Isnin, 16 April 2012

Puteri Bahagian Segambut

Puteri Bahagian Segambut


#DemoPTPTN - Pembangkang Lacurkan Mahasiswa? @AnwarIbrahim @n_izzah @tianchua

Posted: 16 Apr 2012 07:00 AM PDT


SP difahamkan tujuan Mahasiswa2 berdemo pada hari Sabtu yang lepas kononnya mendesak Kerajaan untuk memansuhkan PTPTN. Ramai2 berdemo di hadapan pusat membeli-belah SOGO, berkhemah di Dataran Merdeka konon2nya nak bantah tentang PTPTN tapi sebenarnya bukan itu tujuan utama perhimpunan dorang ni. Rupanya demo ini lebih kepada membawa hasrat pihak Pakatan Haram yang memang dah tak sabar-sabar nak membentuk Kerajaan.

Kenapa tak pandang kamera?

Sedihkan bila golongan yang mengaku bijak pandai dan bergelar Mahasiswa ini rupa-rupanya tak sedar yang mereka2 ni "DILACURKAN" oleh Pakatan Haram ini demi memuaskan nafsu serakah mereka. Demo yang sepatutnya untuk memperjuangkan hasrat mereka untuk menghapuskan PTPTN tercemar bila mahasiswa2 ini terpekik2 melaung2kan perkara yang tiada kaitan dengan tujuan asal mereka.

Kumpulan berkenaan melaungkan slogan antaranya "Najib Altantuya", "Mansuh PTPTN", "Jahanam Umno-BN", "Musnah Rosmah", "Reformasi" dan "Jahanam Najib."
Forblogger.net

Apakah kaitan demo PTPTN dengan slogan2 di atas? Jawapannya memang tiada kaitan langsung dengan mereka TETAPI memang ada kaitan dengan Pakatan Haram. Tak caya? Tengok video kt bawah ni





Lagi tentang #DemoPTPTN, Dalang disebalik Demo & @AdamAdli

Posted: 16 Apr 2012 05:30 AM PDT

GEMPAKNYA dahsyat, gebangnya hebat tapi hasilnya alahai…itulah yang boleh digambarkan mengenai demonstrasi pemansuhan PTPTN oleh sekumpulan budak-budak minggu sudah.

Setelah perhimpunan yang menyasarkan 5,000 orang pada Sabtu, gagal mencapai matlamat apabila 250 orang sahaja yang datang, sekumpulan 30 orang mahasewel hardcore perhimpunan tersebut cuba memanjangkan bantahan dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Tapi penulis dimaklumkan sebentar tadi, kesemua khemah tersebut telah selamat dilipat dengan sempurna, menandakan berakhirnya demonstrasi pemansuhan PTPTN ini secara rasmi. Menariknya, pihak penguatkuasa yang terlibat bukannya Polis Diraja Malaysia seperti biasa tapi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tak pasal-pasal DBKL yang hanya setaraf pihak berkuasa tempatan (PBT) ini pun dianggap zalim seperti Nazi oleh media belaan Pakatan Rakyat. Penulis serahkan kepada pembaca sama ada nak nangis atau ketawa.



Tapi jangan dilupa, dalam masa yang sama, Safwan Anang (ketua bersama mahasewel) mengugut mahu mengadakan mogok lapar sehingga PTPTN ini dihapuskan. Apa cerita dengan ugutan yang itu dan siapa pula yang memantau sama ada Safwan Anang benar-benar berlapar atau cakap saja yang degar-degar?

Setakat yang penulis dimaklumkan, semasa DBKL datang 'membantu' membersihkan khemah-khemah itu semua pagi tadi, tidak ada pula yang kelihatan tidak bermaya kerana tidak makan sejak Sabtu lepas. Semua pun bertenaga cuba menghalang pihak DBKL dari menjalankan tugas.

Bercakap tentang mogok lapar ini dari sudut penceritaan berbeza, ia sekadar mendedahkan bagaimana banyaknya unsur-unsur agama hindu dibawa ke dalam demonstrasi yang disertai majoriti orang Islam ini. Unsur hindu satu lagi yang penulis maksudkan ialah tindakan segelintir budak tak cukup akal ini mengalungkan bunga ke gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi – menyamai adat istiadat penganut agama hindu bagi orang yang sudah meninggal dunia.

Provokasi jenis apakah ini dan apa yang cuba disampaikan budak-budak ini dengan tindakan sedemikian? Adakah itu ugutan halus yang membawa maksud untuk membunuh Perdana Menteri? Jika itu benar, maka eloklah tindakan yang lebih keras dikenakan ke atas budak-budak yang jelas sudah tidak ada masa depan ini. Penulis serahkan kepada polis untuk menyiasat kerana ancaman serupa ini bukan kali pertama, sebelum ini pun sudah ada dari kalangan mahasewel ini juga yang mengugut untuk meletupkan helikopter yang dinaiki Perdana Menteri.




Apa pun yang lebih penting, demo yang gagal itu sebenarnya sangat memalukan Pakatan Rakyat dan persatuan mahasiswa yang menjadi dalang disebaliknya. Pelik, bagaimana Pakatan Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada beberapa orang budak tak cukup akal ini untuk melaksanakan agenda politik besar seperti ini? Malah disebut-sebut pula bahawa demonstrasi ini adalah warming up kepada demonstrasi Bersih 3.0 yang lebih besar pada 28 April nanti!!

Yang maha sewel itu sudah tentulah sewelnya, yang kononnya bijak pandai dalam Pakatan harami ini sebenarnya lebih sewel lagi kerana menyerahkan tugas dalam skala sebegini besar kepada budak-budak, hanya untuk melihat ianya gagal dan akhirnya memalukan mereka semula. Maklum, nak demo besar tapi kos rendah, dapatlah hasilnya macam yang kita lihat pada Sabtu.

Penulis mendengar, ada sesuatu yang buruk sedang menanti untuk didedahkan mengenai Adam Adli ini. Apa yang diambilnya untuk mengisi 'masa lapang' sehinggakan mata kuyu dan badannya kurus kering macam jerangkung. Tapi sebagai seorang yang professional dan punya intergriti, tunggulah sehingga bukti saintifik yang sahih diperolehi, sebelum pendedahan boleh dibuat ya.



BeruangBiru



#Demoptptn @Adamadli Yang Lesu

Posted: 16 Apr 2012 02:05 AM PDT


Demonstrasi yang dirancang oleh aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim di Dataran Merdeka hari ini untuk menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) benar-benar mengaibkan dirinya sendiri.

Dalam demonstrasi tersebut, secara terang-terang mereka keliru dengan matlamat yang ingin disampaikan apabila ada di antara mereka menggunakan kain rentang dan risalah yang menyokong PTPTN dan tidak mahu perkara itu dipolitikkan.

Pada masa yang sama, ada yang menggunakan sama kain rentang dan risalah yang menuntut pendidikan secara percuma dan mansuhkan PTPTN.

Secara tidak langsung, keadaan itu menimbulkan kekeliruan dan rasa malu bagi pengikut-pengikut yang tidak mengerti dalam demonstrasi yang dikepalai oleh Adam itu sama ada menyokong atau membantah PTPTN?

Selain itu, lokasi demonstrasi mereka juga ditukar di saat-saat akhir daripada rancangan asal iaitu ingin berarak dari Padang Merbok ke Dataran Merdeka, sebaliknya telah berubah dengan berkumpul dahulu di Masjid Jame' Kuala Lumpur dan bergerak ke pusat membeli belah SOGO.

Sewaktu mereka berkumpul di Masjid Jame', sekumpulan remaja India yang dianggarkan seramai 20 orang datang secara tiba-tiba di perkarangan masjid itu.

Ketika ditanya di kalangan remaja India di sana, kebanyakan dari mereka tidak mengetahui tujuan demonstrasi itu diadakan.

Yang mereka tahu, dipanggil dan diarahkan memanggil kumpulan mereka beramai-ramai dan berkumpul di lokasi tersebut.

Berada di lokasi itu, penulis sempat berbual dengan kelompok remaja tersebut.

"Mereka telefon dan arahkan memanggil ramai lagi orang. Kemudian, berkumpul di sini. Tujuannya, hanya mengikut sahaja tindakan dan pergerakan yang lain," kata mereka.

Sedikit memalukan bukan? Meraih perhatian orang ramai untuk hadirkan diri ke demonstrasi tersebut semata-mata untuk mencukupkan jumlah pengikut sehingga 5000 orang? Hakikatnya, pengikut yang menyertai demonstrasi itu hanyalah kurang dari 300 orang sahaja.

Selain itu, jelas dilihat, Adam Adli sempat menyuruh beberapa orang lain yang berada di dalam kereta untuk turun dan menyertai pertunjukan demonstrasi mereka ketika berlakunya kesesakan lalu lintas di sepanjang Jalan Masjid Jamek.

Adam dengan bangga mengatakan jumlah yang menyertai demonstrasi itu pastinya mencecah 5000 orang dan majoritinya semestilah golongan pelajar.

Namun, di lokasi demonstrasi itu jelas kelihatan golongan pelajar-pelajar hanyalah duduk di tepi-tepi dan menyaksikan dirinya terpekik-pekik mengecam dan mengutuk Perdana Menteri.

Juga, ada sepasang kekasih yang datang ke demonstrasi itu hanyalah untuk 'memadu cinta' dan bukannya menyertai dan menyokong perhimpunan tersebut.

Jadi, di manakah rasional dan tujuan sebenar demonstrasi itu dilakukan?

Adam Adli juga dilihat kurang berucap dan hanya berusara bila perlu sahaja dan lebih memberikan peluang kepada orang lain yang berucap.

Jadi, dimanakah kelantangan suara Adam Adli ketika berbicara menegakkan perjuangan dan kebenarannya walhal secara terang-terang memang tiada kebenaran yang cuba dia tegakkan.

Jatuh sudah air muka Adam Adli ketika dia sendiri melakukan demonstrasi yang nyatanya terlalu goyah dalam merancang strategi yang berkesan.


Sumber: Mynewshub

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


HALA TUJU PENGUNDI CINA KE MANA?

Posted: 16 Apr 2012 08:29 AM PDT


Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik

Kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April lalu, tidaklah mengejutkan.

Sentimen menolak BN sememangnya sudah terlalu kuat. Biarpun berlaku peralihan kepimpinan negara pada 3 April lalu dan kempen saat-saat akhir mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ia tidak dapat membawa kemenangan.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN antaranya calon, isu setempat dan sentimen kebencian yang dimainkan oleh kempen pembangkang termasuk fitnah dan serangan peribadi.

Di peringkat BN, kempen parti komponen seperti MCA dan Gerakan tidak agresif sebagaimana DAP. Misalnya, bilik gerakan ditutup pukul 11 malam sedangkan parti pesaing beroperasi sehingga awal pagi.

Bukanlah kita mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi itulah realitinya dan ia menuntut post mortem yang berani.

UMNO memang perlu berubah tetapi parti komponen yang lain juga perlu berubah. MIC sudah tentu memerlukan perubahan lebih besar terutama kepimpinannya.

Dengan prestasi hambar itu maka MCA, Gerakan dan MIC tidak berhak untuk membuat pelbagai tuntutan apatah lagi bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua.

Sebarang pendirian parti komponen untuk mengasak UMNO bagi memenuhi semua kehendak politik bukan Melayu kononnya atas nama pembaharuan, tidak akan membantu sama sekali kebangkitan BN. Jika ia terus dilakukan atas andaian UMNO makin lemah, itu adalah percaturan yang silap. Walaupun UMNO berdepan dengan banyak tekanan dan kekangan, parti itu belum hilang kekuatan.

Ternyata trend undi masyarakat Melayu kepada BN meningkat termasuk dalam pilihan raya kecil terbaharu sedangkan undi bukan Melayu menyusut. Para pengundi bukan Melayu seperti biasa akan membuat banyak tuntutan pada musim kempen tetapi undi mereka tetap kepada pembangkang.

Ini termasuk peti-peti undi yang paling banyak menerima peruntukan yang ditagih oleh pelbagai pihak mewakili pengundi antaranya RM1 juta untuk sekolah Cina, RM400,000 sekolah Tamil, tuntutan tanah rizab dan puluhan lagi.

Apa makna ini semua? Bukankah ia menampakkan BN terus dipermainkan oleh pengundi bukan Melayu. Pada Awang, keputusan kedua-dua pilihan raya kecil itu dan beberapa yang lain sebelum ini adalah isyarat jelas kepada BN supaya jangan lagi terperangkap dengan muslihat sedemikian.

Usahlah mengharapkan sangat perubahan sokongan bukan Melayu. Inilah kesan pendekatan politik pemimpin PKR, Anwar Ibrahim yang berjaya menggugat kuasa politik Melayu. Anwar membuka laluan dan Pas membantu.

Sebab itu, pengundi Cina dan India sanggup memakai logo dan mengibarkan bendera Pas yang diterjemahkan menerusi peti undi. Ia bagi menjayakan agenda DAP dan PKR yang lebih dominan dalam pakatan pembangkang terutama dalam senario politik Perak.

Realitinya sampai hari ini masyarakat Cina tetap menolak agenda Pas untuk mewujudkan negara Islam. Pas bukan pilihan sebenar sebagaimana DAP dan PKR yang mempunyai gagasan termasuk Malaysian Malaysia yang lebih memikat. Begitulah kekuatan dan kebijaksanaan masyarakat Cina berpolitik, yang kemuncaknya nanti mahu dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Mereka bersatu dalam percaturan. Jadi siapa yang tertipu?

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Ke mana undi Cina?

SELAIN menanti keputusan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini, Awang teruja untuk melihat sikap pengundi Cina. Dalam 13 pilihan raya kecil lalu yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008, tidak banyak perubahan kepada pendirian pengundi Cina yang lebih memihak kepada pembangkang.

Walaupun pemimpin BN menunjukkan kemurahan hati dengan memenuhi banyak permintaan NGO dan masyarakat Cina setempat di sesuatu kawasan pilihan raya kecil, ia tidak diterjemahkan dalam bentuk undi.

Inilah persoalan menarik. Apakah kali ini ada perubahan sikap kepada pengundi Cina yang kini lebih terikat dengan aspirasi DAP dan PKR?

Berdasarkan perbincangan Awang dengan ramai penganalisis politik, pemimpin BN dan pengundi Cina, ada dua kesimpulan yang boleh dibuat. Pertama masyarakat Cina memerlukan lebih masa untuk menerima BN. Itu pun bergantung kepada perkembangan dan isu-isu yang kaum itu perjuangkan. Ini memerlukan kesabaran dan strategi yang kemas. Kedua, BN perlu bersedia menghadapi kemungkinan untuk tidak lagi bersandarkan harapan kepada pengundi Cina termasuk dalam pilihan raya umum akan datang. Jika ada peningkatan sokongan, itu dianggap bonus.

Faktor perpecahan Melayu dan percaturan pemimpin pembangkang Melayu termasuk Pas yang sanggup tunduk kepada DAP, sedikit sebanyak mempengaruhi sikap pengundi Cina.

Inilah dilema BN. Namun janganlah putus asa, peluang untuk memenangi hati kaum tersebut belum tertutup sama sekali. Ini kerana sebahagian orang Cina sedar bahawa kaum itu tidak boleh lari daripada politik arus perdana dalam menjamin masa depan mereka. Selama ini, masyarakat Cina menjadi dominan dalam ekonomi dan kekayaan negara adalah di bawah naungan BN.

Seperti mana kata-kata pemikir dan strategis Cina, Sun Tzu, emosi dan kepentingan masa singkat tidak akan menentukan kejayaan jangka panjang. Lebih-lebih lagi, BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak menunjukkan komitmen tinggi untuk membela nasib semua kaum sebagaimana yang dibuktikan menerusi gagasan 1Malaysia. Tetapi seandainya majoriti pengundi Cina masih enggan menyokong BN, usahlah bimbang. 

Awang percaya akan ada jalan keluar. Jangan lupa BN terutama UMNO belum hilang kekuatan dan pengaruh. Kita tunggu keputusan malam ini. Ia boleh menjadi titik tolak penting untuk BN merangka strategi baru termasuk bagi memperkasakan pula golongan yang sememangnya menjadi penyokong setia. Hati golongan ini yang perlu lebih dijaga. Jangan sampai mereka pula merajuk dan bertukar haluan, itu lebih parah. Maka berlakulah apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran. Jika itu berlaku, semuanya sudah terlambat.



APA JASA PAS?

Posted: 16 Apr 2012 08:16 AM PDT

SKANDEL ANWAR GATE : Anwar Terjerat Dalam Mimpinya.

Posted: 16 Apr 2012 08:04 AM PDT


Alkisah maka gendang perang pun dipau seluruh negara oleh para juak-juak Anwar yang kononnya sudah bersedia menjadi pengganti Mahathir di Putrajaya. kononnya nasib Mahathir akan menjadi seperti Ghafar Baba yang hilang kuasa dalam pertanding merebut jawatan tertinggi dalam UMNO pada tahun 1997. Kononnya seorang pemimpin Pemuda akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Mahathir yang telah disusun rapi. Giliran Mahathir yang mendapat gelaran "Maha Firaun"dalam salah satu laman web.

Malah dikatakan kehadiran CIA dan agen-agen asing di Kuala Lumpur utuk menyaksikan peralihan kuasa dan kepimpinan yang disingkirkan menerusi resolusi tersebut. Hubungan Mahathir dan Anwar meruncing setelah keluarnya buku Khalid Jafri "50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM"

bersambung....

KISAH TOK GURU

Posted: 16 Apr 2012 06:56 AM PDT


Nik Aziz 1

Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. ''Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),'' katanya.

Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.

Tetapi Awang tidak terkejut. Demi politik, Nik Aziz boleh berubah sekelip mata. Awang setuju dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Aziz akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya umum dan kemudian menjadi pemerintah bersama dengan DAP dan PKR.

Hakikatnya di kalangan ramai orang Islam dan masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas itu dilihat sebagai ancaman kepada masa depan agama dan bangsa. Pendirian beliau dalam banyak isu termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, tunduk kepada DAP dan mengetepikan agenda perjuangan bangsa, menghiris hati masyarakat Melayu. Apabila pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menyeru umat Islam republik itu mengurangkan amalan nilai-nilai Islam baru-baru ini, Nik Aziz sanggup mempertahankan beliau.

Pada pilihan raya kecil di Tenang, beliau sekali lagi mencetuskan keresahan apabila mendakwa umat Islam yang tidak mengundi Pas adalah golongan jahiliah.

Kini Nik Aziz macam lalang ditiup angin terpaksa berpatah balik untuk menyakinkan semula masyarakat Melayu. Pada Awang, itu tidak cukup. Beliau sepatutnya memohon maaf atas banyak kenyataan dan tindak-tanduknya yang memudaratkan kepentingan agama dan bangsa.

Awang juga tertarik dengan perubahan strategi Pas sehingga terpaksa mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas.

Rasanya tidak perlulah Pas bersusah payah mengadakan konvensyen seumpama itu. Ia tidak akan memberi sebarang kesan selagi Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas terus dicucuk hidung oleh DAP dan PKR.

Nik Aziz 2

Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam.

 Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, UMNO telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi. Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh UMNO pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu. Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan UMNO.

 Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. Beliau tergamak melabel UMNO sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam. Beliau terlupa bahawa kerajaan UMNO paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.

Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan. Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak 'pencerobohan' ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh 'langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam' tidak berani disanggah oleh Nik Aziz. Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas. Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah...


Maafkanlah Nik Aziz...

Sebenarnya bukan kali pertama Nik Aziz berbuat demikian. Tetapi kali ini, ia lebih mendesak sebagai strategi untuk menutup banyak kepincangan dan isu-isu yang melibatkan integriti dan kronisme dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan.

Isu tajaan haji oleh sebuah syarikat kepada Nik Aziz (yang kemudian dibatalkan setelah perkara itu didedahkan media), kes siasatan SPRM terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dan perpecahan dalam Pas di negeri itu, semakin menyerlahkan kegagalan beliau. Presiden Pas, Hadi Awang berpendapat Nik Aziz mendapat nasihat yang salah berhubung pelantikan menantunya sebagai Ketua pengawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Apa maknanya? Itu belum mengambil kira faktor tidak banyak perubahan di Kelantan di bawah kepimpinannya hampir 20 tahun. Beliau hanya banyak bergantung kepada nasihat dan tidak inovatif, demikian antara suara kritikan di kalangan ahli Pas.

Tidak hairan mengapa Nik Aziz menghadapi kritikan hebat daripada dalaman parti, yang keadaan itu tidak berlaku sebelum ini.

Ada beberapa pemimpin Pas sendiri secara senyap-senyap melihat Tok Guru itu sudah menjadi liabiliti kepada parti kerana semakin banyak melakukan kesilapan, yang memberi kesan kepada imej Pas di peringkat nasional.

Awang ingin bertanya berapa ramai pemimpin Pas yang tampil lantang mempertahankan Nik Aziz dalam isu-isu terbaru yang dihadapinya terutama tajaan haji dan isu menantunya? Kenapa mereka lebih banyak berdiam, mencetuskan persoalan. Bahkan ada yang terang-terang meragui beliau.

Sepatutnya Nik Aziz melihat ini sebagai isyarat penolakan terhadapnya namun beliau terus tenggelam dalam sindrom penafian. Seperti biasa, beliau 'mengugut' tidak mengampunkan mana-mana pihak yang mencetuskan masalah kepadanya sedangkan beliau sendiri adalah punca permasalahan

Lalu Awang sekali lagi tertanya-tanya apakah beliau maksum dan tidak melakukan dosa. Tidakkah perbuatannya memperalatkan agama bagi isu tertentu tidak berdosa kepada umat Islam di negara ini selain mengelirukan bukan Islam? Begitu juga dengan percaturan politiknya yang mengekang kesatuan Islam biarpun ketika kedudukan umat Islam goyah. Apakah juga kegagalannya yang panjang dalam membawa kesejahteraan ekonomi lebih baik kepada penduduk Kelantan, boleh dibanggakan sedangkan pengurusan Islam berorientasikan kecemerlangan?

Awang tidak berhajat untuk mengulas panjang tentang soal pahala dan dosa. Awang bukan ulama tapi mahu mengajak seluruh umat Islam di negara ini bersama-sama memaafkan sebarang dosa dan kesilapan Nik Aziz. Atas nama Islam, sudah tentu juga kita harus mendoakan yang terbaik untuk beliau walaupun doanya mahu menjahanamkan orang lain. Sesungguhnya rintangan terhadap survival Islam juga boleh datang daripada mereka yang mendakwa diri ulama tetapi sebenarnya turut mensabatoj agama. Kajilah sejarah Islam.



Kisah Nik Aziz...



MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru itu tidak habis-habis memalukan Pas.

Terbaru beliau mempertahankan kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew agar umat Islam di republik itu tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran dan nilai Islam.

Aneh, seorang pemimpin Pas yang mahu menegakkan negara Islam boleh berkompromi dengan kenyataan Kuan Yew. Mujurlah sebahagian pemimpin Pas tidak senada dengan beliau. Antaranya Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang membidas Kuan Yew. Beliau ada keberanian menyanggah pengasas Singapura itu dengan hujah-hujah ilmiah mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam.

Namun sikap Nik Aziz tidak mengejutkan. Jika beliau boleh tunduk dengan DAP maka tiada sebab untuk tunduk dengan Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP, parti yang memerintah Singapura sehingga kini. Ini kerana PAP dan DAP ada jalinan strategik. Sebab itu, Nik Aziz tidak berani untuk bersuara mempersoalkan Pengerusi DAP Karpal Singh yang terus menolak penubuhan negara Islam.

 Pertama kali dalam sejarah ada pemimpin utama Pas yang menjadi alat DAP. Awang dapat tahu, ramai ahli Pas yang kecewa dengan kenyataan Nik Aziz lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya kecil Tenang. Malah ada yang menyatakan beliau sudah tidak lagi relevan selain menjadi liabiliti kepada Pas. Awang juga berpendapat begitu. Anak Nik Aziz, Nik Abduh jauh lebih bijak dan wajar diberi peranan untuk meneruskan legasi bapanya suatu hari nanti.

Beberapa hari lalu pula, Nik Aziz mengeluarkan 'fatwa' bahawa mereka yang tidak mengundi Pas sebagai golongan jahiliah. Awang sudah tidak larat geleng kepala apabila bercakap tentang kecelaruan Nik Aziz. Menteri Besar Kelantan itu nampaknya riak dan semakin banyak menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik.

 Dua tokoh agama dari Kelantan iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Ulama Pas, Mohd. Noor Idris dan Pengagas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah turut menyelar kenyataan Nik Aziz. Awang harap Nik Aziz tidaklah meletakkan imejnya seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Jika dibuat perbandingan siri-siri kenyataan Nik Aziz sejak bertahun-tahun lalu dan Ayah Pin, rasanya Tok Guru itu lebih banyak mengelirukan umat Islam. Tetapi apakan daya, ketaksuban oleh sebahagian ahli dan penyokong Pas, menenggelamkan rasional. Sedihnya, di antara Islam sejati dan fahaman Nik Aziz, ramai juga yang sanggup memilih untuk akur dengan Tok Guru yang celaru.

SKANDEL ANUAR GATE : ANWAR VS MAHATHIR.

Posted: 15 Apr 2012 08:51 PM PDT


ANWAR VS MAHATHIR.



Sikap Washington dapat dilihat dengan jelas. Amerika berpihak kepada Anwar dengan harapan dia boleh menjadi budak suruhan Uncle Sam. Amerika memperalatkan berbagai pemimpin asing bukan perkara baru. Amerika mahu pemimpin-peminpin asing, terutama sekali negara-negara sedang membangun yang ketua kerajaannya anti Amerika, diguling atau digantikan dengan mereka yang pro Amerika.

Berbagai bantuan diberikan kepada mereka yang sanggup menjadi budak suruhan Washington untuk memperkukuhkan kedudukan politik mereka di negara masing-masing. Amerika negara kapitalis ingin menjadi "polis dunia" sebagai kuasa dunia yang maha hebat. (rujukan buku John Perkin Confessions of an Economic Hit Man)


Amerika khasnya tidak mahu melihat negara-negara Dunia Ketiga menjadi satu blok politik dan ekonomi yang bebas dari pengaruhnya. Jesteru itu Washington menganggap Mahathir sebagai musuh politik Amerika. Melalui berbagai media barat dan tekanan-tekanan lain dikenakan ke atas Mahathir dan Malaysia supaya hasrat Mahathir untuk mengujudkan Blok Dunia Ketiga yang kuat dan berpengaruh gagal.




Ia ada anwar bin Ibrahim yang dianggap 'darling Barat. Jaringan persahabatan yang Anwar wujud dengan berbagai pemimpin Amerika, Kanada, Eropah, Australia membolehkan dia diterima sebagi pemimpin alternatif kepada Mahathir. Janganlah hairan bin ajaib kalau dia ahlan wasahlan dengan berbagai pemimpin di bawah pentadbiran Clinton dan Bush yang terdiri dari kaum Yahudi.



Umum mengetahui pentadbiran Amerika baik Rebuplican mahu pun Democrat mesti tunduk kepada pelobi-pelobi yahudi di Capitol Hill. Pengaruh Yahudi yang kuat dalam kerajaan Amerika menyebabkan pemimpin-peminpin Dunia Ketiga yang bernaung di bawah ketiak Washington akan menjadi talibarut pada kuasa Yahudi itu.


Aneh bin pelik, Malaysia pada waktu itu tidak meminjam dari IMF. Mengapakah Anwar perlu mendengar nasihat dari IMF untuk mengatasi kemelut tersebut? Apakah ada suatu agenda tersembunyi antara Anwar dengan Washington, Soros dengan IMF? Apakah Anwar yang mendengar nasihat IMF untuk menaikkan bunga bank dan bayaran kad kredit sebanyak 15 % bertujuan untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat yang boleh menyebabkan kejatuhan Mahathir?




Apakah ada rancangan sulit antara Anwar dengan Washington dan IMF untuk menolak Mahathir dan menggantikannya dengan Anwar sebagi Perdana Menteri? Dalam keadaan ekonomi yang gawat pada tahun 1997 dan 1998 mengapakah Anwar tidak meminta nasihat dari Gabenor Bank Negara dan pakar-pakar ekonomi tempatan untuk mengatasi kemelut tersebut?

Bukankah sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan , Bank Negara mengalami kerugian lebih dari RM 10 billon dalam transaksi tukaran wang asing? Bolehkah dia menafikan bahawa dia tidak bertanggung jawab tentang spekulasi mata wang yang dilakukan oleh salah seorang pegawai tinggi Bank Negara yang menyebabkan kerugian lebih dari RM 10 billon?

bersambung.....






Apakah tidak mungkin kegawatan ekonomi Asia akibat mainan Soros sebagai suatu rancangan sulit antara Washington, Soros dan IMF untuk menimbulkan ketidakstabilan politik beberapa negara Asia tertentu, khasnya Malaysia dan Indonesia, yang majoriti penduduk beragama Islam dan anti Israel dan Amerika?


Mahathir terang-terangan anti Amerika dan anti Yahudi dan beliau merupakan tokoh politik bertaraf dunia yang mempunyai pengaruh kuat dikalangan negara-negara Dunia Ketiga. Sekiranya Mahathir dapat dijatuhkan melalui kegawatan ekonomi tersebut dan digantikan dengan Anwar yang pro Amerika maka Washington yakin ia mendapat seorang sahabat yang akrab menjadi Perdana Menteri Malaysia.






Di Indonesia Amerika berjaya menyingkirkan Suharto dan melantik Habibie yang pro barat sebagai pengganti. Adalah menjadi dasar Washington yang dikuasai Yahudi untuk mengawasi dan menghancurkan golongan Islam militan khasnya di Indonesia dan Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam terbesar di dunia.


Kalau kedua negara ini dipimpin oleh pemimpin yang pro Amerika dan Barat maka dengan sendirinya pengaruh Amerika yang dikuasai Yahudi menjadi semakin kuat dari segi geopolitik dikedua buah negara yang penting ini.






Mabuk kemenangan menewaskan Ghafar Baba untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, menyebabkan Anwar salah langkah, salah dugaan dan salah perhitungan. Pelanduk lupa pada jerat tapi jerat tidak lupa pada pelanduk.


Kejayaan nya menumbangkan Ghafar membuat dia terlalu yakin bahawa Mahathir juga akan menghadapi nasib yang sama dengan Ghafar. Menumbangkan Ghafar tidak perlukan sokongan Amerika atau London. Kalau sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian UMNO sudah menjadi tekukur makan ditangan masakan mereka akan berpihak kepada Mahathir kalau dia berhasrat merebut jawatan Presiden UMNO kelak!






Bukankah setengah dari mereka sudah mendapat ganjaran saham pink-form? Malah ada antara pemimpin itu, yang menjadi kroni Anuar dan menjadi jutawan ala mi segera hasil dari berbagai projek yang diperolehi ehsan dari Anwar. Juak-juak Anwar mendabik dada dengan keangkuhan bahawa tidak lama lagi Anwar akan menjadi Perdana Menteri! Inilah angan-angan dan mimpi yang berlegar dalam kepala para juak-juak dan pengampu-pengampunya.


di petik dari buku : Anwar Ibrahim : Pengkhianat atau Patriot ? Yahya Ismail.

Pengikut