Isnin, 7 Mei 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


DS @NajibRazak Umum Durian Runtuh Untuk Peneroka FELDA #BNBagus

Posted: 07 May 2012 09:28 PM PDT

YAB Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan durian runtuh kepada peneroka FELDA dengan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion kepada 112,000 keluarga peneroka. Jumlah yang lebih besar dari BR1M.

Hari ini Fasa 1, setiap ketua keluarga menerima RM5,000. Fasa 2, RM5,000 kepada setiap isteri peneroka. Fasa 3, RM5,000 kepada setiap generasi kedua FELDA (anak² peneroka).

Setiap keluarga terima RM15,000 dan ini belum termasuk pemberian saham FGVH.

Perdana Menteri juga tidak lupa kepada kakitangan FELDA. Beliau telah mengumumkan DUA SETENGAH BULAN bonus tambahan. Yayasan Felda juga akan membantu membaiki kampung2 di sekitar FELDA.

Jomlah pakat2 kita semua UNDI BARISAN NASIONAL.

#BNBagus

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ulama Mengesahkan Demonstrasi BERSIH 3.0 Haram

Posted: 07 May 2012 02:00 AM PDT


Akhirnya para Ulama dan Mufti membuka mulut menyuarakan pandangan mereka selepas masing-masing kurang senang melihat kekacauan dan rusuhan berlaku semasa demonstrasi BERSIH 3.0. Mereka sepakat sependapat sebarang perhimpunan dan demonstrasi yang menjurus kepada kacau bilau dan mengganggu ketenteraman awam adalah haram untuk disertai.

Kenyataan itu jelas tepat dan kena pada masanya apatah lagi demonstrasi BERSIH 3.0 yang berlangsung minggu lepas itu terbukti gagal dikawal selia oleh penganjur hingga akibatnya memudaratkan suasana damai yang selama ini dikecapi semua pihak.

Tidak sedikit khalayak umum terpaksa menanggung kerugian angkara rusuhan dan kekacauan yang berlaku, lebih dari itu sedikit sebanyak turut menyebabkan imej baik negara terpalit sama tercemar gara-gara tindakan liar perusuh BERSIH 3.0 yang berkelakuan ganas seakan hilang kewarasan fikirannya.

Malah apabila kebanyakan perusuh yang terbabit merosakkan harta benda awam dan mencederakan anggota keselamatan seperti yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah terdiri kalangan orang Islam, ianya tentu sahaja mencalarkan kesucian Islam sebagai agama yang menyeru kepada keamanan dan perpaduan.

Selain itu, faktor pihak penganjur sendiri yang terlibat secara langsung dalam menyokong keagiatan memurtadkan umat Islam dan kuat mendukung golongan songsang (lesbian, gay, biseksual & transgender - LGBT) tentu sahaja menjadi salah satu kriteria penting sehingga mendorong para Ulama bersependapat mengharamkan perhimpunan seumpama itu.

Namun, persoalannya adakah para peserta BERSIH 3.0 khususnya yang beragama Islam bersedia menerima pandangan para Ulama itu dan mengambil iktibar sebagai pengajaran di masa depan, ataupun mereka lebih selesa berpaut pada pandangan minoriti pro BERSIH 3.0 yang diketuai oleh ulamak politik seperti Nik Aziz Nik Mat?

Bersih 3.0: Kenyataan Terdesak AMK

Posted: 07 May 2012 01:00 AM PDT


Sesuatu yang kita pasti, Bersih bukan didukung oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berjuang untuk kepentingan rakyat, tetapi sejak Bersih 1 lagi ia sudah menjadi alat oleh pembangkang untuk memperlihatkan kononnya rakyat bangkit menentang kerajaan yang zalim.

Sistem pilihan raya tidak adil hanyalah alasan dan persepsi yang diwujudkan untuk penyokong pembangkang berkumpul di bawah nama Bersih dan kemudian berarak bagi memperlihatkan kononnya jumlah yang menentang kerajaan adalah ramai.

Penulis pernah menulis sebelum ini, kalau sejuta orang berhimpun semasa Bersih pun takda makna kerana yang datang itu hampir kesemuanya adalah penyokong pembangkang, dan bukannya rakyat biasa yang selama ini tidak mencampuri urusan politik mana-mana pihak.

Bolehlah menipu sekali, tapi bila berulang kali menipu guna alasan yang sama melampaulah. Ingat orang bodoh ke?

Lama-kelamaan, orang ramai termasuk pengundi atas pagar (yang tidak pernah sekali pun menyertai perhimpunan Bersih) sedar yang Bersih hanyalah platform pembangkang untuk memburukan kerajaan.

Menyedari taktik penyokong pembangkang berhimpun beramai-ramai atas label Bersih sudah semakin basi dan lebih ramai yang mula menyampah (terutama selepas insiden ganas Bersih 3.0), maka pembangkang cuba berlagak pandai dengan mahu menjauhkan diri dari satu program yang selama ini diperkuat dan dimantapkan oleh mereka sendiri.

Angkatan Muda PKR membuat kenyataan menolak dakwaan Bersih 3.0 digunakan Pakatan Rakyat (PR) kerana menurut sayap pemuda PKR itu, mereka tidak memperolehi sebarang keuntungan daripada aspek "political mileage" daripada perhimpunan tersebut.

Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, menegaskan, perkara itu adalah agenda Umno untuk mencalarkan imej Bersih.

"Apa 'political mileage' yang kami dapat dari Bersih 3.0? Malah kami terpaksa menerima kecaman negatif dan kerajaan memberikan publisiti buruk Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR baru-baru ini.

Selama ini Bersih sinonim dengan pembangkang, peserta menjerit reformasi, memaki hamun pemimpin negara, tidak ada langusung kedengaran sebarang jeritan untuk pembaharuan sistem pilihan raya, tetiba UMNO pulak yang dipersalahkan?

Hakikatnya, selepas Bersih 3.0 berubah menjadi buruk dan rakyat marah, tetiba keluar kenyataan tidak memperolehi sebarang keuntungan daripada aspek "political mileage" daripada perhimpunan tersebut.

Kalau tidak memperoleh sebarang keuntungan mengapa sebelum Berish 3.0 diadakan, para pemimpin pembangkang beriya-iya memjemput penyokong menyertainya melalui siri ceramah mereka? Beriya-iya tweet dan menggunakan medium seperti Facebook untuk menyebarkan mengenai Bersih?

Kenapa pemimpin pembangkang berucap dalam Bersih?

Sebahagian baju penyokong Bersih dengan jelas tertera bendera parti pembangkang.

Mengapa masa Bersih dan Bersih 2 dulu bukan main berlagak bercerita ke seluruh negara rakyat sudah menolak kerajaan yang ada, yang secara tidak langsung memperlihatkan rakyat kononnya memilih pembangkang kini?

Mengapa wajah-wajah pemimpin kerajaan diletakan di lantai dan dipijak-pijak? Takda adab punya manusia.

Perjuangan untuk rakyat apa kalau duk pijak gambar muka orang lain.

Jadi kini, bila orang ramai makin faham apakah itu Bersih dan ia sama sekali tidak mencerminkan kebangkitan rakyat tetapi hanyalah propaganda pembangkang, maka orang seperti Shamsul Iskandar Md Akin cuba nak berlagak pandai dengan mengeluarkan kenyataan yang nyata sekali mencerminkan sifat orang yang terdesak.


Sumber: MYNEWSHUB

UITM TIDAK LAGI SESUAI UNTUK ORANG SEMACAM KHALID ISMATH #AmanKampus #Bersih3

Posted: 07 May 2012 12:30 AM PDT

Setelah bermacam-macam bentuk kelakuan buruk yang ditunjukan oleh mahasiswa seperti Khalid Ismath maka lebih elok mahasiswa ini berhenti sahaja pengajiannya di UITM.

Pada hermat penulis, pertama, kerana beliau seorang mahasiswa UITM yang bukan mewakili kesuruhan semua pelajar UITM, yang berjuang untuk parti longkang seperti Pakatan haprak.

Kedua kerana beliau telah mengheret sekali nama UITM dan mahasiswa UITM yang lain dengan pendekatan busuk yang ditonjolkan dengan terlibat dalam insiden menendang polis dan cuba membuat ugutan kepada pihak PDRM.

Ketiga, untuk apa beliau berpayung dengan UITM , sedangkan segala peraturan universiti, etika sebagai pelajar Universiti serta larangan sebagai mahasiswa untuk tidak terlibat dalam gerakan pelampau jelas beliau ingkari.

Ada baiknya, mahasiswa seperti ini dibuang terus dari UITM, supaya pemikiran kotornya tidak akan melibatkan pelajar-pelajar yang lain yang tahu untuk bersyukur.

Pelajar UiTM Tendang Polis Dibebaskan

Polis mengesahkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, 22, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan semasa perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di ibu negara, pada 28 April lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata Khalid dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Pelajar itu disiasat kerana didakwa melakukan kekacauan dan rusuhan yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta awam.

"Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan bagi proses tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Khalid dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan ke atas laporan terhadap Khalid membabitkan kejadian menendang anggota polis trafik serta melakukan rempuhan ke atas polis semasa perhimpunan itu.

Beliau menambah siasatan berhubung dakwaan Khalid mengeluarkan kenyataan ugutan kerana 'ingin membunuh polis' di dalam laman sosial Facebook miliknya akan disiasat oleh Polis Kontinjen Selangor.-Mstar


Baca selanjutnya di KHAZANAH MINDA POLITIK MELAYU

Tiada ulasan:

Pengikut