Selasa, 26 Jun 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


@Anwaribrahim Punca Api Reformasi Indonesia Semarak di Malaysia? Cc. @Mediaumno @umbkl

Posted: 26 Jun 2012 05:00 PM PDT


Krisis kewangan yang melanda beberapa buah negara di benua Asia pada tahun 1997 meninggalkan banyak detik hitam yang hingga kini masih memberi kesan psikologi terhadap rakyat negara-negara tersebut.

Thailand, Filipina, Indonesia dan Malaysia adalah antara negara yang terawal dilanda krisis tersebut rentetan dari serangan spekulator kewangan antarabangsa, George Soros pada pertengahan tahun 1997.

Menjelang awal 1998, kesan kegawatan ekonomi mula terasa di kebanyakan negara yang terdedah pada serangan spekulator matawang. Suasana ekonomi makin tidak menentu berikutan kejatuhan berterusan nilai matawang masing-masing.

Di Indonesia, kehidupan rakyatnya kian terhimpit dengan kenaikan harga barangan keperluan yang juga dikenali sebagai sembako (sembilan bahan pokok - beras, minyak goreng, terigu, minyak tanah, gula, susu, ikan kering, telur dan garam).


Berikutan itu, protes-protes kecil oleh mahasiswa mula mengambil tempat di jalan-jalan raya yang kemudiannya menjadi besar menuntut perubahan dasar pemerintahan negara yang tika itu di terajui oleh Presiden Soeharto.

Pemimpin-pemimpin politik terkemuka Indonesia seperti Gus Dur, Megawati, Amien Rais dan Sri Sultan turut sama menyemarakkan kehangatan khalayak umum menuntut reformasi total dalam negara Indonesia.

Demonstrasi jalanan yang pada mulanya aman mula bertukar ganas dan tak terkawal apabila kelompok mahasiswa universiti bertembung dengan pasukan keselamatan Indonesia menyaksikan banyak korban dan kecederaan yang berlaku.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


40 hari dah berlalu..anggota pdrm yang terlibat dalam tangkap peserta bersih dah dapat dah....

Posted: 26 Jun 2012 12:02 AM PDT




Rasanya dah lebih 40 hari..belum lagi pulak kedengaran dimana-mana,yang mengatakan anggota polis yang terlibat semasa membersihkan kawasan semasa bersih 3.0 tempoh hari,telah ditimpa bala..malah syukur alhamdulillah..nampak abang-abang polis masih sihat walafiat,bertugas seperti biasa dan bersama keluarga.
Solat Hajat apa yang kp belajar masa kat sekolah dulu adalah untum pohon benda yang baik sahaja,bukannya minta agar seseorang tu ditimpa musibah..kp pun tak paham kenapalah tingggggiiii sangat pemikiran puak-puak ni hinggakan sanggup mendoakan agar orang lain kena musibah..nak kata bodoh..takkkk..pandai..masakan tk boleh jadi ydp passs..
Kp pun bukannyalah pandai sangat tang agama,tapi sekurang-kurangnya taulah gak..kang kena bala kat diri sendiri sapa susah..
P/S Kembalilah ke pangkal jalan,Qada dan Qadar sudah ditentukan oleh Allah yang Esa..

Sesungguhnya Allah Maha Besar!kan lebih baik mensoakan agar mereka sihat..aloww..kalau takde polis..sapa yang nak jaga keamanan negara kita ni,pandai pulak korang,kalau umah masuk penyamun,koang call polis..


Pengikut