Sabtu, 2 Jun 2012

Razlan's

Razlan's


Pelancaran Jentera BN Wilayah Persekutuan

Posted: 02 Jun 2012 07:43 PM PDT

Secara lansung di Stadium Titiwangsa untuk pelancaran jentera BN wilayah persekutuan yang akan dilancarkan oleh YAB Tan Seri Muhyddin Yassin.

Seramai 10,0000 jentera BN WP yang akan bertugas semasa PRU akan datang membanjiri stadium sabar mahu mendengar amanat YAB TPM.

Barisan Nasional menjangkakan akan memenangi kembali 4 kerusi yang tewas kepada PR pada PRU yang lepas.

Siap siaganya jentera BN WP membuktikan seluruh jentera parti bersatu untuk memastikan kemenangan BN.

Harus rakyat bandar menolak PR yang sering meminggirkan rakyat yang mereka wakili.

BN menang, rakyat sejahtera .....

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


[Live] Gelombang Biru WP Sedia Gempur #bn4wp @umbkl @muhyiddinyassin @razlanrafii

Posted: 02 Jun 2012 08:45 PM PDT

Putrajaya tetap Kami Pertahankan!!!!!!
















posted from Bloggeroid

[LIVE] Stadium Titiwangsa mula dipenuhi Geng Baju Biru @muhyiddinyassin @umbkl @razlanrafii #bn4wp

Posted: 02 Jun 2012 07:28 PM PDT

Keadaan di dalam Stadium Titiwangsa sudah mula dipenuhi geng2 berbaju biru yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa. Masing2 begitu bersemangat ingin mendengar amanat daripada YAB Pengerusi BN WP, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ruang2 tempat duduk di dalam stadium sudah mula dipenuhi orang ramai. SP akan membawa liputan dari semasa kesemasa suasana di sini.








Twitter: @MazniM
Email: cintasue78@gmail.com

posted from Bloggeroid

Apa Dah Jadi Ceramah PR di Segambut? @limlipeng @JDB27 #bn4wp

Posted: 02 Jun 2012 05:30 PM PDT

Dahsyat ceramah Isu2 Semasa Pakatan Haram di Segambut malam tadi. Ceramah yg dibuat di kawasan lapang berhadapan dengan Mandy Villa penuh dengan penyokong2 P (kurg drpd 150 org yg hadir).

SP tak taulah sejak bila PR buka keahlian kepada warga asing kerana yg hadir semalam majoriti pekerja kontrak Indonesia yang mungkin menyangka ada wayang pacak di sana semalam.

Tabik spring jugak kpd penceramah2 hebat daripada Pas dan PKR yang hebat menjaja kisah dongeng kepada "orang2 segambut" especially YB Kuala Langat yg hebat memaki daripada mula hingga akhir ceramah.

Malas nak cerita panjang2. Tengok jelah gambar tapi gambar kurang memuaskan kerana tempat ceramah gelap. Penganjur tak mampu nak sediakan lampu.



Twitter: @MazniM
Email: cintasue78@gmail.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Pas patut hukum Mohammad Nizar Lambai..!!!

Posted: 02 Jun 2012 10:19 AM PDT



Pas dicabar mengambil tindakan tegas ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bersikap biadab dengan mengeluarkan kenyataan berunsur tohmahan terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pembidaan nombor plat WWW 1.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas wajar mengenakan tindakan disiplin ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu kerana seolah-olah menuduh Sultan Ibrahim menggunakan wang rakyat untuk tujuan peribadi.

Sambil mempersoalkan sikap kepimpinan Pas yang terus membisu dalam isu tersebut, Ahmad Zahid menegaskan, adalah amat memalukan jika parti itu gagal bertindak tegas seolah-olah bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu.

''Pas kena ingat, kalau parti lain boleh mengambil tindakan tegas ke atas pemimpin celupar seperti Mohammad Nizar, maka Pas juga patut berbuat demikian.

''Jadi, amat memalukan jika Pas tidak mengambil tindakan, seolah- olah bersekongkol dan bersetuju dengan kenyataan Mohammad Nizar itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan wang bantuan baiki rumah Bank Affin Islamic kepada 68 golongan asnaf di Kampung Parit 17 Darat, di sini hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan; Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Kamarul Ariffin Mohd. Jamil dan Ketua Pengurusan Zakat dan Promosi bank tersebut, Puziah Abu Bakar.

Sementara itu, Mohamad Nizar telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila mengeluarkan komen menerusi akaun Twitter kononnya Sultan Johor menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui akaun Twitternya @HRHJohor2 menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil satu sen pun duit daripada kerajaan sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Ekoran itu, Polis Johor menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kenyataan Mohammad Nizar mengikut Akta Hasutan 1948 manakala pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mendesak Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu memohon ampun kepada Sultan Ibrahim.

Ahmad Zahid membidas kepimpinan Pas yang seolah-olah lari daripada isu tersebut sedangkan Mohammad Nizar sepatutnya diambil tindakan ekoran kenyataannya itu.

''Saya tidak tahu apa tindakan kerana dia (Mohammad Nizar) parti lain, tetapi paling baik jangan bertanding (dalam pilihan raya). Pas sendiri tahu, kalau dia ada jawatan, lebih banyak kerosakan yang akan dilakukannya," ujar beliau.

Beliau berkata, dalam konteks undang-undang negara, terdapat akta yang boleh digunakan ke atas mana-mana individu yang mempertikaikan hak peribadi sultan.

Warna-warni politik
Torashah

Pengikut