Selasa, 19 Jun 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


SUARAM Menipu: Tiada Rakyat Malaysia di Sapina?? @umbkl @mediaumno

Posted: 19 Jun 2012 09:00 PM PDT


SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.

Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun. Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.

Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion! Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh.

Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan. Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.

Bagi menambahkan 'perisa' kepada cerita ini, SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM. Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.

Isteri PM pula, pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah. PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang pembangkang berada dalam keadaan yang amat terdesak.

Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM kerana perlu terus menipu.

Baru-baru ini, SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi "orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis."

Bagaimanapun, Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina. Menurut mereka, prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain, dalam kes ini, Malaysia.

Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil. Oleh itu, tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini.

Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina, maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.

Dari tindakan SUARAM, kita dapat membaca keterdesakan pembangkang yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir. Justeru, kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.

Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang. Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan. Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka.

Benarkah SUARAM, BERSIH Ejen Yahudi-Zionis????

Posted: 19 Jun 2012 07:00 PM PDT

Tidak sesiapa menafikan hak, Suaram sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia, untuk membuat pengaduan berkaitan isu urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada pihak pengadilan Perancis.

Yang dipertikaikan ialah motif sebenar Suaram melakukan tindakan membawa satu isu yang berkaitan negara sendiri untuk diadili oleh negara luar.

Apatah lagi kini Suaram bukan lagi dilihat sebagai sebuah organisasi bebas yang berpegang kepada prinsip keadilan sejagat tetapi telah bertindak melebihi peranan sebenarnya.

Suaram tidak lagi berpuas hati dengan fungsinya sekadar pihak pengadu tetapi mahu melebihi batas tersebut dengan cuba menjadi pendakwa dan juga hakim dalam isu tersebut.

Malah Suaram dengan beraninya telah mengatakan bahawa Perdana Menteri akan disepina di mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Belum lagi mahkamah Perancis mencapai sebarang keputusan mengetahui hasil penyiasatannya, Suaram seolah-olah telah mengetahui lebih awal.

Apabila Suaram bertindak sedemikian, sudah tentu rakyat akan terfikir apakah tujuan sebenar pertubuhan itu membuat pengaduan berkenaan isu Scorpene?

Yang lebih penting pihak berkepentingan manakah yang mengarahkan Suaram berbuat demikian?

Suaram berjuang untuk agenda siapa - rakyat? pembangkang? atau lebih bahaya lagi, kuasa asing?

Suaram mengguna khidmat dua peguam Perancis untuk membantunya dalam isu Scorpene, seorang bernama Joseph Breham dan seorang lagi peguam yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia, William Bourdon.

Bourdon merupakan pengasas sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sherpa yang memperjuangkan isu-isu ketidakadilan ekonomi di negara-negara miskin seperti di Afrika.

Sherpa pula dibiayai oleh dua yayasan antarabangsa yang mempunyai dana yang cukup besar iaitu Open Society Foundations (sebelum ini dikenali sebagai Open Society Institute) dan Tides Foundation.

OSF dibiayai sepenuhnya oleh penyangak matawang, George Soros yang hampir sahaja menjahanamkan ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan 1997/1998.

Ketika itulah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan menunjukkan belang sebenarnya untuk menyerahkan kedaulatan Malaysia kepada Bank Dunia dan tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF). sebelum berjaya dihalang oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

OSF merupakan antara penyumbang terbesar kepada dana Tides Foundation, pembiaya Sherpa.

Tides Foundation pula pernah menyumbang sejumlah dana sebanyak AS$15,000 kepada Suaram untuk menjalankan aktivitinya beberapa tahun lalu.

Menurut keterangan laman sesawangnya, Tides Foundation adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mempromosi agenda golongan berhaluan kiri.

Oleh kerana Suaram dilihat sebagai pertubuhan yang menggerakkan aliran pemikiran sayap kiri seperti sosialisme, maka atas dasar itu ia menerima geran dari Tides Foundation.

Antara agenda yang diperjuangkan oleh Tides Foundation ialah "radical gay, lesbian, bisexual, and transgender advocacy (LBGT)" atau perjuangan golongan gay, lesbian, biseksual dan transgender yang radikal atau ekstrim.

Maka tidak hairanlah apabila Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen membuat pengakuan bahawa penganjuran Bersih menerima bantuan kewangan daripada dua pertubuhan Amerika Syarikat (baca pertubuhan didalangi Zionis-Yahudi) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan OSF.

Ambiga juga adalah pendokong kuat program tahunan Seksualiti Merdeka yang bertujuan mempromosi budaya dan gaya hidup LBGT di negara ini.

Perhimpunan Bersih yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih rakyat diberi sokongan kuat dan padu oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar.

Pada tahun 2007, Anwar pernah menjadi ahli panel pada majlis mengutip derma anjuran pertubuhan radikal neocon, National Endowment for Democracy (NED) yang juga menjadi pembiaya NDI.

Jika dikaji dengan teliti, pembabitan Suaram dalam isu Scorpene, Ambiga sebagai pejuang Bersih serta Anwar sebagai ketua pembangkang bukanlah satu perkara yang harus dilihat secara berasingan malah sebenarnya mereka saling kait mengait.

Tindakan Suaram membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis bukanlah satu kebetulan dan perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu bukan pula disengajakan.

Dalang terbesarnya ialah manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan taukenya pula ialah gerakan Zionis-Yahudi antarabangsa.

Malaysia Destinasi Pilihan Projek Lynas Kerana Lebih Ekonomik

Posted: 19 Jun 2012 05:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Malaysia dipilih untuk menjadi tapak projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) kerana ia lebih ekonomik serta mempunyai persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai projek LAMP Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Lynas Corporation mempunyai beberapa pilihan bagi operasi mereka termasuk di Australia selain China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata pada Januari 2004, syarikat Lynas mendapat lanjutan tempoh lesen daripada kerajaan Australia Barat untuk beroperasi di Meenar Industrial Park, Perth.

"Walau bagaimanapun, syarikat mendapati adalah tidak ekonomik untuk beroperasi di Australia kerana kos infrastruktur dan utiliti seperti air dan elektrik yang tinggi," katanya ketika membentang usul laporan jawatankuasa itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kos utiliti air di Australia dianggar dalam lingkungan RM6 per meter padu berbanding kos di Malaysia iaitu sebanyak RM0.84 per meter padu manakala kos tenaga elektrik pula ialah RM0.23 per kilowatt jam berbanding RM0.96 per kilowatt jam di Australia.

"Bagi kos bahan kimia yang digunakan iaitu caustic soda, Projek LAMP membayar RM500 per tan berbanding RM1,500 per tan di Australia. Sehubungan itu, pengoperasian projek LAMP di Malaysia adalah lebih ekonomik berbanding di Australia," katanya.

Mohamed Khaled berkata selain Australia dan Malaysia, Lynas juga mendapat kelulusan untuk beroperasi di China, namun disebabkan dasar kerajaan negara itu yang mengenakan syarat kuota eksport, maka ia adalah kekangan kepada pertumbuhan syarikat.

Beliau berkata keputusan Lynas Corporation untuk menempatkan operasi projek LAMP di negara ini adalah paparan keyakinan tinggi pelabur asing terhadap pelaburan di Malaysia serta kebolehsaingan Malaysia dalam pelbagai aspek terutama yang melibatkan industri berteknologi termaju.

"Oleh itu, projek LAMP harus dianggap sebagai satu cabaran untuk Malaysia memaparkan kewibawaannya sebagai sebuah negara yang mampu mengurus pelaburan yang mempunyai cabaran teknologi dan kepentingan saintifik yang bernilai tinggi.

"Kejayaan Malaysia mengurus pelaburan teknologi termaju ini akan menjadikan Malaysia lebih bersedia untuk diiktiraf sebagai sebuah negara maju," katanya.

Mohamed Khaled berkata bagi memastikan negara mendapat faedah yang akan meningkatkan keupayaan saintifik dan teknologi Malaysia, jawatankuasa mencadangkan beberapa langkah antaranya satu peratus peruntukan daripada pendapatan kasar projek LAMP setiap tahun di khaskan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan keupayaan saintifik berkaitan teknologi nadir bumi.

Beliau berkata 50 peratus daripadanya adalah untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan yang akan diselia oleh sebuah jawatankuasa yang akan ditubuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), manakala 50 peratus lagi untuk aktiviti penyelidikan pengurusan residu dan diselia oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Langkah lain ialah meningkatkan peluang penglibatan pengusaha tempatan bagi menceburi bidang industri hiliran berteknologi tinggi yang menggunakan produk nadir bumi.

Mengenai manfaat sosio-ekonomi projek LAMP terhadap pertumbuhan ekonomi negara, beliau berkata jawatankuasa merumuskan beberapa faedah ekonomi pelaburan dalam projek itu antaranya peningkatan pendapatan pertukaran mata wang asing melalui pelaburan sebanyak RM2.5 bilion.

Faedah lain ialah pemindahan teknologi dengan menyediakan latihan berjumlah RM2.7 juta setahun kepada pekerja tempatan dan penjanaan aktiviti ekonomi perkhidmatan yang dianggar sebanyak RM65.8 juta setahun.


Sumber: UMNO ONLINE

Adun Mana yang Ada Skandal Ni? @mediaumno

Posted: 19 Jun 2012 05:00 AM PDT

Kalau benar mereka dah berkahwin, alhamdullilah-tiadalah berlakunya maksiat atau berita bualan orang ramai yang akhirnya menimbulkan fitnah.

Ceritanya begini, Adun Merbau Pulas-PAS, YB Dato Siti Asyah Ghazali sebelum ini didakwa oleh penduduk dikawasanya mendakwa bahawa YB ini sah telah bernikah dengan Pegawai Khas yang juga merangkap pemandunya tetapi bila ditanya oleh rakan-rakan yang mengenali beliau YB ini menafikannya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pemandu yang juga pegawai khas yang bernama Sazali Bin Sudin mengakui bahawa beliau telah mengahwini YB siti Asyah, secara sah dengan menjadi isteri kedua kepada pemandunya.

Yang peliknya, menurut YB Adun Merbau, beliau mendakwa ada berjumpa sendiri dengan Isteri pertama suaminya untuk meminta kebenaran untuk berkahwin sedangkan dari sumber yang dipercayai , isterinya tidak mengizinkan perkahwinan antara suaminya dengan YB Siti Asyah dan ada sedikit perang mulut antara mereka.

Heboh mengatakan YB Siti Asyah, merampas suaminya dan ada juga mendakwa bahawa YB Siti tekad akan memberhentikan Sazali jika mereka tidak berkahwin.

Memang hebat orang Pas bab pusing-pusing dan cakap auta bila isteri Sazali mengadu bahawa suaminya tidak pulang beberapa hari ke rumah yang dipercayai bersama YB Siti. Inilah contoh ahli Pas sedangkan suami atau isteri boleh mereka tipu inikan pula rakyat.

Cerita hangat ini juga rupanya dihidu oleh MB Kedah, dengan memberi kata dua kepada mereka berdua untuk berkahwin dan syarat yang dikenakan oleh MB Kedah, YB Siti akan hilang semua jawatan dan kuasa jika YB ini mengambil keputusan untuk meneruskan niat berkahwin.

Hmmmmmm…MB Kedah ada kuasa untuk tentukan jodoh adun muslimahnya.


Baca selanjutnya di KHAZANAH MINDA POLITIK MELAYU



SP: Rupanya Muslimah PAS pun wanita biasa gak ye.....

Pengundi di Tmn Danau Desa rindu Aunty @teresakok @mediaumno @umbkl #bn4wp

Posted: 19 Jun 2012 02:30 AM PDT


"Sebagai seorang pengundi di Kawasan Parlimen Seputeh, saya agak hairan dengan ahli parlimen saya dari DAP, YB @teresakok. Sejak PRU-2008 saya x pernah nampak YB sorang ni di kawasan Taman Danau Desa, Taman Desa dan Teratak Muhibbah yang mana semua kawasan tersebut adalah dibawah Parlimen Seputeh. '

Luahan hati dari seorang pengundi di Seputeh tentang Ahli Parlimennya yang dah terlupa jalan ke kawasan2 tersebut yang sebenarnya terletak di dalam Parlimen Seputeh. Oh! Mungkin kerana kawasan di situ adalah kawasan di mana majoriti pengundi adalah orang Melayu dan majoritinya tidak menyokong DAP maka YB Teresa mengambil keputusan untuk meminggirkan mereka? Kesian dengan pengundi yang kempunan nak jumpa wakil rakyat mereka.

Atau mungkin jugak YB kita ni sibuk dengan tugasan sebagai Exco Kanan kerajaan negeri Selangor dan TUJUH (7) lagi jawatan lain yang disandang beliau sampai xde masa nak datang Seputeh.

Hmmmm SP rasa kalau YB dah terlalu sibuk dengan urusan2 lain apa kata kalau jawatan YB Seputeh tue bagi je pada calon lain yang lebih banyak masa untuk mendengar keluhan rakyat Seputeh.


Baca selanjutnya di THE KUALA LUMPUR CHRONICLE

Datuk @ZulkifliNoordin Bawa Mimpi Ngeri Lagi Buat @AnwarIbrahim?

Posted: 19 Jun 2012 12:00 AM PDT


Kenyataan yang dibuat Datuk Zulkifli Nordin di atas itu bukan kenyataan baru, ia pertama kali di bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2010 setelah beliau dipecat dari PKR tidak berapa lama sebelum itu.

Tapi bila kenyataan sama diulang semula semalam, secara terbuka dalam TV, ia mengejutkan ramai orang, terutama kalangan pensimpati pembangkang yang tidak terdedah dengan maklumat seumpama itu sebelum ini.

Orang Pembangkang kita semua tahu, trauma tengok TV, lebih lagi TV3.... Tapi yang dianjur untuk diboikot itu setahu kita adalah Buletin Utama sahaja, rancangan Soal Jawab TV3 baru baru ini tidak termasuk dalam senarai kot!

Ini pun satu hal juga, dalam pada bercakap tentang kebebasan bersuara, boleh pulak boikot-boikot media tertentu. Kebebasan suara apa macam ini..?

Tapi tidak mengapalah, kita tinggalkan soal itu untuk perbincangan di lain masa. Yang penting sekarang ialah, apa akibatnya kalau tuduhan Zul Nordin itu benar, yang dia diarah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya?

Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah (statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Najib..?

Ini perkara serius....! Anwar bukan calang-calang orang, pernah diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan (oleh isterinya sendiri), dipandang tinggi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia in the making, cakapnya, gayanya menjadi ikutan ramai anak muda dan anak tua. Malah kalau diikut-ikutkan Anwar adalah segala-galanya bagi sebahagian orang sehingga sanggup membuang ibu dan adik beradik sendiri.

Semasa demo Bersih 3.0 itu hari, kita lihat sendiri begitu ramai yang bangga, cukup dengan berdiri di sebelah bayang-bayang Anwar saja pun.

Penulis sendiri bangga dengan Anwar, terutama sejak melihat video seks yang didakwa melibatkannya – tak sangka rupanya ada orang Melayu yang punya 'size' seperti dia, ingat Mat Salleh saja....

Kebanggaan menjadi Melayu, bertambah kuat setelah menonton video itu. Ini sekadar nak menunjukkan betapa hebatnya Anwar.

Tapi siapa sangka, di antara semua yang hebat dan 'baik-baik' itu, rupanya Anwar juga tidak banyak beza dengan apa yang dia sering tuduh kepada musuh politiknya - guna politik kotor untuk jatuhkan imej pemimpin tertentu. Yang dedah bukan orang lain, tapi bekas peguam dia sendiri....

Setakat orang lain yang hanya mampu lihat Anwar dari jauh tapi pertahan Anwar mengalahkan pernah tidur sekatil, toksah mimpi nak disamakan dengan Zul Nordin yang susah senang bersama Anwar waima semasa Anwar bergelar banduan!!

Sudah tentu cakap Zul Nordin ada merit dan sebab yang kuat untuk dipercayai. Kalau ini salah, apa yang diungkapkan oleh Zul Nordin itu salah, macam biasalah, saman.

Tapi kalau tanya penulis, memang dari mula pun tak percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya ini. Apa bukti yang ada, melainkan akuan bersumpah yang diketahui sekarang hanyalah rekaan semata-mata.

Apa yang hebat pasal Akuan Bersumpah...? Ramai tak tahu bahawa Akuan Bersumpah ini adalah adaptasi Sumpah Muhabalah dalam Islam. Dinamakan Akuan Bersumpah supaya ia boleh dimasukkan dalam sistem perundangan sivil negara ini, kalau Sumpah Muhabalah hanya terpakai di kalangan orang Islam sahaja.

Jangan kita lupa, Anwar tolak amalan Sumpah Muhabalah ini tapi dia nak pengikutnya percaya Akuan Bersumpah yang sebenarnya versi yang lebih kurang sama, sumpah juga...!

Sudah tentu tuduhan terlibat dalam pembunuhan bukan calang-calang tuduhan, kalau tidak, Raja Petra Kamarudin (RPK) tidak akan lari ke luar negara setelah Najib mengemukakan saman terhadapnya. Kita perlu lebih dari Akuan Bersumpah yang boleh direka dan dicipta untuk meyakinkan diri kita bahawa orang yang dituduh itu benar-benar terlibat.

Sebab itu akibat dari dakwaan Zul Nordin ini besar. Bukan sedikit orang yang dah termakan pembohongan Anwar bahawa Najib terlibat dalam membunuh Altantunya. Apa nak jadi dengan orang-orang ini kalau mati sebelum sempat minta maaf dengan Najib sebab tersilap percayakan Anwar dalam soal pembunuhan ini? Siapa nak tanggung dosa semua tu?

Ada yang jenis orang ini yang penulis kenal, bergelar pak Haji tau! Jangan silap saja penulis sebut pasal Anwar depan dia, cepat-cepat dia mintak 4 saksi, walaupun apa yang penulis sebut itu tidak ada kena mengena dengan hukum hudud dimana soal penyediaan 4 saksi ini adalah satu kewajiban.

Tapi bila sebut pasal silap Najib, terlupa dia soal 4 saksi, laju saja dia mengangguk, tak sempat penulis habis cakap pun – penulis cakap tentang Najib bin Yusof (jiran kampung), bukan Najib Razak.


Beruangbiru

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


IF I HAVE 3 BILLON.....

Posted: 19 Jun 2012 06:35 AM PDT


You folks may be wondering why I keep visiting the old issues about this Tokoh L*w@t Negara fellow. The  Stat. Dec. by Murad Khalid,  are among the reasons why.

The problem was in 1998, when all this crap came to the surface (and shocked everyone including me - I have shaken the guys hand, I had to wash it with Dettol, tak tahu dia pi seluk eksos bas sekolah mana satu)  as usual the Gomen boys did not handle it well at all. 

There were no Blogs then. Kalau lah ada Blog masa tu, this guy would never have made it past the prophylactics counter at the 7-11.

The Gomen boys did not close the file on this case firmly.  Fail 1998  tidak di tutup dengan teguh.  That is why 14 years later in 2012 this joker is still performing clown acts  and getting away with it.

(There is also a clever theory that allowing Anwar Ibrahim to remain in the public sphere has prevented the rise of more credible leaders in PAS, PKR and even DAP. People like Hanipah Mydin and Salahudin Ayub of PAS may have had a different career path if there were no Anwar Ibrahim standing in the way. Well, who knows for sure?)

It was not enough to have him found guilty in the Courts post 1998. Why? Because Anwar Ibrahim was not the real problem. Repeat : the real problem in this country is not Anwar Ibrahim.

The real problem in this country are the type of simple, gullible and foolish people who can be conned so easily into believing him. These people are the real problem in this country - the   gullibles (les credule).  

In countries like India, Anwar Ibrahim would have been buried and forgotten long before Christmas of 1998.  But not in Malaysia.  Unfortunately in our country the gullibles are so confused they can deny their own common sense.   

This does not mean that you must support the BN or Dr Mahathir or PM Najib. Not at all. This is a free country. This is a democracy. You support whoever you want. But how can there be people who would want to continue supporting this chameleon, dunggu and raving idiot? He is not even properly educated.  But there are thousands who do support him. That is the real problem with the politics in this country.  

(Of course there are also those dishonest hypocrites and racists who will support him no matter at what cost - as long as he can help them achieve their racist political ambitions. There are also snakes like The Economist who woke up one day and found out "he is a chameleon". Macam lah Mat Salleh bodoh tak faham apa benda pun?)

Anyway, the following Statutory Declaration by Abdul Murad Khalid, former Deputy Governor of Bank Negara and one of Anwar Ibrahim's jambu boys is taken from Mesin Taip Buruk Blog


(At that time I was in Maybank and we used to hear that Murad was Anwar Ibrahim's jambu boy).  Honest to God folks, at that time I had no idea why anyone would want to call him that.   You better read what Murad himself says about Anwar Ibrahim.

The full Stat. Dec. is at Mesin Taip's  Blog. Here are excerpts and my comments.


I, Dato' Abdul Murad Bin Khalid (NRIC No. 531215-08-5957), a Malaysian citizen of full age and care of No. 104, Jalan Setiabakti 9, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, do hereby solemnly and sincerely declare as follows:-

1. On 16th September 1999 I was charged with failing to disclose truthfully information on Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) shares and 51 of its properties allegedly held for my benefit pursuant to section 87(2)(c) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA).

My comments :  Murad has never filed another Stat. Dec. to say that he was forced or coerced to make this Stat. Dec. - which was the allegation later.  So it still stands.   But even if Murad wants to retract his Stat. Dec. what will he say?  "I did disclose truthfully information on bla bla bla and properties held by me bla bla bla.."  Pun tak ada bro.

3. As one of the top executives in BNM, I invariably came into contact with Datuk Seri Anwar Ibrahim who took a liking for me – and subsequently entrusted me to carry out some of his instructions

My comment : Oh oh.  "I invariably came into contact with Datuk Seri Anwar Ibrahim who took a liking for me .."  On hindsight,  you dont want to make statements like this in public. 

5. 

  • A male Chinese named Tong Kooi Ong, is also involved significantly in raising, financial assistance for Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
  • Tong Kooi Ong is the Chief Executive Officer (CEO) of Phileo Allied Berhad. . .
  • Tong Kooi Ong came into contact with Datuk Seri Anwar Ibrahim on mv introduction and they subsequently became very close. 
  • Tong Kooi Ong subsequently disclosed to me that in return -for the favours granted to him by Datuk Seri Anwar Ibrahim, he had established a "Master Account" -under his control. 
  • From which financial contributions could be made for the interests of Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
  • At one point Tong Kooi Ong confided in me that the Master Account was worth RM200 million based on the values of shares and building assigned to it.

6. I believe there are at least 20 other "Master Accounts" established for Datuk Seri Anwar Ibrahim by his various cronies. I believe that the total funds in these 20 Master Accounts run into more that RM3 billion. 

7. For example it is within my personal knowledge that on the instructions of Datuk Seri Anwar Ibrahim funds from the Master Account was paid to himself and the following persons and organisations known to be affiliated or connected to him between 1992 to 1997:-
  • Asia Pacific Policy Centre (APPC) – RM 38 million 
  • Douglas H. Paal – (USD 10.0 Million)
  • Institut Kajian Dasar – (IKD)RM5 Million
  • ABIM – RM 5 Million 

8. I am also informed that Datuk Seri Anwar Ibrahim instructed Tong Kooi Ong to take into his employ Puan Shamsidar 

.. Puan Shamsidar is generously remunerated and is provided with a car and driver and most of the time she did not need to go to work.

My comment :  Here I would like to correct Murad's Stat Dec. She did work. 

9. I must make a special mention of the American based Organisation called Asia Pacific Policy Centre (APPC) headed by Douglas H. Paal, the former Senior Director from Asian Affairs (1989 to 1993) of the National Security Council (NSC) of the United States of America. 

Douglas H. Paal left the NSC to start APPC in 1993 funded mainly by contributions from Datuk Seri Anwar Ibrahim. I was responsible for arranging USD IO Million in contributions to APPC and Douglas. H. Paal on Datuk Seri Anwar's instructions. 



12. I was also directed by Datuk Seri Anwar Ibrahim, then already appointed as the Finance Minister, to assist the following persons to clear their debts as described below:-

My comments : So were the debts of these people cleared or not? If they were cleared, then can Murad still say he was forced to make the Stat. Dec. ?  You can see the full list of these people at Mesin Taip Buruk. I know of some of these people whose debts were cleared.  

14. I am not aware of .. the locations of the 51 properties .. except one (1) apartment and one (1) bungalow which I was entrusted to maintain for purpose of investment and to be later sold for the Master Account.

My comments : So Murad says he was entrusted to maintain one bungalow and one apartment.  So if Murad were to retract this Stat. Dec. does that mean this bungalow and apartment also did not exist?  Mesti ada records, title to the property, electricity bills, cukai pintu bills etc.

Signed by the above named

DATO' ABDUL MURAD BIN KHALID
at Kuala Lumpur, the day of 26 Oct 1999.


PRU 13 : SUARAM : CARI DAN CIPTA ISU......

Posted: 19 Jun 2012 06:28 AM PDT


SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.

Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun.  


Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.


Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion!  Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh.

Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan.  Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.

Bagi menambahkan 'perisa' kepada cerita ini, SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM.  Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan. 





Isteri PM pula, pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah.  PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang pembangkang berada dalam keadaan yang amat terdesak.

Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM  kerana perlu terus menipu.

Baru-baru ini, SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi "orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis."

Bagaimanapun, Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina.  Menurut mereka, prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain, dalam kes ini, Malaysia. 
Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil.  Oleh itu, tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini.

Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina, maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.

Dari tindakan SUARAM, kita dapat membaca keterdesakan pembangkang yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir.  Justeru, kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.

Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang.  Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan.  Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka. 

PRU 13 : DAP DAN KIASU...

Posted: 19 Jun 2012 05:52 AM PDT


DAP dan Melayu

KETIKA membelek edisi terbaru Suara Perkasa, Awang tertarik dengan kenyataan bekas calon DAP Pulau Pinang, A. Rahman Manap.

Menurut beliau, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini.

Katanya, walaupun Ketua Menteri Pulau Pinang sering menyatakan bahawa DAP hanya memusuhi UMNO tetapi realitinya parti itu bersikap anti-Melayu. ''Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat mereka mencapai cita-cita politik."

Rahman menjadi aktivis DAP pada dekad 90-an dan telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu. Antara jawatan yang pernah disandang ialah Ahli Jawatankuasa DAP Bayan dan Exco DAP Pulau Pinang. Beliau pernah bertanding atas tiket parti itu di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum 1995 tetapi tewas.

Beliau mengaku digunakan untuk berdepan dengan orang Melayu dan pegawai kerajaan. ''Mereka akan terus berlakon kononnya boleh menerima orang Melayu tetapi hakikatnya mereka mahu melihat Melayu lemah dan tidak bermaya.

''Kadang-kadang mereka sanggup melakukan sesuatu yang lebih baik daripada pemimpin Melayu hanya mahu memperdayakan pemikiran Melayu," itulah antara luahan beliau. Menurut Rahman, beliau membuat pendedahan tersebut kerana tidak mahu orang Melayu tertipu dengan segala muslihat DAP.

Awang harap ia menjadi renungan orang Melayu dan umat Islam. Lebih-lebih lagi DAP kini memperhebatkan usaha untuk menarik sokongan Melayu termasuk menjanjikan peluang menjadi calon pilihan raya dan pelbagai jawatan.

Strategi DAP untuk terus mendampingi orang Melayu antara lain kerana tidak mahu bergantung kepada Pas dan PKR. Mereka bimbang Pas akan berpaling tadah daripada pakatan. PKR pula dilihat semakin goyah.

Sesungguhnya DAP adalah parti paling rasis di dunia. Pada Awang, ancaman DAP adalah jauh lebih berbahaya daripada apa-apa ancaman sekalipun yang pernah dihadapi dalam sejarah tanah air. Cuma bentuk penjajahan mereka lebih halus, berselindung atas slogan demokrasi dan tanpa menggunakan senjata. Tetapi implikasinya amat besar. Perlembagaan termasuk kedudukan Islam dan institusi beraja menjadi taruhan, yang akhirnya membawa Malaysia menuju negara republik. Apakah itu yang kita mahu?

DAP PARTI PALING RASIS DI DUNIA.

Beberapa pemimpin DAP melenting apabila Awang menyifatkan DAP adalah parti paling rasis di dunia dalam satu tulisan menerusi ruangan ini awal November lalu.

Mereka marah dan ada yang mencabar Awang agar tampil berdebat tetapi untuk apa dilayan.

Yang penting Awang tidak berganjak daripada pandangan itu. Tidak boleh disangkal lagi, DAP memang parti rasis walaupun cuba berselindung atas slogan demokrasi.

Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.

Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.

Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.

Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.

Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?

Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. 

Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan. Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan.

Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.

Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.

Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.


Artikel ini dimuat turun dari UM. 



PRU 13 : NAK TAHU KISAH NIK AJIS DAN PAS....IKUTI CITER INI...

Posted: 19 Jun 2012 05:46 AM PDT


Kisah Nik Aziz...



MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru itu tidak habis-habis memalukan Pas.

Terbaru beliau mempertahankan kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew agar umat Islam di republik itu tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran dan nilai Islam.

Aneh, seorang pemimpin Pas yang mahu menegakkan negara Islam boleh berkompromi dengan kenyataan Kuan Yew. Mujurlah sebahagian pemimpin Pas tidak senada dengan beliau. Antaranya Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang membidas Kuan Yew. Beliau ada keberanian menyanggah pengasas Singapura itu dengan hujah-hujah ilmiah mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam.

Namun sikap Nik Aziz tidak mengejutkan. Jika beliau boleh tunduk dengan DAP maka tiada sebab untuk tunduk dengan Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP, parti yang memerintah Singapura sehingga kini. Ini kerana PAP dan DAP ada jalinan strategik. Sebab itu, Nik Aziz tidak berani untuk bersuara mempersoalkan Pengerusi DAP Karpal Singh yang terus menolak penubuhan negara Islam. 

Pertama kali dalam sejarah ada pemimpin utama Pas yang menjadi alat DAP. Awang dapat tahu, ramai ahli Pas yang kecewa dengan kenyataan Nik Aziz lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya kecil Tenang. Malah ada yang menyatakan beliau sudah tidak lagi relevan selain menjadi liabiliti kepada Pas. Awang juga berpendapat begitu. Anak Nik Aziz, Nik Abduh jauh lebih bijak dan wajar diberi peranan untuk meneruskan legasi bapanya suatu hari nanti.

Beberapa hari lalu pula, Nik Aziz mengeluarkan 'fatwa' bahawa mereka yang tidak mengundi Pas sebagai golongan jahiliah. Awang sudah tidak larat geleng kepala apabila bercakap tentang kecelaruan Nik Aziz. Menteri Besar Kelantan itu nampaknya riak dan semakin banyak menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik. Dua tokoh agama dari Kelantan iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Ulama Pas, Mohd. Noor Idris dan Pengagas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah turut menyelar kenyataan Nik Aziz. Awang harap Nik Aziz tidaklah meletakkan imejnya seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Jika dibuat perbandingan siri-siri kenyataan Nik Aziz sejak bertahun-tahun lalu dan Ayah Pin, rasanya Tok Guru itu lebih banyak mengelirukan umat Islam. Tetapi apakan daya, ketaksuban oleh sebahagian ahli dan penyokong Pas, menenggelamkan rasional. Sedihnya, di antara Islam sejati dan fahaman Nik Aziz, ramai juga yang sanggup memilih untuk akur dengan Tok Guru yang celaru.



Nik Aziz 1



Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. ''Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),'' katanya.

Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. 

Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.

Tetapi Awang tidak terkejut. Demi politik, Nik Aziz boleh berubah sekelip mata. Awang setuju dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Aziz akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya umum dan kemudian menjadi pemerintah bersama dengan DAP dan PKR.

Hakikatnya di kalangan ramai orang Islam dan masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas itu dilihat sebagai ancaman kepada masa depan agama dan bangsa. Pendirian beliau dalam banyak isu termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, tunduk kepada DAP dan mengetepikan agenda perjuangan bangsa, menghiris hati masyarakat Melayu. Apabila pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menyeru umat Islam republik itu mengurangkan amalan nilai-nilai Islam baru-baru ini, Nik Aziz sanggup mempertahankan beliau.

Pada pilihan raya kecil di Tenang, beliau sekali lagi mencetuskan keresahan apabila mendakwa umat Islam yang tidak mengundi Pas adalah golongan jahiliah.

Kini Nik Aziz macam lalang ditiup angin terpaksa berpatah balik untuk menyakinkan semula masyarakat Melayu. Pada Awang, itu tidak cukup. Beliau sepatutnya memohon maaf atas banyak kenyataan dan tindak-tanduknya yang memudaratkan kepentingan agama dan bangsa.

Awang juga tertarik dengan perubahan strategi Pas sehingga terpaksa mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas.

Rasanya tidak perlulah Pas bersusah payah mengadakan konvensyen seumpama itu. Ia tidak akan memberi sebarang kesan selagi Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas terus dicucuk hidung oleh DAP dan PKR.

Nik Aziz 2



Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. 

Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, UMNO telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi. Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh UMNO pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu.

Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan UMNO. Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. 

Beliau tergamak melabel UMNO sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam. Beliau terlupa bahawa kerajaan UMNO paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.

Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan. Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak 'pencerobohan' ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh 'langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam' tidak berani disanggah oleh Nik Aziz. Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas. Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah...

NIK AZIZ 3



Nik Aziz oh Nik Aziz, tok guru yang hebat...



LIM Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng gembira, Anwar Ibrahim puas manakala Hadi Awang kelihatan serius di mesyuarat membincangkan kedudukan pelan gagasan kerajaan perpaduan di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur kelmarin. Idea Hadi itu ditolak.


SYABAS Pas kerana menolak gagasan perpaduan Melayu. Syabas Pas kerana bersekongkol dengan rakan-rakannya - yang asyik mengungkit mengenai isu biasiswa kepada anak-anak bumiputera miskin, isu untuk mengenyah DEB, isu-isu terlalu sensitif yang jika disebut di sini 'orang-orang tertentu' akan mengecap kita ini sebagai rasis.

Cita-cita Pas ialah mahu memerintah Malaysia dengan rakan-rakannya itu. Mungkin Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu mengidamkan menjadi Perdana Menteri. Jika diizinkan tuhan cita-citanya akan tercapai. Tolong, janganlah sesiapa mengatakan dia tok guru yang hanya mengajar agama - sebenarnya beliau ialah ahli politik totok yang dalam istilah Inggeris disebut political animal.

Beliau tidak percaya kepada pengertian kebangsaan - atau dalam konteks gagasan perpaduan, Melayu. Melayu bagi beliau ialah elemen assabiyah yang menurutnya tidak sehaluan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud.

Itulah antara kegagalan gagasan tersebut. Awal-awal lagi Nik Aziz menolaknya, walaupun kumpulan lain dalam Pas mahu rundingan itu dimulakan. Presiden Pas, Hadi Awang yang mencetuskan idea itu. Ia disambut oleh kumpulan bukan-Erdogan, terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Sambutan Nasharudin itu mengakibatkan beliau 'menghilangkan diri' beberapa hari kerana dimarahi teruk oleh Mursyidul Amnya, Nik Aziz.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim yang bimbang melihat berlaku krisis keyakinan yang merugikannya dalam pakatan itu pergi menghadap Nik Aziz di Kota Bharu sebelah pagi Ahad - beberapa jam sebelum Hadi pulang dari luar negara malam itu.

Ternyata dalam pertemuan itu Anwar berjaya mempengaruhi Nik Aziz, atau mereka berdua merancang untuk 'menyelesaikan' kemelut ini - tanpa pengetahuan pencetus idea, Hadi.

Hadi yang ditemui pemberita di lapangan terbang KLIA berkata, Pas akan mengadakan perbincangan mengenai gagasan itu keesokan harinya.

Keesokan harinya (Isnin lalu) pakatan pembangkang yang dihadiri Anwar, Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng tersenyum puas. Hadi yang turut berada di dalam mesyuarat sejam pakatan itu di bangunan Parlimen terpaksa 'malu alah' dan bersetuju mengeluarkan satu kenyataan sebulat suara menolak gagasan itu. Kenyataan tiga perenggan itu ditandatangani oleh Anwar, Hadi dan Kit Siang.

Nasharudin tidak hadir dalam pertemuan itu.

Malamnya sebelum pertemuan itu, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Parti yang membawa negara ini sehingga ke tahap ini - berbanding Pakistan, Bangladesh, Afghanistan dan negara-negara Islam lain - dicercanya sebegitu rupa.

Itulah Nik Aziz, ahli politik totok yang kita kenali lama dulu. Seorang yang kononnya berperwatakan lembut, tapi keras berpolitiknya. Dia menyamakan UMNO seperti Ayah Pin. Dia juga menyamakan UMNO seperti pengganas komunis.

"UMNO ialah pertubuhan sesat, sama dengan Ayah Pin. UMNO dan komunis adalah sama. UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam," kata Menteri Besar Kelantan itu di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.

"Bagaimana kita mahu bersetuju dengan UMNO? Mereka sekarang mahu minta kita lupa yang lepas dan bersatu dengan mereka. Mereka ini tidak tahu malu," katanya di hadapan rakan-rakan pakatannya Anwar dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw.

Awal hari itu (sebagaimana yang dilaporkan akhbar) Nik Aziz sudah mulai berlembut. Tapi beberapa jam kemudian di ceramah di Kuala Krai itu beliau buat pusingan-U di hadapan 5,000 penyokongnya dengan menghentam UMNO dalam kempen menjelang pilihan raya kecil Manek Urai 14 Julai ini.

Itulah Nik Aziz yang kita kenali. Beliau boleh membuat pusingan-U yang tajam. Itu pasal kita kata beliau bukan tok guru ajar mengaji, tapi ahli politik totok yang berjuang atas nama prinsipnya yang kental.

Berkata di hadapan pengikutnya yang fanatik itu, Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah.

Tambah beliau, umat Islam wajib menolak UMNO jika mereka takutkan Allah.

Benar Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan mungkin tiada masalah kerana ramai rakyatnya 'Melayu', tapi corak pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada master DAP telah menunjukkan hitam putih corak pemerintahannya.

Belumpun panas duduk di kerusi Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.

Kini Nik Aziz merasakan Pas dan pakatan pembangkangnya yang layak memerintah negara ini. Jika tidak layak pun jangan bimbang, mereka akan dipimpin (ditunjuk ajar) oleh sebuah negara jiran yang yakin Malaysia kini sudah pun berada di persimpangan jalan. Negara itulah yang kini melatih Pulau Pinang dengan menghantar beberapa penasihat ke negeri itu.

Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Memang benar mereka sudah kuat. Mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali - sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.

Memetik kata-kata Bisik-Bisik Awang Selamat kelmarin "… sekiranya gagasan ini berjaya, ia akan menjadi satu pelan politik yang terhebat dalam sejarah tanah air."

"… tapi untuk merealisasinya bukan mudah. Pakatan pembangkang seboleh mungkin tidak mahu melihat rancangan itu berjaya."

Kenapa mereka tidak mahu melihat ia berjaya? Kerana jika gagasan ini berjaya, pakatan itu akan hancur lebur. Dan orang Melayu akan kembali kuat.

Apa pun tahniah dan syabas sekali lagi kepada Anwar dan Kit Siang serta tentunya tok guru Nik Aziz kerana berjaya menggagalkan gagasan itu.



Pengikut