roket hanya melaporkan kenyataan pihak mereka sahaja.



KOTA BHARU 17 Feb. - "Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.

"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.

Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak.

Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.

"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

Ditanya hubungan Pas dengan DAP yang turut dibangkitkan oleh Dr. Mahathir, Nik Abdul Aziz menjelaskan, hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.

Beliau berkata, hasil hubungan akrab tersebut, serangan DAP terhadap Islam telah bertukar.

"Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO 

tolak Islam, nak dia perkenal Islam pada MCA dan DAP macam mana.

"Satu rahmat Cina Malaysia ini kerana Pas bersama DAP. Serangan DAP kepada Islam Alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding, Alhamdulillah kejayaan. Mana UMNO boleh buat," ujarnya.

Jelasnya, perjuangan Pas masih di landasan betul dan semua pertikaian yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu adalah perkara lumrah kerana Nabi Muhammad turut dipertikaikan sehingga baginda wafat.

Mengenai desakan pihak tertentu supaya Pas menggugurkan slogan 'Membangun Bersama Islam' berikutan kewujudan aktiviti maksiat seperti pelacuran dan judi di negeri ini, Menteri Besar itu berkata, ia berlaku disebabkan tiada takwa kepada Allah SWT dalam diri individu terbabit dan ia melibatkan bukan rakyat negeri ini.

"Slogan ini boleh diubah-ubah, kami Pas ini slogan itu bertahun-tahun ada, Kerajaan Pusat tiap tahun ubah nama.

"Boleh ubah daripada slogan Membangun Bersama Islam ke slogan Bersama Allah, Bersama Nabi Muhammad, Bersama Syurga Neraka ke, boleh ubah tak ada apa. Slogan itu boleh dibuat. Yang penting dasar perjuangan," katanya.- Utusan Malaysia

PRU 13 : ANU WAR MANE MAHU LARI HAH?

Posted: 03 Jul 2012 08:07 PM PDT




Analisa Pra PRU13: Anwar Akan Lari Ke Nibong Tebal ?

Anwar Ibrahim selama ini dianggap sebagai tali penghubung antara parti-parti dalam pakatan pembangkang. Tanpa Anwar, DAP dan PAS tidak akan bekerjasama malah tanpa Anwar juga, PKR tidak membawa erti apa-apa. 

Ini kerana, PKR wujud kerana Anwar, bukan kerana rakyat dan bukan kerana menuntut keadilan.  Ia semata-mata kerana Anwar ingin menjadi Perdana Menteri atau Presiden Republik Malaysia baru dan Pakatan Rakyat pula wujud atas matlamat yang sama tetapi memperjudikan nasib kepada puak chauvinis DAP yang ingin menjajah dan mengCinakan negara ini.

PAS pula adalah pak turut yang selamanya kabur dan kosong yang hidup atas dasar bencikan UMNO dan matlamatnya hanyalah untuk menghapuskan saudara sebangsa dan seagama di dalam UMNO. 

Namun, akhir-akhir ini, Anwar nampaknya bukan lagi satu 'faktor' penting dalam Pakatan Rakyat.  Ramai yang mula meragui sejauh mana 'Anwar' mampu mempengaruhi undi dalam pilihanraya.  Dalam banyak perkara Anwar dianggap liabiliti atau beban yang menyusahkan PR.  Walaupun beliau masih ada pengaruh di kalangan LGBT dan liberal serta golongan yang fanatik terhadapnya secara buta tuli, tetapi memandangkan kumpulan ini hanya mewakili segelintir rakyat Malaysia maka ia tidak membawa apa-apa signifikan kepada pilihanraya.   

Secara umumnya, kekuatan dan kelemahan PR hari ini bukan bergantung kepada faktor 'Anwar' lagi. 

Sejak hujung tahun lepas lagi, Anwar dilihat semakin lemah walaupun di kawasannya sendiri, iaitu Permatang Pauh.  Ini dapat dibuktikan dari ceramahnya pada 21 Oktober 2011 di situ yang hanya dihadiri oleh jiran-jiran dan saudara mara berdekatan serta mungkin juga beberapa pengikut tegar yang datang dari jauh.  Walhal, Permatang Pauh adalah kubu kuatnya. 

Sebagai seorang politikus berpengalaman, Anwar pasti tidak akan membiarkan dirinya kalah dan dimalukan di kubu kuatnya.  Logiknya, beliau akan lari ke tempat lain untuk bertanding. 

Dari apa yang diperhatikan, nampaknya Anwar akan memilih Nibong Tebal mengikut congakan sokongan berdasarkan kedudukannya di pinggir bandar, merangkumi DUN Sungai Acheh, Sungai Bakap dan Jawi.  Dan Sungai Bakap merupakan tempat kelahiran Anwar. 

Pada PRU 2008, kerusi Nibong Tebal merekodkan 47,540 pengundi berdaftar dengan pecahan Melayu 43.6%, Cina 40.5% dan India 15.9%.  Kerusi ini dimenangi oleh Tan Tee Beng dari PKR yang memperolehi 20,210 undi mengalahkan Ketua UMNO Negeri, Zainal Abidin Osman yang mendapat 17,123 undi.

Bagaimanapun, Tan, pada 1 Mac 2010 telah mengumumkan keluar dari PKR apabila dikenakan tindakan disiplin kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.  Beliau kini menjadi Ahli Parlimen Bebas dan mesra BN.   

Dari apa yang dilihat, tidak mustahil UMNO akan meletakkan calon yang sama.  Jika benar Anwar akan lari ke Nibong Tebal maka kita bakal menyaksikan pertandingan antara Ketua Pembangkang dengan Ketua UMNO Negeri Pulau Pinang dalam PRU ke-13 nanti

PRU 13 : PR = PKR + PAS + DAP + PAP ?

Posted: 03 Jul 2012 08:05 PM PDT

Nah! bukti PAP wujud dalam gerak saraf perang saraf DAP. Teringat blog abang Pisau pernah mendedahkan Walter Chia Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Singapura menyalurkan wang tunai kepada pakatan semasa pilihanraya:klik sini

Di Singapura,PAP begitu giat melakukan persiapan untuk PRU13 di Malaysia,mereka dilatih dan dipersiapkan untuk membantu Pakatan terutamanya DAP untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Sumber Blog Mymassa 



Kali ini Keris tunjukkan bukti memang berlaku program yang diberi nama PACA Training di 223A/B River Valley Road, Singapore.































Sumber dari DAP Pulau Pinang turut mengesahkan pada PRU13 nanti mereka akan menerima bantuan dalam jumlah yang ramai dari PAP untuk setiap kawasan peti undi .

Kita bukan saja berdepan ultrakiasu chauvanis rasis DAP, tapi kita juga bakal berdepan dengan ultrakiasu yang diimport khas dari Singapura.

Haprak pakatan menghalalkan campur tangan politik dari kuasa asing. DAP matlamatnya konsisten sejak dari dulu lagi untuk melaksanakan Malaysian Malaysia,ditambah dengan kebodohan dan kebebalan khawarij PAS yang sudah berjaya didakwah oleh DAP.

K7L : Mungkinkah PAS akan dihapuskan secara total oleh DAP kelak?.






Kenapa Pembangkang Promosi Kerajaan Singapura?




Salah satu poster pilihan raya milik pembangkang yang akan diedarkan pada PRU akan datang.

Persoalannya, apa kaitan pembangkang dengan Kerajaan Singapura?


*Fikir-fikirkan


APA KATA LIM KIT SIANG?

Posted: 03 Jul 2012 08:02 PM PDT


DAP meroyan gambar skandal Guan Eng di muka depan Utusan !

on Tuesday, July 3, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Lima Ahli ADUN DAP Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bertindak keluar Dewan sewaktu persidangan hendak bermula hari ini kerana membantah penyiaran gambar isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew Gek Cheng bersama seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya yang disiarkan dalam muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Tindakan ADUN DAP keluar dewan itu dilaporkan Antarapos hari ini.
Bernama turut melaporkan 5 ADUN DAP yang keluar dewan itu adalah Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana), Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang).
Semalam Antarapos turut melaporkan isu 'wanita itu' turut dibangkitkan dalam DUN oleh Datuk Gan Tian Loo dari MCA.
Gan bertanyakan ADUN Kota Laksamana, Betty Chew yang juga adalah isteri kepada Lim Guan Eng adakah beliau mengenali 'wanita berkenaan' yang dikatakan pernah bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Saya perlu tanya perkara ini sebab ramai orang tanya saya dan suruh saya bawa dalam dewan ini, adakah YB Kota Laksamana kenal tak perempuan ini.
"Saya percaya ramai nak tahu perkara ini termasuk mereka dari DAP sendiri sebab banyak di blog-blog tempatan memaparkan isu ini," katanya pada sidang semalam.
Namun Betty Chew enggan menjawab pertanyaan Gan itu.
Isu skandal Lim Guan Eng dengan 'wanita itu' telah banyak diperkatakan di internet, terutamanya, di http://stopthelies.my. Sila klik di sinisini dan sini
Guan Eng dan Phaik Kheng
Wanita itu yang dikenali sebagai 'Chai Hong' atau 'rainbow ' adalah Ng Phaik Kheng.
Menurut stopthelies, Phaik Kheng mula bekerja di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang selepas tahun 2008, di mana dia dilantik sebagai salah seorang daripada 20 orang pegawi khas Guan Eng.
Guan Eng dan Phaik Kheng didakwa menjalinkan hubungan cinta dan skandal mereka diketahui oleh isteri Guan Eng, Betty Chew.
"Puan Ketua Menteri (Betty Chew) dapat mengesan naluri yang dialami antara kedua-duanya itu dan menghentikannya. Itulah sebab bagaimana dia (Guan Eng) mendapat plaster yang lebih di dahi dan gadis Rainbow berakhir dengan hati yang patah. Dia (Phaik Kheng ) kehilangan kerja dan kembali mengajar sebagai guru", dedah stopthelies.
Pendedahan itu menarik perhatian seorang lagi blogger, HelenAng yang menulis secara sinis dalam artikelnya bertajuk "Guan Eng's special officers and their very special duties"
Helen Ang juga memuatkan rakaman video jawapan Guan Eng ketika ditanya wartawan berkenaan skandal itu.
Ketika menjawab, Guan Eng kedengaran tidak selesa dengan pertanyaan itu dan membuat andaian semua dakwaan itu adalah propaganda UMNO.
"Akhbar mana yang cetak, saya akan dakwa kerana saya tidak mempunyai pilihan. Perkara yang sama telah berlaku ke atas anak saya, saya akan memfailkan tindakan guaman. Anda semua cetak lah. (Jika) Anda semua mencetak, anda lihat apa yang saya akan lakukan. Saya akan saman.
"(Khabar angin) Ini bukan perkara baru. Ia telah bertiup selama enam bulan, sembilan bulan "kata Guan Eng.
sumber : AIDC 

YB BETTY "NAIK ANGIN"

Posted: 03 Jul 2012 07:59 PM PDT


Betty tentu bengang kenyataan terbaru Ng Phaik Kheng !!

on Wednesday, July 4, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Ng Phaik Kheng melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu namanya disebut semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam. Malah, wanita itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai isu tersebut.

 Menurutnya, adalah lebih sesuai isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng sendiri menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo dalam persidangan tersebut.

 "Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan ia bukan urusan saya. "Sekiranya soalan tersebut ditujukan kepada Betty, suruh beliau yang jawab. Kenapa tanya saya pula?," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Semalam, Betty yang juga ADUN Kota Laksamana mengelak daripada mengulas isu Phaik Kheng yang dikaitkan dengan suaminya, Guan Eng semasa sidang DUN Melaka

BILA GAN TIAN LOO "BERKUNTAU" DGN BETTY DAP!

Posted: 03 Jul 2012 07:55 PM PDT


VIDEO HOT : BETTY CHEW MENGAMUK DAN MENYERANG KEKASIH GELAP LIM GUAN ENG???


Sebelum ini rakyat terutamanya rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan pendedahan Tunku Aziz tentang sikap Lim Guan Eng DAP, Setiausaha Agung DAP yang biadap, no sense of decency dan tidak boleh dipercayai.

Hairan kerana hari ini ada 2 perkara yang berlaku dan kedua-duanya secara langsung atau tidak, melibatkan beliau!

Setiausaha Agung DAP merangkap kroni tegar Kit Siang itu berdepan dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dikaitkan dengan banjir kilat yang berlaku tadi. 

Pelbagai cerita yang kedengaran contohnya banjir kilat itu disebabkan kerajaan DAP negeri yang kurang membiayai penyelenggaran negeri supaya wang negeri kurang digunakan dan tampak surplus. 

Tetapi ada juga khabaran yang lebih panas dan melibatkan Lim Guan Eng DAP dan isteri beliau, Betty Chew DAP. Khabaran ini menjadi salah satu topik perbualan rakyat Pulau Pinang dan khabarannya itu melibatkan orang ketiga. 

Khabaran ini rupa-rupanya turut menarik minat rakyat Melaka di mana Betty Chew menjadi ADUN.

Lihat video di bawah :



Video Betty Chew di atas tentu mengingatkan rakyat Pulau Pinang tentang video Lim Guan Eng DAP yang melenting berlebihan apabila wartawan Cina menanyakan beliau tentang dakwaan skandal beliau dengan seorang pegawai wanita beliau.

Lim Guan Eng bukan sahaja gagal menjawab secara profesional tetapi juga mengugut. Kesihan wartawan bangsa Cina itu!

Lihat video panas di bawah :


Dan apakah plaster di dahi itu juga ada ceritanya?





Sumber : Dr MiM

Pengikut