Puteri Bahagian Segambut |
- SUARAM Menipu: Tiada Rakyat Malaysia di Sapina?? @umbkl @mediaumno
- Benarkah SUARAM, BERSIH Ejen Yahudi-Zionis????
- Malaysia Destinasi Pilihan Projek Lynas Kerana Lebih Ekonomik
- Adun Mana yang Ada Skandal Ni? @mediaumno
- Pengundi di Tmn Danau Desa rindu Aunty @teresakok @mediaumno @umbkl #bn4wp
- Datuk @ZulkifliNoordin Bawa Mimpi Ngeri Lagi Buat @AnwarIbrahim?
SUARAM Menipu: Tiada Rakyat Malaysia di Sapina?? @umbkl @mediaumno Posted: 19 Jun 2012 09:00 PM PDT SUARAM a.k.a pembangkang telah melakukan kerja yang baik sekali dalam menghina intelektualiti rakyat Malaysia dengan menyebarkan pembohongan yang tidak berkesudahan dan tidak masuk akal untuk memburukkan imej Perdana Menteri dan menjatuhkan kerajaan.
Pada mulanya, mereka menuduh bahawa PM telah mengambil rasuah sejumlah EURO 114 juta melalui syarikat bernama Perimekar tetapi kemudiannya disahkan bahawa bayaran itu dibuat kepada Perimekar untuk menampung khidmat penyelenggaraan, sokongan dan pengurusan termasuk kos penginapan bagi 213 pegawai, kakitangan dan krew kapal selam selama 6 tahun. Oleh itu, sekiranya benar EURO 114 juta telah dibayar kepada PM sebagai rasuah dan bukan diterima oleh Perimekar, maka ini bermakna Perimekar telah memberi khidmat secara percuma selama 6 tahun yang mana tidak masuk akal sama sekali.
Kemudian, SUARAM menyatakan jumlahnya bukanlah EURO 114 juta tetapi PM telah menghantar faks kepada DCNS meminta rasuah sejumlah USD 1 billion atau RM3.8 billion atau EURO 1.08 billion! Tidak mungkin sesiapa jua akan meminta rasuah melalui faks, dan untuk SUARAM menyatakan sedemikian menunjukkan yang SUARAM adalah benar-benar bodoh untuk memikirkan fitnah yang sebegitu bodoh.
Jumlah EURO 1.08 billion adalah jumlah keseluruhan kontrak pembelian kapal selam termasuk dengan kos penyelenggaraan, sokongan serta pengurusan. Oleh itu, jika benar ianya dibayar terus kepada PM sebagai rasuah seperti yang difitnah SUARAM, maka ia bermakna Malaysia telah menerima kapal selam secara percuma – yang mana pastilah tidak masuk akal langsung.
Bagi menambahkan 'perisa' kepada cerita ini, SUARAM menuduh bahawa PM atau mungkin pembantu PM, Abdul Razak Baginda mempunyai hubungan sulit dengan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusniaga kapal selam, yang kemudiannya dibunuh kejam oleh isteri PM. Tetapi, hakikatnya, segala urusniaga tersebut dibuat dalam bahasa Inggeris dan tiada penterjemah yang diperlukan.
Isteri PM pula, pada ketika pembunuhan berlaku sedang menghadiri program berbuka puasa bersama anak-anak yatim dengan beribu orang saksi dan alibi untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah. PM tidak pernah bertemu dengan Altantuya dan gambar superimpose yang begitu lemah yang disebarkan oleh pembangkang untuk menunjukkan mereka pernah berjumpa sudah cukup untuk menunjukkan yang PM berkata benar sekali gus membuktikan yang pembangkang berada dalam keadaan yang amat terdesak.
Dengan segala penipuan ini kini terdedah luas, kita hampir merasa kasihan kepada SUARAM kerana perlu terus menipu.
Baru-baru ini, SUARAM membuat satu lagi kenyataan berbunyi "orang kanan kepada penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl adalah rakyat Malaysia pertama akan disapina sebagai saksi dalam kes scorpene yang sedang berjalan di Perancis."
Bagaimanapun, Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur apabila ditanya mengenainya merasa terkejut kerana mereka tidak mendengar dan tidak pula dimaklumkan apa-apa mengenai sapina. Menurut mereka, prosedur memperuntukkan bahawa Kementerian Luar Perancis perlu diberitahu mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah Perancis kepada mana-mana rakyat negara lain, dalam kes ini, Malaysia.
Kementerian tersebut pula perlu memaklumkan kepada Wisma Putra agar tindakan dapat diambil. Oleh itu, tiada sapina boleh diserahkan terus kepada mana-mana rakyat negara ini tanpa pengetahuan semua pihak yang disebut di sini.
Memandangkan tiada siapa dari pihak berkuasa terlibat yang dimaklumkan mengenai apa-apa sapina, maka jelaslah SUARAM telah menipu sekali lagi secara terang-terangan.
Dari tindakan SUARAM, kita dapat membaca keterdesakan pembangkang yang semakin tidak dapat dikawal kerana pilihanraya yang semakin hampir. Justeru, kita pasti bahawa penipuan mereka akan semakin besar dan semakin dahsyat lagi selepas ini.
Namun rakyat Malaysia tidak perlu bimbang. Kita tunggu dan lihat sahaja berapa hebat penipuan yang mampu mereka lakukan. Selagi PM melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, SUARAM atau pembangkang boleh menipu semahu-mahunya, tetapi kita pasti rakyat tidak akan mengundi penipu yang gemar menghina intelektualiti mereka. |
Benarkah SUARAM, BERSIH Ejen Yahudi-Zionis???? Posted: 19 Jun 2012 07:00 PM PDT Tidak sesiapa menafikan hak, Suaram sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia, untuk membuat pengaduan berkaitan isu urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada pihak pengadilan Perancis.
Yang dipertikaikan ialah motif sebenar Suaram melakukan tindakan membawa satu isu yang berkaitan negara sendiri untuk diadili oleh negara luar.
Apatah lagi kini Suaram bukan lagi dilihat sebagai sebuah organisasi bebas yang berpegang kepada prinsip keadilan sejagat tetapi telah bertindak melebihi peranan sebenarnya.
Suaram tidak lagi berpuas hati dengan fungsinya sekadar pihak pengadu tetapi mahu melebihi batas tersebut dengan cuba menjadi pendakwa dan juga hakim dalam isu tersebut.
Malah Suaram dengan beraninya telah mengatakan bahawa Perdana Menteri akan disepina di mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
Belum lagi mahkamah Perancis mencapai sebarang keputusan mengetahui hasil penyiasatannya, Suaram seolah-olah telah mengetahui lebih awal.
Apabila Suaram bertindak sedemikian, sudah tentu rakyat akan terfikir apakah tujuan sebenar pertubuhan itu membuat pengaduan berkenaan isu Scorpene?
Yang lebih penting pihak berkepentingan manakah yang mengarahkan Suaram berbuat demikian?
Suaram berjuang untuk agenda siapa - rakyat? pembangkang? atau lebih bahaya lagi, kuasa asing?
Suaram mengguna khidmat dua peguam Perancis untuk membantunya dalam isu Scorpene, seorang bernama Joseph Breham dan seorang lagi peguam yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia, William Bourdon.
Bourdon merupakan pengasas sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sherpa yang memperjuangkan isu-isu ketidakadilan ekonomi di negara-negara miskin seperti di Afrika.
Sherpa pula dibiayai oleh dua yayasan antarabangsa yang mempunyai dana yang cukup besar iaitu Open Society Foundations (sebelum ini dikenali sebagai Open Society Institute) dan Tides Foundation.
OSF dibiayai sepenuhnya oleh penyangak matawang, George Soros yang hampir sahaja menjahanamkan ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan 1997/1998.
Ketika itulah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan menunjukkan belang sebenarnya untuk menyerahkan kedaulatan Malaysia kepada Bank Dunia dan tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF). sebelum berjaya dihalang oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
OSF merupakan antara penyumbang terbesar kepada dana Tides Foundation, pembiaya Sherpa.
Tides Foundation pula pernah menyumbang sejumlah dana sebanyak AS$15,000 kepada Suaram untuk menjalankan aktivitinya beberapa tahun lalu.
Menurut keterangan laman sesawangnya, Tides Foundation adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mempromosi agenda golongan berhaluan kiri.
Oleh kerana Suaram dilihat sebagai pertubuhan yang menggerakkan aliran pemikiran sayap kiri seperti sosialisme, maka atas dasar itu ia menerima geran dari Tides Foundation.
Antara agenda yang diperjuangkan oleh Tides Foundation ialah "radical gay, lesbian, bisexual, and transgender advocacy (LBGT)" atau perjuangan golongan gay, lesbian, biseksual dan transgender yang radikal atau ekstrim.
Maka tidak hairanlah apabila Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen membuat pengakuan bahawa penganjuran Bersih menerima bantuan kewangan daripada dua pertubuhan Amerika Syarikat (baca pertubuhan didalangi Zionis-Yahudi) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan OSF.
Ambiga juga adalah pendokong kuat program tahunan Seksualiti Merdeka yang bertujuan mempromosi budaya dan gaya hidup LBGT di negara ini.
Perhimpunan Bersih yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih rakyat diberi sokongan kuat dan padu oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar.
Pada tahun 2007, Anwar pernah menjadi ahli panel pada majlis mengutip derma anjuran pertubuhan radikal neocon, National Endowment for Democracy (NED) yang juga menjadi pembiaya NDI.
Jika dikaji dengan teliti, pembabitan Suaram dalam isu Scorpene, Ambiga sebagai pejuang Bersih serta Anwar sebagai ketua pembangkang bukanlah satu perkara yang harus dilihat secara berasingan malah sebenarnya mereka saling kait mengait.
Tindakan Suaram membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis bukanlah satu kebetulan dan perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu bukan pula disengajakan.
Dalang terbesarnya ialah manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan taukenya pula ialah gerakan Zionis-Yahudi antarabangsa. |
Malaysia Destinasi Pilihan Projek Lynas Kerana Lebih Ekonomik Posted: 19 Jun 2012 05:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Jun – Malaysia dipilih untuk menjadi tapak projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) kerana ia lebih ekonomik serta mempunyai persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai projek LAMP Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Lynas Corporation mempunyai beberapa pilihan bagi operasi mereka termasuk di Australia selain China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Mohamed Khaled, yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata pada Januari 2004, syarikat Lynas mendapat lanjutan tempoh lesen daripada kerajaan Australia Barat untuk beroperasi di Meenar Industrial Park, Perth. "Walau bagaimanapun, syarikat mendapati adalah tidak ekonomik untuk beroperasi di Australia kerana kos infrastruktur dan utiliti seperti air dan elektrik yang tinggi," katanya ketika membentang usul laporan jawatankuasa itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata kos utiliti air di Australia dianggar dalam lingkungan RM6 per meter padu berbanding kos di Malaysia iaitu sebanyak RM0.84 per meter padu manakala kos tenaga elektrik pula ialah RM0.23 per kilowatt jam berbanding RM0.96 per kilowatt jam di Australia. "Bagi kos bahan kimia yang digunakan iaitu caustic soda, Projek LAMP membayar RM500 per tan berbanding RM1,500 per tan di Australia. Sehubungan itu, pengoperasian projek LAMP di Malaysia adalah lebih ekonomik berbanding di Australia," katanya. Mohamed Khaled berkata selain Australia dan Malaysia, Lynas juga mendapat kelulusan untuk beroperasi di China, namun disebabkan dasar kerajaan negara itu yang mengenakan syarat kuota eksport, maka ia adalah kekangan kepada pertumbuhan syarikat. Beliau berkata keputusan Lynas Corporation untuk menempatkan operasi projek LAMP di negara ini adalah paparan keyakinan tinggi pelabur asing terhadap pelaburan di Malaysia serta kebolehsaingan Malaysia dalam pelbagai aspek terutama yang melibatkan industri berteknologi termaju. "Oleh itu, projek LAMP harus dianggap sebagai satu cabaran untuk Malaysia memaparkan kewibawaannya sebagai sebuah negara yang mampu mengurus pelaburan yang mempunyai cabaran teknologi dan kepentingan saintifik yang bernilai tinggi. "Kejayaan Malaysia mengurus pelaburan teknologi termaju ini akan menjadikan Malaysia lebih bersedia untuk diiktiraf sebagai sebuah negara maju," katanya. Mohamed Khaled berkata bagi memastikan negara mendapat faedah yang akan meningkatkan keupayaan saintifik dan teknologi Malaysia, jawatankuasa mencadangkan beberapa langkah antaranya satu peratus peruntukan daripada pendapatan kasar projek LAMP setiap tahun di khaskan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan keupayaan saintifik berkaitan teknologi nadir bumi. Beliau berkata 50 peratus daripadanya adalah untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan yang akan diselia oleh sebuah jawatankuasa yang akan ditubuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), manakala 50 peratus lagi untuk aktiviti penyelidikan pengurusan residu dan diselia oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Langkah lain ialah meningkatkan peluang penglibatan pengusaha tempatan bagi menceburi bidang industri hiliran berteknologi tinggi yang menggunakan produk nadir bumi. Mengenai manfaat sosio-ekonomi projek LAMP terhadap pertumbuhan ekonomi negara, beliau berkata jawatankuasa merumuskan beberapa faedah ekonomi pelaburan dalam projek itu antaranya peningkatan pendapatan pertukaran mata wang asing melalui pelaburan sebanyak RM2.5 bilion. Faedah lain ialah pemindahan teknologi dengan menyediakan latihan berjumlah RM2.7 juta setahun kepada pekerja tempatan dan penjanaan aktiviti ekonomi perkhidmatan yang dianggar sebanyak RM65.8 juta setahun. Sumber: UMNO ONLINE |
Adun Mana yang Ada Skandal Ni? @mediaumno Posted: 19 Jun 2012 05:00 AM PDT Kalau benar mereka dah berkahwin, alhamdullilah-tiadalah berlakunya maksiat atau berita bualan orang ramai yang akhirnya menimbulkan fitnah. Ceritanya begini, Adun Merbau Pulas-PAS, YB Dato Siti Asyah Ghazali sebelum ini didakwa oleh penduduk dikawasanya mendakwa bahawa YB ini sah telah bernikah dengan Pegawai Khas yang juga merangkap pemandunya tetapi bila ditanya oleh rakan-rakan yang mengenali beliau YB ini menafikannya.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, pemandu yang juga pegawai khas yang bernama Sazali Bin Sudin mengakui bahawa beliau telah mengahwini YB siti Asyah, secara sah dengan menjadi isteri kedua kepada pemandunya. Yang peliknya, menurut YB Adun Merbau, beliau mendakwa ada berjumpa sendiri dengan Isteri pertama suaminya untuk meminta kebenaran untuk berkahwin sedangkan dari sumber yang dipercayai , isterinya tidak mengizinkan perkahwinan antara suaminya dengan YB Siti Asyah dan ada sedikit perang mulut antara mereka. Heboh mengatakan YB Siti Asyah, merampas suaminya dan ada juga mendakwa bahawa YB Siti tekad akan memberhentikan Sazali jika mereka tidak berkahwin. Memang hebat orang Pas bab pusing-pusing dan cakap auta bila isteri Sazali mengadu bahawa suaminya tidak pulang beberapa hari ke rumah yang dipercayai bersama YB Siti. Inilah contoh ahli Pas sedangkan suami atau isteri boleh mereka tipu inikan pula rakyat. Cerita hangat ini juga rupanya dihidu oleh MB Kedah, dengan memberi kata dua kepada mereka berdua untuk berkahwin dan syarat yang dikenakan oleh MB Kedah, YB Siti akan hilang semua jawatan dan kuasa jika YB ini mengambil keputusan untuk meneruskan niat berkahwin. Hmmmmmm…MB Kedah ada kuasa untuk tentukan jodoh adun muslimahnya. Baca selanjutnya di KHAZANAH MINDA POLITIK MELAYU SP: Rupanya Muslimah PAS pun wanita biasa gak ye..... |
Pengundi di Tmn Danau Desa rindu Aunty @teresakok @mediaumno @umbkl #bn4wp Posted: 19 Jun 2012 02:30 AM PDT "Sebagai seorang pengundi di Kawasan Parlimen Seputeh, saya agak hairan dengan ahli parlimen saya dari DAP, YB @teresakok. Sejak PRU-2008 saya x pernah nampak YB sorang ni di kawasan Taman Danau Desa, Taman Desa dan Teratak Muhibbah yang mana semua kawasan tersebut adalah dibawah Parlimen Seputeh. ' Luahan hati dari seorang pengundi di Seputeh tentang Ahli Parlimennya yang dah terlupa jalan ke kawasan2 tersebut yang sebenarnya terletak di dalam Parlimen Seputeh. Oh! Mungkin kerana kawasan di situ adalah kawasan di mana majoriti pengundi adalah orang Melayu dan majoritinya tidak menyokong DAP maka YB Teresa mengambil keputusan untuk meminggirkan mereka? Kesian dengan pengundi yang kempunan nak jumpa wakil rakyat mereka. Atau mungkin jugak YB kita ni sibuk dengan tugasan sebagai Exco Kanan kerajaan negeri Selangor dan TUJUH (7) lagi jawatan lain yang disandang beliau sampai xde masa nak datang Seputeh. Hmmmm SP rasa kalau YB dah terlalu sibuk dengan urusan2 lain apa kata kalau jawatan YB Seputeh tue bagi je pada calon lain yang lebih banyak masa untuk mendengar keluhan rakyat Seputeh. Baca selanjutnya di THE KUALA LUMPUR CHRONICLE |
Datuk @ZulkifliNoordin Bawa Mimpi Ngeri Lagi Buat @AnwarIbrahim? Posted: 19 Jun 2012 12:00 AM PDT Kenyataan yang dibuat Datuk Zulkifli Nordin di atas itu bukan kenyataan baru, ia pertama kali di bangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat pada Mac 2010 setelah beliau dipecat dari PKR tidak berapa lama sebelum itu. Tapi bila kenyataan sama diulang semula semalam, secara terbuka dalam TV, ia mengejutkan ramai orang, terutama kalangan pensimpati pembangkang yang tidak terdedah dengan maklumat seumpama itu sebelum ini. Orang Pembangkang kita semua tahu, trauma tengok TV, lebih lagi TV3.... Tapi yang dianjur untuk diboikot itu setahu kita adalah Buletin Utama sahaja, rancangan Soal Jawab TV3 baru baru ini tidak termasuk dalam senarai kot! Ini pun satu hal juga, dalam pada bercakap tentang kebebasan bersuara, boleh pulak boikot-boikot media tertentu. Kebebasan suara apa macam ini..? Tapi tidak mengapalah, kita tinggalkan soal itu untuk perbincangan di lain masa. Yang penting sekarang ialah, apa akibatnya kalau tuduhan Zul Nordin itu benar, yang dia diarah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya? Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah (statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Najib..? Ini perkara serius....! Anwar bukan calang-calang orang, pernah diangkat sebagai pemimpin anugerah tuhan (oleh isterinya sendiri), dipandang tinggi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia in the making, cakapnya, gayanya menjadi ikutan ramai anak muda dan anak tua. Malah kalau diikut-ikutkan Anwar adalah segala-galanya bagi sebahagian orang sehingga sanggup membuang ibu dan adik beradik sendiri. Semasa demo Bersih 3.0 itu hari, kita lihat sendiri begitu ramai yang bangga, cukup dengan berdiri di sebelah bayang-bayang Anwar saja pun. Penulis sendiri bangga dengan Anwar, terutama sejak melihat video seks yang didakwa melibatkannya – tak sangka rupanya ada orang Melayu yang punya 'size' seperti dia, ingat Mat Salleh saja.... Kebanggaan menjadi Melayu, bertambah kuat setelah menonton video itu. Ini sekadar nak menunjukkan betapa hebatnya Anwar. Tapi siapa sangka, di antara semua yang hebat dan 'baik-baik' itu, rupanya Anwar juga tidak banyak beza dengan apa yang dia sering tuduh kepada musuh politiknya - guna politik kotor untuk jatuhkan imej pemimpin tertentu. Yang dedah bukan orang lain, tapi bekas peguam dia sendiri.... Setakat orang lain yang hanya mampu lihat Anwar dari jauh tapi pertahan Anwar mengalahkan pernah tidur sekatil, toksah mimpi nak disamakan dengan Zul Nordin yang susah senang bersama Anwar waima semasa Anwar bergelar banduan!! Sudah tentu cakap Zul Nordin ada merit dan sebab yang kuat untuk dipercayai. Kalau ini salah, apa yang diungkapkan oleh Zul Nordin itu salah, macam biasalah, saman. Tapi kalau tanya penulis, memang dari mula pun tak percaya Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya ini. Apa bukti yang ada, melainkan akuan bersumpah yang diketahui sekarang hanyalah rekaan semata-mata. Apa yang hebat pasal Akuan Bersumpah...? Ramai tak tahu bahawa Akuan Bersumpah ini adalah adaptasi Sumpah Muhabalah dalam Islam. Dinamakan Akuan Bersumpah supaya ia boleh dimasukkan dalam sistem perundangan sivil negara ini, kalau Sumpah Muhabalah hanya terpakai di kalangan orang Islam sahaja. Jangan kita lupa, Anwar tolak amalan Sumpah Muhabalah ini tapi dia nak pengikutnya percaya Akuan Bersumpah yang sebenarnya versi yang lebih kurang sama, sumpah juga...! Sudah tentu tuduhan terlibat dalam pembunuhan bukan calang-calang tuduhan, kalau tidak, Raja Petra Kamarudin (RPK) tidak akan lari ke luar negara setelah Najib mengemukakan saman terhadapnya. Kita perlu lebih dari Akuan Bersumpah yang boleh direka dan dicipta untuk meyakinkan diri kita bahawa orang yang dituduh itu benar-benar terlibat. Sebab itu akibat dari dakwaan Zul Nordin ini besar. Bukan sedikit orang yang dah termakan pembohongan Anwar bahawa Najib terlibat dalam membunuh Altantunya. Apa nak jadi dengan orang-orang ini kalau mati sebelum sempat minta maaf dengan Najib sebab tersilap percayakan Anwar dalam soal pembunuhan ini? Siapa nak tanggung dosa semua tu? Ada yang jenis orang ini yang penulis kenal, bergelar pak Haji tau! Jangan silap saja penulis sebut pasal Anwar depan dia, cepat-cepat dia mintak 4 saksi, walaupun apa yang penulis sebut itu tidak ada kena mengena dengan hukum hudud dimana soal penyediaan 4 saksi ini adalah satu kewajiban. Tapi bila sebut pasal silap Najib, terlupa dia soal 4 saksi, laju saja dia mengangguk, tak sempat penulis habis cakap pun – penulis cakap tentang Najib bin Yusof (jiran kampung), bukan Najib Razak. Beruangbiru |
You are subscribed to email updates from FROM THE EYES OF SEGAMBUT PRINCESS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan