Isnin, 7 Mei 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


DS @NajibRazak Umum Durian Runtuh Untuk Peneroka FELDA #BNBagus

Posted: 07 May 2012 09:28 PM PDT

YAB Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan durian runtuh kepada peneroka FELDA dengan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion kepada 112,000 keluarga peneroka. Jumlah yang lebih besar dari BR1M.

Hari ini Fasa 1, setiap ketua keluarga menerima RM5,000. Fasa 2, RM5,000 kepada setiap isteri peneroka. Fasa 3, RM5,000 kepada setiap generasi kedua FELDA (anak² peneroka).

Setiap keluarga terima RM15,000 dan ini belum termasuk pemberian saham FGVH.

Perdana Menteri juga tidak lupa kepada kakitangan FELDA. Beliau telah mengumumkan DUA SETENGAH BULAN bonus tambahan. Yayasan Felda juga akan membantu membaiki kampung2 di sekitar FELDA.

Jomlah pakat2 kita semua UNDI BARISAN NASIONAL.

#BNBagus

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ulama Mengesahkan Demonstrasi BERSIH 3.0 Haram

Posted: 07 May 2012 02:00 AM PDT


Akhirnya para Ulama dan Mufti membuka mulut menyuarakan pandangan mereka selepas masing-masing kurang senang melihat kekacauan dan rusuhan berlaku semasa demonstrasi BERSIH 3.0. Mereka sepakat sependapat sebarang perhimpunan dan demonstrasi yang menjurus kepada kacau bilau dan mengganggu ketenteraman awam adalah haram untuk disertai.

Kenyataan itu jelas tepat dan kena pada masanya apatah lagi demonstrasi BERSIH 3.0 yang berlangsung minggu lepas itu terbukti gagal dikawal selia oleh penganjur hingga akibatnya memudaratkan suasana damai yang selama ini dikecapi semua pihak.

Tidak sedikit khalayak umum terpaksa menanggung kerugian angkara rusuhan dan kekacauan yang berlaku, lebih dari itu sedikit sebanyak turut menyebabkan imej baik negara terpalit sama tercemar gara-gara tindakan liar perusuh BERSIH 3.0 yang berkelakuan ganas seakan hilang kewarasan fikirannya.

Malah apabila kebanyakan perusuh yang terbabit merosakkan harta benda awam dan mencederakan anggota keselamatan seperti yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah terdiri kalangan orang Islam, ianya tentu sahaja mencalarkan kesucian Islam sebagai agama yang menyeru kepada keamanan dan perpaduan.

Selain itu, faktor pihak penganjur sendiri yang terlibat secara langsung dalam menyokong keagiatan memurtadkan umat Islam dan kuat mendukung golongan songsang (lesbian, gay, biseksual & transgender - LGBT) tentu sahaja menjadi salah satu kriteria penting sehingga mendorong para Ulama bersependapat mengharamkan perhimpunan seumpama itu.

Namun, persoalannya adakah para peserta BERSIH 3.0 khususnya yang beragama Islam bersedia menerima pandangan para Ulama itu dan mengambil iktibar sebagai pengajaran di masa depan, ataupun mereka lebih selesa berpaut pada pandangan minoriti pro BERSIH 3.0 yang diketuai oleh ulamak politik seperti Nik Aziz Nik Mat?

Bersih 3.0: Kenyataan Terdesak AMK

Posted: 07 May 2012 01:00 AM PDT


Sesuatu yang kita pasti, Bersih bukan didukung oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berjuang untuk kepentingan rakyat, tetapi sejak Bersih 1 lagi ia sudah menjadi alat oleh pembangkang untuk memperlihatkan kononnya rakyat bangkit menentang kerajaan yang zalim.

Sistem pilihan raya tidak adil hanyalah alasan dan persepsi yang diwujudkan untuk penyokong pembangkang berkumpul di bawah nama Bersih dan kemudian berarak bagi memperlihatkan kononnya jumlah yang menentang kerajaan adalah ramai.

Penulis pernah menulis sebelum ini, kalau sejuta orang berhimpun semasa Bersih pun takda makna kerana yang datang itu hampir kesemuanya adalah penyokong pembangkang, dan bukannya rakyat biasa yang selama ini tidak mencampuri urusan politik mana-mana pihak.

Bolehlah menipu sekali, tapi bila berulang kali menipu guna alasan yang sama melampaulah. Ingat orang bodoh ke?

Lama-kelamaan, orang ramai termasuk pengundi atas pagar (yang tidak pernah sekali pun menyertai perhimpunan Bersih) sedar yang Bersih hanyalah platform pembangkang untuk memburukan kerajaan.

Menyedari taktik penyokong pembangkang berhimpun beramai-ramai atas label Bersih sudah semakin basi dan lebih ramai yang mula menyampah (terutama selepas insiden ganas Bersih 3.0), maka pembangkang cuba berlagak pandai dengan mahu menjauhkan diri dari satu program yang selama ini diperkuat dan dimantapkan oleh mereka sendiri.

Angkatan Muda PKR membuat kenyataan menolak dakwaan Bersih 3.0 digunakan Pakatan Rakyat (PR) kerana menurut sayap pemuda PKR itu, mereka tidak memperolehi sebarang keuntungan daripada aspek "political mileage" daripada perhimpunan tersebut.

Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, menegaskan, perkara itu adalah agenda Umno untuk mencalarkan imej Bersih.

"Apa 'political mileage' yang kami dapat dari Bersih 3.0? Malah kami terpaksa menerima kecaman negatif dan kerajaan memberikan publisiti buruk Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR baru-baru ini.

Selama ini Bersih sinonim dengan pembangkang, peserta menjerit reformasi, memaki hamun pemimpin negara, tidak ada langusung kedengaran sebarang jeritan untuk pembaharuan sistem pilihan raya, tetiba UMNO pulak yang dipersalahkan?

Hakikatnya, selepas Bersih 3.0 berubah menjadi buruk dan rakyat marah, tetiba keluar kenyataan tidak memperolehi sebarang keuntungan daripada aspek "political mileage" daripada perhimpunan tersebut.

Kalau tidak memperoleh sebarang keuntungan mengapa sebelum Berish 3.0 diadakan, para pemimpin pembangkang beriya-iya memjemput penyokong menyertainya melalui siri ceramah mereka? Beriya-iya tweet dan menggunakan medium seperti Facebook untuk menyebarkan mengenai Bersih?

Kenapa pemimpin pembangkang berucap dalam Bersih?

Sebahagian baju penyokong Bersih dengan jelas tertera bendera parti pembangkang.

Mengapa masa Bersih dan Bersih 2 dulu bukan main berlagak bercerita ke seluruh negara rakyat sudah menolak kerajaan yang ada, yang secara tidak langsung memperlihatkan rakyat kononnya memilih pembangkang kini?

Mengapa wajah-wajah pemimpin kerajaan diletakan di lantai dan dipijak-pijak? Takda adab punya manusia.

Perjuangan untuk rakyat apa kalau duk pijak gambar muka orang lain.

Jadi kini, bila orang ramai makin faham apakah itu Bersih dan ia sama sekali tidak mencerminkan kebangkitan rakyat tetapi hanyalah propaganda pembangkang, maka orang seperti Shamsul Iskandar Md Akin cuba nak berlagak pandai dengan mengeluarkan kenyataan yang nyata sekali mencerminkan sifat orang yang terdesak.


Sumber: MYNEWSHUB

UITM TIDAK LAGI SESUAI UNTUK ORANG SEMACAM KHALID ISMATH #AmanKampus #Bersih3

Posted: 07 May 2012 12:30 AM PDT

Setelah bermacam-macam bentuk kelakuan buruk yang ditunjukan oleh mahasiswa seperti Khalid Ismath maka lebih elok mahasiswa ini berhenti sahaja pengajiannya di UITM.

Pada hermat penulis, pertama, kerana beliau seorang mahasiswa UITM yang bukan mewakili kesuruhan semua pelajar UITM, yang berjuang untuk parti longkang seperti Pakatan haprak.

Kedua kerana beliau telah mengheret sekali nama UITM dan mahasiswa UITM yang lain dengan pendekatan busuk yang ditonjolkan dengan terlibat dalam insiden menendang polis dan cuba membuat ugutan kepada pihak PDRM.

Ketiga, untuk apa beliau berpayung dengan UITM , sedangkan segala peraturan universiti, etika sebagai pelajar Universiti serta larangan sebagai mahasiswa untuk tidak terlibat dalam gerakan pelampau jelas beliau ingkari.

Ada baiknya, mahasiswa seperti ini dibuang terus dari UITM, supaya pemikiran kotornya tidak akan melibatkan pelajar-pelajar yang lain yang tahu untuk bersyukur.

Pelajar UiTM Tendang Polis Dibebaskan

Polis mengesahkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, 22, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan semasa perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di ibu negara, pada 28 April lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata Khalid dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Pelajar itu disiasat kerana didakwa melakukan kekacauan dan rusuhan yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta awam.

"Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan bagi proses tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Khalid dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan ke atas laporan terhadap Khalid membabitkan kejadian menendang anggota polis trafik serta melakukan rempuhan ke atas polis semasa perhimpunan itu.

Beliau menambah siasatan berhubung dakwaan Khalid mengeluarkan kenyataan ugutan kerana 'ingin membunuh polis' di dalam laman sosial Facebook miliknya akan disiasat oleh Polis Kontinjen Selangor.-Mstar


Baca selanjutnya di KHAZANAH MINDA POLITIK MELAYU

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PERKARA 3:

Posted: 06 May 2012 08:46 PM PDT

Jangan salah tafsir Perkara 3, 11 Perlembagaan —

  Shamrahayu A. Aziz

May 10, 2011
10 MEI — Tulisan saya pada minggu ini bukan bertujuan untuk menambah hangat isu 'agama Kristian sebagai agama rasmi'. Ia adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang ditujukan kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan juga panggilan telefon selepas perkara ini diketengahkan.
Perkara sama ada benar atau tidak laporan laman sesawang yang menghebahkan perkara ini, biarlah pihak berwajib melakukan siasatan. Namun, sebagai seorang Islam, saya menganggap ia adalah isu besar yang perlu ditangani dengan matang.
Saya bersetuju dengan beberapa pandangan yang disebarluaskan media mengenai kedudukan Islam. Dari sudut sejarah, Islam adalah agama bagi negeri-negeri Melayu dan juga negeri Borneo sebelum kedatangan British. Tidak ada satu ruang pun dalam sejarah yang mengiktiraf agama lain dalam perundangan atau amalan atau upacara rasmi. Fakta sejarah ini tidak boleh diubah, walaupun ada kelompok yang mengajak kita supaya mengabaikan sejarah dan menumpukan kepada situasi semasa dan ke depan. Saya sentiasa menyebut bahawa sejarah ditulis di atas batu, bukan di atas pasir. Tulisan di atas batu itu tidak akan berubah, tetapi tulisan di atas pasir akan hilang ditiup angin atau dilanda ombak. Sejarah perlu dihargai.
Mengambil kira kedudukan Islam dan orang Melayu di Tanah Melayu, Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai bagi Persekutuan (Perkara 3(1)); agama bukan Islam hanya boleh diamalkan dalam keadaan aman dan damai tanpa mengganggu kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3(1)); Islam adalah urusan negeri-negeri yang sepenuh di bawah kuasa Raja-Raja Melayu (Perkara 3 (2)(3); dan, Peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa raja-raja Melayu (termasuk perkara berkaitan Islam) tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja walaupun rang undang-undang pindaan berjaya mendapat dua pertiga majoriti (Perkara 159(5) dibaca bersama dengan Perkara 38(4)).
Fasal (4) Perkara 3 juga menjadi fokus perbincangan. Ia menyebut: "Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini". Saya menyebut fasal (4) ini kerana ia sering dijadikan hujah untuk merendahkan dan meremehkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Walaupun hujah berkaitan peruntukan ini agak teknikal, sudah tiba masa untuk semua kita memahaminya kerana kita adalah pengguna sebenar. Kefahaman sebenar mengenai peruntukan berkaitan dapat membantu kita memahami Perkara 3 tanpa mudah dipengaruhi tafsiran terpesong.
Diringkaskan mengenai tafsiran fasal (4). Pertama, kita perlu melihat kepada fasal (1) dalam Perkara 3. Fasal ini meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Ia juga membenarkan agama lain diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni. Perkara 3(4) menyatakan bahawa Perkara 3 (iaitu mengenai kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan) tidak akan mengurangkan kedudukan perkara lain dalam Perlembagaan.
Dalam membaca dan menafsir Perlembagaan, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa, sebagai undang-undang tertinggi negara, setiap peruntukan yang dimasukkan mempunyai nilai tertentu. Oleh itu, walaupun fasal (4) itu berbunyi begitu, ini tidak bermaksud ia menidakkan nilai fasal (1). Fasal (1) tidak wujud dalam kekosongan. Ia mempunyai nilai tertentu yang disebut dalam Perkara-Perkara lain, seperti Perkara 11(4), 12(2), Jadual Keempat dan Perkara 150(6A).
Dari sudut sejarah penggubalan Perkara 3 pula, fasal (4) adalah satu bentuk kompromi bagi menangani kebimbangan orang bukan Islam mengenai kedudukan dan kebebasan beragama. Oleh itu, fasal (4) bukanlah menafikan kesan fasal (1) itu sendiri. Saya tegaskan sekali lagi bahawa, fasal (4) bukanlah bermaksud merendahkan atau meremehkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Sehubungan itu, kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, sama ada menerusi Perkara 3 atau Perkara 11, tidak harus digunakan sehingga menggugat rasa tidak aman.
Oleh itu, sekiranya wujud gerakan (seperti disebut-sebut, ikrar paderi) yang boleh mengenepikan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka ia sudah tentu bertentangan dengan Perlembagaan. Golongan ini sudah menodai prinsip 'aman dan harmoni' dan prinsip keluruhan Perlembagaan.
Walaupun benteng perundangan mengenai kedudukan Islam agak kukuh dan menjadikan suasana selamat dan menyenangkan, perkembangan dalam tahun-tahun kebelakangan ini mengehendaki peruntukan itu diperjelas dan ditegaskan. Kadang kala, peruntukan undang-undang tidak dapat menyelesaikan semua masalah dan isu yang dibangkitkan sekiranya kita tidak begitu faham apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalamnya.
Saya tidak bermaksud untuk merendah-merendahkan Perlembagaan dan sistem perundangan negara, tetapi, suasana sosial dan politik ada kalanya berupaya 'melupakan' peruntukan perundangan yang ada. Oleh itu, dalam mengendalikan keadaan seumpama sensitiviti keagamaan ini, di samping mengambil kira pendekatan dengan benteng perundangan, pada masa sama, langkah lain juga perlu di ambil perhatian. — Berita Harian Online
Penulis ialah Penolong Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Double - Y: 11 Auta #BERSIH3 Yang Wajib Diketahui Rakyat Malay...

Posted: 06 May 2012 08:14 PM PDT

Double - Y: 11 Auta #BERSIH3 Yang Wajib Diketahui Rakyat Malay...: Ini antara 'KEJAYAAN' yang telah dilakukan oleh NGO BERSIH :

TAHNIAH KEPADA YANG SEMUA.

Posted: 06 May 2012 08:00 PM PDT


Larian Bendera UMNO sempena 66 tahun peringkat negeri Melaka telah berlangsung selama 2 hari pada 5 dan 6 hb. Mei 2012 bermula dari Sungai Rambai dan berakhir semalam di Kuala Linggi untuk di serahkan kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan YAB Menteri Besar oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

Peringkat Negeri Melaka telah melalui Parlimen Jasin, Kota Melaka, Bukit Katil, Alor Gajah, Tangga Batu serta berakhir di Masjid Tanah. YB Datuk Wira Ir. Idris Harun selaku Pengarah Larian Peringkat Negeri Melaka dan di bantu oleh Sdr. Zaidi Attan selaku saketeriat larian telah dapat menjalankan tanggungjawab dengan memuaskan. Tahniah diucapkan.

Sepanjang larian kelihatan penduduk-penduduk keluar untuk menyaksikan larian bersejarah yang bermula dari Istana Besar Johor Bahru. Larian ini dijangka tiba di stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012. 

Turut hadir semasa penyerahan bendera adalah YB Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Naib Presiden UMNO Malaysia, terima kasih Datuk diatas sokongan tersebut.

PRESIDEN PAS BERRETRORIK MENGENAI PINDAAN PERLEMBAGAAN.

Posted: 06 May 2012 07:43 PM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


LARIAN UMNO PENUH SEMANGAT

Posted: 06 May 2012 11:25 PM PDT

Datuk Wira Syed Ali AlHabshee mengetuai larian bendera 
UMNO Bahagian Cheras sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66 
bermula dari Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel hingga Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur 

PENUH SEMANGAT

Acara Larian Bendera UMNO sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66 pada 11 Mei ini diteruskan penuh semangat.

Ini temasuk melibatkan beberapa peringkat UMNO di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan UMNO bahagian Cheras yang turut mengambil bahagian dalam acara ini sebagai tanda sokongan kepada lambang dan perjuangan parti selam ini. 

Acara larian yang melibatkan kira - kira 200 peserta itu dilepaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali AlHabshee, bermula di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel sehingga ke Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur. Menurutnya, program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada bukan sahaja kepada ahli UMNO, malah pada semua rakyat tentang sumbangan UMNO selama 66 tahun.

Acara kemuncak larian bendera akan berakhir di Bukit Jalil pada 11 Mei ini.

Pengikut