Selasa, 3 Julai 2012

Pergerakan Pemuda UMNO Penjom, Bahagian Lipis, Pahang.

Pergerakan Pemuda UMNO Penjom, Bahagian Lipis, Pahang.


Memimpin Tanpa Apa-Apa Jawatan

Posted: 03 Jul 2012 02:10 AM PDT

Seorang penulis buku yang juga pakar pengurusan menulis dalam bukunya yang bertajuk "Lead Without Title". Antara intipati utama buku ini ialah menyeru supaya setiap individu memainkan peranan sebagai seorang pemimpin walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan dalam persatuan atau parti.

Kepimpinan adalah merupakan attitude atau sikap. Ia tidak berkisar kepada jawatan yang dipegang. Dalam banyak keadaan, ada orang yang memegang jawatan tetapi tidak menunjukkan tauladan dan kepimpinan yang baik.

Secara ringkasnya, kita semua boleh memainkan peranan dan belajar menggunakan skills atau kepimpinan masing-masing tanpa menunggu pihak Kerajaan, Persatuan dan Parti untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Buatlah apa sahaja yang boleh membawa perubahan bermula daripada perkara-perkara yang kecil hinggalah kepada perkara yang besar.

Sebagai contoh, jika anda melihat padang bola sepak atau padang futsal di kampung yang ditumbuhi semak-samun serta kotor. Mulakanlah langkah dengan mengajak 2-3 orang sahabat untuk membersihkannya tanpa menunggu surat jemputan gotong-royong ataupun peruntukkan khas dari JKKK untuk menganjurkan acara membersihkan kampung. Banyak-banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan dan mereka memerlukan sentuhan kepimpinan dari anda.

Mulakan hari ini dan InsyaAllah anda akan rasai kepuasan serta kemanisan "Memimpin Tanpa Jawatan".

Permohonan Jawatan Polis Diraja Malaysia

Posted: 03 Jul 2012 01:46 AM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia PDRM) juga boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mulai 20 Mac 2012 yang lalu.

Ini adalah kerana SPA telah berkongsi kepakaran pelaksanaan aplikasi eSMSM dengan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk permohonan jawatan. Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT.

Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri. Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Masihkah kau ingat..

Posted: 02 Jul 2012 03:48 PM PDT

Pada hakikatnya orang Melayu di Malaysia ialah beragama Islam dan Perlembagaan Malaysia juga menyebut bahawa orang MELAYU ialah mereka yang menganut agama Islam dan lazimnya bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.Kali ini,KP bukannya menulis untuk membangkitkan perasaan perkauman,akan tetapi KP terpanggil untuk menyedarkan rakan-rakan serta saudara KP yang sama bangsa dengan KP dimana mereka mungkin terlupa akan sejarah.Berbalik kepada cerita tadi,Negara kita Malaysia merupakannsalah sebuah Negara Islam dan dipimpin oleh pemimpin orang Islam kerana di dalam Perlembagaan Perkara 3 Fasal 1,tercatat bahawa Agama Rasmi Negara  adalah Agama Islam,Perkara 3 Fasal 2 dan 3 pula tercatat bahawa Raja menjadi KETUA AGAMA.Dan Perkara 153 ada menyebutkan bahawa orang Melayu mempujyai hak dan keistimewaan tertentu yang TIDAK BOLEH DIPERSOALKAN,kerana ia merupakan kesepakatan bersama diantara lain-lain bangsa yang disebut "kontrak social". Jadi..kenapa segelintir daripada puak-puak ini harus persoalkan,nak menjadi pemerintah negara kita!Allah swt berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 26,surah al-A'araf ayat 128,dan surah al-Nur ayat 55 dimana,Allah akan melantik dan menyerahkan kuasa kepimpinan sesebuah negara kepada orang yang bertaqwa,dan yang dimaksudkan orang yang bertakwa itu tentulah dikalangan orang Islam..Cuba kita renungkan seketika,kenapa pihak-pihak tertentu ingin menghapuskan ISA..jawapannya mudah sekali,bila ISA dihapuskan,pihak berkuasa atau pemerintah tidak boleh mengambil sebarang tindakan ke atas mereka yang ingin mengubah perjanjian (kontrak social) yang telah dimeterai bersama,kerana pemberontak boleh dihukum di bawah ISA atau dalam Islam di bawah Hukuman Bughah.




Pengikut